Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, March 16, 2012

Part 1 - Kisah hidup dan sabar.


"Hang tu dah la hitam, sampai ke hati perut, semua nya hitam."- kata abah dengan suara serak-serak basah. Nada marah abah masih lembut bersahaja ditenggelami suara kami adik beradik yang turut sama ber'perang'.

"Macamla hang tu putih sangat!", jerit suara 'perempuan' di seberang sana, ditemani suaminya yang diam tak berkata apa-apa.
Mendengar balasan itu, ibu dan adik-adik yang turut berperang berhenti sejenak dan gelak berdekah-dekah.

..........................................................................................................

Itu antara kisah yang berlaku semasa ibu berpantang kembar di kampung dulu. Terjadi satu kisah pertengkaran dengan jiran sebelah yang 'busuk hati'. Bermula dengan menutup jalan masuk (rumah ibu ditengah dan perlu melalui depan rumahnya), membina tandas dan tangki najis di hadapan jalan masuk ke rumah ibu, diikuti dengan menyalirkan tangki najisnya yang tersumbat ke longkang rumah ibu (tanpa izin) serta bermacam-macam usaha dan fitnah tanpa putus asa untuk menyusahkan kami sekeluarga, namum hidup ibu sekeluarga tetap aman bahagia.

Usaha-usaha itu bermula setelah permintaan mereka untuk mendapatkan sejumlah wang dari tokwan ibu tidak berjaya. Alasannya, mereka hendak membuat jalan berturap kerana kami berkongsi jalan masuk yang sama dan perlu melintasi hadapan rumahnya untuk sampai ke rumah ibu. Namun Tokwan ibu bijak orangnya. Sekilas kerlingan dan cara bercakap manusia itu, dia sudah tahu isi hati perutnya.

Tokwan menolak permintaan mereka dengan menawarkan untuk membuat jalan berturap itu sendiri dan dia akan menanggung segala kosnya namun ditolak oleh ayah angkat Syun yang ibu panggil TokLong. Mereka tidak pulak bersetuju dengan rancangan tokwan ibu dan tetap inginkan sejumlah wang tunai dengan alasan yang sama.

Keluarga ibu sudah lama menyedari ketidak-ihklasan yang wujud dalam hati Syun dan keluarganya. Sebelum krisis bermula secara nyata, mereka telah melancarkan perang saraf kepada ibu sekeluarga. Jalan masuk sengaja dikecilkan dan ditanam dengan pokok-pokok kayu dan pokok pagar. Ada kawad tersembunyi diletakkan di dalam rimbunan pokok pagar yang ditanam, pernah mencalarkan kereta orang yang datang menziarah keluarga ibu. Namun semuanya didiamkan saja. Tiada orang kampung yang tahu pun tentang apa yang dilakukan oleh Syun pada ibu sekeluarga.

Setelah sekian lama berbincang, akhirnya, tok wan ibu berkata - "sekupang pun aku tak mau bagi". Walaupun ibu tidak ada bersama semasa tokwan menuturkan kata-kata itu , namun ibu mampu bayangkan wajah tokwan yang tenang, tersenyum sinis dengan mata yang tajam seperti helang merenung mangsanya!

Maka bermulalah siri-siri dugaan dalam hidup ibu sekeluarga. Syun yang sakit lutut itu mula memainkan peranannya. Syun, adalah jiran ibu. Isteri ke 2 seorang pemandu teksi yang berserban dan pak haji. Berkulit hitam dan gempal orangnya. Jalan senget, ke kiri dan kanan menghayun badan kerana menahan sakit lutut akibat berat badan yang berlebihan. Mempunyai seorang anak lelaki yang akhirnya menjadi taukeh air ketum.

Namun dalam sakit lutut dan jalan terhencot-hencot itu, dia masih mampu mengangkat tongkol kayu besar dan diletakkan di jalan masuk sebagai perang pertama. Walau tanpa kata, sebagai orang yang ada akal, tongkol kayu besar itu bertanda - NO ENTRY! Ibu sekeluarga faham. Ibu memang salute dengan ketabahan Syun. Dalam kesakitan lutut yang teruk, dia masih kuat dan gagah berjalan serta berbuat itu dan ini untuk menyusahkan orang lain walaupun dirinya sendiri yang susah.

Buktinya, pada hari suaminya (bermadu) akan pulang, dia akan menunggu di muka pintu. Bila teksi suaminya tiba, dengan terhencot-hencot dia berjalan dan mengangkat tongkol kayu besar itu ke tepi. Setelah kereta suaminya berlalu, dia akan mengangkat semua tongkol itu menutup jalan kembali. Itulah yang dilakukan setiap kali kereta suaminya keluar masuk. Hebatkan?!

Bagaimana dengan ibu sekeluarga? Kami orang biasa-biasa. Ibu hanya berkereta kancil dan yang lain-lain hanya menggunakan motor sebagai pengangkutan harian. Mujur ada jiran di sebelah rumah tokwan mengizinkan ibu parking kereta di hadapan rumahnya. Hampir 3 tahun rasanya, keadaan berlarutan seperti itu. Namun kami tetap SABAR.


Cuma susahnya bila orang lain yang berkenderaan besar hendak ke rumah ibu. Bila ada lori hendak menghantar baja subsidi ke rumah. Mereka sedikit sukar dan perlu berjalan jauh. Walaupun payah, namun kunjungan sahabat dan saudara mara tak pernah pudar malah makin bertambah adanya.

Kita berehat dulu!


9 comments:

Rai said...

saya kurang faham kenapa orang perlu dengki mendengki ni.. apa salahnya hidup aman harmoni kan.. kalau sakit silap2 jiran jugak yg datang menolong..

Zakiyah Zainon said...

itulah lumrah hidup rai, nantikan sambungan nya..hehehehe

Zaher said...

aitt...syon pon ada watak gak dalam worldbloging ni...koi famous r dia...hahaha

nurul farahana said...

hmm..x suke ngan org yg ade sifat dengki n busuk ati dlm diri die.x sabar nk tggu sambungan cite ni..cayalah kak muteh:)

Zakiyah Zainon said...

adik zaher : hahaha.... tiba-tiba rindu kat syun kuikuikui

farah : tau kan jiran yang sebelah kanan rumah kak muteh tu hehe...

Anonymous said...

Akak berhenti kerja je kak, lagipun gaji huby akak kan beso. Jadi penulis buku, jaga anak... sedap dok rumah.

Zakiyah Zainon said...

anon : do i know u?

Anonymous said...

Wah akak feedback ke? saya ni nobody je dr kpt. Your blog ni popular as 'pegawai kanan yg byk masa utk blogging'. After akak buat 'serangan peribadi' kepada bos akak in this blog. Yet akak masih kekal kat kolej tu sekrg, means bos akak tu baik berbanding bos kat tpt2 lain.

Zakiyah Zainon said...

anon : hahahaha...serangan peribadi? pegawai kanan yang banyak masa untuk blogging'.
rasanya tak perlu saya jelaskan kot pada org yang serba tahu ni. whatever lah, cakap lah apa yang awak suka. Tak mati pun kerana keji, tak hidup pun kerana puji...

Related Posts with Thumbnails