Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, September 19, 2012

Dulu dan Kini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tetiba ibu nak tulis topik yang sedikit serius. Ibu adalah seorang IBU. Ibu juga adalah seorang GURU dan ibu pernah menjadi seorang MURID. Bukan tujuan ibu dan kondem sesiapa, tapi just nak share apa yang ibu rasa dan lalui sepanjang ibu menjadi MURID, GURU dan juga IBU.

Ibu bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Padang Perahu (SKPP). Sebuah sekolah kampung yang masa tu setiap darjah hanya ada 2 kelas, iaitu kelas A dan B kemudian ditukar kepada Mawar dan Melati. Itu pun tak sampai 30 orang sekelas. Pelajar hanya dari kawasan kampung sekitar sahaja.

Cikgu-cikgu pun sangat penyayang dan bersungguh-sungguh mendidik ibu dan kawan-kawan. Sampaikan cikgu English ibu masa darjah 6, Cikgu Khadijah sanggup bawak balik ibu dan beberapa rakan-rakan untuk tidur di rumahnya dan mengajar extra untuk kami sebelum berlangsung UPSR. Alhamdulillah, English ibu dapat A walaupun seminggu sebelum UPSR ibu demam teruk tempias bahang gunung berapi Pinatubo meletup!

Masa di SKPP, ibu boleh rasakan cikgu-cikgu yang sangat sayang pada ibu dan ada juga cikgu yang so-so saja. Tak kisah lah kan. Tapi tukang kebun pun baik dengan ibu. Sampai ibu dah beranak pinak ni, Abang Wahid tukang kebun masa ibu di SKPP dulu masih kenal ibu dan menegur ibu hehehehe...

Cikgu SKPP lah yang mula membentuk karektor ibu. Cikgu Mat Said mencungkil bakat ibu sebagai penyajak dan pendebat. Cikgu Maznah mencungkil bakat ibu di dalam sukan bola jaring dengan asas yang kukuh. Allahyarhamah Ustazah Aminah mengasah bakat ibu dalam bidang hafazan dan quran.

Itu cikgu sekolah pagi, tak lupa juga untuk guru-guru agama ibu yang memberikan asas fardhu ain yang sempurna buat ibu. Bermula dengan Mak Nah, Allahyarhamah Ustazah Faridah, Allahyarhamah Ustazah Fatiah, Ustaz Ibrahim dan Ustaz Radhi. Salah baca, terus kena rotan saja!

Cikgu-cikgu dulu memang garang. Cikgu Mat Said pernah mengajar ibu matematik masa darjah 5. Setiap kali habis kelas, dia akan suruh semua berdiri dan dia akan mula menyoal sifir secara random dan mesti jawab dengan cepat. Siapa yang salah, hulurkan tapak tangan dan satu sebatan rotan akan singgah. Gagal lagi, sebat lagi. Sampai berjaya baru boleh duduk.

Berbekalkan UPSR 3A1B, ibu melangkah ke Sekolah Menengah Jitra, lebih kurang 9km dari rumah. Disebabkan pengangkutan awam yang tidak cekap, mak dan abah memutuskan untuk ibu tinggal di asrama.

Hidup di asrama penuh dengan peraturan. Makan ada masa, lewat kena denda. Prep lepas Isyak, kalau bising kena denda. Tak boleh keluar kawasan sekolah sesuka hati, kalau buat dan tertangkap, tanggunglah sendiri. Katil kena kemas, baju tak boleh sidai rata-rata, loker mesti tersusun, kasut, baldi dan segala-galanya ada peraturan yang tersendiri.

Ibu mula nakal di asrama. Pernah kena denda sebab solat di bilik, bising di kelas prep malam, lewat ke dewan makan, tak hadir kelas prep petang, lewat kelas tuition dan macam-macam salah laku.

Denda untuk murid perempuan macam ibu masih boleh tahan. Selain bebelan cikgu, takat jemur tengah panas, tawaf court tenis dan bola keranjang atau ketuk ketampi saja.

Tapi kawan-kawan lelaki ibu ada yang kena penampar hanya bila lambat masuk kelas tuition. Ada yang kena sebat dengan getah paip dan macam-macam lagi denda yang hebat. Tapi ibu memang salute dengan kawan-kawan lelaki ibu ni.

Depa langsung tak melawan walaupun berkali-kali "makan penampaq". Berkali-kali ok! Kat sekolah kena, kat asrama pun kena! Sepanjang 5 tahun, berkali-kali kena. Memang tabah kawan-kawan ibu ni.

Dan yang paling bestnya, cikgu yang paling garang itulah yang menjadi cikgu kesayangan ramai hingga kini. La ni, dah beberapa anak murid yang kena penampar dan denda dengan cikgu tu dulu, sama-sama jadi cikgu dan mengajar di sekolah yang sama menghadapi kerenah anak murid yang macam-macam zaman kini.

