Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, May 22, 2012

Abang Mie dan kereta kuningnya...

"Wei, aku baru tau Abang Mie dah meninggal...dia sakit apa wey". SMS dari kawan ibu, Ija awal pagi tadi sedikit mengejutkan ibu.

Dalam kalut menguruskan exam yang sedang berlangsung, ibu sempat membuka FB, menjejaki wall FB Abang Mie. Dan ucapan takziah memenuhi ruang wallnya. Mata ibu mula bergenang air mata takala membaca status kawan-kawan ibu yang mengenali Abang Mie. Ibu syahdu sorang-sorang depan pc. Entahlah, student perasan ke tak ibu pun tak pasti.

Abang Mie, seorang sahabat dan abang yang sangat disenangi ramai, memahami, sempoi dan baik hati. Ibu sedikit lewat mengenalinya berbanding rakan-rakan kembara ibu yang lain kerana mereka terlibat di dalam Ko-k Kor Mekanik semasa di universiti.

Ibu hanya mengenali Abang Mie semasa Kembara Induction Camp (KIC) tahun 2002/2003, itu pun selepas ibu dah graduate. Sebagai senior kelab, ahli-ahli junior akan menjemput seniors mereka untuk join sama dalam aktiviti tahunan kelab yang kami sayangi, Kelab Kembara.

Semasa KIC itulah ibu mula berbual mesra dengan dia. Walaupun hanya seketika kami bermesra di Hutan Sintok, tapi ibu rasa macam dah kenal lama. Masih ibu ingat masa aktiviti absailing, Abang Mie paksa ibu turun muka dulu. Katanya dah senior, turun kot belakang 'terkedek-kedek' tu hanya untuk beginner!

Bayangkan dengan ketinggian dinding yang hampir 10m (rasanya la), ibu terpaksa menyahut cabaran dan paksaan Abang Mie. Dah la lama tak buat aktiviti macam tu sejak grade uni, kena paksa pulak tuh.

Dengan tunjuk ajar dia, ibu berjaya melakukannya. Lepas tu, ibu nak buat sekali lagi, tapi dia dah tak bagi! hahahahahaha

Abang Mie terkenal dengan jip kuning 4X4 dia. Ibu ni pulak dah lama simpan niat nak memandu kereta macam tu. Ibu saja bagitau dia yang ibu teringin nak drive kereta macam tu. Selamba dia kata "Pi la, bawak kereta Bang Mie!". Huh!!!

Dengan muka tak malu, ibu pun drive kereta dia dalam Hutan Sintok dan pusing UUM. Siap singgah cafe lagi beli makan. Orang dah pandang-pandang, mungkin lain tuan kot sebab pemilik kereta tu dikenali ramai orang.

Kereta kuning Abang Mie.
Start tak payah pakai kunci, guna gunting saja buat ganti!

Itulah kali pertama dan terakhir ibu berjumpa Abang Mie. Lepas ibu pindah ke Johor, ibu hanya dengar khabar dari kawan-kawan yang Abang Mie sakit, dia mengidap kanser.

Ibu berjumpa semula dengan Abang Mie bila kami add friend di FB. Abang Mie masih macam dulu, suka mengusik dan bergurau lawak jenaka. Ada ibu tanyakan hal kesihatannya. Dia menjawab selamba. " macam ni la bila dah tua, ada sajalah Allah bagi penyebabnya".

Minggu lepas, kawan ibu Liana ada menelefon dan bagitau yang Abang Mie tengah kritikal. Ibu ada meninggalkan mesej di wall-nya bertanyakan keadaannya pada sanak saudara atau keluarga jika mereka terbaca, namun tiada jawapan.

Abang Mie dengan baju KIC 2011.
Sedikit kurus dan botak kesan kimo (barangkali) tapi tetap bersemangat outdoor!

Dulu masa ibu aktif dengan rekreasi, kami tiada pegawai pengiring semasa aktiviti. Lepas ibu graduate, setiap aktiviti mesti ada pegawai yang mengiringi mahasiswa dan mahasiswi. Dan Abang Mie lah antara orang yang tidak pernah menolak setiap kali ada aktiviti sebegini.

Ahli rekreasi UUM pasti akan terasa kehilangan Abang Mie. Ibu yang hanya seketika mengenalinya pun terasa dengan kehilangan ini.

Ramai orang yang ibu kenal yang dijemput Allah pada usia muda, adalah orang-orang yang baik hati dan disenangi ramai orang. Tidak terkecuali dengan Abang Mie.

Mungkin kerana Allah tidak mahu dia alpa dengan dunia atau terlibat dengan perkara yang lagha. Allah mahu memeliharanya dari segala kemungkaran dunia. Dan orang sebaik Abang Mie, pasti Allah tempatkan di tempat yang terbaik juga.

Kenangan memandu kereta kuning milik Abang Mie akan terus ibu ingati sebab kereta itu dan Abang Mie lah yang telah memenuhi impian ibu selama ini.

Tenanglah Abang Mie di sana. Al-Fatihah!

(gambar dari FB Abang Mie)

5 comments:

edaleeja said...

Al-fatihah..tapi kan CK, kak eda mcm tak kenal sgt la ngan Allahyarham. mungkin pernah jumpa tapi takde la bermesra agaknya. Semoga rohnya tenang di sana...

CheLa said...

abg mie mmg cukup di senangi..sempoi...pegi projek bawa abg mie sbg pegawai pengiring mesti best...ade jerr bahan nak gelak buat hilang penat...arwah akan ttp dlm ingatan..al-fatihah..

CheLa said...

abg mie mmg cukup di senangi..sempoi...pegi projek bawa abg mie sbg pegawai pengiring mesti best...ade jerr bahan nak gelak buat hilang penat...arwah akan ttp dlm ingatan..al-fatihah..

Dunia Aku said...

salam akak..saya dari kelab kembara ingin bertanyakan samaada akak berminat untuk join program budak-budak kembara pada masa akan datang? contohnya KIC ke? REUNION senior junior ke?..

Zakiyah Zainon said...

insyaAllah... boleh. Tapi akak jauh kat Johor ni haaa...
kalau dapat bawa anak2 join kic kan best...
insyaAllah.... suatu masa nanti..

Related Posts with Thumbnails