Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, December 18, 2012

Allah itu ada!

Assalamualaikum.

Tahun 2o12 adalah tahun yang penuh cabaran buat ibu. Kesabaran dan kekuatan mental ibu diuji dengan kuat sekali. Serangan yang datang dari serata penjuru. Mungkin, inilah hadiah terbaik buat ibu sempena 10 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam - ilmu untuk mengatasi tekanan!

Serangan dan tekanan ibu harungi saban hari. Senang kata, pejam mata dan jalan saja! Telan apa yang ada depan mata. Apa lagi yang mampu ibu buat. Ibu mesti berlagak tabah, agar nampak kuat dan gagah. Setiap hari, asal buka mata, otak mula berfikir - apa lagi yang akan aku terima hari ni?

Sungguh, bila kita diuji dengan tekanan yang kuat, secara sendiri kita akan berubah menjadi lebih kuat dan berani walaupun sebenarnya kita langsung tidak memiliki peluru atau senjata untuk menyerang kembali. Itu lah yang ibu rasai.

Ibu tidak mahu mencari pokok-pokok untuk ibu menumpang teduh kerana ibu tidak mahu mereka kering dengan bahang yang mengelilingi ibu. Selalu ibu ingatkan mereka. Tapi, pokok-pokok itu sendiri datang mendampingi dan memayungi ibu. Dan dalam diam, ada yang hujan yang datang menyiram ibu tanpa ibu sedari.

Ibu bukan sesiapa. Umpana timum saja. Kalau durian yang menggolek atas timun, dia tetap terluka. Atau timun jatuh di atas durian, timun akan mengalami hal yang sama. Itulah situasi ibu. 

Ibu terus merangkak, bangun berdiri dan mengorak langkah sendiri. Membina kekuatan dan keyakinan dengan memohon doa dan petunjuk Allah. Pada Dia sesungguhnya ibu meyerah! Saban malam ibu bangun bermunajat pada sang Pencipta, mohon agar Dia memberikan petunjuk dan menghadirkan bantuan untuk melepas lilitan yang mengikat seluruh anggota ibu. Ibu yakin akan doa orang yang dizalimi dan teraniya akan sampai pada Allah tanpa hijab!
 
Usaha dan tawakal, Allah akan membantu kita!

Sekian lama tertindas dan dizalimi, akhirnya Allah hadirkan bantuan yang langsung tak terjangka. Mungkin inilah jawapan Allah pada munajat ibu yang saban malam berdoa tanpa jemu.

Selama mana kita dapat hidup menongkat langit, berlagak seakan kita tidak akan mati atau bertindak seolah-olah Allah itu tidak mengetahui. Larilah sehingga ke hujung dunia selagi mampu. Mungkin kita boleh terlepas di dunia, tapi ingat - mati tetap meburu kita!

Kalau di dunia pun tak boleh terlepas, apalagi di akhirat nanti!

2 comments:

azieazah said...

Doa orang yang teraniaya, nescaya dimakbulkan. Banyakkan bersabar.

Zakiyah Zainon said...

Kak AA : betui kak, setahun lebih saya bersabar dengan karenah org-org yang suka membodohkan orang...akhirnya Allah tunjukkan kebenaran.

Related Posts with Thumbnails