Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, August 28, 2012

Part 1 - AidilFitri 2012


Assalamualaikum.

Fuhhh! 2 minggu ibu tak update blog, paling hebat rasanya! Rasa malas yang meng'gomoli' diri ibu sejak bermula Ramadhan hingga kekalutan berhari raya menyebabkan blog ini terabai. Bila buka blog sendiri, ibu lebih memilih untuk berjalan-jalan membaca entri terbaru kawan-kawan dari menaip sesuatu di blog sendiri! Dasar pemalaskan! :P

Aidilfitri tahun ni, rasanya sama seperti tahun-tahun yang lalu. Sejak dah berusia 'kertu' ni (hehehehe), gelora menyambut Aidilfitri biasa-biasa saja. Kerana mungkin ibu kini lebih memahami nilai dan makna Ramadhan yang ditinggalkan bila tibanya Syawal.

Pemahaman biasa antara ibu dan ayah tentang destinasi Aidilfitri adalah mudah. Raya Puasa di Singapura/Melaka, tapi Aidiladha seboleh-bolehnya ibu nak balik Kedah kerana sambutan di sana lebih meriah. Tapi Aidilfitri pun sebenarnya meriah jugak di sana :P

Tapi sejak kahwin ni sebenarnya, ada juga Aidilfitri yang disambut di Kedah sebab ibu melahirkan dan balik berpantang di kampung. Jadi kesempatan itu dapatlah ibu beraya bersama-sama keluarga di sana.

Tahun ni, ibu sekeluarga balik ke Melaka beraya di rumah yang nenek bina untuk anak cucu dan saudara-mara berkumpul. Biras ibu tetap setia mendiami rumah itu menanti kepulangan sanak-saudara.

Sebagai usaha nak ambik 'feel' pulang beraya (kononnya), ibu memulakan perjalanan pulang pada hari Sabtu seawal jam 430 pagi! Tapi ok jugak bertolak awal pagi ni, sebab time tu jalan tak jem lagi.

Pukul 730 pagi, kereta ibu dah masuk pagar rumah kat kampung. Terkejut nenek dan Siti (biras ibu) serta anak-anak buah melihat ketibaan ibu sekeluarga di awal pagi. Memang ibu tak bagitau nenek, bila ibu akan balik. Itu pun agak lewat tiba sebab ibu berhenti tidur di hentian (lupa hentian mana sebab tersangat mengantuk) dan solat Subuh di RnR Machap.

Lepas lelapkan mata sekejap, ibu mula membantu Siti mengemaskan rumah. Rumah memang time tu lintang pukang lagi sebab Siti sibuk buat kuih raya sambil menjaga Pak Asin (ayahnya) yang sakit. Mujur ibu sampai awal pagi, dapatlah tolong macam-macam. Dari cuci rumah sampailah ke persiapan memasak sambal goreng untuk di'belasah' masa berbuka dan pagi raya.


Farhan (anak buah), adik, kakak, abnag dan DikNa (anak buah) di pagi raya!

Baju raya kakak dan kembar 'lain mak-ayah', ibu belikan. Sejak dah pandai melaram ni, anak dara berdua ni pun nak pakai sama dari atas sampai ke bawah. Sampaikan di hari raya terpaksa pi shoping kasut raya sebelum pi berjalan raya sebab kasut kakak tak sama dengan Dik Na. Itu yang namanya kembar 'lain mak-ayah' tu.

Abang dengan adik, ibu pakaikan baju raya tahun lepas yang memang tak dipakai lagi pun sebab size yang besar. Tahun lepas ibu lipat kaki seluar dan tangan baju. Tahun ni, baru ngam-ngam soi dipakainya. Tahun depan bukak jahitan, boleh pakai lagi :P hehehehe

Pagi raya, ayah dan anak-anak buah ke masjid untuk solat raya. Ibu mula sedar, sejak beranak-pinak ni, ibu dah tak berpeluang lagi nak solat hari raya di masjid macam zaman anak dara dulu. Kalau ibu nak pi masjid, sapa nak jaga anak-anak ibu yang tengah lasak tu. Tak sabar nak tunggu abang dan adik 'faham bahasa', boleh angkut depa ke masjid sama-sama. Itu pun kalau ibu tak beranak kecik lagi! :P

Lepas solat, berkumpul lah semua yang ada kat hall. Seperti kebiasaan, sesi bersalam-salaman pun bermula. Gambar memang takdak time bermaaf-maafan ni sebab semua dok tunggu turn nak salam, tak dak sapa pun yang teringat nak ambik gambar.

Rasa rugi jugak sebab tak pernah ada pun gambar time bermaaf-maafan ni. Tapi malas nak posing balik semata-mata nak bergambar time bersalam hehehehe sebab dah tengahari. Masing-masing nak berkejar ke kubur pulak!

Oklah, stop dulu. Asalnya nak karang panjang-panjang, tetiba rasa nak buat episod-episod pulak. Malas ke rajin ke tak tau la ni. Tengok la berapa episod yang mampu! hahahahaha

Apapun, ibu sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata-kata sepanjang berblog ini yang tidak disenangi ramai.

Ibu adalah seorang yang 'out spoken' dan bercakap terus terang apa yang ibu rasai demi kebaikan bersama. Namun jika ada kata-kata ibu yang mengguris hati dan tidak dapat diterima, ibu mohon ampun dan maaf. Sesungguhnya Allah mengetahui niat di hati ibu walaupun ianya tidak 'sampai' dengan maksud yang betul di jiwa manusia. Rasanya ibu perlu belajar lagi tentang itu!

Till now....chow!

No comments:

Related Posts with Thumbnails