Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, September 17, 2012

GARAM - Jangan pandang rendah!

Assalamualaikum.

Sempena cuti hari ni, ibu nak kongsi kisah garam! Ini kisah benar...


Masa kecik-kecik dulu (zaman sekolah rendah), ibu ada baca sebuah buku yang tajuknya Hikmat Semangkuk Garam tapi jalan ceritanya ibu dah lupa langsung. Cuma yang ibu pasti, buku tu berkisahkan garam. Ok, abaikan!

Lepas tu, bila dah makin besaq sikit, ibu tonton cerita P. Ramlee pasal garam. Filem Ahmad Albab. Syawal bawa hadiah birthday berupa garam untuk bapa mertuanya yang materialistik bagi menunjukkan betapa garam tu penting dalam hidup sebagaimana pentingnya bapa mertua dalam hidup mereka. Last-last kena marah sebab bagi garam yang murah!


Bila lagi besaq, ibu berpeluang tengok pengamal perubatan tradisional dan islam menggunakan garam dalam rawatan.

Tok sah ambik contoh jauh-jauhla, masa masuk rumah ni dulu, adik ibu ada buat bahan berupa garam dicampur lada hitam yang dibaca beberapa potong ayat al-Quran. Lalu sebelum Maghrib selama 3 hari berturut-turut, garam bercampur lada hitam di'hempas' di hadapan rumah beserta air yang juga sudah dibaca ayat-ayat suci, dipercikkan pada dinding rumah. Garam juga bahan utamanya kan!

Ok, itu kegunaan garam yang 'lain daripada lain' yang ibu tahu selain dari untuk memasak.

Baru-baru ni, sempena meraikan kedatangan Syawal, ibu adakan jamuan makan kat rumah. Ibu masak laksa sebagai main course dan adalah chemil-chemilan sikit sebagai side dishes. Ewahhh....

Bila buat makan-makan ni, memang dapur akan digunakan sepenuhnya terutamanya sinki. Alhamdulillah, jamuan ibu selesai hampir pukul 10 malam dengan Kak Is dan keluarga sebagai tetamu terakhir.

Konsep jemputan ibu mudah, bermula jam 2 petang sampai habis makanan! Itu yang sampai malam masih ada yang sudi bertandang, alhamdulilllah.

Lepas tetamu balik, ibu mula mengemas rumah. Anak-anak dah tidur awal keletihan. Senang ibu nak buat kerja. Tengah sedap basuh mop kat sinki, tetiba air melimpahkan keluar dari lantai kabinet dapur! Dia buat daahhhhhh!!!

Sebelum ni dah pernah jadi macam ni. Saluran sinki ke main hole tersumbat. Otak ibu memang terus jammed kalau benda ni jadi.

Wak yang pernah baiki sinki ibu dulu berjaya dihubungi dan mai ke rumah cuba selesaikan masalah tapi tak dapat. Puas wak godak-godak, tapi gagal.

Wak cadangkan buat saluran baru sebab katanya mungkin bahan yang block tu dah keras. Mungkin juga ada pasir dan batu. Kalau selesai pun hari ni, nanti akan jadi lagi hal yang sama. Ibu setuju!

Seminggu ibu hilang mood masak. Dapur berbau sekali badan ibu pun berbau bila cuba godak-godak lubang yang penuh air kumbahan! Perrghhhhh. Masa tu rasa berapa pun quatation yang wak mintak nanti ibu sanggup bagi asalkan sinki ku kembali normal.

Sementara tunggu wak nak bagi harga untuk buat saluran baru, ibu gogel pasal cara atasi singki tersumbat ni. Ada yang suggest beli kat kedai hardware satu benda alah macam spring. Ibu pun beli tapi fail. Sekali spring tu lunyai dikerjakan ayah.


Ada yang suggest beli asid tapi ayah tak berapa setuju guna tu. Ibu pun cuak jugak dengan asid-asid ni bila ada anak kecik. Sembang dengan rakan opis yang jugak jiran setaman, dia suruh ibu curah air panas disamping jadi 'minah gyver'! Seluk dalam lubang tu untuk buang clog yang ada! OMG!!!!!

