Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, September 27, 2012

Ingatan buat diri sendiri.


Assalamualaikum.

Seminggu dua ini, ibu banyak menerima berita kematian. Ada yang tua dan ada yang muda. Ada yang memang sudah lama sakitnya, dan ada yang tiba-tiba saja dijemput malaikat Izrail, tanpa sebarang tanda!

Jumaat lepas, ibu terkejut membaca post di FB adik ibu yang belajar di Mesir. Rakan sekolah rendah beliau meninggal dunia dengan begitu mudah. Baru pulang solat Jumaat dan sedang berborak-borak dengan ahli keluarga, tiba-tiba beliau rebah ke lantai dan akhirnya meninggal dunia. 

Usianya baru 29 tahun. Lebih menyayat hati, beliau baru tiba ke kampung dan akan bercuti 2 minggu untuk menguruskan isteri yang akan bersalin. Dan lebih menyedihkan lagi, jangkaan bersalin isterinya adalah hari Sabtu (esoknya) dan dia meninggal dunia pada petang Jumaatnya. Moga Allah memberikan ketabahan kepada isterinya.

Hari yang sama, ibu mendapat berita yang ex housemate ibu masa praktikal dulu juga kehilangan ayah setelah 3 hari bertarung  nyawa selepas kemalangan jalanraya. Kawan ibu pasrah dan bersyukur kerana dia dapat berada di sisi ayahnya ketika beliau dihujung nyawa.

Ibu tak tanya cederanya parah atau tak. Ibu biarkan dia bertenang dulu. Minggu ini juga ibu masih belum nampak apa-apa update di wall FB-nya. Mungkin dia masih dalam tempoh bertenang.

Dan Ahad lepas, ayah kepada rakan baik ibu, Angah juga dijemput Allah. Ibu memang akrab dengan ibu dan ayahnya. Kena pulak keluarga ibu sebelah abah memang mengenali keluarga Angah kerana tanah sawah mereka bersebelahan.

Angah juga adalah 'tukang jahit' baju ibu sejak sekian lama. Sanggup ibu kumpulkan kain pasang berhelai-helai dan akan tempah dengan Angah bila ibu balik ke Kedah.

Ayah Angah sudah lama sakit kencing manis. Tapi orang tua-tua ni, walaupun sakit dan kronik, dia masih degil dan bertahan tak mahu ke hospital. Ibu masih ingat, Angah lah orang yang akan mencuci luka dikaki ayahnya yang sudah bernanah dan busuk sebelum ayahnya mahu ke hospital mendapatkan rawatan.

Lama ibu tak jumpa ayah angah sejak ibu berpindah ke Johor ni. Kalau balik kampung pun, tak sempat nak ke mana-mana, sibuk menghabiskan masa dengan keluarga saja. Kalau dulu, rumah Angah adalah salah satu destinasi lepak yang terbaik. Rumahnya seperti pulau, dikelilingi sawah padi. Lepak kat atas pankin sambil cicah garam belacan dan minum ayaq nira, ditemani angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Bila yang dah tua dan memang sakit 'pergi', kehilangannya mungkin boleh diterima tapi bila yang muda dan 'pergi' tanpa disangka-sangka, agak sukar sebenarnya. Tapi semua itu ketentuan Allah. Bersedia atau tidak, kita wajib menerimanya kerana itu adalah Qada dan Qadar.

KITA AKAN DIJEMPUT


Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyulubungi
Kitapun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang
Terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang di miliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti
Harus di hati

Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi di saat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita

Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang
  
Foto by Cikgu Own (suami Angah)
Lagu by Ukays.

3 comments:

❤Kamsiah❤ said...

salam kenal tuan ruamh
kematian itu pasti..tak terlewat atau tercepat walau sesaat...

azieazah said...

bila sudah tiba masa....

Zakiyah Zainon said...

Kak Kamsiah : alaikumussalam..., tq sudi singgah blog saya ni ;)..sesungguhnya berdebar2 menantikan saat diri sendiri.


Kak AA : ya, bila sudah tiba masa.... masa kita? uhuk

Related Posts with Thumbnails