Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, February 29, 2012

Tuesday, February 28, 2012

Pesanan dari seorang anak


Nur Faaqihah, anak ibu yang sulung. Ibu panggil dia kakak.
Lahir pada 8 September 2007. Kalau ikut bulan, dia belum lagi 5 tahun.
Kakak memang petah bercakap sejak kecil.
Ikut sapa? hehehe korang yang kenal ibu, sila bagi jawapannya boleh?

Kakak, seusia 2 tahun!

Tahun lepas, ibu hantar kakak ke sekolah PASTI.
Tahun ini, ibu hantar kakak ke Little Caliphs.
Setiap pagi, masa sapukan bedak di muka dan sikat rambut kakak, ibu akan pesan padanya.
"Kakak belajar rajin-rajin tau. Jangan notty ekkk. Jadi anak yang solehah!"
Dalam kereta, ibu akan pesan lagi. Macam-macam lagi pesanan seorang ibu muda #taklaberapamudasangat!

Sampai sekolah, lepas kakak salam dan #kissmulut dengan ibu, ibu pesan pesan lagi.
"Belajar rajin-rajin yer. Kalau teacher suruh buat kerja, kakak buat tau."
"Okay, baik ibu", balas kakak, berlalu dan salam teacher yang menyambut di pintu pagar.

Lepas sekolah, ibu jemput kakak dan hantar ke rumah mama.
Kakak akan salam dan #kissmulut lagi dengan ibu di depan gate rumah mama.
Ibu pun berlalu masuk kereta, dan tetiba kakak panggil ibu .

"Ibu...ibu...kerja baik-baik tau. Kerja rajin-rajin yer..."

Speechless!!

Seperti yang dijanjikan...

Okay..okay....

Ibu tahu, ramai yang jengah blog ibu ni kan..?
Tapi, tak dak entry baru..(terutamanya yang join aktiviti felt kan?)
#ayatperasantakhenggat#

Alkisah, seminggu lepas adalah minggu cuti semester.
Ibu tak ambik cuti.

Sebab:
1. Ayah tak cuti, jadi tak best pun kalau ibu cuti sorang-sorang, macam kurang kasih sayang je.
2. Ada kursus English kat kolej, so ibu join. Mula-mula paksa, tapi lepas tu suka! Sebab lecturernya tersangatlah best dah ala-ala John Lennon! Bayangkan!?

Masuk hari ni dah 5 hari ibu tak dak entry baru kan?
Sibuk sikit. Minggu ni, partner ibu pulak terpaksa bercuti sebab anaknya chicken pox.
Ibu ambik alih kelas sementara tunggu dia kembali bekerja.

Ok tak alasan ibu sebab tak update blog.
Ibu kan pekerja yang gigih dan gagah.
Kerja diutamakan, kualiti dipertingkatkan!
Tetiba.....

Untuk semua peserta program felt sempena cuti sem, inilah hasil sebahagian hasil kerja yang ibu janjikan nak masuk dalam blog. Ada 2 ekor bear, seekor katak, 3 sarung handphone, dan beberapa klip rambut. Ada lagi yang tak masuk, sebab dah bawak balik rumah!

Tuesday, February 21, 2012

Tragedi!

Pagi-pagi, ibu memang kalut.
Kalau ayah kerja malam, bertambah kalut ibu di pagi hari.

Angkat abang masuk kereta.
Lepas tu, bawa adik pulak.
Kakak, ibu jerit suruh masuk sendiri.
Angkut beg baju baby.
Beg sekolah kakak.

Pagi ni, ayah ada. Dia kerja pukul 2.
Kurang sikit kalut, tapi tetap kalut jugak.
Ayah angkut anak-anak dan beg-beg.
Ibu bawa diri saja.

Salam, peluk cium dan babai-babai.
Kereta jalan.
Petang, ibu jemput anak-anak.
Sudah! Dalam handbag takdak, dalam kereta tak dak.
Ayah balik pukul 10, kalau ot mau pukul 2 pagi.
Now, kat dalam kereta dengan anak-anak.

Kunci rumah tertinggal dalam rumah!

Monday, February 20, 2012

Ni en tos!

Kakak dah sekolah kat Little Caliph.
English medium.
Ibu hantar dan jemput kakak setiap hari.
Sembang-sembang dalam kereta (macam pesan Wardina) masa jemput kakak, pot pet mulut dia bercerita dan beraksi.

" i am a little caliph of Allah " - sambil tunjuk gayanya.

Satu hari kakak nyanyi sambil main iphone ibu. Ibu drive macam biasa.
" solger ni en tos, ni en tos, ni en tos, hey solger ni entos, I laf maus en nos ".

Ibu - " lagu apa tu kakak? "
Kakak - " lagu ni en tos la..teacher ajar tadi. Kena buat gaya gini " sambil kakak tunjuk kaki - acuh tak acuh sebab iphone tu lagi menarik.
" kakak nyanyi lagi. Ibu tak faham la kakak nyanyi lagu apa "
" ibu nii... Ni en tos la. Buat macam ni, tunjuk-tunjuk. " kakak mula angin bila kena tanya banyak kali.

Ok, sampai rumah mama.

Petang, sampai rumah, ibu cungkil lagi lagu tadi.
Kakak pun nyanyi sambil buat gaya.
" macam ni... Solger ni en tos, ni en tos, ni en tos, hey solger ni en tos, i laf maus en nos ".

Hahaha... Ibu tak sekolah english sayang oiii...

Rupanya :

Shoulder Knee and toes
Knee and toes
Knee and toes
Hair shoulder knee and toes
I loves mouth and nose



Sebagai penyeri, aksi berani mati kakak dan abang di pagi hari!

Perasaan ibu?
Bahagia sangat!!

Ibu masih di sini

Seminggu ibu tak update blog. Ada yang ternanti-nanti? Ibu sedikit tidak sihat. Running nose yang teruk serta masalah jari pecah yang menjadi-jadi. Baik sebelah kiri, pecah sebelah kanan. Baik kat atas, kat bawah pulak pecah. Fuuhhh...kifarah apa gamaknya yang Allah berikan pada ibu ini. Ibu redha dan pasrah...


Update jari ibu sebelah kanan yang pecah. Rekahan kedua telah berlaku.

Minggu lepas, result naik pangkat yang ibu mohon dulu telah keluar. Dan seperti yang telah ibu jangkakan, ibu gagal. Ibu sedih. Sedih sekali, tapi tidaklah sampai menangis bengkak mata dan tidak puas hati tumbuk meja hehe Kerana ibu yakin, ibu telah menjalankan tugas yang di amanahkah dengan dedikasi. Cuma, mungkin kriteria penilaian yang diletakkan tidak memuaskan hati panel. Ibu cuma berusaha membuat rayuan sebagai jalan terakhir.



Ini pengubat duka ibu. Tengok muka anak-anak, hilang segala duka lara. Walaupun rezeki ibu untuk naik pangkat dan naik gaji tidak berjaya, tapi Allah murahkan rezeki ibu dengan anak-anak yang sihat dan ceria!
Alhamdulillah....

Monday, February 13, 2012

Ibu adalah ibu

Ya! Ibu adalah ibu. Tetap ibu dan ibu sangat diperlukan. Anak-anak boleh pincang kan tanpa ibu?

Al kisah ibu yang ibu maksudkan adalah ibu jari ibu. Ibu jari ibu mengalami sedikit luka. Sabtu dan Ahad di rumah. Sibuk memasak itu dan ini. Mengemas rumah apa yang patut di sana dan sini. Tapi baju sebumbum nasih belum berjaya di lipat lagi! Hehehe

Entah macamana, ibu jari kanan ibu luka. Malam tadi masa cuci pinggan dan rasa pedih tapi tak nampak lukanya di mana dan ibu tak sedar pun bila terluka serta apa yang menyebabkan ia terluka.

Ibu jari kiri ibu dah 2 minggu kering dan pecah-pecah pada ruas garisan jari. Hasil sapuan minyak kelapa dara, Alhamdulillah, semakin ok. Satu hari ibu perah mop nak keringkan air, nak mop lantai. Terkoyak kembali luka ibu....perghhhhh! Ngilu sangat masa ruas jari tu terkoyak tau!

