Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, July 24, 2012

Kisah tauladan : Harga Segelas Susu

Assaamualaikum.

Bulan Ramadhan dah masuk hari yang ke 4. Alhamdulillah, ibu masih diberi keizinan Allah untuk menjalaninya dengan sempurna (harapnya). Cuma saat berbuka ibu masih belum sempurna, bayangkan ibu berbuka sambil ber'perang' dengan anak-anak. Walaupun dah suap makan awal-awal, time ibu nak berbuka saja, depa dah penuh kat depan ibu. Ibu berbuka sambil berdiri. Kalau duduk, habis depa cekau makanan dalam pinggan :P

Oklah, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ibu nak kongsikan satu kisah tauladan buat semua pembaca blog ibu. Ibu jumpa kisah ini di FB dan ibu nak sharekan pada semua. Kisahnya bertajuk HARGA SEGELAS SUSU ;)


Pada suatu masa dahulu (gaya bercerita macam masuk pertandingan bercerita masa sekolah rendah dulu), ada ......


Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.


“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”

Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan terima kasih.”

“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut., dengan kelolaan doctor pakar.

Rupa-rupanya doctor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doctor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”


Pengajaran ::

Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita.

Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.



Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41

1 comment:

Irfa said...

cerita yg hebat :)

Related Posts with Thumbnails