Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, November 5, 2012

Cuti-cuti Malaysia


 Assalamualaikum.

2 minggu tak update blog adalah satu pencapaian. Walaupun jari jemari ibu yang main montel ni boleh memicit keyboard iphone atau ipad sambil baring, tapi ibu masih tak berdaya nak update entry baru. Apa saja alasan yang diberikan, tetap alasan walaupun betapa banyak kemudahan yang ada di depan mata. Malas adalah faktor utama :P

Kisahnya, ibu sekeluarga balik ke Kedah. Katanya nak ber- Aidiladha di sana. Tapi sepanjang hari raya, kami sekeluarga di dalam kereta menuju ke Utara. Dah terbiasa begitu dengan kehidupan pasangan  ibu yang biasanya akan last day kerja pada pagi raya.

Pukul 1145 pagi, ibu sekeluarga memulakan perjalanan ke Utara. Alhamdulillah, perjalanan lancar walaupun ada sedikit jammed di hiway (masih di Johor). Cuaca sedang-sedang, tak hujan dan tak terlalu panas.

Pukul 3, singgah di RNR Seremban, makan bekalan nasi himpit dan kari daging yang ibu masak di malam hari sebagai bekalan berjalan di hari raya kan. Lepas solat dan lenguh kaki dan pinggang sedikit hilang, enjin kereta kembali dihidupkan untuk menuju ke destinasi yang telah ditetapkan.

Pukul 5, berhenti di RNR Tapah bila kakak mengadu lapaq. Biasalah kalau berjalan dengan anak-anak kecik ni, banyak kali berhenti adalah kemestian. Kata lapaq, tapi makanan ibu yang kena habiskan. Mula masuk kereta pukul 6 petang, hujan rahmat telah mencurah-curah turun. Cabaran memandu di dalam hujan ketika waktu hampir malam dan akan melalui jalan yang berpusing-pusing selepas terowong Menora membuatkan ibu scary. Cabaran perjalanan kini bermula!

Dek kerana hujan yang terlaku lebat dan suasana malam yang bertambah kelam dengan hujan, pemanduan hanya di paras 50km/j. Lepas terowong Menora, lagi la ibu rasa drive macam siput! Dengan lampu jalan tak dak, lampu kecik-kecik kat atas tar pun takdak, jalan pulak pusing-pusing menurun bukit, anak-anak pulak tereyak dalam kereta sebab takut hujan dan kelam.. Oh! Sungguh terasa hebat memandu dalam keadaan yang menekan-nekan. 

Maktok telefon, kalau dah lewat singgah la rumah abang. Ibu pun memangd ari awal terasa nak buat macam tu. Bila maktok bagitau yang abang ibu tak balik kampung lagi, ibu pun terus hello-hello la dia bagitau nak singgah.

Berehat semalaman, esok meneruskan lagi perjalanan ke kampung halaman. 2 jam dari Parit Buntar, sampailah ibu di laman rumah yang dirindui. Masa sampai, mak tok tengah sapu laman rumah. Saja ibu picit horn bagi jiran-jiran kampung tau yang ibu dah sampai, terutamanya jiran sebelah rumah! hehehehe

Lepas peluk cium, maktok bagitau yang nenek (tok) sakit. Ada kat rumah paksu. Terus ke sana tengok tok dulu. Tok kalau dah sakit, ibu dapat bayangkan keadaan dia macamana. Tanpa gigi palsu, wajah tua tok akan kelihatan sungguh uzur dan kendur.

Aktiviti di kampung adalah meronda-ronda rumah saudara mara. Setahun sekali balik, kena la pi ziarah kenai adik beradik. Tu pun ada yang tak sempat nak pi. Kakak dan kembaq yang paling gembira, dapat berlari ke sana sini tanpa sekatan. Masuk pintu depan, keluar pintu sisi, lari naik tangga. Masuk pintu dapor, keluar pintu depan!


Nanti sambung lagi, banyak kerja yang perlu di'teliti' balik. Baru cuti seminggu, rasa macam baru naik cuti bersalin 3 bulan! 

Otak rasa kosong!






No comments:

Related Posts with Thumbnails