Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, October 3, 2012

Demam ADAM & HAWA

Assalamualaikum.

Sebelum terus menulis, ibu nak buat pengakuan siap-siap! Ya, ibu adalah peminat lakonan Aaron Aziz tapi bukan semua lakonan dia ibu suka. Cuma untuk watak-watak 'nakal' dan romantis saja kot. Kalau lawan-lawan macam filem yang dia jadi gangster baik tu, ibu dah tak minat! Takat layan mata saja, boleh laa...

Ibu suka gaya lakonan dia yang bersahaja dan natural. Lontaran skrip yang beliau lakonkan bersahaja macam cara dia bercakap dibelakang camera (macam la pernah cakap dengan dia in person hahaha)

Ibu paling suka ekspresi muka dia dalam menghayati watak pada setiap scene, sama macam dia bersahaja waktu melodi interview dia kes dengan Zed Zaidi dulu. Cool menjawab soalan dengan kening "kedut tak berapa kedut" walaupun kena kutuk 'kow-kow'!

Ada kawan ibu kata, ibu fanatik dengan Aaron Aziz. Ya ka? Ibu selalu bagitau yang ibu minat dengan watak yang dilakonkan, bukan orangnya. Hahaha denial ok!

Ibu pernah 'gila' dengan watak Seth Tan yang dibawa oleh Aaron dalam Nora Elena dan terkini Adam Mukhriz dalam Adan dan Hawa. Watak Haris dalam Ombak Rindu langsung tak masuk ke 'jiwa' walaupun filem romantik dan dilakonkan oleh orang yang sama.

Watak Haris tu nampak tak natural dan lontaran skrip Aaron dalam filem tu kaku dan agak kayu. Kena pulak dengan Maya Karin yang memang 'kureng' dan ucapan dialog yang macam baca buku. Memang tak masuk ke jiwa walaupun sana sini orang dok puji dan berlenang ayaq mata dek menghayati kisahnya. Mungkin pengaruh lagu yang membuatkan orang terbuai dengan filem tersebut.

Semasa Astro mula menayangkan drama Adam dan Hawa, ibu hanya mendengar saja kawan-kawan kat ofis dok bercerita. Ibu tau drama ini mungkin akan meletup sama seperti novelnya jika apa yang ada di dalam novel tu berjaya dilakonkan dengan baik. Ayat Aisya Sofea memang mendayu-dayu, kalau boleh diterjemahkan dengan sempurna dalam lakonan, perghhhhh...cair!

Ibu minta ayah download drama ni bila dah masuk episod yang ke 17. Ibu mulanya tahan diri tak nak mula menonton lagi. Kumpul dulu kasik banyak, nanti layan secara marathon. Lagi satu, drama ni ada 80 episod, kang kalau dah layan dulu then stok dah habis, kan dah tak seronok. 

Tapi dek kerana bualan kawan-kawan kat pejabat dan FB, ibu langgar pantang. Bila dah mula dah tak boleh berhenti. Satu episod habis, sambung satu, habis, sambung lagi. Berhenti pun sebab dah tengah malam pun anak-anak tak tidoq lagi sebab sama-sama dok melayan.

Esok malam, sambung lagi, dan lagi dan lagi. Sampailah habis 17 episod. Lepas tu ternganga sebab kena tunggu esoknya baru ada episod yang malam tadi kat Astro di upload kat mana-mana! Adehhh....penantian memang menyiksakan. Sama macam seksanya Am menanti kemaafan dari Ain...ecehhh!



Pagi tadi, ibu baru layan episod 21. Tunggu 'Aaron Aziz' (hehehehe) ibu balik kerja, kot-kot episod 22 dah ada diupload, pasti buah hati ibu tu akan downloadkan buat isterinya yang terchenta ni. 

Ok, student dah sampai. Jap lagi nak mula kursus pendek - Facebook dan Keselamatan Anda!





2 comments:

nanne_manja said...

Hehehehe...At last mengaku pun..walau on denial..:D

Zakiyah Zainon said...

i minat LAKONAN ok...bukan orang. I tetap berpendirian macam tu hahahaha.

Related Posts with Thumbnails