Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, December 25, 2012

Happy holiday!

Assalamualaikum.

Cuti sekolah dah hampir ke penghujung. Sempena cuti krismas hari ni, mesti ramai lagi yang ambil kesempatan untuk bercutikan? Tak payah ambik contoh jauh-jauhla. Sejak minggu lepas lagi, opis ibu dah macam diserang garuda. Sunyi sepi. 

Sejak Jumaat lagi dah mula lengang sebab Khamis, Johor cuti Hari Hol. Ramai yang ambik kesempatan bercuti panjang bermula Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan bersambung hari ni Selasa! Mungkin sampai habis minggu ni pun ada rasanya!

Kawan-kawan ibu ramai jugak yang bercuti di saat-saat akhir ni. Ada yang ke Perak, ke Kedah dan ramai jugak yang naik Cameron Highland (CH). Mujur ibu dah singgah CH masa balik Kedah cuti raya haji hari tu walaupun sekolah belum mula cuti. Kira dah holiday la tu kan?!

Time cuti sekolah gini, CH memang akan sesak dan padat dengan manusia. Kalau dulu, ibu pernah naik CH masa hari-hari biasa, hanya sibuk dengan lori pick-up bawak sayur saja. Masa tu ibu naik dengan kawan-kawan gunung.

Ada sekali tu, ibu mendaki bermula dari Ulu Kinta, naik ke Gunung Korbu, terus ke Gunung Gayong dan akhir di Gunung Yong Belar. Lebih kurang 10 hari di hutan merentas banjaran Titiwangsa dan akhirnya kami turun di BlueValley, Cameron Highland. Gamble bermalam di BlueValley mengharapkan ada lori pick-up yang akan masuk ke situ (kawasan tadahan air) untuk kami bersembilan orang tumpang ke Kampung Raja. Mujur ada! Kalau tak, tido lagi satu malam hahaha

Team Bandit x-trail expidition. Kenangan di BlueValley
Masa ibu ke CH baru-baru ni, keadaan kat sana dah banyak sangat berubah. Rasanya jalan kat sana dah makin sesak dengan kenderaan, apatah lagi kala cuti sekolah ni. Hutan pun dah makin kurang. Banyak kawasan yang dah kena tarah untuk dijadikan kebun sayur dan  kebun buah-buahan. Masa ibu mendaki dulu, boleh nampak kawasan kebun sayur di CH ni dari Triangle Peak. Kalau sekarang ni, mesti nampak lagi luas kan?

Pada kawan-kawan ibu yang ke sana, selamat bercuti. Hati-hati di jalan raya. Baik-baik memandu naik dan turun di sana. Jalan naik dan turun ke CH tu agak merbahaya. Kalau naik ikut Tapah, banyak kawasan tanah runtuh, jalan yang bengkang bengkok di tambah pulak dengan jalan yang sempit. Kalau nak selesa sikit, naik ikut Simpang Pulai. Jalan agak besar namun sedikit jauh. Kena tempuh pulak kawasan-kawasan yang sesak dengan pickup orang sana. Sedikit jem bila sampai ke Sungai Terla dan Kampung Raja.

Monsun dah mula tiba sejak semalam. Masa ibu singgah CH hari tu pun, asyik hujan saja kat sana. Dah la sejuk, pastu hujan pulak. Ayah sampai tak sanggup nak mandi sebab sejuk sangat walaupun ada water heater! Ambik bilik yang tak dak aircon pun takpa, tidur tetap kena bungkus dengan selimut jugak...

Di Strawberry Park  Hotel, kakak yang ambikkan gambar!
Kalau ke CH, lawatan wajib mestilah ke ladang teh, ladang strawberi dan kebun bunga. Kalau nak jimat masa. masuk dulu MARDI di Tanah Rata. Semua ada kat situ. Parking pun senang, anak-anak pun selamat nak berlari kat dalam tu. Kalau cuaca mengizinkan, boleh la ke ladang teh tempat shooting Ombak Rindu di Sungai Palas. Alang-alang dah ke situ, boleh terus ke Gunung Brinchang, tengok view dari menara kat sana. Ada lagi ka menara tu ekk?

Kenangan di atas menara Puncak Brinchang
Sebab utama ibu singgah CH adalah nak tunjukkan kakak pokok strawberi. Anak-anak ibu memang penggemar strawberi yang tegar. Mungkin sebab dari mengandung lagi, ibu tersangatlah suka makan strawberi, hinggalah anak-anak dah besar pun, depa mudah makan buah yang masam manis ni!

Strawberry Farm!
Sejuk-sejuk pun melantak icecream
Makan strawberi sepuas hati!
Tahniah pada anda yang dapat menghadiahkan diri dan keluarga akan sebuah percutian. Walaupun percutian itu serba bajet dan serba sederhana, biarlah. Asalkan sumber yang menampungnya adalah dari usaha kita yang halal, bukan dari duit 'bawah meja' atau dalam usaha menghabiskan peruntukkan yang ada. Dah la banyak berjoli dari kerja, balik claim lagi atas urusan rasmi. Wujud tak ekk manusia yang macam ni?

Jangan marah aaaa... kalau terasa pedas, anda mungkin orangnya! 

Peace, no war!

Ibu dan bunga. Kumbang (abang) nak interprem jugak!

2 comments:

Anonymous said...

Tumpang Che Kiyah bagi komen :) Saya sokong..tentang pergi atas 'bajet bawah meja' tu..saya tak paham betul orang sanggup cari duit dgn cara mcm tu...saya selalu terpikir..jumlah duit yg dikeluarkan 1/3 je pun tapi bila klim 2x ganda..dorang x rasa bersalah ke makan duit mcm tu..np x klim mengikut apa yg kita kluarkan..sy x paham sistem klim gomen..mmg nak membantu pekerja gomen tp adakah itu sebetulnya hak pekerja gomen..hermmm

Zakiyah Zainon said...

Anon : hehehe...di situlah pentingnya intergriti. Kalau claim yang bukan sepatutnya, samala macam mencuri...curi hak sapa? hak rakyat! Nak minta halal kat sapa nanti?? menjawabla....

Related Posts with Thumbnails