Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, June 26, 2012

Ber'uang' atau tak?


Minggu ini adalah minggu-minggu terakhir untuk ibu relax sepuas-puasnya Lepas ni kelas dah nak bermula. Dah tak boleh duduk 'melengung' lagi depan pc mengadap FB dan membaca blog dengan senang hati.

Kaunter HEP kat kolej mula busy dikunjungi oleh waris dan bakal pelajar, bertanyakan itu dan ini. Ibu bukan penyelaras HEP atau Pengambilan Pelajar tapi ruangan tersebut adalah tempat ibu melepak dan berehat.

Pagi tadi, semasa ibu sedang membaca blog, kaunter HEP dikunjungi seorang ibu dan anak. Mereka di layan oleh kawan ibu. Ibu yang duduk tidak jauh dari situ mendengar perbualan mereka.

Loghat Sabah si emak menarik perhatian ibu. Beliau memohon untuk daftar lewat sedikit dari tarikh yang ditetapkan iaitu 3 Julai 2012.

Kawan ibu bertanya, mengapa?

Jawapan yang diberikan membuatkan ibu sedikit terkedu. Ringkasnya, beliau tidak mempunyai duit lagi (sehingga gaji) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memenuhi Borang Pemeriksaan Kesihatan yang perlu dibawa semasa hari pendaftaran.

Bila kawan ibu menjelaskan yang pendaftaran boleh dilakukan tanpa pemeriksaan kesihatan (boleh dibuat kemudian), si ibu menarik nafas lega.

Kemudian si emak bertanya lagi itu dan ini, tentang beberapa pembayaran yang perlu di buat dan cara-cara pembayaran yang perlu dilakukan. Ada yang perlu dibayar tunai, kena beli Wang Pos atau Money Order dan ada yang perlu di bank-in ke akaun tertentu.

Tak lama kemudian, ibu terdengar lagi si emak meminta tangguh bagi bayaran tertentu. Katanya masa pendaftaran berlangsung, beliau masih belum gaji. Katanya, kalau bayaran RM30 (tak salah ibu), mampu dibayar ketika pendaftaran. Jumlah yang banyak tu, dia masih belum ada wang.

Mendengar itu, ibu berasa sayu sendiri. Perasaan 'kesian' muncul dalam hati. Ya Allah, masih ramai lagi rakyat Malaysia ini yang hidup miskin dalam negara yang kaya.

Pada ibu, yuran pengajian di Kolej Komuniti adalah yang paling murah. Sejak sistem pengajian Modular di perkenalkan, yuran pengajian hanya RM10/sebulan. Ini bermakna, jika program yang dipilih mengambil masa 5 bulan, yuran pengajian yang perlu dijelaskan semasa hari pendaftaran adalah RM50.

Terdapat juga yuran pelbagai yang perlu dibayar, dan tak salah ibu lebih kurang RM160 saja kot. Dan kalau di jumlahkan pun, yuran yang perlu dijelaskan semasa hari pendaftaran di bawah RM500 ( RM300 pun tak sampai!).

Murahkan? Yuran bulanan tadika kakak pun cecah RM200/bulan! Maaf, tiada niat ibu nak menunjuk-nunjuk, cuma ibu nak bagitau betapa murahnya yuran pengajian di kolej komuniti di Malaysia ni.

Walaupun begitu murah, masih ada rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk menjelaskannya. Bagi yang bergaji agak 'mewah' dan tetap seperti ibu, jumlah yang diperlukan memang nampak kecik saja. Tapi, pada yang tidak ber'ada', jumlah itu dirasakan sangat besar nilainya.

Masa makan pagi bersama kawan-kawan ibu tadi, isu ini ibu timbulkan. Kebetulan, kawan ibu yang melayan emak dan anak tadi ada bersama ibu ketika itu. Beliau pun meluahkan saya kasihannya terhadap ibu tadi.

Alhamdulillah, tindakan penyelesaian telah dibincangkan oleh unit HEP dan Pengambilan untuk membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan seperti ini. Cadangan itu pun keluar masa ibu dan kawan-kawan tengah minum tu.

Tinggikan harapan mak ayah? Walaupun tak berduit, tetap nakkan yang terbaik buat anak-anak. Tetap diusahakan untuk pastikan anak masing-masing mendapat peluang belajar yang secukupnya.

Tapi yang ibu kesalkan pada anak-anak ni, bila dah belajar ada yang tak kenang pun pengorbanan dan kesusahan mak ayah masing-masing.

Belajar main-main, ponteng kelas, buat 'itu dan ini' yang tak sepatutnya sebagai pelajar. Clubbing, ber'tenet', keluar malam, ter'lanjur' dan bermacam-macam masalah sosial yang dibuat.

Jadi, kenang-kenangkan lah kesusahan dan kepayahan mak ayah kita cari duit nak besarkan kita selama ni. Kalau ada nak buat sesuatu yang boleh memalukan mak ayah kita, sila bayangkan muka mak ayah kita.

Letakkan perasaan belas dan kasihan pada mak ayah kita. Teruk bekerja, penat dan berpanas mencari rezeki untuk memenuhi impian anak-anak. Yang anak-anak ni, hidup berlagak macam orang kaya!

Satu masa nanti, tiba pula saat kita menjadi mak dan ayah. Kena kerja keras pula untuk anak-anak kita. What goes around, must comes around!

Peringatan ini untuk diri sendiri juga!

.

.

.

.

p/s:
Ibu ada banyak koleksi wang kertas dan syiling lama!


syiling ni pun ibu ada. Tapi ni gambar hasil google!

2 comments:

edaleeja said...

CK, kalau tak silap kakja student sabah ada byk tajaan/bantuan. try tanya dgn MUIS atau Yayasan Sabah. mungkin ada peruntukan utk diorang. student kakja yg mohon bantuan ada yg dpt free tiket flight dr sana ke semenanjung. tp prosedur kakja tak berapa tahu.

hope dpt bantu student sebegini yg mmg nak belajar.

Zakiyah Zainon said...

kak, sabahan kat sini kebanyakkannya dah pindah dan bermustatain di Johor. Kat sini memang banyak orang sabah/sarawak.

Tq kak...

Related Posts with Thumbnails