Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, April 5, 2012

Dikala rajin menjengah!


Blog ibu ni tak tau ibu nak kategorikan blog apa. Nak kata blog masak memasak, tak jugak. Bab nak tulis resepi memang paling malas sebab ibu masak tak dak sukatan, main campak ikut gerak hati. Blog parenting, jauh sekali kot. Ibadah, gossip artis, lai la tak. Sebab asal utama ibu menulis di blog ini adalah untuk bercerita dan berkongsi suka duka kisah ibu. Tu yang jadi caca merba.

Ibu ni nak kata diri pandai memasak, kang ada pulak yang kata 'masuk bakul naik lift'. Tapi kawan-kawan ibu tak pernah lagi kutuk masakan ibu selain maktok yang komplen jugak la bila tak kena dengan tekak dia.

Masa zaman camping dulu-dulu, apa saja yang ibu masak, alhamdulillah menjadi favourite kawan-kawan, licin dan siap ada yang request lagi. Tak tau la kot depa tu yang jenis melantak baik punya. Sedap tak sedap, depa bedal. hahahahahaha. Paling ibu ingat masa kat tasik kenyir, ibu masak sambal ikan toman. Depa punya serbu, ibu tak dapat rasa pun!

Dengan bakat yang Allah bagi ni, boleh la ibu masak untuk ayah dan anak-anak. Kalau hebat macamana pun, tapi bila mood M yang menguasai diri, heheehehe makan kat kedai la jawabnya. Tapi bila rajin, tumih-tumih apa yang ada pun, kenyang jugak perut keluarga!

Ni masak sayoq kobis + karot bersama fish ball. Tumih bawang, buh ayaq, masuk fish ball, 1/4 kiub ikan bilis dan karot. Mendidih saja, ibu masukkan kubis. Adjust garam dan tambah gula, done!

Ni resepi keluarga. Ibu panggil masak cabai ikan temenung. Sudah menjadi kegemaran nenek, sebab dia kata macam asam pedas melaka rasanya.

Bahan mudah saja, tumis bawang merah dan sedikit halba, masukkan cili giling, biarkan sampai cili masak. Tambah sikit air, masukkan asam keping dan garam. Lepas tu masukkan ikan. Kuah adjust la ikut anda. Gula, tak masuk tau!! Itu rahsianya. Adjust bagi masam sikit, baru umpppphhh!


Kat atas ni gulai ikan. Dah lama tak masak gulai. Kalau kat Johor ni depa panggil kari kan. Ibu suka guna ikan kembung atau lebih glemer pada ibu - ikan temenung. Ibu memang dibesarkan dengan ikan kembung. Kalau maktok beli ikan lain, memang tak laku. Jadi sampai dah ada dapur sendiri pun, ibu beli ikan yang sama. Resepi nak ka? Korang lagi terror kot. hehehehehe

Bila story bab ikan ni, ibu mula makan ikan besaq-besaq ni sejak kahwin dengan ayah. Dulu, nenek memang tak layan ikan kembung. Paling kecik ikan nenek adalah ikan cencaru. Siakap, ikan merah, kepala ikan merah, tenggiri, terubuk adalah makanan nenek.

Tapi, sejak ibu masak cabai ikan temenung ni, nenek dah jadi peminat ikan temenung jugak. Sampaikan biras ibu kat Melaka pun dah suka makan ikan temenung! Goreng garing-garing, sedappp, goreng basah-basah pun sedaapppp.....cubalah!

5 comments:

Ms.Lilies said...

Yg main campak2 tula sodap c.kiah hehe

nurul farahana said...

wah..sedapnye!nk rase ckit kak muteh~hahaha

Taman Rashidah Utama said...

Zakiyah Zainon...bila lagi nak keluarkan buku resipi masakan ni? Bakat dah ada, rasa lum tau lg camne...sebab hang blum bg aku rasa. Ahaks! Lalalalalalala...

aiyang said...

oooo...memang betul laaa...orang melaka tak reti makan ikan ni...ikan kembung....payah nak jumpa....dorang memang biasa makan ikan besaq2 wat asam pedas kan...

Zakiyah Zainon said...

mimi : tu la, klu org tanya resepi jenuh aku nk cerita hehe


farah: mai la jalan2 kat rumah, berlatih mengasuh baby twin :p


TRU: doakan...who knows oneday boleh ada buku masakan sendiri....rasa insyaAllah, boleh laaa.....



aiyang: hehe itulah... saya ni org kampung, x reti makan ikan besaq2...rasa mcm org kaya klu makan ikan besaq :p

Related Posts with Thumbnails