Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, October 8, 2012

Sekeluarga dah kena virus!

Assalamualaikum.

Sesungguhnya seisi rumah ibu telah terkena serangan virus Adam dan Hawa. Dari ibu (yang sudah semestinya), hinggalah ke kakak dan kembar. Ayah pun terkena tempias jugak. Dialah tukang pengumpul 'virus' yang menyebabkan seisi rumah terkena!

Ayah memang suka tunjuk macho konon tak layan sangat la drama-drama ber'jiwa' ni. Sama macam Nora Elena dulu. Konon tak ambik port. Sekali, dia yang pulun senyap-senyap kat atas rumah hahahaha. Balik kerja, ngadap pc meng'download' episod-episod yang ada.

Masuk minggu ni, dah 2 minggu ibu tak balik ke Kota Singa. Nenek balik Melaka, jadi ibu sekeluarga duduk saja kat rumah. Dapatlah ibu kemaskini rumah atas dan bawah. Lenguh kaki jalan sana sini, habis kematu jari jemari ibu yang mulus, cuci itu dan ini.

Sambil kemas rumah pun, Adam dan Hawa terpasang di tv menemani ibu bekerja. Terukkan! hahahaha Dulu masa belajar, ibu akan pasang vcd Ali Setan sambil baca buku. Gitulah perangai ibu sejak dulu kalau dah fanatik pada sesuatu.

Ayah pulak dah download OST Adam dan Hawa, Muara Hati. Adoiiii....saja kan ayah nak 'perangat' ibu anak beranak. Kakak, asal bangun pagi je nak dengar lagu. Dah tu, ulang-ulang tak tau berapa puluh kali. Kalau TV tu boleh cakap, mau dia menjerit bagitau bosan! Hahaha


" Ibu, kakak sukkkaaaa la lagu ni ". Dia punya penekanan kat suka tu dasat. Sampai terpejam-pejam mata.

Bila dah dok ulang-ulang, twin pun sampai dah boleh hafal. Yang cepat dapat, si adiklah! Abang jenis booo layan sikit. Sekali sekala saja dia akan tiru adik. Adik yang sungguh-sungguh nyanyi siap dengan gaya lagi.

" Demi cinta dalam hatimuuuuuu"... Adik tengah nyanyi part korus!

Minggu lepas episod last 24. Banyak scene kat Mekah dan Madinah. Terus hati ni bertambah meronta-ronta nak ke sana. Bukan sebab drama ni membuatkan ibu nak ke sana. Hajat kat dalam hati ni dah lama dah ada.

Lepas dok ulang tengok episod 24 tu, teruih call maktok kat Kedah tanya plan Umrah famili yang dirancang tahun depan. Kalau dengar cara tu, macam jadi tapi tak tau la kan. Maktok kata, buat solat taubat banyak-banyak dari la, mohon Allah mudahkan semuanya untuk ke sana.

Selain scene kat Mekah, Adam dan Hawa pun ada shoot kat Perth. Dok tunggu ayah nak bawak ibu ke sana, tak tau la bila walaupun atuk kembaq ni dah memang ada pun kat situ.  Tapi twin pun kecik lagi. Pengalaman bawa depa naik flight dulu masih ibu ingat. Dari Penang sampai Johor, menangis tak berhenti. Kalau pi Perth depa buat lagu tu, jenuh ibu! Mau kena bagi depa makan ubat batuk dulu hahaha

Tapikan, kalau ayah 'on' nak bawak ibu dan anak-anak ke sana, ibu akan melatih depa dengan sungguh-sungguh untuk berkelakuan baik di dalam kapal terbang! (^_^) Promise!!!

Lama lagi virus ni akan menyerang famili ibu. Separuh kisah pun belum ni, semua 80 episod, now baru 24. Sapa rajin, tolong kira sat bila drama ni nak habis! Walaupun dah tau ending drama ni macamana, tapi tetap nak tunggu jugak kan! Dasar kemaruk! hahaha



No comments:

Related Posts with Thumbnails