Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, June 28, 2012

Ketenangan jiwa

Pesanan : Tulisan ini adalah sekadar perkongsian. Tiada niat untuk menunjuk baik atau berlagak alim. Apa yang baik datang dari Allah, apa yang buruk dari kelemahan diri ibu sendiri.

Begini kisahnya!

Hidup ibu 2 tahun kebelakangan ini agak kalut. Kalau tak diuruskan dengan betul, memang akan terasa stress.

Perasaan serabut, benci, marah, meluat atau senang kata semua perasaan jahat itu ada di dalam kepala dan jiwa ibu. Iblis dan syaitan memang suka. Memang terasa hasutan dan bisikannya untuk ibu 'meroyan' terhadap apa yang berlaku.

Namun ibu bersyukur. Bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang ada didikan agama yang sempurna.

Walaupun ibu yang paling 'rock' dalam keluarga, tempias amalan dan ilmu adik beradik yang lain dapat ibu serap sikit-sikit buat bekalan dan panduan.

Ibu bukanlah orang yang alim, tasbih sentiasa bergerak di tangan, dahi hitam lebam akibat sujud yang berlebihan.

Dulu masa remaja, kalau naik kereta abang dia selalu buka tape atau cd bacaan quran. Ibu pernah bersungut dalam hati, bosan. Astagfirullah hal'azim. Ampun dosa ku ya Allah!

Asyik-asyik ulang benda yang sama. Dalam rumah dah la baca quran, ni dalam kereta pun sama. Tak kasik chance nak dengar lagu!

Rupanya bila dah makin bertambah umur dan beranak pinak ni, ibu sedar sedar. Itulah terapi jiwa yang terbaik di dunia.

Masa Pesta Buku 2010 (tak salah), ibu beli CD zikir-zikir ni. Dan hingga kini ianya sangat membantu ibu berada dalam aura positif, minda pada alpha 0.8! Hehehe


CD ni dipasang di dalam kereta setiap hari sepanjang perjalanan pergi-balik kerja atau ke mana-mana. Alhamdulillah, kakak dan kembar pun dah boleh ikut zikir-zikir yang ada di dalamnya walaupun hanya ambik yang hujung-hujung!

Selain bacaan quran, dengar zikir-zikir yang merdu macam ni memang dapat menghilangkan perasaan-perasaan jahat tadi.

Ianya membuatkan timbul satu rasa 'redha' dan berserah pada Allah dengan apa jua masalah yang mendatang. Hilang rasa nak balas dendam pada orang itu, nak berdengki pada orang ni. 'Rasa' itu tetap ada, tapi syukur redha dan pasrah lebih kuat menekannnya!

Rasa yang ada - biarlah, biar depa buat sepuas hati selagi mereka mampu. Sehingga mereka puas hati.

Terasa dorongan dan jalan yang Allah berikan dalam menyelesaikan masalah yang mendatang. Terasa lebih kuat dan gagah. Kerana kita berasa yakin, Allah sentiasa ada bersama!

Minggu lepas, baru ibu belek-belek kotak CD ni dan membaca tulisan di belakangnya:

Infiniti % betul!
Related Posts with Thumbnails