Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, April 3, 2012

1 April 2012 : Kembara Utara - Selatan


Alhamdulillah, tika entry ini ditaip, ibu sudah berada di Pasir Gudang. Sudah berbaring seketika hilangkan lenguh sambil tidurkan baby adik yang terus cari bola bila sampai tadi. Semua sudah lena. Ayah kat bawah layan tv, ibu kat atas, buat new entry!

April Fool tahun ini sungguh berbeza buat ibu. Ibu tidak merayakannya pun. Harap maklum!

1 April 2012 bermula dengan berita kematian tok ibu (mak kepada abah). Seawal 6 pagi, handphone ibu berbunyi dan tertera nama 'Abah'. Hati dah tak sedap. Panggilan diwaktu-waktu manusia sedang nyenyak tidur biasanya akan mengkhabarkan sesuatu yang tidak menyeronokkan.

"Tok dah tak dak", kata abah.
"Hah! Innalillah...Tok mana?", tanya ibu sebab ibu masih ada 2 tok, sebelah mak dan abah.
"Tok chah".
"Bila? Sakit apa?".
"Tak sat. Pukul 530".
"hmmm....nak buat lagu mana ni?". Ibu mula buntu.
"Takpa...abah bagitau saja".

Dengg!!! Ini situasi yang ibu tak suka. Situasi yang ibu minta sangat untuk tidak berlaku. Tapi apa yang kita tak nak, selalunya itu yang akan kita dapat.

Ibu pejam mata mencari idea. Buntu! Ibu terus bangun dan ke toilet, 'memerut' dan terus angkat wudhuk. Lepas solat subuh, ibu duduk di atas sejadah sambil belek handphone sambil menyusun strategi. Terus on 3G!

AirAsia, malam nanti baru ada.
MAS, paling cepat 1.55 petang, sampai di Alor Setar 2.55 petang. Boleh la!

Telefon mak nak tanya pendapat - tak angkat.
Adik Zahir, tak berjawab.
Call abang, Kak Yang yang jawab (abang ke masjid bagi kuliah subuh).
Call Juzz minta tolong 'simpan' kereta. OK, lepas.

Klik sana, klik sini kat handphone, tiket flight return dah di beli. Baru bagitau ayah, ibu nak balik Kedah pagi ni dan akan balik esok hari. Bukan nak mintak izin dulu! Belasah... Minta ayah tolong jaga anak-anak. Ayah okay!

Memang percaturan Allah memudahkan ibu seperti yang selalu ibu doakan. Ibu dan keluarga berada di Melaka, jadi ibu tak bimbang tinggalkan anak-anak pada keluarga. Dan terkena pulak, ayah off 3 hari, mula Sabtu hingga Isnin.

Kejutkan Siti, biras ibu dan pinjam baru kurung dia. First time ibu berbaju kurung dari KL-Kedah, sehelai sepinggang.

Bertolak dari Pengkalan Balak jam 8.30 pagi. MOreless pukul 10, ibu dah masuk parking KLIA. Tak lama lepas tu, Juzz pun sampai. Lepas serah kunci dan token parking, deal apa yang patut untuk jumpa balik esok pagi, Juzz berangkat ke KL sebab ada urusan lain dengan kawan-kawannya.

Ibu layan wifi free KLIA sambil tunggu time. Flight berlepas on time. Masa nak boarding, ibu sms bagitau adik Zahir yang akan jemput ibu. Adik ibu reply - "tok dah bawa pi masjid". Memang ibu dah tau, ibu tak kan sempat menatap wajah tok buat kali terakhir.

Sampai di Alor Setar, adik ibu dah siap tunggu. Terus ke rumah tok. Muka first ibu nampak, Pakndak Jat. Pi salam dengan abah, masuk jumpa mak, salam dengan wa, teh, lang, makcik, chu, makndak, sepupu sepapat, semua dah ada. Dari KL, Penang, Selangor, Pahang semua dah sampai. Yang paling selatan, ibu lah. Haruslah yang paling lambat sekali sampai.

3 hari sebelum April, mata kanan ibu berkedip sakan. Ibu ada bagitau kawan-kawan, depa kata - 'nak jumpa orang jauh tu!'.
Hari Sabtu, ibu bagitau nenek dan Siti, jawapan yang sama diberi. Ibu senyum!

Memang betul pun. Ibu jumpa ramai sangat orang jauh. Dari Pasir Gudang, ke Melaka jumpa orang sana. Dari Melaka ke KLIA, jumpa Juzz. Terus ke Kedah jumpa semua saudara mara. Sepupu yang last jumpa time ibu kahwin dulu, dapat juga bertemu peluk cium dan tukaq cerita.

Kembara kali ni adalah yang terbaik buat ibu. Dalam masa 3 hari, ibu sampai ke Kedah dan kembali ke Johor dan dapat bertemu dengan ramai saudara mara. Cuma kembara ini sedikit tawar bila tak dapat menaburkan jasa pada tok buat kali terakhirnya.

Tapi tok pasti berbangga dan gembira. Semua urusan akhirnya di uruskan oleh anak menantu dan cucu-cucunya, dari memandikan, kafan, mengusung, di kuburan dan talkin - bergilir-gilir anak cucu menguruskannya buat kali terakhir.

Tok pasti tenang dan aman di sana. Kerana tok seorang yang taat pada perintah Allah dan suaminya. Solat tok tetap terjaga walaupun dalam keadaan yang tidak sihat. Wan kata, hayat tok habis dengan mudah sekali. Penat, pejam mata dan terus senyap, habis nyawa.

Dan tika ini, ibu terkenangkan kegemaran tok yang ibu selalu 'kutuk-kutuk manja' - tonyoh curut! Tiap kali ibu kata pasai curut dan sireh dia, tok akan kata "apa diaaaa".

Al-Fatihah buat tok chah...

2 comments:

Zaher said...

eeemmhh,...xdak dah la dok raya sorang lima kupang kat cucu2 ...alfatihah

Zakiyah Zainon said...

ustaz haron din dok operate nih....

Related Posts with Thumbnails