Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, April 14, 2012

Cah keting


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ibu di Kota Singapura sekarang dan masih dalam mood gembira dengan keputusan kenaikan pangkat yang ibu terima. Siapa yang tak gembira jika berjaya dan siapa yang tak berduka jika keputusan adalah sebaliknya?

Ibu telah merasai kedua-duanya dalam tahun ini. Ibu sangat sedih semasa keputusan awal di umumkan. Siapa yang suka akan kegagalan kan? Namun kerana semangat dari keluarga dan kawan-kawan serta yakin dengan kerja yang telah ibu curahkan, ibu mencuba untuk membuat rayuan.

Tiada sokongan dari sebarang orang yang bertaraf VVIP, ibu hanya mengikut prosedur biasa di jabatan sebagai orang yang biasa-biasa. Dan alhamdulillah, Allah mengizinkan hal ini berlaku pada ibu.

Ibu dalam sistem yang memerlukan seseorang itu membuktikan dirinya benar-benar membuat kerja jika mahu memohon kenaikan pangkat. Pernah ibu berfikir untuk tidak mengejar semua itu kerana pembuktian kerja di dalam bentuk dokumen yang akan memuaskan hati validator adalah sesuatu yang sangat subjektif.

Ibu tak nafikan, sistem ini ada bagusnya. Jika seseorang yang rajin dan tekun bekerja, 3 tahun sah dalam perkhidmatan pun sudah melayakkan dirinya untuk memohon (naik pangkat). Namun sistem ini mampu membuatkan berlakunya kes 'tikam kawan' hanya semata-mata untuk menunjukkan diri kita yang membuat segala kerja dan lebih baik dari orang lain.

Ibu memang sangat 'pantang' dengan sikap 'tikam kawan' dari belakang. Masa buat kerja, kita bersama-sama tapi bila nak berjaya, mengapa perlu kita tidakkan sumbangan yang diberikan kawan kita. Apakah dengan menidakkan kerja orang itu dapat menaikkan peluang anda untu berjaya?

Ibu bukan semulia umat. Cemburu pada kejayaan orang tetap ada. Tapi ibu masih berjaya mengawal nafsu untuk tidak berbuat aniaya kepada orang lain untuk berjaya dan kaya. Tidak akan ibu buat sebegitu. Moga Allah pelihara hati ibu dan anda semua.

Manusia memang mudah gelap mata dengan pangkat dan wang ringgit. Ibu memang pelik dengan sikap manusia yang dengki untuk berjaya bersama-sama. Burukkan rakan sendiri, mengaku hasil kerja sendiri padahal berkongsi kerja di awalnya, menyekat peluang orang lain untuk diberikan pada orang-orang tertentu saja, gunakan kuasa untuk mengurangkan persaingan dan memberikan peluang pada diri dan kroni...Apa ini?? Layakkah orang sebegini untuk naik pangkat?? Amanah kah orang sebegini jika diberi pangkat dan tanggungjawab?

Agak-agak, kalau insan-insan yang macam ni berjaya naik pangkat dan naik gaji, berkatkah rezeki yang diperolehi??hhmmmmm......

Inilah antara kisah-kisah yang berlaku di sekeliling ibu, di dalam sedar tak sedar. Namun insan sebegini memang bertuah kerana di anugerahkan Allah dengan rupa yang sedikit indah. Sukar untuk mempercayai mereka memiliki sekeping hati yang sangat busuk dan keji.

Tapi, sesama manusia, dapatlah kebusukkan hatinya dilindungi. Sedarlah, Allah Maha Mengetahui walau sebesar zarah sekali pun niat busuk di hati kita.



Ibu berdoa, jika ada di antara pembaca blog ibu yang bersikap sebegini atau terlintas di hati untuk berbuat aniaya kepada orang lain, marilah kita sama-sama beristifar dan bertaubat (pesanan untuk diri sendiri juga). Tidak akan berkat rezeki dan hidup di atas penderitaan orang lain.

Kita mungkin akan nampak kaya, mewah dan selesa dengan pangkat dan harta yang dimiliki, tapi kita tak boleh tipu diri sendiri bila kita sentiasa rasa tak tenang dan gundah gulana takut orang lain akan kenakan kita, macamana kita kenakan orang lain. Tak tenangkan hidup kita?

Apapun, ibu bersyukur dikelilingi insan-insan yang ikhlas dan jujur!

9 comments:

Nani @ Yani said...

Hiksss kiyah..apa lagi..untuk meraikan kejayaan ko...bwklar akak dan kawan-kawan round singapore...hehehe

Zakiyah Zainon said...

tu dah tahap pesta tuh hahaha

Karukord Jagau's said...

haaa kalau nk bwk kwn2 ronda2 singapore....saya pun nk ikut....hehehee

mala said...

tahniah dah naik pangkat ...

Zaher said...

ni klau" DIA" hat spesis "PENANG MARI " tapi dok johor baca tobat berasa panas telinga kot...ha3,..

Zakiyah Zainon said...

KJ: jommm!!!! hehehe


kak mala: alhamdulillah, rezeki anak-anak....tq

Anonymous said...

Kiah mcm tau j cite ni tp hati2 jg informer 2 penah dekat dgn org 2 ms nak naik, jd jgn waktu xde hala tuju ni hang didekati. Jgn masuk jerat..sana sini ada org ambik kesempatan..be carefull! Org lama yang mengenali si informer

Zakiyah Zainon said...

Anon : saya confius sekejap tp tak pa, insyaAllah saya berfikiran positif pada semua org. Saya yakin, Allah ada untuk menjaga hati kita...maaf jika ada yg terasa dgn tulisan ini..

Anonymous said...

Sibuk mengata orang lain dalam blog... dan mempengaruhi orang lain dengan fikiran negatif.. I think your are addicted to stab everyone each day. One day you'll get what u give to others... takkan mampu meminta maaf lagi pd org...

Related Posts with Thumbnails