Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, March 31, 2012

Tadika Ibu


Alhamdulillah, kakak dah makin suka ke sekolah. Dari dulu lagi pun kakak memang suka ke sekolah. Tapi lately, dia makin happy dan selalu sebut nama kawan-kawan. Kalau sampai kat depan sekolah atau time nak balik, semua nama kawan-kawan dia akan di sebut dan say 'bye' bersama pesanan - esok kita jumpa lagi ya!!!

Kakak tengah bersemangat. Ibu pun terpaksalah bersemangat juga sebagai memberikan galakan pada anak-anak. Ibu lah tugas ibu kan? Menjadi tukang support yang paling kuat dan bersemangat untuk naikkan semangat anak-anak.

Untuk itu, ibu tukarkan diri ibu yang sudah 30-an di dalam dunia kakak. Ibu terpaksa bergelumang kembali dengan a, ba, ca (rumi dan jawi). Paling best ibu dapat nyanyi lagu nursery ryhmes yang tak pernah pun ibu dengar masa ibu kecik-kecik dulu. Lagu 'omputeh' kauu!! Masa ibu kecik, mak tok nyanyikan lagu kanak-kanak versi melayu hehehehe

Nak rusa nani,
Baru kembang ekor,
apa salah kami,
lalu tidak tegur

Buai tinggi-tinggi
sampai cucur atap
belum tumbuh gigi
Dah pandai baca kitab.


Sebelum ni nursery ryhmes yang ibu tau pun - Twinkle-twinkle little star, baabaa black sheep, Old MacDonald pun tau sikit-sikit sebab tergeliat lidah nak ulang yang kat belakang tu. La ni ibu dah nyanyi The Itsy Bitsy Spider, Bingo, She'll be coming round the mountain, 3 Blind mice dan banyak lagi. Sebab kakak dan adik-adiknya, lidah ibu dah boleh sebut ayat-ayat yang tergeliat dalam Old MacDonald. Ibu pun suka lagu This Old Man hehehehe

Terkini, ibu dah berjaya hasilkan kad tampal untuk kakak. Ibu buat sama-sama dengan kakak. Punyala kakak dok ulang ayat "kakak sayanggg ibu" sebab ibu buat kad untuk dia. Bangun pagi terus baca. Nak tido baca. Tapi tak tau la lama mana semangat kakak tu akan membara hehehe

Dan rumah ibu dah hampir-hampir jadi macam tadika dah gayanya!.


Hasil sentuhan ibu dan kakak, harap dapat diwarisi kepada adik kembarnya!

Thursday, March 29, 2012

Abang yang 'brotherly'

Alhamdulillah, abang dan adik dah nak masuk 1 tahun 9 bulan. Sat saja masa berlalu. Abang dan adik dan makin sihat, makin lasak, makin banyak akai, makin bikin ibu sesak nafas.

Abang memang nampak lebih matang kalau bandingkan dengan adik. Dah nama abang kan! Walaupun masih kecik, tapi ibu nampak sikap abang yang boleh diharap, boleh jaga adik, dah faham kalau ibu suruh itu dan ini.

Antara yang sweeeettttttt sangat ibu rasa bila tengok perangai abang ni:

1. Bila ibu suruh ambil botol susu dalam beg/atas meja, dia akan terus bangun mengikut tempat botol susu tu. Dia akan ambil satu dan bagi pada adik dulu. Kemudian, abang akan bergerak lagi ke tempat yang sama dan ambil botol yang lagi satu untuk dirinya.

2. Kakak sekolah pagi. Kalau ayah kerja malam, ibu la yang kena mandikan kakak. Ibu suruh abang kejutkan kakak dan dia akan terkedek-kedek ke arah kakak sambil goyangkan badan kakak. Bila kakak dah bangun, dia akan hulurkan tangannya dan pimpin kakak ke tandas. Kalau adik dah bangun juga, abang akan pastikan adik pegang tangan kakak dan jalan sama-sama ke bilik air.

3. Kalau ibu buat susu untuk kakak, abang akan tunggu sambil mulut dok membebel (bising sangat macam dok meminta). Bila dah siap, dia akan sibuk tarik baju ibu dan ibu pun hulurkan botol susu kakak tu. Terus dia ambik, lepas tu terkedek-kedek dengan bontot tebal tertonggek tu berjalan ke arah kakak dan hulurkan susu kakak.

4. Kalau abang ada makan apa-apa, dia akan minta lagi satu. Lepas tu bawa makanan tu bagi pada adik yang dok main tak peduli ke orang.

5. Abang akan sungguh-sungguh cari botol susu bila ibu suruh. Angkat bantal, jenguk bawah rak tv. Bila tak jumpa dia akan buat muka dan angkat tangan sambil bunyi, tunjuk macam tak jumpa heehehehehe

Kalau nak list, ibu rasa semua perangai anak-anak ibu ni sweet. Sebab budak kecik kan, buat apa pun nampak comey hehehehe..

Tapi yang paling sesak dada ibu bila abang buat aksi yang macam ni.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
Abang dah mula memanjat!
Kemudian dia akan
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Terjun bila nak turun!

Memang bikin ibu semput!!

Wednesday, March 28, 2012

Tuesday, March 27, 2012

Ikhlas dalam ibadat.


Soalan :

Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus (UAI):

Bertudunglah walaupun TERPAKSA. Solatlah walaupun TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.

Apa tunggu lagi???!

Monday, March 26, 2012

Lari dari rumah

Lately, makin menjadi-jadi kes remaja hilang. Katanya kena culik. Tup-tup, bila dah jadi kes polis, pecah tembelang. Rupanya lari ikut boyfriend. Tapi kalau yang betul-betul kena culik tu, ibu memang simpati dan kesian.

Yang sakit hati ni, yang dok berlakon kena culik, lepas tu mak ayah nak masuk tv, sedih menangis segala bagai sebab anak hilang, rupanya anak 'bertuah' tu sendiri yang rancang. Bukan takat family dia yang sedih, orang lain yang tengok tv tu pun sedih. Pakat share info kat FB kisah depa hilang. Rupanya semua tu dusta! Adehhhh....

Ibu ingat lagi masa ibu kecik-kecik dulu. Maktok selalu marah ibu, maklum la nakal adanya sedari azali. Ibu kan kakak. Bila adik menangis, ibu yang kena marah. Masa tu pulak, abang ibu tak berapa sihat. Kehidupan pulak tak berapa nak senang. Ibu ingat semua tu walaupun masih kecik lagi time tu.

Ibu tau, maktok mesti dalam keadaan stress dengan macam-macam hal yang mendatang. Asal adik ibu menangis, ibu yang kena balun. Kalau ibu buat salah, memang dah siap untuk pertahankan diri. Memang dah tau kena belasah baik punya. Tapi tak dak la pulak nak report kat teledera. Macamana teruk kena 'balun' pun, nanti malam mesti cari maktok jugak!

Bila dah makin dewasa, asal kena marah atau pukul, memang rasa macam nak lari dari rumah. Yer lah kan, kita dah besaq tapi still kena marah. Arrgghhh...lari je lah. Tambah-tambah pulak tengok drama ada kisah lari-lari dari rumah ni. Tapi takut jugak, nanti nak tidoq kat mana. Nak makan apa? Kalau lari, takd apat pi sekolah! Tak best laaa....

Tapi nak jugak larik hahahahaha Dah nama mak kan, apa dalam otak anak dia, awai-awai lagi dia dah tau. Maktok memang tak pernah halang pun kalau ibu nak lari dari rumah. Dia galakkan lagi ada. Reverse psychology namanya. Tapi ayat yang paling best maktok kata :

"Lari la kalau nak lari. Mak tak pi cari. Nak balik, balik sendiri..."

Agak-agak, nak larik dak kalau kena psiko macam tu? Hahahaha...memang tak lari la jawabnya. Tapi kalau ibu lari, mesti maktok akan cari jugak kan? Mesti punyalah macam mak-mak yang lain jugak. Tapi sebab ibu ni mungkin terfikir jauh sikit kot, itu yang tak lari.

Bila dah masuk asrama, memang ibu berjaya larikan diri dari rumah. Kalau balik rumah, mesti gaduh dengan adik. Mesti kena marah dengan mak sebab asyik dok lena saja. Heran kan, awat sapa yang dok asrama bila balik rumah, mesti nak lena saja. Rasa macam letih sangat kan..kan? errmmm....

Bila dah lama-lama dah jadi 'otai' asrama, ibu jarang balik rumah. Dok melepak kat asrama time cuti hujung minggu. Sampai maktok mai asrama cari ibu. Hehehehe..kan maktok dah rindu kat anak dia yang nakal ni. Mak dengan anak kan, macamana buruk pun anak, itu tetap yang keluar dari rahimnya. Mesti la dia sayang.....

Bila dah masuk uni, lagi best ibu larikan diri. Timetu laju sikit larinya sebab dah ada duit scholarship. Ibu lari ikut boyfriend-boyfriend itu yang keliling pinggang tu. Tapi depa ni baik, tak pernah buat yang pelik-pelik walaupun ibu sorang diri bersama 9 lelaki.

Asal cuti semester, lari dari balik ke rumah.
Asal bosan kat hostel, lari dari hostel.
Malam hari, boring, lari dari bilik.
Lari ke mana?
Ibu lari masuk hutan. Ada juga faedah!


Kenangan di Gunung Irau bersama boyfriend-sssssss ibu!

Cabaran kan jadi ibu zaman serba moden ni. Mudah-mudahan kita semua diberikan anak-anak yang mendengar kata, soleh dan solehah. Senang dididik dan dibentuk ke jalan yang di redhai Allah...

Ikrar kot

Dulu masa kakak sekolah PASTI, ada ikrar yang kakak dok ulang baca bikin tegak bulu roma ibu. Siap dengan mengucap dua kalimah syahadah ditambah pula dengan ayat lain siap ayat - sesungguhnya hidup dan mati ku hanya kerana Allah Taala.

Rasa macam nak pi perang pun ada. Belajaq pun jihad kan?

Di Little Caliph pun islamic education. Ada jugak ayat-ayat yang kakak dok ulang. Cara dia baca tu macam ikrar. Siap tangan kanan letak kat dada.

Bunyi macam gini. Sebelum baca, tangan kanan letak di dada - kat jantung tu. Rasai denyutan ikrar ini..

Saya anak soleh
Rajin solat, rajin mengaji
Ibubapa ditaati
Guru dihormati
Kita islam sampai mati!
Ashhaduallailahaillallah waashhaduannamuhammadarasullullah..
Yes! (sebut kuat-kuat)

Macamana ibu tau?? Hari-hari ibu kena paksa baca. Ibu ikut kakak tau!!!

Insaf datang tiba-tiba. Opppssss, lupa nak bagitau, entry ni ditaip menggunakan iphone sambil baring-baring....

Saturday, March 24, 2012

Ubat rindu

Hari ini "Pegawai kanan yang banyak masa untuk blogging" kena kerja walaupun hari Sabtu. Ibu telah diarahkan untuk menjadi penyelaras Kursus Muffin dan Tarlet (Bahagian 1). Kursus yang ibu handle ni punya lah mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan sampai ada yang terpaksa pulang kerana kelas sudah penuh.

Senarai nama peserta yang ibu dapat ada 52 orang. Peserta diambil melebihi kuantiti yang sepatutnya sebab takut ada peserta yang cancel disaat-saat akhir. Memang selalu berlaku mcam tu pun. Nak jadi cerita yang datang almost 40 orang yang ada dalam senarai. Yang walk-in ada 5-6 orang. Kelas cuma boleh buat 30 orang, itu pun dah panas berkuap-kuap.

Peserta dok merayu nak masuk juga. Ibu no hal tapi ibu suruh depa pi tengok sendiri keadaaan kelas dulu, kalau depa selesa bersesak-sesak, silakan. Ibu tak nak nanti ada peserta komen tak puas hati, tempat sempit la, tak dapat tengok cikgu tunjuk sebab ramai ka, bahan tak cukup ka atau apa-apa lagi komen yang kurang memuaskan. Kalau boleh, semua peserta yang datang ni, balik dengan senyuman dan hati yang kembang kegembiraan dan kesukaan.

Ibu tengah relax sat ni lepas makan tengahari. Baru habis buat sijil. Sambil-sambil tu, 'pegawai kanan yang banyak masa untuk blogging' ni jalan-jalan rehat minda jap. Masuk facebook dan jalan-jalan kat blog. Hari ni hari Sabtu, lagi la 'pegawai kanan yang masa masa untuk blogging' ni boleh berblog hehehehehe

Masa kat FB, kawan baik ibu ni ada post gambar jalan kat kampung ibu. Dia duduk di Jitra tapi cycling sampai ke kampung ibu yang kira-kira 10 km dari Pekan Jitra. Walaupun tak pernah nampak jalan kampung dari angkasa, tapi ibu tahu jalan yang dia ambik tu adalah jalan di kampung ibu. Tengok gambaq pun jadilah..hilang rindu kat keluarga dan Syun! hahahahahaha


Jalan kampung taraf hiway!

Dulu 2 lane saja. Dah naik taraf jadi 4 lane. Rumah ibu kira-kira 700m di hadapan sana (dari arah kereta datang). Gambar ini di ambil di atas jejantas depan sekolah rendah ibu.

Uhukkk...rindu pada sepoi angin kampung halaman tercinta!

Friday, March 23, 2012

Part II - Kisah Hidup dan sabar

Syun ada sekutu, iaitu Tok Njang yang rumahnya di bahagian hadapan rumah ibu. Tok Njang ada beberapa orang anak hasil beberapa perkahwinan. Anak daranya, Miza pernah menjadi teman sepermainan ibu masa zaman kecik-kecik dulu. Miza, tua setahun dari ibu dan sebaya dengan Nizam, anak Syun yang sekali sekala menjadi taukeh air ketum.

Tok Njang dan anak daranya sudah lama merantau. Mulanya ke Penang dan katanya kini sudah menetap di Kuala Lumpur. Di mana, ibu tak pasti. Anak-anaknya yang lain, ibu tak tau apa dah jadi. Masa ibu sekolah rendah, Tok Njang pernah menjaga abangnya yang ada masalah mental yang ibu panggil TokNgah. Tokngah akan jadi pendiam bila makan ubat dan tak mengganggu orang.

Kisah seterusnya ini mungkin berbunyi sedikit kejam. Tokngah telah ditinggal begitu saja oleh toknjang sekeluarga, tanpa makan dan penjaga. Mungkin kerana terlalu lapar, tokngah datang ke rumah tokwan ibu meminta makan dan barulah kami sekeluarga tahu bahawa tokngah telah ditinggalkan. Pernah ibu menolong tok untuk menghidangkan makanan kepadanya dan dia makan dengan tertib sekali walaupun dia dikatakan gila.

Akhirnya, anak tokngah yang berada di Singapura mendapat tahu ayahnya terabai, datang membawanya balik ke Singapura dan tokngah meninggal dunia di sana. Kata anaknya, semasa di Singapura, ayahnya langsung tidak bercakap bahasa melayu dengan jiran-jirannya sebaliknya hanya bertutur dalam bahasa inggeris!
Kenapa ibu ceritakan kisah Toknjang dan tok ngah ni? Ada sebabnya tau. Walaupun sudah berpuluh tahun kisah ini berlaku (ibu masih di sekolah rendah), setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya asalkan kita terus bersabar dengan dugaan yang Allah berikan pada kita.

Rumah ibu dan rumah tok bersebelahan. Di sebelah kanan rumah ibu adalah rumah Syun. Di hadapan adalah rumah TokNjang . Di belakang rumah ibu adalah rumah Tok Haji Karan (nama glemer). Mujur jiran di sebelah kiri dan belakang rumah tok adalah jiran-jiran yang berhati mulia dan sudi menghulurkan bantuan di kala ibu sekeluarga di kepung di halaman sendiri.

Sejak Syun menutup jalan keluar dengan tongkol kayu (perang nyata), laluan keluar ibu sekeluarga telah bertukar. Jalan tikus di belakang rumah tok digunakan, melintasi rumah Tok Haji Karan, seorang bomoh dari Negeri Sembilan yang berketuruan pembawa payung raja, terus ke batas sungai yang indah dengan hamparan hijau dan kuning sawah padi bila kena musimnya. Lebih 3 tahun, kereta ibu bermandi embun kerana parking di laman rumah orang.

Selain kisah permohonan wang tunai dari keluarga Syun yang tidak diluluskan arwah tokwan, ibu pun tak pasti apa lagi episod-episod yang menyebabkan Syun sakit hati kepada keluarga ibu. Sekutu Syun, Tok Njang pun sama. Ada saja salah yang ditujukan pada ibu sekeluarga tanpa bukti.

Anak 'dara' tok njang, Miza pernah diangkut polis dan penguatkuasa jabatan agama kerana 'pesta' remaja di rumah sendiri, keluarga ibu dituduh yang melaporkannya kepada Pejabat Agama. Mentang-mentanglah mak ibu adalah seorang ustazah dan sering berurusan dengan Pejabat Agama, terus kena tuduh.

Abang Miza pernah dikejar polis di rumah sendiri kerana kes dadah dan curi, keluarga ibu di tuduh membuat laporan pada polis hingga Miza menyerang abah seawal pagi sebaik abah balik dari solat subuh di masjid. Miza terpekik terlolong memarahi dan memberi amaran pada abah. Ibu yang sedang tidur terkejut bila mendengar cacian dan makian terhadap abah.

Kisah Miza serang abah tu hampir menjadi parah bila paksu yang memang cepat 'panas' mencapai cangkul dan meluru ke arah Miza setelah dituduh dan dilemparkan dengan bermacam-macam kata nista. Mujur masa tu,pakcik ada. Pakcik memeluk dan menyabarkan paksu hingga terpelanting cangkul dan ibu terus mengambilnya dan menyembunyikannya di dalam rumah.

Gamat pagi tu. Miza membuat laporan polis menuduh paksu memukulnya sehingga sesak nafas padahal langsung tiada sentuhan fizikal yang berlaku. Ibu dah lupa macamana, tapi Miza akhirnya balik ke KL dengan dendam membara setelah polis tiada bukti mengaitkan tuduhannya terhadap paksu dan keluarga ibu. Rupa-rupanya, abang Miza dikejar polis kerana cuba mencuri penutup besi tandop di sungai yang berhampiran. Dahtu, dituduhnya keluarga ibu yang buat laporan. Sabar je lah kan! Glemer kan keluarga ibu di mata jiran-jiran yang 'mulia'? hehehehe

Rentetan pergaduhan ini menyebabkan Syun lebih agresif bertindak. Hinggakan budak-budak yang datang mengaji Al-Quran di rumah ibu pun mendapat tempiasnya. Budak-budak tu terpaksa meredah jalan yang semak ke rumah ibu dek kerana jelingan dan kata-kata sinis Syun. Walaupun pelbagai dugaan, tidak pernah putus pengajian Quran di rumah ibu. Silih berganti orang saban tahun hingga kini. Bayangkanlah, batch pertama yang belajar quran kat rumah ibu ni dah beranak pinak pun!

Dugaan dan cabaran saban hari datang menimpa keluarga ibu. Sabar..sabar...sabar! Walaupun kadangkala hati muda ibu ni nak membalas saja apa yang dibuat, tapi mak kata, sabar. Dan berdoa. Tunggu balasan Allah...oh! Sungguh tak sangka ibu terpaksa jadi tabah!

Apa yang ibu sekeluarga tak pernah kena. Kalau setakat serangan mulut, caci maki dan biasa. Tutup jalan dan kena. Tak puas dengan itu, rumah ibu pernah diletakkan dengan najis manusia - di hadapan pintu dapur yang menghala ke rumah Syun. 2 kali hal itu berlaku. Walaupun dalam hati dah ada suspek utama, tapi sampai kini tiada siapa pun antara ahli keluarga ibu yang menyebut nama sesiapa. Kita tak nampak depan mata, dan kita jangan tuduh sesiapa.

Ada jiran-jiran yang menyampaikan cerita pada mak dan bertanyakan kebenaran. Katanya Syun dok bercerita itu dan ini. Keluarga ibu berbuat begitu dan begini kepadanya. Mak hanya tersenyum dan berkata , "tak pa laa...Allah tau semua".

Stop dulu yer! Dah panjang ni dan ini baru introduction hehehe
Kisah berzaman der..haruslah berpart-part macam slot drama swasta!
Nantikan kisah seterusnya.....

Thursday, March 22, 2012

Berkat Sedekah


Artikel ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Mohon kalian membacanya dengan nilai positif. Tapi kalau nak fikir negetif juga, ibu tak kisah ;)

Semalam atau kata orang Kedah, kelmarin, ibu dan kawan-kawan merancang untuk menziarahi seorang rakan sepejabat, Not di Hospital Sultan Ismail (HSI). Bukan Not yang sakit, tapi anak sulungnya tak tidak berapa sihat. Baru berumur 8 tahun (tak salah ibu). Bermula dengan demam dan menghadapi masalah air di dalam paru-paru. Sekarang, katanya air dalam paru-paru dah ok, tapi masalah pada tekanan darah tinggi dan buah pinggang pula. Mohon semua pembaca blog ibu ini mendoakan kesembuhan pada anak kecil itu.

Sebagai persediaan, ibu meminta seorang lagi kawan ibu, Shah untuk melancarkan tabung derma ikhlas. Niatnya hendak disampaikan sumbangan itu kepada Not sebagai meringankan beban. Maka Shah pun telah menjalankan tugas dengan baiknya. Ibu minta tolong Shah semasa ibu dalam perjalanan ke library. Baru 20 minit ibu di situ, Shah sudah sampai ke library dengan tong yang sudah berisi wang derma. Hebat kawan ibu ni. Moga Allah akan balas semua jasa hang tu Shah!

Semalam adalah hujung-hujung bulan (hampir-hampir dah nak gaji ni). Maka dalam dompet ibu tu adalah RM20 saja (sila simpati ya!). Masa Shah hulurkan tabung, ibu dok fikir :

"berapa aku nak bagi ni? Bagi RM10, nanti nak singgah kedai kang tak cukup pulak. Kakak tu nak beli roti la, jambu la, aiskrim la, nak lunch lagi".

Terbayang pulak muka Not dan anaknya. Terus separuh duit yang ibu ada tu ibu masukkan ke dalam tabung. Nanti, pandai-pandai la ibu korek dalam beg tu. Jumpa la nanti hehehehe

Kembali dari library, ibu lepak di unit lama ibu. Sudah ada tabung yang ditinggalkan oleh Shah di situ. Ibu pun memulakan pengiraan, dan alhamdulillah RM234.05 dapat dikumpulkan dalam masa beberapa jam saja. Tu tak gaji lagi tu, kalau dah gaji mesti lagi banyak kan!Terima kasih buat yang menderma.

Selesai mengira, ibu didatangi seorang lagi rakan lelaki menghulurkan sekeping RM50 kepada ibu. Beliau meminta ibu belanja makan beberapa orang yang telah membantunya, termasuklah ibu. Katanya, habiskan RM50 tu! Orang yang terlibat ada 4 orang saja. Setelah memikirkan kesukaran untuk mengumpulkan 4 orang yang terlibat itu serentak di sebuah meja makan, ibu memutuskan untuk membahagikan duit itu kepada 4 orang. Sorang dapatlah RM12.50.

Dan semasa ibu membahagikan duit tadi, ibu terfikir. Baru tadi ibu risau duit tak cukup kalau ibu menderma untuk Not. Tapi dengan rasa seihklas mungkin tadi (Allah tahu), ibu sumbangkan separuh yang ibu ada. Dan tak sampai sejam, Allah dan gantikan kembali RM10 itu kepada ibu beserta dividen RM2.50.

MasyaAllah...Subhanallahh...Allah maha mengetahui!


Janji Allah itu benar! Ibu selalu dengar dalam cermah dan dibualkan orang. Bila kita sedekah Allah akan murahkan rezeki kita. Rezeki yang datang nanti dalam pelbagai cara tapi kadang-kadang kita tidak sedar itu adalah rezeki yang Allah gandakan kerana kita teleh bersedekah. Dan inilah kali pertama ibu nampak rezeki yang Allah tambahkan secara nyata. Bagi RM10, digantikan dengan RM12.50.

Jom, bersedekah. Jangan asyik nak 'pelekoh' hak orang saja. Makin dok sapu hak orang, makin tak cukup lagi ada.

Entry ini ditulis seawal jam 5 pagi (lepas memerut). Ibu setkan time publish yer. Inilah antara cara 'pegawai kanan yang banyak masa untuk blogging' menghasilkan entry setiap hari. Moga ilmu anda bertambah, insyaAllah.

Wednesday, March 21, 2012

Tuesday, March 20, 2012

Telah tiba masanya

Buat kawan-kawan YM yang ibu kasihi sekalian, mungkin ada antara kalian yang mengikuti perkembangan ibu di blog ini. Minggu lepas, ibu mendapat masej di FB ibu dari Ika@PuteriManiaz. Katanya bro ntv_4u(orang Singapore) telah meninggal dunia pada bulan lepas.

Pada semua, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.


Ibu tuliskan kisah perkenalan kami sekadar untuk kenangan.

Ibu mempunyai ramai kawan-kawan yang hanya dikenali di dunia chat. Jangan kata kawan, suami pun ibu kenal di YM. Pada ibu, kenal di internet ni sama saja dengan kenal di kedai kopi atau KFC. Kalau penipu, kat mana-mana pun tetap penipu. Kalau orang dah baik-baik, di mana-mana pun akan tetap jadi orang baik, insyaAllah.

Pertemuan pertama ibu dengan ntv_4u secara nyata adalah pada 5 Februari 2005. Sebelum ini kami selalu berborak dan berguaru senda di alam maya saja. Beliau datang ke KL dari Singapura bersama seluruh ahli keluarganya. Gathering dan sambutan hari lahir ntv_4u telah diadakan di kondo Bro G di atas Semua House.


Ibu yang ketika itu tinggal di Perlis turut menghadirkan diri ke Kuala Lumpur. Masa tu ibu ada geng di sana, iaitu JuzzKidal juga yang ibu kenal melalui YM. Ibu dah ada geng-geng YM yang memang rapat lagi kamceng. Akel (DangAnum), Amoi, Zod, Nisri, CikRos dan kakaknya, Cik Seri, Ike dan ramai lagilah. Ukhuwah ibu bersama mereka, alhadulillah hingga kini masih ada walaupun tidak kerap bertemu seperti zaman remaja dulu.

ntv_4u datang bersama seisi keluarga. Anak dan isteri dipertemukan bersama. Hal ini yang menyebabkan ibu suka bersama dengan group ini kerana walaupun ibu kenal dengan suami, tapi seluruh ahli keluarga ibu akan kenal. Kebanyakkan yang ada di dalam group ini ikhlas untuk berkawan walaupun ada jugak yang cuba menyimpang, adatlah kan!

Sejak itu, kami terus berborak dan terus bertemu lagi di FB. Ada sekali sekala ibu bermesej dengan ntv_4u semasa ibu sudah bekerja di Johor. Katanya dia dan keluarga sudah berpindah ke Johor Bahru, di kawasan Stulang (tak salah ibu). Namun, kerana kesibukan masing-masing, tak dapat pula kami berjumpa walaupun dekat saja.

Allahyarham ntv_4u (t-shirt merah) bersama isteri dan anak-anaknya.

Saat ibu menulis entry ini, ibu terkenangkan keseronokan bersama kawan-kawan cyber dulu. Selain nama yang ibu sebut kat atas tadi, ibu teringatkan Hugo (kini cikgu di Sarawak), Abeso, Bari, Amat, Leha, Pklang, hizamiz, mcnod, Atokkl, cik enn, ummi, kak siti (dubai), oren, nenek, sardine, Sail (yang merahsiakan jantinanya hahaha), siz_zie, dik lin, syahid, manggis, bro meta, dr gig, bayu, arrggghh.....banyaknya yang ibu dah lupa!!! Sori kawan-kawan, tapi aksi dan gelagat kalian di room tetap ada dalam ingatan.

Walaupun lawak jenaka kita penuh provokasi, bergaduh, bertumbuk ikon (hahahahaha..memang gila), menyanyi, berceramah dan bertekak berbeza pendapat, namun itulah yang ibu kenang-kenangkan saat ini.

Apa khabar korang semua yer?

Monday, March 19, 2012

Malaysia Boleh!

Gambar ini ibu dapat dari sebuah blog. Katanya gambar ini diperolehi dari FB. Nampak ok jer kan? Tapi ada yang tak kena dengan gambar ni? Cer citer?


Ok..ok...ibu positif dan berfikiran baik sajalah.
Balai polis ada nak buat kenduri kot, itu yang kereta peronda kena jadi kenderaan awam angkut buah nyoq.

Positif...positif....

Malaysia Boleh!!!

Friday, March 16, 2012

Part 1 - Kisah hidup dan sabar.


"Hang tu dah la hitam, sampai ke hati perut, semua nya hitam."- kata abah dengan suara serak-serak basah. Nada marah abah masih lembut bersahaja ditenggelami suara kami adik beradik yang turut sama ber'perang'.

"Macamla hang tu putih sangat!", jerit suara 'perempuan' di seberang sana, ditemani suaminya yang diam tak berkata apa-apa.
Mendengar balasan itu, ibu dan adik-adik yang turut berperang berhenti sejenak dan gelak berdekah-dekah.

..........................................................................................................

Itu antara kisah yang berlaku semasa ibu berpantang kembar di kampung dulu. Terjadi satu kisah pertengkaran dengan jiran sebelah yang 'busuk hati'. Bermula dengan menutup jalan masuk (rumah ibu ditengah dan perlu melalui depan rumahnya), membina tandas dan tangki najis di hadapan jalan masuk ke rumah ibu, diikuti dengan menyalirkan tangki najisnya yang tersumbat ke longkang rumah ibu (tanpa izin) serta bermacam-macam usaha dan fitnah tanpa putus asa untuk menyusahkan kami sekeluarga, namum hidup ibu sekeluarga tetap aman bahagia.

Usaha-usaha itu bermula setelah permintaan mereka untuk mendapatkan sejumlah wang dari tokwan ibu tidak berjaya. Alasannya, mereka hendak membuat jalan berturap kerana kami berkongsi jalan masuk yang sama dan perlu melintasi hadapan rumahnya untuk sampai ke rumah ibu. Namun Tokwan ibu bijak orangnya. Sekilas kerlingan dan cara bercakap manusia itu, dia sudah tahu isi hati perutnya.

Tokwan menolak permintaan mereka dengan menawarkan untuk membuat jalan berturap itu sendiri dan dia akan menanggung segala kosnya namun ditolak oleh ayah angkat Syun yang ibu panggil TokLong. Mereka tidak pulak bersetuju dengan rancangan tokwan ibu dan tetap inginkan sejumlah wang tunai dengan alasan yang sama.

Keluarga ibu sudah lama menyedari ketidak-ihklasan yang wujud dalam hati Syun dan keluarganya. Sebelum krisis bermula secara nyata, mereka telah melancarkan perang saraf kepada ibu sekeluarga. Jalan masuk sengaja dikecilkan dan ditanam dengan pokok-pokok kayu dan pokok pagar. Ada kawad tersembunyi diletakkan di dalam rimbunan pokok pagar yang ditanam, pernah mencalarkan kereta orang yang datang menziarah keluarga ibu. Namun semuanya didiamkan saja. Tiada orang kampung yang tahu pun tentang apa yang dilakukan oleh Syun pada ibu sekeluarga.

Setelah sekian lama berbincang, akhirnya, tok wan ibu berkata - "sekupang pun aku tak mau bagi". Walaupun ibu tidak ada bersama semasa tokwan menuturkan kata-kata itu , namun ibu mampu bayangkan wajah tokwan yang tenang, tersenyum sinis dengan mata yang tajam seperti helang merenung mangsanya!

Maka bermulalah siri-siri dugaan dalam hidup ibu sekeluarga. Syun yang sakit lutut itu mula memainkan peranannya. Syun, adalah jiran ibu. Isteri ke 2 seorang pemandu teksi yang berserban dan pak haji. Berkulit hitam dan gempal orangnya. Jalan senget, ke kiri dan kanan menghayun badan kerana menahan sakit lutut akibat berat badan yang berlebihan. Mempunyai seorang anak lelaki yang akhirnya menjadi taukeh air ketum.

Namun dalam sakit lutut dan jalan terhencot-hencot itu, dia masih mampu mengangkat tongkol kayu besar dan diletakkan di jalan masuk sebagai perang pertama. Walau tanpa kata, sebagai orang yang ada akal, tongkol kayu besar itu bertanda - NO ENTRY! Ibu sekeluarga faham. Ibu memang salute dengan ketabahan Syun. Dalam kesakitan lutut yang teruk, dia masih kuat dan gagah berjalan serta berbuat itu dan ini untuk menyusahkan orang lain walaupun dirinya sendiri yang susah.

Buktinya, pada hari suaminya (bermadu) akan pulang, dia akan menunggu di muka pintu. Bila teksi suaminya tiba, dengan terhencot-hencot dia berjalan dan mengangkat tongkol kayu besar itu ke tepi. Setelah kereta suaminya berlalu, dia akan mengangkat semua tongkol itu menutup jalan kembali. Itulah yang dilakukan setiap kali kereta suaminya keluar masuk. Hebatkan?!

Bagaimana dengan ibu sekeluarga? Kami orang biasa-biasa. Ibu hanya berkereta kancil dan yang lain-lain hanya menggunakan motor sebagai pengangkutan harian. Mujur ada jiran di sebelah rumah tokwan mengizinkan ibu parking kereta di hadapan rumahnya. Hampir 3 tahun rasanya, keadaan berlarutan seperti itu. Namun kami tetap SABAR.


Cuma susahnya bila orang lain yang berkenderaan besar hendak ke rumah ibu. Bila ada lori hendak menghantar baja subsidi ke rumah. Mereka sedikit sukar dan perlu berjalan jauh. Walaupun payah, namun kunjungan sahabat dan saudara mara tak pernah pudar malah makin bertambah adanya.

Kita berehat dulu!


Entah la

Ibu bangun tengah malam, pandang keliling ibu, abang dah berubah tempat tidur. Entah bila dia bangun tapi dah ada di celah ibu dan ayah. Kakak dah berputar 300 darjah barangkali. Dan adik di hujung kaki ibu.

Lepas buat apa yang patut, ibu baring semula sambil godek-godek di ipad ayah membaca gosip dan kisah politik dunia.

Ibu berpindah baring ke hujung-hujung kawasan hamparan toto agar lebih luas untuk anak-anak berguling. Baru mula nak mengarang, adik bangun berdiri dan mencari ibu sambil menangis manja, padahal ibu hanya di belakangnya saja.

Sambil berbaring, ibu panggil adik dan menghulurkan tangan . Dia datang dalam pelukan ibu, terus melabuhkan kepala di bahu ibu. Pipinya di adjust agar sedap parking di dada ibu. Tangannya yang kecik tu, memeluk badan ibu. Ibu pun merangkul badannya yang comey lotey.

Sungguh indah rasa yang hadir saat itu!!



Adik di waktu jaganya. Sangat suka dengan animasi. Ibu lupa time ni movie apa kat tv. Kalau ada iklan BoboiBoy, abang dan adik akan berduet menyanyi dalam bahasa mereka yang tersendiri. Yang paling jelas bunyinya - boboiboy!



Ni aktiviti abang. Pantang ibu susun bantal, dia akan sepahkan. Ibu susun toto, di akan tarik semuanya bagi jatuh. Kemudian dia akan panjat dan duduk di situ!

Ok, subuh sudah hampir mariii....kita jumpa lagi nanti!

Entry ni, ibu tak tau nak letak tajuk apa. Sebab tu ibu letak, entah la....

Wednesday, March 14, 2012

Rabu tanpa kata


Dari Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda ;

"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang amanah dikatakan pengkhianat. Dan kesempatan berbicara hanyalah golongan Ruwaibidhah."

Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu ya Rasulullah?".

Nabi SAW menjawab, "Orang hina dan tidak mengerti bagaimana mengurus orang banyak".


(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Tuesday, March 13, 2012

Aku, Seri Alam, Nusa Damai dan Dirang.


Peta di atas ibu ambik dari google map. Kediaman ibu sekeluarga di Taman Bukit Dahlia. Ibu kerja di dalam kawasan Persiaran Scientex. Anak-anak di kawasan Persiaran Damai, di luar bulatan merah.