Pagi ni jari ibu kanan ibu tak boleh bengkok. Pegang pen macam robot, menulis jadi keras tangan sebab jari ibu tegang. Jari-jari lain pun jadi tak ketahuan geraknya bila ibu jari cedera. Panjang torehan luka tu rupanya.



Luka yang melangkaui garisan ruas jari. Itu yang tak boleh bengkok tu. Kejung! Baru nampak lukanya kat mana. Dah kena macam ni, baru tersedar betapa besarnya fungsi ibu jari dan sebab tu ianya di panggil ' ibu' jari.

Nasib baik menaip entry kat iphone ni guna jari telunjuk!

Sunday, February 12, 2012

Weekend di PG

Hujung minggu ni ibu tak balik ke Singapore. Nenek balik Melaka. Jadi, ibu dan anak-anak berguling-guling kat rumah sendiri. Ayah, seperti biasa. Kerja dan kerja dan kerja! Cari rezeki untuk keluarga, redha je la ekkk..

Sabtu, ibu masak bihun goreng buat sarapan. Tengahari, ibu balun bihun goreng yang sama. Petang, malam, ibu belasah lagi. Buat anak-anak, ibu masak nasi lembik dan sup ayam untuk santapan mereka. Bila ayah kerja, ibu makan apa saja yang ada, tak kisah!


Bihun goreng cinta yang jadi santapan ibu dari pagi ke petang.

Ayah balik kerja jam 1pagi. Ayah tanya ibu masak apa? Alamak! Rupanya ayah tak sempat makan time kerja. Ibu offer roti dan tuna. Ayah kata, tak pa. Oh! Kijam pulak rasa diri ini...

Esok paginya ibu masak nasi lemak dan sambal telur. Masak berat sikit sebab kesian ayah tak makan semalam. Dah la ayah demam. Tengahari sebelum ayah pi kerja, dan lagi ayah request bubur kacang. Ibu tanya nak makan bila? Katanya, malam nanti, balik kerja. Ok, ibu suruh ayah pi beli kacang hijau, santan dan gula merah. Sanggup ayah pi kedai dan patah balik ke rumah demi bubur kacangnya. Kalau tidak, payah sikit. Kena ibu merajuk-rajuk sikit, baru nak! Paksa rela...hehehe


Bubur kacang manja in the making!

Tengah rebus kacang, cousin ibu yang kerja kat Pahang call. Katanya dia sekeluarga baru sampai kat Thistle Hotel JB. Ada kursus. Nak datang rumah ibu. Oh, ok.. Ok... Silakan! Bubur kacang ada! Keluarkan sotong dam udang, rebus spageti dan buat spageti goreng. Ada kubis dan tomato. Belasah jer.. Janji ada rasa dah la...


Spageti goreng setia bersama..

Now, ibu dok tunggu cousin ibu sambil layan joran kat tv3!

Saturday, February 11, 2012

Campak vs alergi

Ibu tengah layan Kuch Kuch Hota Hai. Twin sedang nyenyak tido. Kakak sedang dok berlakon sorang-sorang, dok borak telefon dengan kawan dia. Ibu suruh tido, dia tak nak. Nak tido malam saja katanya!

Selasa lepas, celah kelangkang adik naik bintik merah. Banyak jugak. Ibu rasa tu rashes kot.

Rabu hantar anak-anak rumah mama. Petang ambik depa, keliling mulut adik banyak bintik-bintik air yang dah pecah. Adik garu la tu. Ibu relaks lagi.

Malamnya, adik bangun jam 1 pagi. Resah gelisah. Ayah kerja malam. Pukul 2 tak tido lagi. Ibu tengok adik gelisah semacam. Garu sana sini. Dah lentok kepala atas bantal, dia bangun balik dan merengek-rengek sambil guling atas perut ibu. Kejap-kejap dia bangun main tolak stool ikea.

