Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, March 13, 2012

Aku, Seri Alam, Nusa Damai dan Dirang.


Peta di atas ibu ambik dari google map. Kediaman ibu sekeluarga di Taman Bukit Dahlia. Ibu kerja di dalam kawasan Persiaran Scientex. Anak-anak di kawasan Persiaran Damai, di luar bulatan merah.

Ibu tidak pasti, tapi kawasan bulatan merah tu adalah kawasan yang menghubungkan Seri Alam dengan Nusa Damai melalui 'jalan tikus'. Dikatakan hanya motorsikal yang boleh melaluinya, kalau kereta pun mungkin hanya kenderaan pacuan 4 roda. Ibu sendiri belum pernah menjengah ke hujung hutan sana, hanya setakat kawasan kediaman Harmoni di Nusa Damai.

Nadirah @ Dirang hilang 1 Mac yang lalu sekitar 11 pagi. Dengan berbekal nota dan duit, Dirang sendirian ke kedai di bawah flat kerana ibu terlalu asyik melayari internet (satu pengajaran buat ibu). Laporan polis dibuat bila Dirang tidak dijumpai sehingga petangnya.

Jumaat pagi (9 Mac), ibu telah mendapat info yang mayat terbakar di jumpai di kawasan Nusa Damai, katanya di kawasan belakang sana. Petang Khamis, katanya banyak polis di kawasan sana. Ibu suspek kawasan dalam bulatan merah. Mayat itu ada kemungkinan Dirang yang dilaporkan hilang di Seri Alam, tapi ibu berdoa moga bukan.

Jumaat petang, semasa rewang di rumah Kak Nor, ibu ada sampaikan kisah itu kepada jiran-jiran sebagai bahan sembang sambil-sambil mengopek bawang. Malamnya, ibu menunggu laporan berita tapi tiada. Ibu suspek lagi, mungkin info yang ibu dapat tu tipu. Dan habislaaa...ibu dah sebarkan berita palsu.

Dan malam tadi, berita di tv mengesahkan yang mayat rentung yang ditemui di Nusa Damai adalah milik Dirang. Seri Alam hanya dalam lingkungan 10km dari Nusa Damai. Kalau ikut jalan pintas (tempat mayat Dirang ditemui), lagi dekat.

Dirang 5 tahun. Kakak juga 5 tahun. Ibu tak tahu macamana rasa sakit Dirang direntap, dipegang dengan kuat, mungkin dipukul dan akhirnya dibakar. Tapi kalau berdasarkan kakak yang seusia Dirang, ditampar kembar pun sakan meraungnya mengadu kesakitan. Inikan pula kalau dipukul oleh orang dewasa dan dibakar.

Ya Allaaahhhhh...ibu tak terbayang Dirang menggelupur menahan ketakutan dan kesakitan sendirian.

Kenapa dunia ini ramai sangat manusia yang kejam!!!!

Rentetan kisah Dirang di sini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails