Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, September 20, 2012

Telekung Project


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ibu nak share sesuatu kat sini. Tapi ibu nak jelaskan dulu, bukan untuk ibu menunjuk-nunjuk yang diri ibu ni baik. Ibu cuma berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik dan membantu orang lain, sedaya yang boleh. 

Ibu pegang pesan mak ibu, kalau kita tak kaya nak tolong orang, kita tolong dengan tenaga!

Kalian pernah dengan TELEKUNG PROJECT (TP)? Ini komuniti baru (baru nak masuk setahun) dan baru-baru ni pengasasnya Puan Azila telah mendaftarkannya sebagai sebuah NGO. Kalau nak tau tentang TP dengan lebih detail dan mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dianjurkan, boleh la search Telekung Project di FB masing-masing.

Uniknya, TP hanya berkomunikasi melalui FB. Dana dan sumbangan dikumpulkan atas dasar kepercayaan yang ukhuwah. Kebanyakkannya memang tak pernah bersua muka namun atas dasar percaya, wang ringgit dihulurkan untuk disumbangkan berdasarkan kempen-kempen yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

Kerana batasan jarak dan keluarga, ibu sangat cemburu pada mereka-mereka yang berpeluang mengikuti program TP secara langsung yang selalunya diadakan di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor kerana founder-nya berada di sana. 

Ibu sangat-sangat 'dengki'!  Dengki dengan kekuatan dan kelapangan yang volunteers lain perolehi. Walaupun sibuk dengan anak dan keluarga, namun masih punya kekuatan untuk bersama-sama program TP.  Moga Allah memberikan kelapangan  pada ibu untuk mengikuti aktiviti TP tanpa mengabaikan tanggungjawab ibu kepada keluarga dan kerja. 

Ramadhan lepas, adik-adik UTM ada membuat program Kit Syawal iaitu mengagihkan sumbangan raya untuk keluarga-keluarga terpilih di sekitar Taman Universiti, Skudai. Ibu mencuri masa untuk hadir walaupun ibu berada di Kota Singapura. 

 Team 79 - Shila, Zarina, Azila (pengasas) dan  ibu! Rupanya kami sebaya.

Alhamdulillah, memang terasa sangat seronok dapat membantu kawan-kawan TP yang lain mengagihkan sumbangan yang telah dikumpulkan kepada keluarga-keluarga tersebut. Walaupun penat tapi nikmat menolong orang tu satu kepuasan yang tak dapat digambarkan.

Dan terkini, TP sedang merancang untuk melebarkan langkahnya mengadakan sebuah CLUB HOUSE untuk dijadikan markas bagi aktiviti utama mencuci telekung. Selain itu Azila mempunyai pelbagai idea untuk menjadikan Club House sebagai pusat berkumpulnya volunteers bagi mengadakan usrah dan lain-lain aktiviti yang sesuai (banyak dalam perancangan)

Sempena dengan itu, kempen RM1 FOR ACCORD telah dilancarkan. Mudah, jika anda prihatin dan memahami perjuangan TP, sumbangan RM1 sahaja diperlukan. Kalau nak bagi lebih, adalah sangat-sangat dialu-alukan.


Kalau ada yang sudi, boleh bank-in ke akaun Azila dan yang penting emailkan butiran transaksi anda kepada Azila untuk tujuan audit kerana TP adalah NGO yang berdaftar.

Moga perkongsian ibu pada hari ini memberikan peluang dan ruang kepada semua untuk mengumpul saham akhirat. Semoga Allah merahmati hidup anda dan menggandakan rezeki kita. 

Amin

No comments:

Related Posts with Thumbnails