Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, April 12, 2012

Alhamdulillah

Pertama sekali, syukur ke hadrat Allah Taala yang telah memberikan ibu rezeki ini. Walaupun jalannya sedikit berliku, tapi kejayaan di hujungnya memberikan nikmat yang tidak terkata. Hanya sujud syukur yang mampu ibu lakukan setiap kali selepas solat setelah kejayaan ini ibu perolehi. Alhamdulillah....

Keduanya, terima kasih kepada kawan-kawan sepejabat ibu yang banyak memberikan kata-kata semangat, dorongan dan bantuan pada ibu hingga memberikan ibu kekuatan untuk membuat rayuan setelah ibu mendapat keputusan yang mendukacitakan awal Januari dulu.

Dan terima kasih untuk ucapan tahniah yang kalian berikan pada ibu. Terima kasih untuk doa-doa yang dilontarkan dari mulut kalian buat ibu. Ibu sangat menghargainya. InsyaAllah, kegembiraan ini pasti akan kita kongsikan bersama nanti.

Setelah ibu menyemak keputusan melalui Iphone, ayah terus ibu khabarkan berita gembira ini. Tersenyum ayah yang takala itu sedang menyapu lantai yang bersepah dengan nasi hasil kerja abang dan asik (baru lepas dinner). Lepas tu, ibu telefon khabarkan berita ini pada maktok. Maktok kata kena syukur banyak-banyak. Yer bonda, anakanda terasa sangat bersyukur sampai dah tak tau nak action lagu mana :D

Jika khabar duka dulu ibu kongsikan di sini, khabar gembira pun ibu nak kongsikan juga. Moga permulaan yang baik ini(walaupun berliku di awalnya) dapat mengembalikan semangat untuk membuktikan kemampuan ibu.

Doakan moga ibu tidak lupa diri, angkuh dan bongkak dengan nikmat dunia yang Allah beri ni. Setakat waras akal ibu yang ada sekarang, insyaAllah, ibu masih seperti CHEKIYAH yang kalian kenali.

6 comments:

Rai Ourkizuna said...

alhamdulillah..err..keputusan apa kak..saya nampak jawatan pensyarah..naik pangkat ke permohonan jawatan ni..

kurang jelas..mmg tak arif pasal kerja gomen ni..

Zakiyah Zainon said...

rai: naik gred...dulu 41, ni naik 44..tetap pensyarah cuma dibezakan dengan gred..

Zaher said...

Fuh..nek 44 dah ow..koi tebai duit gaji..ha3

Zakiyah Zainon said...

adik Zaher : lagi naik pangkat, tanggungjawab pun berat..amanah..amanah...
faaqihah dah kata " boleh la ibu beli kereta besaq" adoiiii....

Taman Rashidah Utama said...

Syukur Alhamdulillah.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Semoga terus dilimpahkan rezeki yang halal dan dipermudahkan urusan. Cabaran demi cabaran...semuanya COBAAN....

Zakiyah Zainon said...

TRU : TQ, aminnnn

Related Posts with Thumbnails