Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, April 19, 2012

Wudhuk


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini ibu nak kongsi sesuatu tentang wudhuk. Sebenarnya, apa yang ibu nak kongsikan ini di sampaikan oleh Allahyarhamah ustazah ibu masa ibu belajar kat kelas Fardhu Ain masa sekolah rendah dulu.

Dah lama dah. Tapi, insyaAllah, harapnya ianya menjadi satu ilmu yang bermanafaat dan dapatlah pahala pada allahyarhamah Ustazah Fatiah atau lebih mesra dengan nama 'Kak Fatiah'.

Maktok pun pernah ingatkan ibu tentang hal yang sama (ibu dan maktok menuntut dengan tok guru yang sama) bila maktok tengok ibu ambik wudhuk laju sangat! Padahal dah belajar, tapi bila nak cepat, lupa semua ilmu yang ada tidak di amalkan. Astagfirullahhalazim.....

Wudhuk! Rasanya semua tahu tentang wudhuk dan tatacara mengangkat wudhuk. Kalau tak tau, maknanya anda tak solat. Masih belum terlambat untuk belajar kan. Tak pa, better late than never. Tapi jangan pulak bertangguh-tangguh ya!



Selalunya, sebelum mengangkat wudhuk, kita akan membaca lafaznya dahulu (yang dalam bahasa arab tu) :
Dan selepas itu, sambil menyapu air ke seluruh anggota muka, kita akan niatkan di dalam hati ;

"Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala"

Kebiasaannya, kita akan ratakan air ke anggota muka, diikuti, tangan hingga ke siku, ubun-ubun, telinga (sunat) dan akhirnya kaki hingga be buku lali.

Tetapi, semasa kita meratakan air ke seluruh bahagian itu apa yang kita niatkan dalam hati kita?

Allahyarhamah ustazah ibu bagitau (dipesan lagi oleh maktok), setiap kali kita menyucikan bahagian anggota wudhuk itu, ada niat-niat yang boleh di'niat'kan dalam hati kita. Dan inilah yang ibu nak sharekan pada kali ini ;

Ketika membasuh muka (selepas niat wudhuk), niat lah di dalam hati kita ;
"Ya Allah, putihkanlah muka ku ini di akhirat kelak"

Ketika membasuh tangan kanan, niatlah ;
"Ya Allah, sampaikan lah hisab amalan tangan kananku ini"

Ketika membasuh tangan kiri, niatlah ;
" Ya Allah, janganlah kau berikan hisab tangan kiriku ini"

Ketika membasuh ubun-ubun, niatlah ;
" Ya Allah, lindungilah daku dari panas terik di padang mahsyar kelak"

Ketika membasuh telinga, niatlah ;
"Ya Allah, dengarkan lah telinga ku ini dengan zikir mu"

Ketika membasuh kaki kanan, niatlah ;
"Ya Allah, tetapkan lah kaki ku ini ketika melintasi titian sirat nanti"

Ketika membasuh kaki kiri, niatkan lah ;
" Ya Allah, janganlah engkau gelincirkan kaki ku ini "

Apa yang ibu share-kan ini adalah yang ibu ingat-ingat masa ibu belajar kecik-kecik dulu. Dan hari ini, ibu ada terbaca di sebuah blog tentang niat-niat ini. Walaupun sedikit berbeza, tapi niat dan hajat yang kita pohon pada Allah semasa mengambil wudhuk tetap sama dan ke arah kebaikan. Pada yang nak tau boleh lah membacanya di sini.

Adalah diharapkan dengan perkongsian ini, dapatlah kita memperbaiki ibadah kita supaya lebih sempurna dalam mencari dan mengejar keredhaan Allah Taala sebagai bekalan untuk hidup di akhirat sana.

Segala yang baik datangnya dari Allah Taala, dan segala yang buruk adalah dari kelemahan diri ibu sendiri.

1 comment:

edaleeja said...

tenkiu CK..kakja pon duk amalkan niat tiap basuhan..maaf sgt2, sumber tak tau.rasanya ustazah jugak yang ajar

Related Posts with Thumbnails