Gamak ke nak seluk ni?? Gambar google.

Ibu terbaca ada yang guna garam dan air panas tapi ibu buat dunno. Kata hati ibu, cara tu mungkin untuk sinki tersumbat tahap 1 kot sedangkan masalah sinki ibu ni dah macam kanser tahap 4.

Rasa murung sangat bila sinki ni buat hal. Dah habis ilham nak buat apa. Sementara tunggu wak yang kata nak call tapi tak kunjung tiba, ibu ikut la cara yang mudah dan murah iaitu tuang garam dan air panas dalam lubang. Dari tak buat apa-apa baik ibu cuba saja walaupun hati ibu berkata-kata - takkan berjaya!

Malamnya, ibu tuang 2 paket garam kasar dan air panas. Air tak boleh tuang banyak pun sebab air dalam lubang tu tak surut-surut, penuh! Lepas tuang garam, ibu godak-godak lubang tu dengai dawai. Baunya... Fuh!

Tengah malam, ibu bangun tuang lagi air panas dalam lubang. Masih tak boleh habis air dalam cerek tu. Tido malam pun tak lena mengharapkan keajaiban berlaku!

Esok pagi, celik je mata jerang air. Lepas tu tuang 2 paket lagi garam kasar dan curah lagi air panas. Habis satu cerek. Uikkkk! Oh! Mungkin semalaman sinki tak digunakan, sebab tu air surut.

Balik kerja beli lagi 5 pek garam kasar. Ibu curah lagi 1 paket garam dan secerek air mendidih. Ibu jerang lagi secerek, tuang lagi. Aikkkk!!! Tak penuh! Ibu suluh dalam lubang.... OMG!!!!! Kosonggg!!!!!

Hohohoho! Hati terus gembira tapi masih takut-takut nak guna sinki. Takut "yang terindah itu hanya sementara". Hahaha...

Alhamdulillah, sampai hari ni sinki ibu sudah fully recoverd. Bila wak telefon nak bawak orang nak buat saluran baru, ibu bagitau yang sinki dah ok. Punya la kuat wak gelak bila ibu kata ibu guna garam dan air panas saja dan mimpi ngeri ibu selesai. Dia kata, kalau air dan sampai ke bawah, maknanya dah ok lah tu!

Syukur sangat-sangat! Mula hati dan kecewa macam putus chenta! Tu la, pandang rendah lagi kat garam. Yang mahal tak semestinya bagus, yang murah tak semestinya tak ok kan!?

Last-last hanya berkoskan tak sampai RM10, masalah selesai. Kalau kena buat saluran baru tu, silap-silap mau makan ratus-ratus jugak tu!

Moralnya, jangan mudah pandang rendah pada sesuatu walaupun ianya nampak remeh dan tak logik kan!!??

Garam, boleh selesaikan masalah sinki tersumat yang teruk. Plumber pun surrender. Siapa sangka, garam boleh selesaikannya, dengan izin dari-Nya jugak ;-)

So, pada surirumah sekalian, sebelum sinki anda separah sinki ibu, eloklah diamalkan garam kasar dan air panas sebagai maintenance bulanan. Murah sajakan.

Cegah sebelum parah! Kang kalau dah tersumbat teruk, apa pun tak gunaa....

24 comments:

azieazah said...

Kagum ok? Sangat menakjubkan!

Apapun bab garam dlm pengubatan tradisional tu memang dah biasa kita dengar. Kalu nak halau sihir ker, atau pukau pun biasa dengar orang guna garam jugak.

Sebab tu, MAK saya selalu pesan, dalam rumah 2 benda JANGAN LANGSUNG habis ialah GARAM dan BERAS! Itu nadi hidup katanya.

Zakiyah Zainon said...

hahahah..itu la kak, saya pun tersangat kagum :P

betui tu,kalau ikut pesan orang tua-tua, beras dengan garam memang mesti ada dalam rumah. kalau dah tak dak apa nak makan, nasi dengan ayaq garam pun tak pa. lagi satu pesan tok saya, beg duit jangan sampai kosong. mesti kena tinggai jugak seringgit dua :D

Anonymous said...

