Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, March 23, 2012

Part II - Kisah Hidup dan sabar

Syun ada sekutu, iaitu Tok Njang yang rumahnya di bahagian hadapan rumah ibu. Tok Njang ada beberapa orang anak hasil beberapa perkahwinan. Anak daranya, Miza pernah menjadi teman sepermainan ibu masa zaman kecik-kecik dulu. Miza, tua setahun dari ibu dan sebaya dengan Nizam, anak Syun yang sekali sekala menjadi taukeh air ketum.

Tok Njang dan anak daranya sudah lama merantau. Mulanya ke Penang dan katanya kini sudah menetap di Kuala Lumpur. Di mana, ibu tak pasti. Anak-anaknya yang lain, ibu tak tau apa dah jadi. Masa ibu sekolah rendah, Tok Njang pernah menjaga abangnya yang ada masalah mental yang ibu panggil TokNgah. Tokngah akan jadi pendiam bila makan ubat dan tak mengganggu orang.

Kisah seterusnya ini mungkin berbunyi sedikit kejam. Tokngah telah ditinggal begitu saja oleh toknjang sekeluarga, tanpa makan dan penjaga. Mungkin kerana terlalu lapar, tokngah datang ke rumah tokwan ibu meminta makan dan barulah kami sekeluarga tahu bahawa tokngah telah ditinggalkan. Pernah ibu menolong tok untuk menghidangkan makanan kepadanya dan dia makan dengan tertib sekali walaupun dia dikatakan gila.

Akhirnya, anak tokngah yang berada di Singapura mendapat tahu ayahnya terabai, datang membawanya balik ke Singapura dan tokngah meninggal dunia di sana. Kata anaknya, semasa di Singapura, ayahnya langsung tidak bercakap bahasa melayu dengan jiran-jirannya sebaliknya hanya bertutur dalam bahasa inggeris!
Kenapa ibu ceritakan kisah Toknjang dan tok ngah ni? Ada sebabnya tau. Walaupun sudah berpuluh tahun kisah ini berlaku (ibu masih di sekolah rendah), setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya asalkan kita terus bersabar dengan dugaan yang Allah berikan pada kita.

Rumah ibu dan rumah tok bersebelahan. Di sebelah kanan rumah ibu adalah rumah Syun. Di hadapan adalah rumah TokNjang . Di belakang rumah ibu adalah rumah Tok Haji Karan (nama glemer). Mujur jiran di sebelah kiri dan belakang rumah tok adalah jiran-jiran yang berhati mulia dan sudi menghulurkan bantuan di kala ibu sekeluarga di kepung di halaman sendiri.

Sejak Syun menutup jalan keluar dengan tongkol kayu (perang nyata), laluan keluar ibu sekeluarga telah bertukar. Jalan tikus di belakang rumah tok digunakan, melintasi rumah Tok Haji Karan, seorang bomoh dari Negeri Sembilan yang berketuruan pembawa payung raja, terus ke batas sungai yang indah dengan hamparan hijau dan kuning sawah padi bila kena musimnya. Lebih 3 tahun, kereta ibu bermandi embun kerana parking di laman rumah orang.

Selain kisah permohonan wang tunai dari keluarga Syun yang tidak diluluskan arwah tokwan, ibu pun tak pasti apa lagi episod-episod yang menyebabkan Syun sakit hati kepada keluarga ibu. Sekutu Syun, Tok Njang pun sama. Ada saja salah yang ditujukan pada ibu sekeluarga tanpa bukti.

Anak 'dara' tok njang, Miza pernah diangkut polis dan penguatkuasa jabatan agama kerana 'pesta' remaja di rumah sendiri, keluarga ibu dituduh yang melaporkannya kepada Pejabat Agama. Mentang-mentanglah mak ibu adalah seorang ustazah dan sering berurusan dengan Pejabat Agama, terus kena tuduh.

Abang Miza pernah dikejar polis di rumah sendiri kerana kes dadah dan curi, keluarga ibu di tuduh membuat laporan pada polis hingga Miza menyerang abah seawal pagi sebaik abah balik dari solat subuh di masjid. Miza terpekik terlolong memarahi dan memberi amaran pada abah. Ibu yang sedang tidur terkejut bila mendengar cacian dan makian terhadap abah.

Kisah Miza serang abah tu hampir menjadi parah bila paksu yang memang cepat 'panas' mencapai cangkul dan meluru ke arah Miza setelah dituduh dan dilemparkan dengan bermacam-macam kata nista. Mujur masa tu,pakcik ada. Pakcik memeluk dan menyabarkan paksu hingga terpelanting cangkul dan ibu terus mengambilnya dan menyembunyikannya di dalam rumah.

Gamat pagi tu. Miza membuat laporan polis menuduh paksu memukulnya sehingga sesak nafas padahal langsung tiada sentuhan fizikal yang berlaku. Ibu dah lupa macamana, tapi Miza akhirnya balik ke KL dengan dendam membara setelah polis tiada bukti mengaitkan tuduhannya terhadap paksu dan keluarga ibu. Rupa-rupanya, abang Miza dikejar polis kerana cuba mencuri penutup besi tandop di sungai yang berhampiran. Dahtu, dituduhnya keluarga ibu yang buat laporan. Sabar je lah kan! Glemer kan keluarga ibu di mata jiran-jiran yang 'mulia'? hehehehe

Rentetan pergaduhan ini menyebabkan Syun lebih agresif bertindak. Hinggakan budak-budak yang datang mengaji Al-Quran di rumah ibu pun mendapat tempiasnya. Budak-budak tu terpaksa meredah jalan yang semak ke rumah ibu dek kerana jelingan dan kata-kata sinis Syun. Walaupun pelbagai dugaan, tidak pernah putus pengajian Quran di rumah ibu. Silih berganti orang saban tahun hingga kini. Bayangkanlah, batch pertama yang belajar quran kat rumah ibu ni dah beranak pinak pun!

Dugaan dan cabaran saban hari datang menimpa keluarga ibu. Sabar..sabar...sabar! Walaupun kadangkala hati muda ibu ni nak membalas saja apa yang dibuat, tapi mak kata, sabar. Dan berdoa. Tunggu balasan Allah...oh! Sungguh tak sangka ibu terpaksa jadi tabah!

Apa yang ibu sekeluarga tak pernah kena. Kalau setakat serangan mulut, caci maki dan biasa. Tutup jalan dan kena. Tak puas dengan itu, rumah ibu pernah diletakkan dengan najis manusia - di hadapan pintu dapur yang menghala ke rumah Syun. 2 kali hal itu berlaku. Walaupun dalam hati dah ada suspek utama, tapi sampai kini tiada siapa pun antara ahli keluarga ibu yang menyebut nama sesiapa. Kita tak nampak depan mata, dan kita jangan tuduh sesiapa.

Ada jiran-jiran yang menyampaikan cerita pada mak dan bertanyakan kebenaran. Katanya Syun dok bercerita itu dan ini. Keluarga ibu berbuat begitu dan begini kepadanya. Mak hanya tersenyum dan berkata , "tak pa laa...Allah tau semua".

Stop dulu yer! Dah panjang ni dan ini baru introduction hehehe
Kisah berzaman der..haruslah berpart-part macam slot drama swasta!
Nantikan kisah seterusnya.....

2 comments:

Rai said...

busuknya hati manusia ni kan.. sedangkan dia dengki kat orang bukan dapat gunung jerai ke apa pun..seposen tak untung..

Zaher said...

Hahahahahahahahahaha..buat n0vel cnform laku..

Related Posts with Thumbnails