Ibu bangun, bukak baju dan seluar adik. Buka lampu. Damn! Bintik-bintik air banyak kat badan dan kaki. Ibu suspect adik kena chicken pox sebab masa balik Kedah hari tu, anak pakcik yakni sepupu ibu baru nak baik campaknya! Pukul 4 pagi baru adik kembali lelap, mungkin dah tak tahan ngantuk dah tu!

Esoknya ibu beli air kelapa. Mahal nok! Sebiji dah 3 hengget. Petang tu juga ibu suapkan air kelapa. Daun mambu siapa ibu pi rembat kat rumah sapa entah. Tapi ibu mintak izin dari kakak yang ada kat situ.

Malamnya, ayah off. Ajak ayah ke klinik Dr. Zamil yang dah serasi dengan ibu. Abang dan adik punya aktif main sementara tunggu giliran. Nombor giliran sampai, twin jalan sendiri masuk bilik doktor. Nampak saja muka doktor, adik terus menangis sambil nak lari keluar dari bilik. Hahahaha...dah kenal orang dah! Mesti adik dah set dalam otak dia - asal jumpa doktor ni mesti kena ambik gas!

Dalam tangis yang membingitkan telinga ibu, ibu minta kepastian doktor samada bintik-bintik di badan adik tu chicken pox atau tak. Doktor belek badan dan kaki adik. Doktor kata bukan, bintik-bintik tu adalah alergi yang biasa. Mungkin sebab environment, cuaca atau pelbagai lagi hal lain.


Bintik-bintik di peha adik.


Bintik-bintik di sekitar mulut adik dah mula kering


Bintik-bintik di betis adik masih merah, dok kena garu.

Doktor bagi ubat untuk mandi, sapu dan makan. Mama guna sabun tu, dan katanya biji air tu mula kering dan kecut.

Hari ni, bintik-bintik tu dah nampak kering. Dan kurang. Ibu yakin bukan chicken pox sebab selalunya kalau minum ayaq nyoq mesti keluar biji-biji lagi banyakkan?

Senang hati sebab tak payah la ibu ambik cuti \(*o*)/

Friday, February 10, 2012

Perkongsian di hari Jumaat : Khutbah terakhir Rasulullah


Alhamdulillah, hari ini ibu telah berpeluang menghadirkan diri di dalam sebuah majlis ilmu yang diadakan di ofis ibu sempena Maulidurrasul. Ibu melangkah masuk ke dewan lebih kurang jam 930 pagi. Alhamdulillah, dewan telah penuh dengan pelajar sehingga ada yang duduk di atas tangga dan kerusi tambahan. Ibu duduk dibarisan hadapan yang telah di khaskan untuk pensyarah dan staf.

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin. Selesai bacaan yassin, penceramah jemputan pun tiba dan selepas itu kami beramai-ramai berselawat ke atas nabi. Kemudian majlis diteruskan dengan ceramah dan perkongsian ilmu dari penceramaj jemputan iaitu Tuan Haji Mazlan bin Mohd. Gouth.


Beliau berceramah dengan caranya yang tersendiri dan santai. Dalam lawak jenaka yang dilakukan, terselit bermacam-macam pesanan, petua dan kata nasihat kepada semua. Dan, paling ibu terharu takala beliau menceritakan kisah seorang bekas paderi dari Singapura yang telah memeluk islam. Bukan perjalanan kisah paderi itu memeluk islam membuatkan ibu terharu, tapi bagaimana rintihan dan pesanan bekas paderi itu tentang betapa beruntungnya orang yang lahir di dalam islam. Tidak seperti beliau yang lahir di dalam keadaan kafir. Insya-Allah, di suatu masa yang tenang, akan ibu kongsikan kisah ini bersama dengan beberapa petua menarik yang beliau berikan dengan pembaca blog ibu sekalian.

Majlis tadi di akhiri dengan perkongsian khutbah terakhir Rasulullah. Mungkin ada pembaca blog ibu yang sudah boleh hafal dan khatam pun dengan khutbah tersebut tapi telah berpesan Rasulullah di dalam khutbah terakhirnya itu :
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."
Marilah sama-sama kita menghayati pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah kepada kita. Khutbah ini telah disampaikan oleh baginda pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriah, di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."

Thursday, February 9, 2012

Rotan dan Iqra

Kakak kembali membaca iqra. Tahun lepas kakak dah baca iqra 1 dan dah nak habis pun. Sebab twin pun sama naik nak meng'iqra' bila kakak nak baca, pengajian kakak stop macam tu saja. Dia pun naik bebal bila adik-adiknya dok kacau. Sambung cuti sekolah, iqra kakak pun turut bercuti.

Mula minggu ni, ibu kembali mengajar kakak baca iqra. Asal buka kitab, twin serbu. Tapi kali ni, ibu ada rotan. Hahaha dok diam jer budak berdua tu, takutkan rotan!


Kakak 'pot-pet' sedang tekun membaca! Sangat pot-pet ok! Ikut sapa tak tau!?


Abang dan adik keboringan tak boleh kacau kakak. Rotan dok depan mata hehehe


Abang menangis manja takut. Adik yang mengantuk boring sebab kena dok diam!

Ibu harap tahun ni, ibu dapat kekuatan untuk habiskan kakak baca iqra. Doakan ya!

Jadi ibu, memang kena kuat dan tabah dalam segala hal kan!?

Wednesday, February 8, 2012

Wordless wednesday!

Lepas makan, jangan lupa masukkan kerusi bawah meja!

.

.

.

.

.

.

.

.



TQ!

Tuesday, February 7, 2012

Ini kisah kami di hari cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Selamat menyambut maulidurrasul dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda, menghayati kisah dan perjuangan baginda dan sentiasa mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan kita.

Ibu bercuti lagi. Johor bercuti sempena Thaipusam pada hari ini dan ibu bersama anak-anak berguling di rumah. Tadi pagi, semua bangun lewat. Lepas subuh, ibu berguling balik bersama anak-anak. Ayah kerhoje! Pukul 11.30 tadi baru sampai rumah.

Time cuti begini, sunyi sepi pulak rumah-rumah jiran ibu ni. Semua ambik kesempatan bercuti kot, balik kampung ka kan?

Jadi, bila dah sunyi sepi ni, inilah yang terjadi.


Adik 'notti' yang sedang nyenyak!


Abang yang menjadi mangsa usikan adik, lena keletihan


Dua beradik yang berguling sakan. Tenang sungguh ibu time boys ni tido!

Dan, ada tak yang tertanya kakak buat apa bila adik-adik dia tidoq. Ini kerhoje kakak! Siap boleh berebut dengan ibu. Anak zaman 2000kan? Tak payah ajaq, depa lagi terror dari ibu yang graduate IT ni.
.

.

.

.

.

.

.

.


kakak yang asyik dengan ipad ayahnya!

Saturday, February 4, 2012

Holiday

Selamat bercuti panjang pada mereka yang berada di negeri yang bercuti sempena Thaipusam. Ibu salah seorang insan bertuah dapat bercuti sakan - 4 hari termasuk Sabtu dan Ahad.

Kalau cuti panjang macam ni mesti ramai ambik kesempatan untuk holiday sakan bersama keluarga, jauh dari keriuhan sambil menghirup udara yang segarkan?

Macam sorang kawan ibu tu, awal-awal lagi dah update status kat FB nak scuba di Pulau Manukan. Alhamdulillah, dapat juga kawan ibu tu bercuti ke Sabah selepas beberapa ketika dok menyebutnya dan seperti biasa, jangan la balik dengan tangan kosong yer! Ada le sesuatu untuk kawanmu ini walaupun kita dah tak bekerja dalam satu organisasi lagi hehehe

Holiday? Ibu? Errmmm... Holiday atau bercuti sakan jauh dari rumah rasanya belum pernah lagi sejak berkahwin dan beranak-pinak ni. Faktor kerja ayah dan ibu yang susah untuk cuti pada masa yang sama adalah masalah utama. Kerja ayah yang 'tak berdunia' dengan orang sedikit menyukarkan kami untuk bercuti sakan walaupun tempat kerja ayah menghubungkan dunia dan ayah pun ada benefit dapat tiket free ke mana-mana saja destinasi untuk ahli keluarga!

Dan sebab ibu adalah perantau juga membuatkan ibu sukar berholiday sakan. Pada ibu, kalau ada cuti panjang, itulah peluang yang terbaik untuk bawa anak-anak balik ke kampung halaman bertemu maktok dan wan serta saudara mara yang lain di Kedah.

Kampung ayah pula kat Pengkalan Balak Melaka. Kat situ, nenek dah buat sebuah rumah yang selesa untuk seluruh ahli keluarga sebelah ayah berkumpul. Kalau rumah tak muat, belakang rumah nenek tu ada berderet-deret chalet memandangkan belakang rumah nenek adalah pantai perkelahan Pengkalan Balak. Jadi, bila ibu balik Melaka, ibu dah rasa macam bercuti sakan, sebab boleh jumpa saudara mara dan merehatkan otak menghirup udara laut yang nyaman. Sambil cuci pinggan pun nampak laut yang luas terbentang! Tu yang bila balik
kampung tu dah terasa macam bercuti sakan.



Last ibu balik Melaka, masa cuti raya haji tahun lepas. Dari Kedah, ibu singgah di Melaka. Biras ibu pulak bagitau yang ada orang kampung baru buat kolam besar ala-ala waterpark. Apalagi, angkut la anak-anak sendiri dan anak buah ke sana berendam. Kakak dan sepupu baiknya, Dik Na sakan bermain ditemani dengan sepupu-sepupu lelakinya (abang-abang Dik Na).


Bodyguard kakak dan Dik Na sedang menjalankan tugas.


Ibu dan biras ibu, siti bertugas menjaga kembar di dalam pool untuk budak tak cukup tinggi!

Sebelum berkahwin, ibu memang kaki berjalan. Masa zaman belajar lagi la. Percutian ibu banyak di dalam hutan atau lebih dikenali dengan istilah "memberukkan" diri hehehe

Sejak berkahwin, percutian ibu macam kat atas yang ibu bebelkan tadi. Masa ibu belum ada anak, ibu PJJ dengan ayah. Jadi, bila ibu ada cuti destinasi percutian ibu adalah ke Singapura. Terasa bercuti sangat, pi 'obersea' la katakan! Bila dah sebumbung bersama, Singapura tetap menjadi destinasi percutian ibu setiap minggu dan dah menjadi terbiasa dan terasa tak dak apa-apa makna sehinggalah kawan sepejabat ibu berkata - "best che kiyah, tiap-tiap minggu bercuti ke singapura. Kita?"

Oh! Baru ibu tersedar, errrmmm...setiap minggu ibu holiday ke luar negara rupanya!
Syukur, alhamdulillah. Setiap minggu ibu dapat bercuti bersama keluarga di luar negara di samping menjalankan tanggungjawab menziarahi nenek di sana.

Ayah, ziarah nenek dah selalu. Kesian kat atok Din yang jauh kat sana tak dak sapa jenguk! Kita kena jugak sekali sekala ziarah atok Din kat Perth sana nun, tanggungjawab tu! (^.^) :-" lalalala.....

Thursday, February 2, 2012

Aircond - Kahwin - Flower Girl

Balik ke Kedah hari tu, ibu berkesempatan menghadiri kenduri kahwin adik kepada kawan baik ibu yang sudah seperti keluarga sendiri yang dipanggil Adik (faham tak?). Adik dia dah macam adik ibu adanya. Senang kata seisi keluarga dia sudah menganggap ibu seperti ahli keluarga sendiri. Macam yang pernah ibu katakan dulu, ibu dan kawan baik ibu ni, sekelas sejak dari tingkatan satu sampai ke Universiti. Ibu pun pernah menumpang di rumah dia masa ambil SPM dulu sebab rumah kawna ibu ni dekat dengan sekolah, jadi mudah lah kami berulang alik semasa exam. Tapi arwah ayah dia yang menghantar dan menjemput kami sebenarnya...

