Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, July 12, 2012

Lawatan mengejut Pakcik PI

Kuliah bagi semester Julai 2012 bagi pengajian di Kolej Komuniti seluruh Malaysia bermula minggu ini. Ibu kembali bergelut dan kalut meng'adjust'kan diri kembali. Masa students cuti sem hari tu, dah selesa relax dan tak terkejar-kejar ke sana sini.

Isnin, kelas pun bermula. As usual, ibu lambat masuk kelas! hahahahaha mujur partner ibu, mak buyung Khalis dan bersedia dan faham dengan situasi ibu. Dia dah awal-awal masuk ke kelas.

Lepas lapor diri di kelas, ibu turun ke bawah untuk mengambil barang yang tertinggal. Tiba-tiba ibu dimaklumkan ada panggilan telefon untuk ibu dan kebetulan ibu ada di situ. Kawan ibu maklumkan ada seseorang nak jumpa ibu, lelaki dari Butterworth.

Oh! Pusing sat kepala ibu dok cari, siapa pulak yang nak jumpa ibu pepagi gini. Sikit-sikit ada rasa macam glemer hahahaha. Ibu pun bergerak ke lobi tempat 'seseorang' yang sedang menunggu ibu.

Ibu pun masuk ke lobi. Kawan ibu di kaunter tersenyum dan menunjukkan 'seseorang' yang nak berjumpa dengan ibu. Terkejut besaq ibu!

"Ya Allah!!! Pakcikkk".

Menjerit ibu terkejut melihat pakcik PI yang ibu kenali masa zaman aktif dengan Fotopages dulu ada kat ofis ibu.

Pakcik Hussin atau lebih mesra dikalangan kawan-kawan fotopages sebagai 'Pakcik PI' sebab url fotopages pakcik adalah 'pemancingikan'. Dan singkatan PemancingIkan telah menghasilkan gelaran Pakcik PI buat kami.

Terus ibu sms partner ibu, minta dia uruskan kelas dulu. Ibu borak-borak dengan pakcik dan bawa dia pergi minum dulu. Rasa sangat bersalah kalau ibu tak layan orang yang berbesar hati datang menziarahi ibu. Tetamu kan, mesti kita kena layan dengan sebaiknya.

Ayah kerja shift petang. Ibu call ayah suruh siap-siap, nanti ibu balik jemput ayah kat rumah dan bawa pi minum sama-sama dengan Pakcik PI.

Malu bila bawak pakcik PI ke rumah sebab rumah memang sangat lintang-pukang. Toto dan bantal bergelimpangan kat hall. Tapi sebab dah rasa pakcik ni macam ayah, hehehehe apa nak malukan! Ayah mesti faham anak-anak yang kalut dengan anak kecik sampai tak berapa nak dan kemas rumah kan..kan... :P

Pakcik sekarang sedikit berbeza dari dulu. Rupanya pakcik aktif dengan kumpulan tabligh sejak dia dah pencen penuh ni. Alhamdulillah, pakcik pun berkongsi pengalaman dia sepanjang 1 tahun lebih di dalam pergerakan ini.

Pakcik telah melakukan beberapa pencerahan pada ibu tentang pergerakkan tabligh kini. Kalau dulu, memang ada orang yang aktif di dalam tabligh ini keluar berdakwah hingga mengabaikan keluarga. Namun kini kata pakcik, semua itu telah dipantau oleh 'HQ' agar jika ada ahli yang hendak keluar berdakwah, beberapa kriteria mesti dipenuhi supaya ianya tidak menyusahkan diri, keluarga dan orang lain.

Contoh yang pakcik jelaskan seperti pelajar yang ikut group dakwah ini. Kalau dulu, ada pelajar yang sampai mengabaikan pelajaran, tinggal kuliah dan kelas sebab nak memburu agama dan berdakwah. Tapi kini, keadaan itu dipantau. Pelajar hanya dibenarkan ikut berdakwah dari satu tempat ke tempat lain semasa cuti semester supaya ianya tidak mengganggu pelajaran. Keluar berdakwah ni bukan sekejap-sekejap. Kata pakcik ada yang 10 hari dan ada yang membawa hingga 40 hari.


Pakcik turut berkongsi pengalamannya menghadiri himpunan ahli-ahli tabligh peringkat antarabangsa yang beliau hadiri baru-baru ini di Bangladesh. Kata pakcik, dulu dia memang mengelak bila diajak kawannnya seorang pensyarah USM untuk join gerakan ni, tapi bila dah sekali terjebak, seronok pulak kata pakcik.

Pakcik menjelaskan pada ibu tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa orang-orang tabligh ni berada di sesebuah masjid/surau. Mereka ada aktiviti tersusun dari pagi hinggalah ke malam sepanjang berada di sesebuah masjid itu.

Sejak pakcik join dakwah ni, dia gembira sebab sekurang-kurangnya dia dah dapat hafal beberapa surah, dapat solat berjemaah dan selalu berada di dalam majlis ilmu berbanding dulu - duduk di rumah, solat sorang diri saja.

Kata pakcik, hanya 3% (kalau tak salah) masjid yang ada di Malaysia ni yang benarkan gerakan tabligh ni tinggal di sana. Kata pakcik lagi, kalau gerakan tabligh di negara lain sangat kuat berbanding Malaysia kerana mereka bersatu pada satu gerakan saja. Dan masjid-masjid di luar negara sangat terbuka dan mengalu-alukan aktiviti dakwah di masjid mereka.

Pertama kali ibu jumpa pakcik PI di pada Oktober 2009 kalau tak salah ibu. Masa tu pakcik datang ke Singapore berjumpa seorang lagi rakan kami iaitu Wak Kumis. Wak Kumis anjurkan gathering di Sembawang Park dan di sana lah ibu bertemu dengan pakcik dan isteri, Kak Aidah dan Mayang Sari (adik wak) selain berkenalan dengan ahli keluarga wak.



Lepas pertemuan tu, ibu pun dah tak aktif fotopages bila dah mula terjebak dengan blogspot. Walaupun dah tak dak entry dalam fotopages, rupanya Pakcik PI masih mengikuti kisah ibu di blog. Terima kasih pakcik!

Ibu sangat terharu dan berbesar hati dengan kunjungan pakcik. Pakcik masih ingat di mana ibu bekerja, ingat kakak dan ayah, ingat kembar seolah-olah kita dekat saja selama ni. InsyaAllah, kalau ada kesempatan, ibu akan buat kunjungan balas ke rumah pakcik di Penaga masa ibu balik raya haji nanti.

Pakcik ada plan nak ke Singapura berjumpa Wak Kumis, tapi sayangnya nombor telefon wak yang ibu dan pakcik simpan sudah tidak aktif lagi. Jadi pakcik bercadang meneruskan kembaranya ke Kuala Lumpur menziarahi anak-anaknya yang tinggal di sana.

Ibu offer nak hantar pakcik ke JB Sentral sebab pakcik nak ke KL naik keretapi. Tapi pakcik menolak dan nak naik bas. Katanya, nak tengok keindahan alam, nak luaskan pandangan. Sebelum ibu hantar pakcik ke stesen bas Masai, ibu penuhi permintaan pakcik untuk ambik gambar Masjid Jamek Pasir Gudang sebagai bahan entry untuk Fotopages pakcik yang akan upload gambar masjid setiap hari Jumaat.

Perasaan 'besar hati' atas kunjungan pakcik masih ada sampai hari ni! Terima kasih buat pakcik atas ukhuwah yang indah ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails