Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, January 31, 2012

Kisah balik kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini ibu nak kongsi suka duka ibu balik bercuti ke Kedah hari tu. Perrgghhh...pada ibu, perjalanan nak balik ke kampung memang sangat mencabar mental dan fizikal. Terasa macam mendaki gunung dulu-dulu, walaupun mencabar, penat, busuk, letih namun tetapi di hujung sana tetap ada kemanisan bila berada di puncak menyaksikan indah luas ciptaan Allah.

Seawalnya, ibu plan nak bertolak pada petang Jumaat 20 Januari, sesudah adik ibu (co-driver) sampai dari Kedah. Tapi disebabkan bas yang dia naik tu bas tambahan yang berpusing masuk seluruh stesen bas, maka dia pun dah sampai tengahari. Dan petang nya pula, hujan turun dengan lebatnya. Maka, plan terus berubah. Kita bertolak esok pagi, jam 4 pagi!

Jam 4.10 pagi

Perjalanan bermula. Cabaran pertama muncul. Aircon kereta tak sejuk! Punahhhhh...yang 2 hari ibu ambik cuti servis kereta, cuci kereta, tukar tayar, tak dak pulak aircon buat hal. Tetiba pagi ni nak bertolak, saja kan nak menguji ibu. Memang betui-betui macam kisah Rombongan Che Kiah ke Sukan Komenwel! Perjalanan diteruskan jua. Awal pagi, suasana masih dingin dan anak-anak ibu pun masih nyenyak dengan lena mereka.

Perjalanan lancar walaupun banyak kereta. Rupanya ramai yang memulakan perjalanan awal pagi macam ibu juga. Dipertengahan jalan, kakak pulak buat hal! Kakak yang duduk di seat depan dengan Pak Njangnya telah terkencing di dalam seluar. Ya Allahhh! Kalau kat atas toto boleh ibu angkut toto masuk mesin basuh sayang oiii... ni dalam kereta, time travel jauh pulak tu. Oklah..kalau ibu marah pun, dah tak berguna walaupun kakak awal-awal dah nangis. Berlonggoklah anak-anak di seta belakang bersama ibu. Berhenti di Hentian Ayer keroh, untuk solat subuh dan ibu setelkan hal anak-anak apa yang patut!


Jam 8.00 pagi

Rombongan ibu tiba di Bangi. Menjemput adik ibu yang belajar di UniKL. Dah dasar budak-budak 'makngot', dok tunggu dia setengah jam baru nak siap. Padahal masa kat Seremban, adik ibu dah siap sms dia suruh siap! Sementara tunggu, adik ibu pi beli roti dan air untuk dibuat alas perut. Anak-anak pun makan dengan suka hati sambil buat sampah lagi dalam kereta yang dah macam rumah adanya.

Lepas adik ibu sampai, maka duduk lah dia di depan tempat kakak kencing. Mujur dan kering dan ibu bawak towel, lapik la towel buat alas. Perjalanan diteruskan. Driver pulak tetiba buat hal, tersalah jalan, masuk ke KL siap lalu depan Dataran Merdeka bagai. Ok, ibu layan dan akhirnya kami masuk ke pertemuan dua jalan yang memisahkan laluan ke Ipoh dan Kuantan.

Jam 9.20 pagi (lebih kurang)
Kami tiba di persimpangan Ipoh-Kuantan selepas Tol Jalan Duta. Haaa!! Jam sudah bermula. Bersusun-susun kereta. Kaya sungguhkan rakyat-rakyat Malaysia ni. Dan cabaran ibu dan rombongan terus berganda, bila cuaca mula panas di dalam kereta yang tiada aircon bersama anak-anak kecil yang tengah lasak. Hahahahahha...sila bayangkan!

Adik nak isi minyak di Hentian Rawang. Tadi masa di Tol Sg Besi ibu dan suruh dia isi, dia kata takpa, kat Rawang. Hambikk! Nak masuk RNR pun tak lepas. Kereta berduyun-duyun berhenti kat tepi jalan sebelum Hentian Rawang tu, berjalan kaki jauh ke dalam untuk ke tandas atau beli makan barangkali. Memang padat dan sendat!


Jam 12 (lebih kurang)

Kami masih tersangkut. Belum lepas Tanjung Malim pun. Adik ibu pusing stereng masuk Lembah Beringin. Stop di tandas dekat tol dan kami memulakan perjalanan yang sangat advanturesssss! Kami melalui kawasan golf club yang berguard. Siap pakcik guard tu angkat barrier dan bagitau "jalan lama ke Ipoh, jalan lama ke Ipoh, ikut kereta depan". Memang sangat jalan lama. Tetiba teringat kat cerita Aflin Shauki, Misteri Jalan Lama.

Jalan yang tiada sign board langsung, ikut saja jalan yang ada. Kiri kanan belukar, dan jumpa kawasan perumahan terbengkalai hinggalah kami masuk ke kawasan felda (ibu lupa nama) di kawasan Ulu Selangor. Memang jalan kampung habis. Lepas tu baru jumpa pekan yang ada sign board dan tetap jammed! Jumpa lah kawasan-kawasan yang bernama unik yang tak pernah ibu dengar sebelum ini.

Panas membara! Anak-anak dah menggaru sana sini, melompat tak henti-henti, ibu dah macam minah senget adanya! Perut pulak mendidih mintak di isi! Berhenti makan? Nope... makan roti tadi pagi...

Abang dan adik yang nyenyak dalam kepanasan.


Jam 4 petang.

Kami tiba di Gopeng (jalan lama) setelah mengharungi jalan yang jam bila memasuki kawasan pekan. Mujur ada polis jaga trafic so, bergerak jugak lah. Singgah di masjid, ahli rombongan bersolat dan berehat. Sejam lebih juga kami di situ dan baru lah kami memulakan perjalanan. Abang ibu sms bagitau yang info trafic kata laluan lebuhraya dah ok.

Ibu pula memegang stereng dan masuk di simpang pulai. Lancar cuma sedikit perlahan di kawasan terowong Menora. dan tiba-tiba hujan pula turun dengan lebatnya. Oh...kereta tak beraircon, dan memandu di dalam hujan yang lebat! sangat terbaik kan??

Cabaran terus di sahut. Mulut berkumit-kumit ibu berzikir. Adik kat sebelah tolong lap cermin! Belasah...dan akhirnya hampir maghrib kami kita di rumah abang di bandar Baharu Kulim. Hajat hati nak balik malam tu juga ke rumah maktok, tapi bila dah baring atas toto, mata dah tak boleh angkat!


21 Januari 2012

Esok pagi, barulah kami meneruskan perjalanan balik ke Jitra. Perjalanan lancar walaupun kereta masih tidak beraircon. Anak-anak sangat gumbira bermain dengan angin. Alhamdulillah, dengan izin Allah, walaupun bermacam cabaran dan dugaan yang datang bertimpa-timpa, kami semua selamat tiba dah berpeluk-peluk dengan maktok dan kaum keluarga!


Adik, menghayati perjalanan yang lancar. Sila jangan tiru ok!

Kakak dan abang di belakang menghirup angin utara yang segar!

Sunday, January 29, 2012

Kembali berblog!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ibu kembali berblog setelah seminggu lebih bercuti. Untuk yang tak tau, ibu balik ke Kedah menziarahi sanak saudara sambil memenuhi jemputan kenduri kendara. Alhamdulillah, balik Kedah kali ni, banyak juga agenda kekeluargaan yang berjalan namun tak sempat pulak nak berkunjung ke opis lama bertemu rakan-rakan seperjuangan dan bos lama ibu yang dah naik pangkat jadi pengarah! Tahniah Kak Zaidah! Ehh... Puan Zaidah...hehehe

Oklah, first entry ibu selepas seminggu bercuti ni adalah tentang seorang artis yang baru kembali ke rahmatullah. Rasanya semua dah tau kot! Arwah Izwan Pilus.
Semasa ibu dapat info kematiannya, ibu tengah berkemas-kemas hendak balik ke Kedah.



Ibu bukanlah teman rapat arwah tapi kami pernah kenal dan mesra juga dulu. Semasa zaman matrikulasi, kami pernah sama-sama mewakili Pusat Matrik UUM ke Pesta Kreativiti Matrikulasi Asasi di Kulim Kedah. Time tu Wan join team drama dan ibu seperti biasa, main netball! Seingat ibu, Wan tak pegang sebarang watak pun dalam drama tu. Tak salah ibu, dia cuma geng props bersama dengan Mus, Atut dan Dotz (sekadar beberapa nama yang ibu ingat).

Bila dah naik degree, kami membawa haluan masing-masing namun masih bertegur sapa bila berjumpa di PKP. Ibu aktif dengan Kelab Kembara dan Wan aktif bersama Grup Estetika. Bilik kelab kami pulak bertentang antara satu sama lain.

Bila dah habis belajar, ibu terkejut bila dapat sms dari kawan baik ibu, Alina pada suatu malam. Alina suruh ibu tengok TV1, kalau tak salah ibu. Ibu pun tukar channel. Sekali terpandang Wan tengah nyanyi. Tak sangka ibu! Dulu masa kat uni, langsung tak nampak bakat dia menyanyi. Mungkin rakan-rakan yang lebih rapat dengan dia saja yang tahu kot.

Bila nama Wan mula terkenal, ibu ada berFB dengan Mus (geng drama), rakan sekelas ibu masa matrik yang masih rapat dengan Wan. Ibu kata pada Mus tak sangka Wan jadi artis glemer dan berpesan untuk Mus sampaikan salam pada Wan dan ucap tahniah. Ibu kata, ibu segan nak berFB dengan Wan, takut kena cop nak tumpang glemer hehehe.

Pada ibu, arwah seorang yang baik dan lembut pekerti orangnya. Dia sedikit pendiam. Dulu dia agak chubby! Time degree, dia kurus sikit tapi ibu nampak tak sesuai sebab nampak melengkung.

November lepas, Wan baru menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 32, tapi yerlah..ajal maut tak siap tahu. Ramai kawan-kawan se-uni masih dalam "denial" atas kehilangannya. Namun, akhirnya semua pasrah!

Pada ibu, Wan insan yang baik! Pasti Allah menempatkan beliau di tempat yang baik juga...Al-Fatihah.

Tuesday, January 17, 2012

Kelas bermula

Sejak seminggu ni, kuliah sudah bermula. Asalnya ibu ajar pelajar sepenuh masa, tapi disebabkan sambutan untuk kelas SMK Aplikasi Perisian Komputer tersangat menggalakkan, norma yang asalnya untuk sekelas sudah menjadi 2. Dan KP ibu menawarkan ibu untuk mengajar kelas yang kedua itu,apalagi...rembatlah!

Ibu tidak menghadiri TOT untuk program ini, jadi terpaksalah ibu baca sendiri kurikulum yang dibekalkan dan bertanya pada rakan-rakan yang mengajar semester lepas.

Menarik tentang program SMK yang ibu ajar ni, peserta perlu belajar menaip dengan menggunakan jari yang betul. Ibu pun menaip selama ni main suka hati tekan saja keyboard tu. Now, bolehla ibu mengajar sambil belajar juga menekan keyboard dengan jari yang betul dan seterusnya menambah kelajuan menaip ibu!



SMK yang ibu ajar ni 5 bulan. Lepas 5 bulan, pelajar boleh pilih untuk sambung ke SMK yang seterusnya atau pun berkerja. Kalau nanti-nanti, dia nak sambung belajar balik, boleh saja sambung bila-bila masa yang disukai.

Yuran sebulan 10 hengget saja, siap dapat wang saku lagi RM250 (ikut syarat tertentu). So, tak payah lah bayar yuran mahai-mahai nak belajar aplikasi komputer yang merangkumi ms word dan ms excel. SMK ni ada juga belajar tentang OS dan sedikit networking! Mana nak cari program yang bagus dengan yuran yang murah, siap bagi duit poket lagi!

Untuk maklumat lanjut, silalah ke kolej komuniti yang berhampiran anda!

Gaji naik tak ni?? Promote baek punyaa....hahaha

Sunday, January 15, 2012

Kelepak-kelepuk

Seperti hujung minggu yang biasa, ibu sekeluarga akan balik menziarahi nenek di Singapura. Nenek seorang yang bergaya di usia mudanya. Usia nenek kini menjangkau 63 tahun, namun nenek tetap suka pada hal-hal yang berkaitan dengan kecantikan. Jangan terkejut kalau ibu bagitau, nenek masih melakukan facial di salon saban bulan!

Sekian lama nenek menunggu cucu perempuan lantaran nenek cuma mempunyai anak lelaki. Sebelum kelahiran kakak, nenek sudah mempunyai 3 cucu lelaki. Kehadiran kakak sangat menggembirakan nenek. Sedari awal kelahiran kakak, ibu tidak perlu bersusah payah memikirkan pakaian untuk kakak. Sehingga kini, pakaian kakak kebanyakkannya di'sponsor' oleh nenek. Termasuklah baju ibu, ayah dan kembar hehehehe Moga Allah murahkan rezeki dan panjangkan usia nenek!

Barang perhiasan nenek semasa mudanya masih tersimpan rapi. Nenek memang seorang yang sangat teratur dan kemas orangnya.
Satu contoh : Kalau ibu, set brooch pasti bercampur aduk di dalam satu bekas sahaja, tapi tidak nenek. Semua set broochnya tersimpan dan tersusun rapi di dalam kotak seperti mana tika nenek membelinya dulu. Setiap kali menyimpan barangan perhiasannya, nenek mesti mencucinya terlebih dahulu sebelum menyimpannya di dalam kotak.

Dan, penyambung legasi nenek dalam bab-bab bergaya dan suka cantik ini telah turun kepada kakak! Nenek suka gayakan kakak dengan aksesori miliknya yang hanya menjadi simpanan tika ini.





Well...ibu adalah seorang yang sangat simple atau senang kata selebet! Lain dengan kakak yang suka vouge! Jenuh la nanti ibu nak melayan kakak nanti....

Dan seperti tajuk entry, kakak sudah pandai meng'order' kat ibu untuk belikan dia kasut kelepak-kelepuk! Dengggg!!!

Friday, January 13, 2012

Perkongsian di hari Jumaat : Saat ditalkinkan

Ibu berkesempatan hadir semasa arwah bekas pelajar ibu, Rosahizam @ ejam dikebumikan sebentar tadi. Ibu bersama Wizni, Shikin dan Khalis adalah antara pensyarah yang pernah mengajar beliau semasa dia menjadi pelajar kolej dulu.

Destinasi kami terus ke tanah perkuburan kerana dimaklumkan bahawa pengkebumian akan dijalankan pada jam 10 pagi. Harus diingat dengan waktu tentera yang tepat. Semasa ibu tiba, mayat sudah diturunkan ke liang dan rakan-rakan setugasnya sedang bergilir-gilir mencangkul tanah menutup liang kubur.

Usai menimbus, majlis bacaan talkin bermula. Ibu masuk ke khemah sambil mengajak bekas anak-anak murid ibu yang ada di situ sama-sama mendengar bacaan talkin. Sekian lama ibu tidak mendengar bacaan talkin, sesekali ianya amat menginsafkan diri dan membuatkan kita mengingati mati.

Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa sesungguhnya mati itu benar!
Memasuki liang kubur juga benar!
Soalan mungkar nangkir di dalam kubur juga benar!
Dibangkitkan semula semua manusia untuk diperiksa
amalannya juga adalah benar!
Melalui titian sirat, balasan nikmat syurga dan siksa api neraka,
semuanya adalah benar belaka,
dan tetap akan berlaku dan bahawasanya
hari kiamat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi,
maka Allah akan menghidupkan kita semula sekalian manusia.

Segala urusan pengkebumian di uruskan oleh pihak TUDM. 2 buah bas dan sebiji trak mengiringi van jenazah yang membawanya pulang dari Banting ke Pasir Gudang. Majlis penyerahan bendera Malaysia kepada ayah arwah dijalankan di hadapan pusaranya, diikuti dengan acara penghormatan terakhir oleh pegawai dan rakan-rakannya yang segak berbaju tentera.

Rakan-rakan arwah yang sekelas di kolej dulu kebanyakkannya hadir di situ. Sempat ibu berbual dengan ibu kepada sahabat baiknya, Wahid. Katanya Wahid pernah mengajak dia sama-sama menyambung pengajian ke politeknik, tapi beliau menolak kerana hendak bekerja membantu keluarga dan adik-adiknya yang masih bersekolah kerana Ejam adalah anak sulung.

Penghormatan terakhir rakan sekerja di pusaranya.

Mengikut cerita, Ejam menghadiri ujian untuk naik pangkat. Ketika melakukan terjunan (tak pasti sungai atau laut), kepalanya terkena batu dan terus terapung. Beliau dikatakan koma semasa tiba di hospital dan dalam keadaan kritikal. Dan akhirnya beliau menghembuskan nafasnya kerana telah tertulis perjanjian, itulah detik penamat hidupnya di dunia.

