Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, March 26, 2012

Ikrar kot

Dulu masa kakak sekolah PASTI, ada ikrar yang kakak dok ulang baca bikin tegak bulu roma ibu. Siap dengan mengucap dua kalimah syahadah ditambah pula dengan ayat lain siap ayat - sesungguhnya hidup dan mati ku hanya kerana Allah Taala.

Rasa macam nak pi perang pun ada. Belajaq pun jihad kan?

Di Little Caliph pun islamic education. Ada jugak ayat-ayat yang kakak dok ulang. Cara dia baca tu macam ikrar. Siap tangan kanan letak kat dada.

Bunyi macam gini. Sebelum baca, tangan kanan letak di dada - kat jantung tu. Rasai denyutan ikrar ini..

Saya anak soleh
Rajin solat, rajin mengaji
Ibubapa ditaati
Guru dihormati
Kita islam sampai mati!
Ashhaduallailahaillallah waashhaduannamuhammadarasullullah..
Yes! (sebut kuat-kuat)

Macamana ibu tau?? Hari-hari ibu kena paksa baca. Ibu ikut kakak tau!!!

Insaf datang tiba-tiba. Opppssss, lupa nak bagitau, entry ni ditaip menggunakan iphone sambil baring-baring....

2 comments:

Ms.Lilies said...

Nak video beb...
Mesti comel masa dia ckap camtu

Zakiyah Zainon said...

kakak ni kalau bab nak rekod, dia sibuk nak tengok..last2 aku tutup je...

Related Posts with Thumbnails