Ndak try petua ni... Klu ok alhamdulillah. Klu tak ok pun alhamdulillah sebab masih ada org yg sanggup bagi petua ni

cik izars said...

sinki wat hal, ok petua berguna. boleh cuba nh. btol rs kemurungan hihi kalau sinki tersumbat nh . thanks

Aishah Ismail said...

Nk try gak.nak suruh en hubby beli garam kasar 5-6 paket..mlm ni juga nk buat... Thnks 4 sharing

Aishah Ismail said...

Nk try gak.nak suruh en hubby beli garam kasar 5-6 paket..mlm ni juga nk buat... Thnks 4 sharing

Anonymous said...

sebab sinki tersumbat saya marah2 pd en.hubby coz slow action... huhuhu.. jap lagik nak kuar gi beli garam kasar lahhh... doakan sinki saya sihat spt sediakala ya...

imah said...

Sy pn nk psan jt smi bli gram ksar...hrp mslh sngki smbat slsai..thanks for info..

imah said...

Sy pn nk psan jt smi bli gram ksar...hrp mslh sngki smbat slsai..thanks for info..

imah said...

Sy pn nk psan jt smi bli gram ksar...hrp mslh sngki smbat slsai..thanks for info..

imah said...

Sy pn nk psan jt smi bli gram ksar...hrp mslh sngki smbat slsai..thanks for info..

imah said...

Sy pn nk psan jt smi bli gram ksar...hrp mslh sngki smbat slsai..thanks for info..

Anonymous said...

huhu..singki ok lg..sy punya main hole yg sumbat..air naik bila pkai toilet..nak turun slow..kdg2 berjam..plumber pun surrender..sian hubby saya dah 2mggu dok ulang mengodek bnda tuh tp xbjaya gak..siap beli tools bagai..agak2 lau cuba garam sekilo ok kot yer...doakan yer sumer...

MAT NOR said...

Rumah saya pun sama saluran paip dalam lantai tersumbat. Nak cuba cara ni mana tahu berkesan jimat kos dari pggl plumber.

r. shafie said...

Tmkasih. Smlm saya guna garam halus utk clearkab sinki tersumbat. Rupanya saluran air yg trsumbat. Melimpah pagi ni. Hasil mgugel..jumpa idea awak ni. Jap lagi suami nak gi beli garam kasar.

nurul.anati said...

malam ni nak cuba. saluran sink tersumbat gakk.. stress dgn masalah tikusnye. penat menyental tadi sink plak buat hal.. breakfast pagi ni rebus ubi je laa..

nurul.anati said...

malam ni nak cuba. saluran sink tersumbat gakk.. stress dgn masalah tikusnye. penat menyental tadi sink plak buat hal.. breakfast pagi ni rebus ubi je laa..

nurul.anati said...

malam ni nak cuba. saluran sink tersumbat gakk.. stress dgn masalah tikusnye. penat menyental tadi sink plak buat hal.. breakfast pagi ni rebus ubi je laa..

Anonymous said...

Terima kasih sis.. seminggu dapur tak menyala gara2sinki sumbat dan saluran air tersumbat.. akhirnya jumpa petua ni.. alhamdulillah.. selesai mslh..

azizah binti ismail said...

lubang di bilik mandi tersumbat gara2 anak teruna kecilku bawa mainan main masa mandi...daku syak ada keta kecilnya yg sgkut dlm tu...adusss..agak2 guna garam blh setel x..japg siang nk try lah..thanks for sharing

CT said...

Ni sinki dok buat hal...dr ptg td tak de mood nk bermesra ngn dapur....akn ku cari garam kasar esok pagi..tq

suffian said...

Bagus lah... Sy pun kna. .nak try sat g

suffian said...

Mai singgah baca blog kat sini plk noh.. http://opocotko.blogspot.my/2013/06/info-teknik-isteri-menggoda-suami.html?m=1

Anonymous said...

main hole rumah saya pun tersumbat, saya nak try petua ni klu menjadi saya bg feedback balik

Related Posts with Thumbnails