Tenanglah kau di sana... Al-Fatihah!

Khabar duka di Januari 2012

Malam tadi, ibu seperti biasa lepak di depan tv bersama anak-anak. Ibu mendapat panggilan telefon dan nombor itu tiada dalam friend list ibu. Suara di sana memperkenalkan diri. Oh! Bekas pelajar ibu rupanya. Beliau bertanya samada ibu kenal beliau atau tidak. Ibu kata, kenal! Lagipun beliau adalah pelajar dari kelas yang ibu menjadi pensyarah kelasnya.

Beliau membawa khabar duka. Katanya sahabat mereka sudah tiada. Beliau menyampaikan berita, rakan sekelas mereka semasa belajar di kolej dulu, Roshahizam telah meninggal dunia. Lemas semasa latihan di kem tentera.


Arwah yang segak berpakaian istiadat tentera.

Secara peribadi, arwah seorang pelajar yang baik. Disenangi rakan-rakan. Sedikit nakal adalah biasa bagi remaja yang sedang meningkat dewasa. Beliau sering menjadi bahan ketawa rakan-rakan di kelas lantaran arwah mempunyai sifat semulajadi yang agak melucukan. Mukanya yang sering tersengeh dan sikap keanak-anakan membuatkan arwah nampak manja dalam nakal!

Telah tertulis, hayatnya setakat ini. Orang yang baik selalunya awal dijemput Allah. Moga Allah menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah....

Thursday, January 12, 2012

Hidup kembali normal

Ibu sekarang sedang berkemas-kemas barang untuk berpindah. Pindah tempat saja pun tapi barang, mak aiii...

Dulu masa ibu pindah kolej, okla kalau barang berkotak-kotak. 5 tahun kat sana. Bilik yang sebelum ni, ibu baru duduk setahun setengah. Tapi barang pun boleh tahan jugak hehehe sejak kat kolej baru ni, dah 3 kali ibu berpindah randah. Naik, turun, pindah blok dan naik balik.



Tengah berkemas-kemas, jumpa la business kad ibu hehehe yang kotak hijau tu kad baru. Kad yang warna oren tu kad lama dengan jawatan lama. Guna pun tak habis dah dapat kad baru. Kad baru sekeping pun tak guna lagi dan dah tak valid pun untuk digunakan lagi. Ibu simpan buat kenangan la hehehe

Tuesday, January 10, 2012

Tak wajib pakai tudung tapi...

Hari ni hari pendaftaran pelajar baru kat kolej ibu. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Seperti biasa, muda-mudi yang ingin meningkatkan kemahiran diri datang mendaftar pengajian. Namun ada pelajar yang menarik - ibu dan anak sama-sama mendaftar untuk sambung belajar!



Ibu ditugaskan menjaga kaunter pendaftaran online tapi disebabkan sistem ada masalah, pendaftaran dilakukan secara manual. Memang dah siap sedia pun sebab selalunya server akan down kerana pendaftaran adalah serentak di seluruh negara.

Pendaftaran berjalan lancar. Ibu jaga untuk program fesyen. Ada dua program ditawarkan untuk semester ini, jahitan pakaian tradisional wanita dan jahitan pakaian lelaki. Ibu nak promote ni, sapa masuk, confirm 5 bulan terror jahit baju!

Selesai tugas sebelah pagi, ibu lepak di kaunter sambil sembang-sembang dengan rakan setugas. Tiba-tiba seorang pelajar perempuan cantik lengkap berbaju kurung dan tudung menghampiri meja ibu.

Dia bertanya - "kak, kat sini wajib ke pakai tudung atau boleh free hair?".

Oh! Ibu sedikit tergamam mencari jawapan terbaik.
"Digalakkan pakai tudung. Saya tak boleh kata wajib sebab tak dak dalam peraturan tapi saya tak boleh kata boleh sebab Allah kata wajib pakai ", jelas ibu sambil tersenyum.

"Jadi boleh la tak pakai tudung", tambah pelajar tu.

"Beginilah, bak kata Ustaz Azhar Idrus, tak wajib pakai tudung tapi wajib tutup aurat. Macamana awak nak buat tak kisah, janji tutup aurat ", tambah ibu sambil tersenyum!

Beliau berlalu selepas mengucapkan terima kasih. Harap-harap pelajar itu teruslah bertudung...amin!

