Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, December 26, 2012

Doa Za tetap ada buat wan..

Assalamualaikum.

Ibu sudah mengalaminya. Rasa pedih dan seksa bila berjauhan dengan keluarga, dengan ibu dan abah serta sanak saudara. Namun ibu harus akur dengan ketentuan masa yang merubah segalanya. Ibu juga sudah punya keluarga sendiri dan tanggungjawab ke atas mereka - ayah dan anak-anak ibu -kakak, abang dan adik dan mungkin akan bertambah lagi!

Semalam 25 Disember 2012, wan (datuk) sebelah abah telah menghembuskan nafas di Hospital Sultana Bahiyah, Alor Setar Kedah. Lebih kurang jam 450 petang, ibu mendapat panggilan telefon dari maktok memaklumkan berita ketiadaan wan. Sekali lagi ibu terkedu dan fikiran terus menjadi kosong.

Ibu cuma mampu bertanya pada maktok, "dah tu macamana ni?". Sungguh, ibu jadi blank. Bila berhadapan dengan situasi macam tu, hati ibu terus rasa 'gayat', macam sedang terjun dari bangunan yang tinggi.

Maktok memahami situasi ibu yang jauh. Jawapan  maktok mudah. 

"Takpa, tok sah la balik. Kalau balik pun tak dan tengok. Abang kata nak kebumi malam ni jugak. Mak bagitau saja".

Ibu mengiyakan kata-kata maktok. Tapi lepas tu, ibu mula menggodek telefon. Berusaha juga mancari jalan, kalau-kalau ada peluang untuk pulang! Kalaulah saat itu ibu ada kapal terbang! Alangkah...alangkah kan?!

AirAsia (AA) diterjah, flight malam tak dak. MAS pun sama, mungkin dah penuh barangkali. Esoknya ada, tapi RM400++/person untuk AA. Kalau balik, ibu kena bawa anak-anak. Ibu berbuat kira-kira. Itu bukan solusi yang terbaik rasanya. AA akan turun di Penang. Siapa pula yang nak menjemput nanti? Sanak saudara pasti dalam keadaan kelam kabut, jangan ibu pula menambah kusut nanti.

Keputusannya, ibu diam di rumah dengan anak-anak. Lagipun ayah tengah kerja. Ditambah lagi dengan jadual kerja ayah di bulan Disember yang sangat 'gila'. Tinggalkan rumah pukul 1 petang, pukul 6 pagi esoknya baru sampai ke rumah. Maka dengan berat hati, ibu tidak pulang menziarah arwah, satu keadaan yang sukar rasanya.

2 hari sebelum itu, adik ibu ada meng'upload' gambar wan di hospital. Nampak wan dalam keadaan yang lemah. Kata adik, wan kurang darah putih dan ada thyroid. Sukar untuk makan dan minum ditambah pula dengan pendarahan di dalam usus yang sudah sekian lama wan alami.

Abah menemani wan di hospital.

Sabtu, 23 Disember 2012, sepupu ibu di Kedah melangsungkan perkahwinan. Kebanyakkan saudara-mara memang ada di kampung lagi. Masa wan warded, penuh bilik wan dengan anak menantu yang berkampung dan menunggu. Malamnya, sanak saudara berkumpul mengadakan bacaan yassin, memohon Allah memberikan yang terbaik buat wan.

Saudara mara berkumpul di hospital
Pagi tadi, sebelum ke pejabat, ibu  ada menelefon maktok bertanyakan kisah di sana. Kata maktok, wan dikebumikan malam tadi jugak selepas Isyak. Rezeki wan barangkali, meninggal pukul 430 petang, pukul 9 malam sudah selesai diuruskan jenazahnya. Syukur, Allah memudahkan perjalanan terakhirnya.

Ibu dapat membayangkan suasana yang maktok ceritakan. Urusan jenazah semuanya diuruskan oleh anak cucu. Kata maktok, bilik air penuh dengan anak cucu yang berebut nak mandikan wan.
 
Abah dan paktam membantu wan membuang kahak

1 April yang lalu, tok (isteri wan) telah pergi di kala subuh yang hening. Walaupun ibu tidak sempat melihat wajah tok buat kali terakhir, tapi ibu masih berpeluang pulang ke sana. Masa tu, ayah tengah cuti dan ibu ada di Melaka. Anak-anak ada tempat untuk ditinggalkan dan ibu masih boleh berusaha untuk terbang ke kampung.

Hidup jauh dengan keluarga ada indahnya. Bila sekali-sekala pulang, kita akan diraikan. Minta apa saja nak makan, keluarga pasti akan tunaikan. Tapi bila ada hal yang mendukacitakan begini, itulah detik yang sangat menghibakan bila kita tak berupaya untuk berbuat apa-apa...

Al-fatihah untuk wan. Walaupun Za jauh, tapi doa Za tetap ada untuk wan. Moga wan tenang di sana, bersama dengan mereka yang beriman.


3 comments:

Juraimee said...

takziah ck....
Al-fatihah

azieazah said...

Salam takziah. Yang pergi tu didoakan saja semoga dirahmati. Kadang, kita hanya merancang, tapi ketentuan itu DIA yang menentukan.

Sabar..

Nurul said...

alfatihah..

takziah buat lip sekeluarga

Related Posts with Thumbnails