Ibu tak tahu orang lain, tapi ibu tak pernah mengadu lagi pada mak dan abah bila kena denda atau marah selepas 2-3 kali mengadu dan diri sendiri kena marah lagi. Dan ibu yakin, kawan-kawan ibu pun tak mengadu sebab tak pernah ada kes parents datang 'serang' warden atau cikgu sekolah sepanjang ibu kat situ.

Mula-mula ibu mengadu, mak akan kata "Padan muka. Takkan cikgu tu bodo nak buat kita tak tentu pasai!!". Kena marah lagi dengan mak. Lepas tu terus diam dan simpan sendiri bila kena denda lagi walaupun kadang-kadang ibu rasa ibu langsung tak bersalah dalam hal tu.

Mak dan abah memang langsung tak pernah salahkan cikgu. Kalau dapat markah rendah, mak atau abah akan marah kan ibu. "Awat orang lain boleh, pasai apa kita kata payah!". "Pasai apa kita tak reti, awat orang lain boleh jawab". Ada hati nak mengadu lagi pasal cikgu, boleh blah!

Bila zaman dan berubah, segala hal pun berubah. Kadang-kadang ibu kesal dengan sikap anak murid dan ibubapa kini. Kesal dengan pandangan depa terhadap profesion guru. Betul, bukan semua guru tu baik, tapi kita kena ingat, anak kita pun bukannya baik.


Banyak kes yang ibu hadapi bilamana ibubapa menyalahkan orang sekeliling bila anaknya tertangkap melakukan kesalahan. Macam-macam! Panjang kalau nak cerita, tapi dipendekkan kata, ibubapa tetap tak boleh terima kesalahan anak masing-masing dan tetap berpendirian anak saya tak pernah buat macam ni, ni semua pengaruh kawan-kawan!

Berdasarkan pengalaman, anak-anak zaman kini memang pandai manipulate cerita. Cikgu kata macam ni, depa cerita macam tu. Cikgu tegur, depa kata cikgu benci dan suka marah-marah. Cikgu bagi nasihat ingat penat lelah mak ayah, depa kata cikgu hina mak bapak depa!

Bila berlaku kes-kes melawan cikgu dan pukul cikgu, ibu tak tau sapa yang patut dipertanggungjawabkan. Ibubapa nak mengaku salah ka? Ibu pun takut sebenarnya, takut kalau-kalau ibu pun sama macam ibu bapa yang kerap meletakkan kesalahan di bahu cikgu. Ibu tahu rasanya menjadi cikgu dan ibu tahu rasa menjadi seorang ibu.

Tapi ada ibubapa yang tak merasa menjadi cikgu melontarkan kata-kata yang membuatkan hilang mood nak jadik cikgu walaupun bukan mengajar anak dia. Cikgu tak buat kerja, cikgu tak reti mengajar, cikgu kurang ajar. cikgu itu, cikgu ini. Semua yang busuk-busuk saja.


Tapi kata orang, "what goes around must come around". Anak-anak adalah cermin kita. Macamana sikap anak, itulah sikap kita sebenarnya yang kita tak sedar.

Moga ibu dan ibubapa diluar sana dapat mendidik anak-anak menjadi tahu hormatkan orang dan keadaan sekeliling. Biar mengaji tak pandai, tapi pandai bawak diri dan disayangi ramai. Tapi kalau semua pandai, alhamdulillah, syukur pada Allah Taala.

Jom, sama-sama muhasabah diri sendiri!

4 comments:

Qider said...

salam,
1st of all skpp tu sebelah kampung saya (belah mak) je,semua mak2 sedara dengan sepupu2 yang dok kg tu sekolah kat situ..

2nd, agreed on what goes around must comes around..i have seen both,parents yg suka komplen dan tak percaya kat repot pasal anak2 dan cikgu yg memang tak patut dihormati..

tapi kalau asik dok blame je,sampai bila pun tak setel,mangsa : si budak2,samada diorang jadi lagilah (sorry to say) kurang ajar and the list goes on..

saya ada ramai kawan dan sedara2 jadi cikgu,macam2 cerita pasal budak2 sekarang,takut sangat..yang tak keluar paper lg mcm2..

(yg masuk U swasta lagilah,pening lecturer menangani sindrom anak org kaya..hadoi..)

azieazah said...

Kita harap sangat ini adalah kes kes terpencil. Bukan menyeluruh. Seriau.

Apapun saya tabik kerja guru, wpun saya takut kerja guru. Sangat saaaangatlah susahhh...!

Zakiyah Zainon said...

Qider: what a small world kan? hehehe kg apa tu? kg pulau maharaja? kg hutan setali? kg kubang lintah? kg darat? hehehehe

memang mencabar jadi cikgu zaman sekarang, rasa macam nak jadi cikgu tadika lagi best! :P


Kak AA : semua kerja tak senang rasanya, harap sangat dapat goyang kaki kat rumah tapi gaji penuh dapat tiap2 bulan hahahaha..

Qider said...

ehem..kg pulau maharaja hehehe

Related Posts with Thumbnails