Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, March 29, 2012

Abang yang 'brotherly'

Alhamdulillah, abang dan adik dah nak masuk 1 tahun 9 bulan. Sat saja masa berlalu. Abang dan adik dan makin sihat, makin lasak, makin banyak akai, makin bikin ibu sesak nafas.

Abang memang nampak lebih matang kalau bandingkan dengan adik. Dah nama abang kan! Walaupun masih kecik, tapi ibu nampak sikap abang yang boleh diharap, boleh jaga adik, dah faham kalau ibu suruh itu dan ini.

Antara yang sweeeettttttt sangat ibu rasa bila tengok perangai abang ni:

1. Bila ibu suruh ambil botol susu dalam beg/atas meja, dia akan terus bangun mengikut tempat botol susu tu. Dia akan ambil satu dan bagi pada adik dulu. Kemudian, abang akan bergerak lagi ke tempat yang sama dan ambil botol yang lagi satu untuk dirinya.

2. Kakak sekolah pagi. Kalau ayah kerja malam, ibu la yang kena mandikan kakak. Ibu suruh abang kejutkan kakak dan dia akan terkedek-kedek ke arah kakak sambil goyangkan badan kakak. Bila kakak dah bangun, dia akan hulurkan tangannya dan pimpin kakak ke tandas. Kalau adik dah bangun juga, abang akan pastikan adik pegang tangan kakak dan jalan sama-sama ke bilik air.

3. Kalau ibu buat susu untuk kakak, abang akan tunggu sambil mulut dok membebel (bising sangat macam dok meminta). Bila dah siap, dia akan sibuk tarik baju ibu dan ibu pun hulurkan botol susu kakak tu. Terus dia ambik, lepas tu terkedek-kedek dengan bontot tebal tertonggek tu berjalan ke arah kakak dan hulurkan susu kakak.

4. Kalau abang ada makan apa-apa, dia akan minta lagi satu. Lepas tu bawa makanan tu bagi pada adik yang dok main tak peduli ke orang.

5. Abang akan sungguh-sungguh cari botol susu bila ibu suruh. Angkat bantal, jenguk bawah rak tv. Bila tak jumpa dia akan buat muka dan angkat tangan sambil bunyi, tunjuk macam tak jumpa heehehehehe

Kalau nak list, ibu rasa semua perangai anak-anak ibu ni sweet. Sebab budak kecik kan, buat apa pun nampak comey hehehehe..

Tapi yang paling sesak dada ibu bila abang buat aksi yang macam ni.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
Abang dah mula memanjat!
Kemudian dia akan
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Terjun bila nak turun!

Memang bikin ibu semput!!

4 comments:

Irfa said...

bahaya tu..tp mmg la.grill ni jadi tpt anak2 memanjat

Ms.Lilies said...

Aaaaaa kalo aku pun...jeritan aku lg nyaring dr anak hahaha

Rai Ourkizuna said...

eh abang dan adik sebaya ke kak?

stunt macam ni anak dara saya pun buat..lebih kurang sebaya umurnya.. pengsann...harap2 ada la orang nak buat anak dara saya menantu..hehehe..

Zakiyah Zainon said...

Irfa: itu laa...nk pulak grill zaman sekarang ni semua mudah panjat!


Mimi: hahaha mula2 aku memang jerit, dah lama nampak
dia makin ok, aku tunggu je, tima dia nk turun baru aku rescue sbb takut dia main lepas tangan padahal kaki x jejak lantai lagi..


Rai: anak akak twin hehe

Related Posts with Thumbnails