Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, July 17, 2012

Denai Kenangan : Kisah Baju


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu lepas stok baju raya ibu dah sampai dari Kedah. Sekotak kau! Ada 8 pasang semuanya. Actually, baju-baju ni dijahit oleh kawan ibu kat Kedah. Dah terbiasa dengan potongan dan jahitan dia, upah kat orang lain, tak sedap pulak bila dipakai nanti.


Semua baju yang ibu tempah adalah baju kurung. Kain-kain ni ada himpunan dan koleksi tahun 2010, masa ibu mengandungkan kembar dulu. Masa tu, tengah boyot so ibu tak tempah dulu. Simpan semua kain yang di beli. Ibu beli 3 pasang saja kot. Selebihnya, nenek yang bagi dan Nadia hadiahkan as souvinier masa dia pi Jepun dulu.

Memang dah jadi kebiasaan ibu akan kumpul dulu kain-kain pasang yang ada. Cukup haul dan nisab, ibu akan angkut balik Kedah masa ibu balik cuti raya haji (kebiasaannya). Siap pesan kat kawan ibu, bukan nak segera.

Kawan ibu ni dah faham pe'el ibu ni. Dia akan siapkan menjelang raya tahun depannya. Ibu pun jimatlah masa nak cari baju raya. Tahun ni, kena buat operasi cari tudung raya saja!

Bila sebut pasal baju ni, ibu teringat kenangan ibu masa dulu-dulu, masa ibu duduk di asrama. Macam yang ibu selalu katanya, ibu ni anak orang kampung yang sedang-sedang saja hidupnya. Cukup la makan dan pakai tapi takdak lah sampai tahap kaya atau mewah.

Dulu masa ibu kat asrama, boleh kira dengan jari berapa pasang baju kurung ibu. Tu pun siap campoq dengan baju kurung mak dan mak sedara yang dah lama-lama, ibu masih pakai. Kalau ingat balik, sayu sangat rasa hati. Locker orang lain, bersusun-susun baju baru dan warna warni bermacam fesyen. Locker ibu, heheheheh..ada la 5 pasang kot!

Tapi mujur la masa tu, kawan-kawan dan kakak-kakak sebilik ibu baik-baik belaka. Dah jadi macam tradisi, kami akan pinjam meminjam baju antara satu sama lain. Ibu la yang seronok, dapat pakai baju yang cantik-cantik. Baju ibu, jarang ada yang nak pinjam sebab tak cantik dan saiz pun kecik hehehehe


Geng 12 beradik masa kat asrama


Maktok selalu marah kat ibu. Asal dalam gambar je, ibu akan pakai baju orang. Ada satu istilah yang maktok suka gunakan buat ibu, tapi ibu dah lupa hehehe :D

Masa dah form3 kot, baru lah maktok buatkan ibu baju yang cantik-cantik, siap bersulam lagi. Masa tu, rezeki dah makin bertambah. Time tu barulah baju ibu turut menjadi koleksi untuk dipakai beramai-ramai tapi oleh orang yang sama saiz saja hehehehe

Sekarang ni, haaa...ambik kau! Dapat pulak mak mertua yang suka membeli baju-baju ni, syukur sangat-sangat! Seingat ibu, sejak bertunang lagi, nenek dah mula belikan ibu baju yang cantik-cantik. Sampai la sekarang ni....

Syukur dengan nikmat yang Allah berikan ni!

1 comment:

Irfa said...

sweetnya kisah awak dan baju kurung
siap share ngan kengkawan lagi ;)
mak mana x marah kalau anak pakai baju org.mesti la dia sedih.tp itu kisah silam..ada pahit dan ada manisnya.

Related Posts with Thumbnails