Monday, January 9, 2012

Tragedi 901

Nak juga manulis sesuatu pada tarikh penuh sejarah ini. 9 Januari yang ibu harapkan membawa perubahan dalam hidup ibu.

09012012
Hari ini ibu mula menghantar kakak ke sekolah baru. Masih ibu terasa kenangan menghantar kakak ke PASTI di tahun 2011, tiba-tiba dah berubah tahun adanya. Sangat cepatkan masa berjalan?

Kakak bersekolah di sebelah pagi, bermula jam 815 hingga 12 tengahari. Sekolah kakak hanya di belakang pejabat ibu, jadi sedikit mudah untuk ibu menghantar dan menjemputnya saban hari.

Hari pertama, kakak bangun dengan penuh bersamangat. Senang saja ibu kejut kakak. Dengan usapan di kepala sambil memanggil namanya, kakak sudah sedar. Mata belum lagi dibuka, dia sudah berdiri sambil mengeliat dan berkata - "Ibu, semalam mujur kakak tidur awalkan, tu kakak senang bangun". Kakak mengulangi pesanan ibu buatnya sejak seminggu lalu untuk tidur awal kerana kakak perlu bangun awal untuk ke sekolah.

Kakak teruja dengan uniform barunya. Memang saja ibu rahsiakan tentang baju sekolahnya bila dia bertanya. Ibu cuma cakap - "adalaaa...ibu simpan!". Sambil menyiapkan kakak memakai tudung, kakak berkata "ibu, nanti bila kakak dah besar, kakak nak pakai tudung macam orang di Mekah tu", sambil kakak menunjukkan aksi pada ibu dengan menutup hidungnya. Oh kakak, itu purdah sayang!

Beg barunya tambah membuatkan kakak bersemangat ke sekolah pagi tadi. Ibu dan ayah memenuhi permintaannya untuk memiliki 'beg tarik'. Ibu siapkan begnya dan letakkan di tepi pintu. Siap berpakaian sekolah, dia terpandang akan beg idamannya yang sengaja ibu letakkan tadi. Terus memberikan ibu senyuman penuh makna kegembiraan dan kepuasan.



Kakak di hari pertama sekolah. Pagi hari ketika ibu menghantarnya, kakak tersenyum lebih lebar lagi kerana di hadapan sekolahnya tersusun mainan yang berwarna warni. Tapi kakak complain sewaktu masa pulang tadi "ibu, kakak tak seronok main tadi, sekolah kakak tu ramai sangat". Errrmmm...



Kakak melepas gian selepas waktu sekolah tamat, memandu kereta mainan. Kakak selalu kata "Ibu, nanti bila kakak dah besar, kakak beli kereta besar, ibu bawa je kereta kakak ok. Ayah nanti kakak beli motor besar, ok".

Kakak..kakak. Moga pelaburan ibu dan ayah untuk membentuk kakak menjadi khalifah kecil akan berjaya hingga menjadi khalifah dewasa yang sebenarnya kelak! Amin

Sunday, January 8, 2012

Kasih sayang

Sedari kecil, maktok dah ajar ibu cara untuk membahasakan diri dengan adik beradik dan saudara mara. Tiada perkataan AKU - HANG. Maktok sering berpesan, cakap biar bahasakan diri dengan pangkat dalam keluarga. Contohnya, ibu dikenali sebagai Kak Muteh, jadi bila bercakap gunakan Kak Muteh sebagai ganti saya.

Alhamdulillah, berkat didikan generasi tua, semua generasi ibu bercakap dalam bahasa yang baik. Walaupun bergaduh, tiada hang-aku hehehe tetap guna nama dan pangkat yang dimiliki dalam keluarga.

Bila dewasa dan sudah memiliki keluarga sendiri, ibu terus menurunkan didikan dan pesanan maktok pada anak-anak. Alhamdulillah, kakak sudah menampakkan hasil. Walau dengan siapa dia bercakap, dia akan membahasakan dirinya sebagai kakak hatta dengan cikgu tadikanya sekalipun hehehehe

Dengan adik-adik kembarnya pun sama. Dia akan membahasakan kakak - adik - abang. Harap sampai dewasa anak- anak ibu akan menggunakan istilah yang sama sesama mereka dan di dalam keluarga.



Kakak sedang berkongsi ayam goreng dengan upin dan ipin-nya!
Moga kasih sayang dan kemesraan dalam keluarga akan berkekalan dan semakin utuh.

