Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, December 14, 2012

14122012 M bersamaan 1234H

Assalamualaikum dan selamat pagi.

6 tahun yang lalu pada tarikh ini, saya telah selamat bertukar status menjadi isteri. Bertemu hanya 4 kali termasuk hari kami dinikahkan setelah hampir 2 tahun bersembang dan bergurau senda tanpa kenal wajah. Senang kata, kami betul-betul berkenalan dan bercinta selepas ijab kabul. Cinta selepas kahwin!

Dalam tempoh 6 tahun ini, sesungguhnya kami masih lagi saling kenal mengenali. Masih banyak lagi kehendak dalaman jiwa masing-masing yang belum terungkap dan dikeluarkan, termasuklah diri ibu yang sememangnya mudah bertukar mood dan perasaan hahaha. 

Sejujurnya, kami tidak pernah berperang besar (mintak dijauhkan). Kalau setakat berselisih pendapat, itu memang adat dan selalu sangat berlaku. Ibu dan ayah dari dua kehidupan yang jauh berbeza. Seorang anak kampung yang survival dan lasak jiwa berkongsi hidup dengan seorang anak metropolitan yang hidup dengan jagaan rapi dari keluarga. Bila hidup bersama pasti akan timbul banyak perkara yang akan menjadi isu.

Banyak perkara yang kami masih tidak sama. Sorang suka buat macam ni, seorang lagi suka tak ambil peduli.  Kadang-kadang, ayah yang terlebih ikut prosedur bercanggah dengan ibu asal boleh saja. Ada perkara yang ayah 'asal boleh saja' tapi ibu pula kata kena ikut langkah-langkahnya. Hahahaha..memang haru.

Ibulah yang kerap bercakap, membebel, meluahkan perasaan itu dan ini. Ayah seorang yang diam, sunyi sepi kalau ibu membebel. Kadang-kadang tension jugak, rasa macam bercakap dengan dinding sebab tak dak respon. Tapi cuba bayangkan kalau kami berdua saling bercakap, saling membebel?



Buat kanda ku sayang,

Masih jauh lagi perjalanan hidup kita sekeluarga (andai dipanjangkan umur). Walau macamana kuatnya leteran adinda, sesungguhnya hati dinda penuh dengan kasih sayang dan inginkan yang terbaik buat kita. Hidup kita sudah tidak sama seperti dulu (masa berdua) dengan amanah yang telah Allah berikan pada kita - kakak, abang dan adik dan mungkin akan ada lagi selepas ini (ops!)

Bertuahlah kanda kerana memiliki dinda yang gagah menjaga anak-anak sendirian takala kanda sibuk berkerja siang dan malam tak kira masa. Dinda tak minta intan permata (tapi kalau nak bagi, dinda ambik saja) atau kemewahan yang melampau-lampau sebagai balasan. Cukuplah sekadar kanda menjadi suami dan ayah yang prihatin pada setiap bebelan dinda dan bertindak agar dinda tidak membebel lagi. hehehehe

Kanda, 
Dinda minta ampun dan maaf. Dinda sedar, dinda bukanlah isteri yang baik tapi dinda sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat kanda dan anak-anak kita hinggakan kadang-kadang dinda terpaksa bertukar menjadi 'singa' (hehehehe). Dan dinda juga berharap agar kanda juga selari dengan dinda, berusaha menjadi yang terbaik buat keluarga kita, tapi kanda tak perlu la jadi singa! :P

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke 6. Maaf tiada sambutan atau hadiah yang istimewa malah kanda terpaksa pulak tidur di bawah lantaran abang dan adik dah berkepit di bawah ketiak dinda. Terima kasih sebab menerima dinda yang penuh dengan bom-bom jangka!

Di hari Jumaat, 1.2.1434 Hijrah, buat yang membaca, doakan moga kami terus bersama dalam ketidaksamaan yang kami ada. Doakan kami terus bahagia walaupun kami punya cara yang berbeza!

No comments:

Related Posts with Thumbnails