Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, March 26, 2012

Lari dari rumah

Lately, makin menjadi-jadi kes remaja hilang. Katanya kena culik. Tup-tup, bila dah jadi kes polis, pecah tembelang. Rupanya lari ikut boyfriend. Tapi kalau yang betul-betul kena culik tu, ibu memang simpati dan kesian.

Yang sakit hati ni, yang dok berlakon kena culik, lepas tu mak ayah nak masuk tv, sedih menangis segala bagai sebab anak hilang, rupanya anak 'bertuah' tu sendiri yang rancang. Bukan takat family dia yang sedih, orang lain yang tengok tv tu pun sedih. Pakat share info kat FB kisah depa hilang. Rupanya semua tu dusta! Adehhhh....

Ibu ingat lagi masa ibu kecik-kecik dulu. Maktok selalu marah ibu, maklum la nakal adanya sedari azali. Ibu kan kakak. Bila adik menangis, ibu yang kena marah. Masa tu pulak, abang ibu tak berapa sihat. Kehidupan pulak tak berapa nak senang. Ibu ingat semua tu walaupun masih kecik lagi time tu.

Ibu tau, maktok mesti dalam keadaan stress dengan macam-macam hal yang mendatang. Asal adik ibu menangis, ibu yang kena balun. Kalau ibu buat salah, memang dah siap untuk pertahankan diri. Memang dah tau kena belasah baik punya. Tapi tak dak la pulak nak report kat teledera. Macamana teruk kena 'balun' pun, nanti malam mesti cari maktok jugak!

Bila dah makin dewasa, asal kena marah atau pukul, memang rasa macam nak lari dari rumah. Yer lah kan, kita dah besaq tapi still kena marah. Arrgghhh...lari je lah. Tambah-tambah pulak tengok drama ada kisah lari-lari dari rumah ni. Tapi takut jugak, nanti nak tidoq kat mana. Nak makan apa? Kalau lari, takd apat pi sekolah! Tak best laaa....

Tapi nak jugak larik hahahahaha Dah nama mak kan, apa dalam otak anak dia, awai-awai lagi dia dah tau. Maktok memang tak pernah halang pun kalau ibu nak lari dari rumah. Dia galakkan lagi ada. Reverse psychology namanya. Tapi ayat yang paling best maktok kata :

"Lari la kalau nak lari. Mak tak pi cari. Nak balik, balik sendiri..."

Agak-agak, nak larik dak kalau kena psiko macam tu? Hahahaha...memang tak lari la jawabnya. Tapi kalau ibu lari, mesti maktok akan cari jugak kan? Mesti punyalah macam mak-mak yang lain jugak. Tapi sebab ibu ni mungkin terfikir jauh sikit kot, itu yang tak lari.

Bila dah masuk asrama, memang ibu berjaya larikan diri dari rumah. Kalau balik rumah, mesti gaduh dengan adik. Mesti kena marah dengan mak sebab asyik dok lena saja. Heran kan, awat sapa yang dok asrama bila balik rumah, mesti nak lena saja. Rasa macam letih sangat kan..kan? errmmm....

Bila dah lama-lama dah jadi 'otai' asrama, ibu jarang balik rumah. Dok melepak kat asrama time cuti hujung minggu. Sampai maktok mai asrama cari ibu. Hehehehe..kan maktok dah rindu kat anak dia yang nakal ni. Mak dengan anak kan, macamana buruk pun anak, itu tetap yang keluar dari rahimnya. Mesti la dia sayang.....

Bila dah masuk uni, lagi best ibu larikan diri. Timetu laju sikit larinya sebab dah ada duit scholarship. Ibu lari ikut boyfriend-boyfriend itu yang keliling pinggang tu. Tapi depa ni baik, tak pernah buat yang pelik-pelik walaupun ibu sorang diri bersama 9 lelaki.

Asal cuti semester, lari dari balik ke rumah.
Asal bosan kat hostel, lari dari hostel.
Malam hari, boring, lari dari bilik.
Lari ke mana?
Ibu lari masuk hutan. Ada juga faedah!


Kenangan di Gunung Irau bersama boyfriend-sssssss ibu!

Cabaran kan jadi ibu zaman serba moden ni. Mudah-mudahan kita semua diberikan anak-anak yang mendengar kata, soleh dan solehah. Senang dididik dan dibentuk ke jalan yang di redhai Allah...

2 comments:

azieazah said...

Selalu baca kegiatan Zakiyah, Kak Azie sangat yakin awak memang seorang ygn sangat kental dan kuat semangat. Soal lari tu soal mudah, tapi biasanya, bila kita tahu berdikari, soal lari tak terfikir. Kerana kita tahu perbuatan kita akan menyusahkan dan memalukan ramai orang.

Zakiyah Zainon said...

Kak AA, keadaan hidup membuatkan kita perlu kuat semangat. Sesiapa pun, kalau dalam keadaan terdesak pasti boleh berdikari kan? Apapun, tq atas kata2 akak tu..terharu pulak hehehe

Related Posts with Thumbnails