Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, February 11, 2012

Campak vs alergi

Ibu tengah layan Kuch Kuch Hota Hai. Twin sedang nyenyak tido. Kakak sedang dok berlakon sorang-sorang, dok borak telefon dengan kawan dia. Ibu suruh tido, dia tak nak. Nak tido malam saja katanya!

Selasa lepas, celah kelangkang adik naik bintik merah. Banyak jugak. Ibu rasa tu rashes kot.

Rabu hantar anak-anak rumah mama. Petang ambik depa, keliling mulut adik banyak bintik-bintik air yang dah pecah. Adik garu la tu. Ibu relaks lagi.

Malamnya, adik bangun jam 1 pagi. Resah gelisah. Ayah kerja malam. Pukul 2 tak tido lagi. Ibu tengok adik gelisah semacam. Garu sana sini. Dah lentok kepala atas bantal, dia bangun balik dan merengek-rengek sambil guling atas perut ibu. Kejap-kejap dia bangun main tolak stool ikea.

Ibu bangun, bukak baju dan seluar adik. Buka lampu. Damn! Bintik-bintik air banyak kat badan dan kaki. Ibu suspect adik kena chicken pox sebab masa balik Kedah hari tu, anak pakcik yakni sepupu ibu baru nak baik campaknya! Pukul 4 pagi baru adik kembali lelap, mungkin dah tak tahan ngantuk dah tu!

Esoknya ibu beli air kelapa. Mahal nok! Sebiji dah 3 hengget. Petang tu juga ibu suapkan air kelapa. Daun mambu siapa ibu pi rembat kat rumah sapa entah. Tapi ibu mintak izin dari kakak yang ada kat situ.

Malamnya, ayah off. Ajak ayah ke klinik Dr. Zamil yang dah serasi dengan ibu. Abang dan adik punya aktif main sementara tunggu giliran. Nombor giliran sampai, twin jalan sendiri masuk bilik doktor. Nampak saja muka doktor, adik terus menangis sambil nak lari keluar dari bilik. Hahahaha...dah kenal orang dah! Mesti adik dah set dalam otak dia - asal jumpa doktor ni mesti kena ambik gas!

Dalam tangis yang membingitkan telinga ibu, ibu minta kepastian doktor samada bintik-bintik di badan adik tu chicken pox atau tak. Doktor belek badan dan kaki adik. Doktor kata bukan, bintik-bintik tu adalah alergi yang biasa. Mungkin sebab environment, cuaca atau pelbagai lagi hal lain.


Bintik-bintik di peha adik.


Bintik-bintik di sekitar mulut adik dah mula kering


Bintik-bintik di betis adik masih merah, dok kena garu.

Doktor bagi ubat untuk mandi, sapu dan makan. Mama guna sabun tu, dan katanya biji air tu mula kering dan kecut.

Hari ni, bintik-bintik tu dah nampak kering. Dan kurang. Ibu yakin bukan chicken pox sebab selalunya kalau minum ayaq nyoq mesti keluar biji-biji lagi banyakkan?

Senang hati sebab tak payah la ibu ambik cuti \(*o*)/

5 comments:

mala said...

anak mala banyak kali juga terkena allergy naik bintik2 gatai tapi tak berair. pantang bermain kat luar tempat2 banyak pokok mesti naik.

Zakiyah Zainon said...

Errmmm....tak tau ka depa ni dok berguling kat mn hehe susah jugak ekk kulit mahai ni hehe

Hamba kerdil said...

salam kak! lame x dgr brite, sihat? :) amboih, setakat yg sy merayau ni, kbykan update semua ade terselit pasal hindustan.. hahaha

Zakiyah Zainon said...

Hahaha... Cerita tu menggamit memori. Itulah movie yang meng'boom'kan file, hindi...

Hamba kerdil said...

btul tu.. cerita tu time sy drjh 5 kalau x silap, kuar jgk la airmata jantan ni part anjali pergi membawa diri naik train.. hahaha

Related Posts with Thumbnails