Akad nikah Adik berlangsung pada Ahad 21 Januari 2012. Sampai saja di rumah maktok (bermalam di rumah abang), abah ibu suruh pi baiki aircond kereta dengan segera memandangkan petang itu adalah 'makan besar' kaum cina yang kebanyakkannya buka bengkel kereta. Bergegas ibu keluarkan barang anak-anak dari kereta dan berdesup ke sebuah kedai yang telah ibu 'mark' semasa perjalanan ke rumah tadi. Sebelum ke kedai, ibu singgah di rumah kawan baik bu sebagai lapor diri yang ibu dah sampai ke kedah!

Bengkel yang ibu tuju tu milik orang melayu. Selepas berdiskas dan belek sana-sini, adik bengkel tu berkata - "kak, sparepart memang dah tak dapat ni. kedai semua dah tutup. kalau saya buat pun. kepit saja dulu, tapi tak jamin tahan lama mana?".
Diskas dan tanya apa yang patut, ibu pun setuju saja, kepit pun kepit la dik, janji kereta sejuk!

Siap baiki kereta dah pukul 4.30. Akad nikah lepas Asar. baju memang dah ada dalam kereta tapi tudung tak dak? Pusing stereng pi butik junior ibu yang ada kat Jitra Mall. Tapi Junior ibu tak dak kat kedai. Tak pa. Ibu yang memang terkenal dengan muka tak berapa nak malu ni kelam kabut mintak tolong adik kedai tu carikan tudung yang match dengan baju ibu yang vouge (hasil sponsor nenek). Dah siap jumpa tudung, minta tolong iron sekali, pakej semua tudung yang ibu beli beserta baju-baju sekali. Dasar tak malu kan...hahahahaha

Ibu bergegas ke hotel tempat pengantin bermake up untuk tumpang tukar baju. dan Nabil, adik pengantin yang juga jurumekup kena paksa dengan ibu untuk touch up ibu. Tapi sorry ye kawna-kawan, ibu tak ambil gambar baju dan make up ibu yang cun tu. Baju dan make up ....bukan ibu ok!

Selesai majlis akad, ibu lepas seketika sampai memberikan khidmat bantuan tangan keras ibu. Cucuk bunga manggar dan siapkan gerbang pengantin bersama Nadia, kawan baik ibu dan seluruh ahli keluarganya. 9 malam ibu baru balik ke rumah maktok, dan sesampai di muka pintu, abang dan adik dah tersengeh-sengeh gembira menyambut kepulangan ibu. Nasib baik kat kampung ramai penjaga...lega ibu! hahahaha


Najwa (pengantin) dan Nadia (kawan baik ibu) serta emaknya adalah antara orang-orang yang menyumbang tenaga semasa majlis perkahwinan ibu dulu. So, ni kira ber'derau' kata orang Kedah. Emak Nadia sudah menjadi emak angkat ibu. Beliau sangat sukakan English Style dari dulu lagi dan kemahiran yang dimiliki di aplikasikan dalam rekaan bilik pengantin (macam ayat Nona pulak ekk).Memang simple habis tapi sangat sedap mata memandang. Cantik....rasa macam masuk kedai Lovely Lace hehehehe

Esoknya, Isnin bersamaan CNY, ibu hadir lagi untuk majlis kendurinya. Kakak telah menyumbangkan tenaga menjadi flower girl! Suka sangat dia, tapi awal-awal menangis jugak sebab malu dan tak kenal sangat dengan girls yang lain. Kakak kenal Kak Dina saja iaitu anak best friend ibu tu.

Kakak yang malu-malu nak posse!

Sampai ke petang ibu di rumah kenduri. berulang alik, hantar mak, ambik adik-adik, tok dan kembar ke kenduri. Hantar depa balik, ibu lepak lagi di rumah kenduri. Petang sikit baru balik lepas makan nasi kenduri buat kali yang ke 2, 3..errrrkkk!

Buat Adik dan Zaini, Selamat Pengantin Baru!! dan seperti biasa, ibu tiada gambar bersama pengantin hatta kawan baik ibu sekali pun!


Related Posts with Thumbnails