Sedikit lucu, selalu ibu ditegur kakak bila berbual ditelefon dengan kawan-kawan. Katanya - " ibu, tadikan kakak dengar ibu cakap aku kat telefon. Tak baik tau...". Deng!!! Ibu kena tembak!

Dan ibu mengakui salah ibu itu sambil menerangkan padanya dengan siapa ibu bercakap tadi. Walaupun kakak beza 27 tahun dengan ibu, tapi jika tegurannya benar, tak salahkan jika kita mengakui dan membetulkannya kembali!


Friday, January 6, 2012

Perkongsian di hari Jumaat

Semalam, ibu ber'jalan-jalan' ke FB kawan-kawan. Terjumpa satu imej dari FB yang di tag. Mantan Big Boss lama ibu meninggalkan jejak pada satu FB. Meninggalkan kata-kata dan pesanan yang sama seperti ketika dia masih berkhidmat dulu.

Dan sekadar pesanan di hari Jumaat yang indah ini :

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".

[al-Hujurat : 6]

Thursday, January 5, 2012

Islam itu mudah dan memudahkan!

Ibu tak ingat sejak bila hal ini mula dibualkan oleh ibu dan seorang rakan sekerja. Biar ibu kenalkan dia sebagai Nor (bukan nama sebenar). Kebetulan kami berdua mempunyai adik yang sedang belajar di Mesir, maka bermacam-macam kisah kehidupan adik-adik yang kami bualkan bersama apatah lagi ketika isu semua pelajar Malaysia diterbangkan pulang ke Malaysia semasa tanah Mesir bergolak dulu.

Suatu hari, Nor bercerita kepada ibu tentang adik lelakinya Ahmad (bukan nama sebenar) balik ke Malaysia dan memaklumkan kepada keluarga yang beliau hendak bernikah. Ok, itu bukan masalah yang besar pada keluarga walaupun Ahmad masih lagi belajar dalam bidang Usuluddin di bumi anbiya sana. Namun hal yang sedikit memeningkan mereka apabila Ahmad sendiri masih belum pernah bertemu secara nyata dengan gadis yang hendak dinikahinya itu. Menarik bukan?

Saudara mara dan kenalan ibu, ramai yang menyambung pelajaran di sana. Dari perkongsian pengalaman mereka di sana, ibu boleh membuat kesimpulan sendiri - kehidupun di sana adalah unpredictable. Hanya yang tabah dan cekal hati saja dapat meneruskan dan menghabiskan pengajian dengan jayanya. Sistem pengajiannya yang lain sama sekali dengan sistem kita di Malaysia. Jika gagal subjek Al-Quran, seseorang pelajar itu tidak boleh naik tahun. Maka mengulanglah semula subjek itu hingga berjaya.

Pakcik ibu juga pernah bercerita tentang kenalannya yang kami panggil PakLang yang sama-sama ke Mesir. Setelah 5 tahun di sana, pakcik ibu kembali ke Malaysia dengan ijazah dari universiti tertua itu. Sedangkan PakLang masih di sana, mengulang tahun dan subjek kerana terkandas. Sehinggalah, setelah 8 tahun berlalu, pakcik ibu yang sudah beranak pinak ini memaklumkan kepada ibu yang PakLang akan kembali ke Malaysia kerana sudah tamat pengajiannya di sana. Pakcik ibu mengatakan yang PakLang bersedih hati bila tahu yang dia sudah lulus. Sedih kerana lulus exam? Pelikkan bukan? Ya, dia bersedih kerana bila lulus exam, dia perlu kembali ke Malaysia!

Ok. Bersambung kembali dengan kisah Nor dan adiknya, Ahmad.

Disember yang lepas, adiknya telah melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya yang itu, Dila (bukan nama sebenar). Setelah Nor kembali ke pejabat selepas bercuti panjang menguruskan majlis adiknya, dia berkongsi cerita dan kelucuannya. Lawak katanya mengenangkan majlis pernikahan adiknya itu. Ibu berkata padanya bahawa inilah sejarah terbesar keluarga, bukan semua orang dapat merasainya. Bayangkan, sebuah pernikahan yang dilangsungkan di mana pengantin lelaki menerima akad nikah daripada bapa seorang gadis yang menjadi pengantinya sedangkan pengantin perempuan itu berada beribu-ribu batu jauhnya! dan belum pernah bertentang mata di alam nyata!

