Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, December 31, 2012

HOT : Terima kasih atas komen ini

Assalamualaikum.

Apa khabar semua pembaca blog ibu? Tak kiralah anda baru singgah atau selalu singgah ke sini, terima kasih ibu ucapkan. Moga Allah memelihara kita semua hendaknya.

Sesungguhnya, ibu tidak berniat nak update blog hari ini. Asalnya ibu nak habiskan kerja-kerja ibu yang masih berbaki. Dasar suka tangguh kerja kan, ginilah adanya. Padahal, kalau buat dah boleh siap pun, saja nak tunggu saat-saat akhir. Kadang-kadang kerja last minutes ni buatkan kita jadi lebih kreatif. Walaupun masa singkat, ilham datang mencurah-curah. Ok tak alasan?

Niat tak nak update blog tapi tetiba update jugak. Kisahnya, ibu saja menyelusuri kembali entry-entry yang telah ibu tulis sebelum ini. Mengimbau kembali kenangan sepanjang tahun sebelum berakhirnya 2012 ini.

Sampai di entry yang ada banyak komen, ibu akan bukan dan baca komen-komen yang diberikan. Ada yang ibu balas, dan ada yang ibu tak reply sebab komen yang diberikan pada entry yang dah lama ibu tulis. Lepas ni mungkin ibu akan buat approval dulu kot, so ibu akan dapat notification dalam email.

Sampai pada satu entry ibu ang bertajuk CAH KETING, ibu baca semula. Teringat suka duka ibu nak mohon naik pangkat dulu. Mula keluar result, ibu tak berjaya. Mujur KSU suruh buat penilaian semula, dan alhamdulillah, akhirnya ibu dapat keputusan yang memihak pada ibu.

Entry CAH KETING itu adalah sebahagian pengalaman dan pemerhatian ibu selepas kewujudan sistem naik pangkat yang sebegini. Itu adalah penilaian ibu sendiri. Dari pemerhatian sendiri, ibu boleh kenalpasti siapa yang boleh jadi kawan dan siapa gunting dalam lipatan.

Ada 9 komen yang ibu terima. Ibu buka kembali. Dan ada satu komen yang terkini yang menggunakan gelaran Anonymous yang singgah pada 27 Disember 2012 baru-baru ini. Seadanya, ibu akan melayan sesiapa saja walaupun pembaca ibu yang takut mendedahkan identiti sendiri. Masing-masing punya reason yang tersendiri barangkali termasuklah pengecut, penakut atau tidak ada keyakinan diri.

Komen terkini yang ibu terima mungkin termasuk dalam golongan mereka yang ibu sebutkan tadi. Mungkin penulis itu kenal ibu tapi takut dan berdepan dengan ibu sendiri hehehehe. Kesian kan?



Tersenyum sendiri membaca komen ini.

Tetiba, ibu rasa glemer pulak. Blog picisan macam ni pun ditakuti orang ekk. Tak sangka ibu berjaya menyemaikan aura-aura negetif pada pembaca blog ibu. Jangan jadi bodoh ok.  Sapa-sapa yang terpedaya dengan dakyah jahat ibu ni, sila sedar kembali :)

Dan ibu terfikir-fikir, adakah kawan-kawan yang sedang berkawan dengan ibu kini hanya berpura-pura baik dengan ibu sedangkan mereka tahu ibu ini 'jahat', penghasut dan 'ketagih' menikam dari belakang? Berapa ramai dan orang yang ibu 'tikam' selama ni ek. Lupa :P sebab terlalu banyak ;)

Well, ibu tahu siapa anda! Ibu tetap berprasangka baik terhadap anda, Jangan risau tentang ibu. Cuma hal ini menambahkan lagi kebenaran akan pemerhatian dan pesanan yang selama ini ibu terima terhadap anda untuk ibu berhati-hati...

Pada kawan-kawan semua yang tengah bekerja keras untuk permohonan kenaikan pangkat, sila buat dengan penuh tanggungjawab. Jangan jadi jahat macam ibu yang suka cah keting orang. Pada yang failnya ibu tolong susunkan, sila semak semula sebab ibu sengaja susun bagi salah sebab tak mau anda berjaya :P. Nanti, kalau korang berjaya naik pangkat dan gaji sama macam itu, gaji ibu kena potong sebab nak bagi kat korang sama. Itu tidak aciiiiii......!

Allah itu ada. Allah maha mengetahui segalanya.
Moga Allah merahmati kita semua. 

Terima kasih.

5 comments:

Anonymous said...

Maaf che kiyah..anon tersebut mmg cacatkan keadaan n nm anon...ada sstgh anon idol kan awak diam2..bergerak sorang2...mgkin nk mgaku sgan..dulu x kenal tp dh lm kenal minat diam diam...kekuatan..kesabaran..keberanian...n sentiasa berpendirian..betul2 ikhlas...tp itulah mgkin yg dkt dgn kiah tunjuk tnda sokong tp d belakang lain pendirian...tp sy ingin nyatakan tdk semua anon jahat krn saya antr anon yg idol n respect kamu diam2....x brani muncul mgkin krn tidak ckup kuat...stp org penah di momokkn dgn cerita tp stp org ingin berubah mjdi lbih baik dr segi sahsiah...tiada yg sempurna mlainkan Allah..peace no war...

Zakiyah Zainon said...

Anon : saya menghargai kata-kata anda itu, terima kasih.
Saya suka diri saya menjadi bahan dan sebab itu saya tahu ramai yang masih mahu peduli dari langsung tiada.

Tak perlu saya ceritakan apa yang saya telah dan akan korbankan untuk kebaikan semua, supaya saya lebih mengenali apa itu erti pengorbanan dan bukan menunjuk-nunjuk.

AlifShahril said...

Salam kak,sy terbace blog akak nie secara tak sengaja dn dh lama follow pun. sy tgk mmg best sbb mcm diari seorang pensyarah yg bergelut dgn anak2,pelajar,suami dan lain2 dlm kehidupan.Ikutkan leh buat novel dah entri2 kak sblm nie..hehehe :) mengenai entri Chah Keting tue pendapat sy ialah kak hanya meluahkan apa yg terpendam dlm hati.tak salah kan??so,kenapa anonymous tue mcm cacing kepanasan shja??Asalkan kita kerja ikhlas dn x menyusahkan org lain that will be enough rite??Sekian,wassalam.

Cik Olive said...

Hrmm..takpa yakin dengan diri sendiri. Allah kan sentiasa bersama kita dan DIA tahu segala2nya. Bab2 rezeki nie dah ditentukan Allah kan. Semua kita ada rezeki masing2. We know u CK trus ber'blog' ok ^_^

Zakiyah Zainon said...

AlifSharil :Oh! terharu akak dik! terima kasih kerana sudi membaca luahan dari insan kerdil ini.
pasal enrty tu. yup! hanya orang yang makan cili saja akan terasa pedasnya..hehehehe




Laili :Kita ni pun menumpang rezeki orang lain jugak kan..apa nak takut..Moga Allah sentiasa murahkan rezeki kita semua...amin!

Related Posts with Thumbnails