Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, March 20, 2012

Telah tiba masanya

Buat kawan-kawan YM yang ibu kasihi sekalian, mungkin ada antara kalian yang mengikuti perkembangan ibu di blog ini. Minggu lepas, ibu mendapat masej di FB ibu dari Ika@PuteriManiaz. Katanya bro ntv_4u(orang Singapore) telah meninggal dunia pada bulan lepas.

Pada semua, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.


Ibu tuliskan kisah perkenalan kami sekadar untuk kenangan.

Ibu mempunyai ramai kawan-kawan yang hanya dikenali di dunia chat. Jangan kata kawan, suami pun ibu kenal di YM. Pada ibu, kenal di internet ni sama saja dengan kenal di kedai kopi atau KFC. Kalau penipu, kat mana-mana pun tetap penipu. Kalau orang dah baik-baik, di mana-mana pun akan tetap jadi orang baik, insyaAllah.

Pertemuan pertama ibu dengan ntv_4u secara nyata adalah pada 5 Februari 2005. Sebelum ini kami selalu berborak dan berguaru senda di alam maya saja. Beliau datang ke KL dari Singapura bersama seluruh ahli keluarganya. Gathering dan sambutan hari lahir ntv_4u telah diadakan di kondo Bro G di atas Semua House.


Ibu yang ketika itu tinggal di Perlis turut menghadirkan diri ke Kuala Lumpur. Masa tu ibu ada geng di sana, iaitu JuzzKidal juga yang ibu kenal melalui YM. Ibu dah ada geng-geng YM yang memang rapat lagi kamceng. Akel (DangAnum), Amoi, Zod, Nisri, CikRos dan kakaknya, Cik Seri, Ike dan ramai lagilah. Ukhuwah ibu bersama mereka, alhadulillah hingga kini masih ada walaupun tidak kerap bertemu seperti zaman remaja dulu.

ntv_4u datang bersama seisi keluarga. Anak dan isteri dipertemukan bersama. Hal ini yang menyebabkan ibu suka bersama dengan group ini kerana walaupun ibu kenal dengan suami, tapi seluruh ahli keluarga ibu akan kenal. Kebanyakkan yang ada di dalam group ini ikhlas untuk berkawan walaupun ada jugak yang cuba menyimpang, adatlah kan!

Sejak itu, kami terus berborak dan terus bertemu lagi di FB. Ada sekali sekala ibu bermesej dengan ntv_4u semasa ibu sudah bekerja di Johor. Katanya dia dan keluarga sudah berpindah ke Johor Bahru, di kawasan Stulang (tak salah ibu). Namun, kerana kesibukan masing-masing, tak dapat pula kami berjumpa walaupun dekat saja.

Allahyarham ntv_4u (t-shirt merah) bersama isteri dan anak-anaknya.

Saat ibu menulis entry ini, ibu terkenangkan keseronokan bersama kawan-kawan cyber dulu. Selain nama yang ibu sebut kat atas tadi, ibu teringatkan Hugo (kini cikgu di Sarawak), Abeso, Bari, Amat, Leha, Pklang, hizamiz, mcnod, Atokkl, cik enn, ummi, kak siti (dubai), oren, nenek, sardine, Sail (yang merahsiakan jantinanya hahaha), siz_zie, dik lin, syahid, manggis, bro meta, dr gig, bayu, arrggghh.....banyaknya yang ibu dah lupa!!! Sori kawan-kawan, tapi aksi dan gelagat kalian di room tetap ada dalam ingatan.

Walaupun lawak jenaka kita penuh provokasi, bergaduh, bertumbuk ikon (hahahahaha..memang gila), menyanyi, berceramah dan bertekak berbeza pendapat, namun itulah yang ibu kenang-kenangkan saat ini.

Apa khabar korang semua yer?

2 comments:

Rai said...

alfatihah utk allahyarham..

zaman kita chat di YM, MSN atau pun MIRC..hehehe..budak2 sekarang mungkin ramai tak sempat kenal semua tu kan..

Zakiyah Zainon said...

hehehe...
pernah cuba masuk ym, nak havoc macam dulu, tapi dah tak dak geng hahaahahaha...

Related Posts with Thumbnails