Pernikahan yang unik dan jarang berlaku. Mereka diperkenalkan dan berkenalan melalui internet dan akhirnya bersetuju untuk bernikah. Dengan restu dari kedua-dua belah pihak, mereka telah selamat dinikahkan.

Rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan seperti kebiasaan adat melayu yang berlaku. Namun ketika majlis akad berlangsung, mereka diper'temu'kan di internet dengan menggunakan Skype. Pengantin perempuan indah berbaju pengantin di bumi Amerika, dipancarkan di dinding rumah, riuh rendah dengan di kelilingi rakan-rakannya yang sudah seperti keluarga sendiri barangkali, membantu itu dan ini. Sedangkan pengantin lelaki berdebar sendiri menyambut akad nikahnya...hehehehehe

Menarikkan? Bukan semua orang boleh menerima keadaan pernikahan seperti ini apatah lagi kehidupan kita yang sudah sebati dengan adat dan budaya. Islam itu mudah tetapi adat yang terlebih dijunjung itu yang membuatkan kita terbatas dalam sesuatu perkara.

Nor berkata, majlis seperti biasa. Ada hantaran dan maskahwinnya. Cincin turut disarungkan di jari Ahmad. Semua ahli keluarga Nor diberikan hadiah oleh pengantin perempuan sebagai tanda berkenalan barangkali. Indah bukan? Selepas ini Ahmad dan Dila akan betul-betul bercinta dan berkenalan dan boleh melakukan apa saja dengan status 'halal' yang dimiliki mereka. Boleh ber'ombak rindu' sepuasnya hehehehehe...

Di akhir cerita, Nor berkata - kesian tengok adiknya itu. Orang lain lepas kahwin bergembira, tapi adiknya bermenung saja hahahaha...agak-agak korang semua, sebab apa??

p/s:
TQ kepada Nor yang sudi membenarkan kisah ini di'internet'kan dan berkongsi gambar.
Buat Ahmad dan Dila, selamat bercinta!
Sesungguhnya, bercinta selepas nikah itu tersangatlah indahnya!

Ibu juga bertemu dan berkenalan di internet..ahaks


Wednesday, January 4, 2012

366 yang mendatang

Assalamualaikum.
Salam Tahun Baru walaupun sudah masuk hari yang ke 4.
Azam? Ibu sudah menjadi orang yang tidak menetapkan azam setahun.
Azam ibu sekarang hanya satu, dan biarlah hanya Allah dan ibu yang tahu.

365 yang lepas,
Allah berikan ibu macam-macam nikmat hidup.
Syukur ya Allah atas nikmatmu.
Ampun kan aku ya Allah,
andai aku mengeluh atas segala nikmat yang kau berikan buatku.

Ibu sedar, kadangkala nikmat kesusahan yang Allah berikan buatkan ibu mengeluh sendiri.
Namun takala ibu tersedar, Allah maha Mengetahui setiap percaturan hidup ibu.
Walaupun apa sekalipun penindasan dan penganiayaan terhadap ibu,
Allah telah menyusun segalanya.
Mungkin tika itu ibu berduka, namun ibu pasti Allah akan hadiahkan ibu
nikmat yang tak terjangka kelak jika ibu bersabar dengan ujian-Nya.

dan 366 hari yang mendatang,
ibu terus memohon pada Allah, moga ibu dijadikan Allah sebagai hamba-Nya yang tabah.
Moga Allah hadiahkan ibu sekeping hati yang kuat.
Moga Allah terus menjaga hati ibu dengan hidayah dan rahmat-Nya.

Dan buat kesekian kalinya, kata-kata ini akan terus menjadi kekuatan buat ibu ;

Apapun yang akan terjadi, ingatlah bahawa ketika kau tak punya
siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup.

Dan last but not least,
ibu titipkan quotes ini kepada pembaca blog ibu sekalian.
Ibu dapat ni dari FB ex-roomate ibu.

Walau berlaku 'tsunami' sekalipun dalam hidup kalian, ibu harap
kata-kata ini dapat memberi semangat pada kita semua.

"You cannot control what happens to you,
but you can control your attitude towards what happens to you.
And in that, you will be mastering change rather than allowing it to master you"

Brian Tracy (American Television Host)

Related Posts with Thumbnails