Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, January 9, 2012

Tragedi 901

Nak juga manulis sesuatu pada tarikh penuh sejarah ini. 9 Januari yang ibu harapkan membawa perubahan dalam hidup ibu.

09012012
Hari ini ibu mula menghantar kakak ke sekolah baru. Masih ibu terasa kenangan menghantar kakak ke PASTI di tahun 2011, tiba-tiba dah berubah tahun adanya. Sangat cepatkan masa berjalan?

Kakak bersekolah di sebelah pagi, bermula jam 815 hingga 12 tengahari. Sekolah kakak hanya di belakang pejabat ibu, jadi sedikit mudah untuk ibu menghantar dan menjemputnya saban hari.

Hari pertama, kakak bangun dengan penuh bersamangat. Senang saja ibu kejut kakak. Dengan usapan di kepala sambil memanggil namanya, kakak sudah sedar. Mata belum lagi dibuka, dia sudah berdiri sambil mengeliat dan berkata - "Ibu, semalam mujur kakak tidur awalkan, tu kakak senang bangun". Kakak mengulangi pesanan ibu buatnya sejak seminggu lalu untuk tidur awal kerana kakak perlu bangun awal untuk ke sekolah.

Kakak teruja dengan uniform barunya. Memang saja ibu rahsiakan tentang baju sekolahnya bila dia bertanya. Ibu cuma cakap - "adalaaa...ibu simpan!". Sambil menyiapkan kakak memakai tudung, kakak berkata "ibu, nanti bila kakak dah besar, kakak nak pakai tudung macam orang di Mekah tu", sambil kakak menunjukkan aksi pada ibu dengan menutup hidungnya. Oh kakak, itu purdah sayang!

Beg barunya tambah membuatkan kakak bersemangat ke sekolah pagi tadi. Ibu dan ayah memenuhi permintaannya untuk memiliki 'beg tarik'. Ibu siapkan begnya dan letakkan di tepi pintu. Siap berpakaian sekolah, dia terpandang akan beg idamannya yang sengaja ibu letakkan tadi. Terus memberikan ibu senyuman penuh makna kegembiraan dan kepuasan.



Kakak di hari pertama sekolah. Pagi hari ketika ibu menghantarnya, kakak tersenyum lebih lebar lagi kerana di hadapan sekolahnya tersusun mainan yang berwarna warni. Tapi kakak complain sewaktu masa pulang tadi "ibu, kakak tak seronok main tadi, sekolah kakak tu ramai sangat". Errrmmm...



Kakak melepas gian selepas waktu sekolah tamat, memandu kereta mainan. Kakak selalu kata "Ibu, nanti bila kakak dah besar, kakak beli kereta besar, ibu bawa je kereta kakak ok. Ayah nanti kakak beli motor besar, ok".

Kakak..kakak. Moga pelaburan ibu dan ayah untuk membentuk kakak menjadi khalifah kecil akan berjaya hingga menjadi khalifah dewasa yang sebenarnya kelak! Amin

2 comments:

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...

tahniah che kiyah..kakak menjadi kakak yg baik ..rajin ke sekolah..semoga menjadi contoh kepada adik2nya, twin...
insyallah perlaburan che kiyah tak kan sia2.kakak dah ader potensi menjadi khalifah Allah..aminnn

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails