Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, February 20, 2012

Ni en tos!

Kakak dah sekolah kat Little Caliph.
English medium.
Ibu hantar dan jemput kakak setiap hari.
Sembang-sembang dalam kereta (macam pesan Wardina) masa jemput kakak, pot pet mulut dia bercerita dan beraksi.

" i am a little caliph of Allah " - sambil tunjuk gayanya.

Satu hari kakak nyanyi sambil main iphone ibu. Ibu drive macam biasa.
" solger ni en tos, ni en tos, ni en tos, hey solger ni entos, I laf maus en nos ".

Ibu - " lagu apa tu kakak? "
Kakak - " lagu ni en tos la..teacher ajar tadi. Kena buat gaya gini " sambil kakak tunjuk kaki - acuh tak acuh sebab iphone tu lagi menarik.
" kakak nyanyi lagi. Ibu tak faham la kakak nyanyi lagu apa "
" ibu nii... Ni en tos la. Buat macam ni, tunjuk-tunjuk. " kakak mula angin bila kena tanya banyak kali.

Ok, sampai rumah mama.

Petang, sampai rumah, ibu cungkil lagi lagu tadi.
Kakak pun nyanyi sambil buat gaya.
" macam ni... Solger ni en tos, ni en tos, ni en tos, hey solger ni en tos, i laf maus en nos ".

Hahaha... Ibu tak sekolah english sayang oiii...

Rupanya :

Shoulder Knee and toes
Knee and toes
Knee and toes
Hair shoulder knee and toes
I loves mouth and nose



Sebagai penyeri, aksi berani mati kakak dan abang di pagi hari!

Perasaan ibu?
Bahagia sangat!!

3 comments:

mala said...

hahaha ingat kan cakap spanish tadi! cute!!

jijah said...

head and shoulder
knee and toes
knee and toes
knee and toes

head and shoulder
knee and toes
eyes ears
mouth and nose

jijah said...

walaupun ibu tak sekolah english, tapi ibu hebat translate "bahasa anak" ... hahahaha

anak semasa kecil, walaupun bahasa nya agak sukar utk kita faham, tapi kita masih boleh faham apa kehendak dia.

bila anak dah meningkat dewasa, menggunakan bahasa yg sama dengan kita, tapi semakin sukar utk kita memahami isi hati dia.

anak oh anak..hikmah kejadianmu, mengajar kami erti kesabaran.

Related Posts with Thumbnails