Ibu tidak pasti, tapi kawasan bulatan merah tu adalah kawasan yang menghubungkan Seri Alam dengan Nusa Damai melalui 'jalan tikus'. Dikatakan hanya motorsikal yang boleh melaluinya, kalau kereta pun mungkin hanya kenderaan pacuan 4 roda. Ibu sendiri belum pernah menjengah ke hujung hutan sana, hanya setakat kawasan kediaman Harmoni di Nusa Damai.

Nadirah @ Dirang hilang 1 Mac yang lalu sekitar 11 pagi. Dengan berbekal nota dan duit, Dirang sendirian ke kedai di bawah flat kerana ibu terlalu asyik melayari internet (satu pengajaran buat ibu). Laporan polis dibuat bila Dirang tidak dijumpai sehingga petangnya.

Jumaat pagi (9 Mac), ibu telah mendapat info yang mayat terbakar di jumpai di kawasan Nusa Damai, katanya di kawasan belakang sana. Petang Khamis, katanya banyak polis di kawasan sana. Ibu suspek kawasan dalam bulatan merah. Mayat itu ada kemungkinan Dirang yang dilaporkan hilang di Seri Alam, tapi ibu berdoa moga bukan.

Jumaat petang, semasa rewang di rumah Kak Nor, ibu ada sampaikan kisah itu kepada jiran-jiran sebagai bahan sembang sambil-sambil mengopek bawang. Malamnya, ibu menunggu laporan berita tapi tiada. Ibu suspek lagi, mungkin info yang ibu dapat tu tipu. Dan habislaaa...ibu dah sebarkan berita palsu.

Dan malam tadi, berita di tv mengesahkan yang mayat rentung yang ditemui di Nusa Damai adalah milik Dirang. Seri Alam hanya dalam lingkungan 10km dari Nusa Damai. Kalau ikut jalan pintas (tempat mayat Dirang ditemui), lagi dekat.

Dirang 5 tahun. Kakak juga 5 tahun. Ibu tak tahu macamana rasa sakit Dirang direntap, dipegang dengan kuat, mungkin dipukul dan akhirnya dibakar. Tapi kalau berdasarkan kakak yang seusia Dirang, ditampar kembar pun sakan meraungnya mengadu kesakitan. Inikan pula kalau dipukul oleh orang dewasa dan dibakar.

Ya Allaaahhhhh...ibu tak terbayang Dirang menggelupur menahan ketakutan dan kesakitan sendirian.

Kenapa dunia ini ramai sangat manusia yang kejam!!!!

Rentetan kisah Dirang di sini.

Monday, March 12, 2012

Rilex hujung minggu

Sabtu, jiran belah kanan rumah ibu, Kak Nor dan Abang Rahman buat kenduri kawen anaknya Kak Bi. Sebagai jiran, naik malu ibu jadinya bila kurang menghulurkan bantuan. Ayah dan ibu kerja. Ada hari yang ayah off, ibu kerah dia pi tolong apa yang boleh. Tolong set up nak rebus telur pindang! Ibu lepas kerja, jenguk-jengukla jugak membantu. Malu sangat rasanya....

Hari kenduri, ibu jadi jaga dalam rumah. Abang dan adik punya terkinja-kinja dari dalam rumah nak keluar. Riuh rendah kat luar, mana boleh tahan sih. Akhirnya, ibu lepaskan hero-hero ibu sejam kat luar.



Pakai hensem-hemsem tapi dok dalam pagar saja. Kakak, sekejap masuk pastu keluar balik. Kalut dok tanya ibu mana pengantin.



Peluh basah lencun hero ibu ni. Adik dah dapat akal baru - agah diri sendiri kat cermin. Pastu dia gelak sendiri...



Ok! Times up!



Tangkap sorang-sorang kurung balik dalam rumah.

Friday, March 9, 2012

Ada apa dengan NAMA?

Ibu terpanggil untuk tulis sesuatu tentang nama. Ada apa dengan nama yang kita miliki?

Ibu memilih nama yang simple untuk anak-anak ibu. Faaqihah, Faaiq dan Faaid. Ibu mencari nama anak yang ada makna dan pendek sebab senang ibu nak isi white card bila masuk Singapore hehehehe

Mungkin ibu sedikit busy body bila mendengar nama anak-anak orang lain yang glemer. Glemer yang ada makna yang baik, ibu tak kisah. Tapi kalau nama yang bercampur, ada unsur Melayu, nama orang putih, tercelah pulak sikit nama orang Indon. Waduhh.....gima itu ya?! Mendengar nama yang disebut memang sedap, tapi maksudnya Wallahualam.

Ibu bersyukur kerana mempunyai adik beradik yang mahir berbahasa arab. Jadi sebelum memberi nama yang ibu suka, ibu akan bertanya dulu samada ianya sesuai atau tidak? Ada makna yang baik atau tak? Seboleh-bolehnya biarlah kena grammar-nya. Kang kalau di dengar atau dieja nama dalam tulisan arab, kena gelak pulak! Tunggang langgang!

Berilah anak-anak nama yang baik kerana ianya adalah doa. Ibu terfikir, bagaimana saat anak itu hendak bernikah nanti. Mau tergeliat mulut tok imam nak memanggilnya. Mau tergeliat bakal suami nak menyambut akadnya. Itu ok lagi. Bagaimana nanti bila mati kelak? Saat hendak ditalkinkan? Saat dibangunkan dan dan dihitungkan kelak di hadapan Allah?

Oklah...taknak cakap banyak-banyak. Tapi bak kata pepatah Arab "Melalui namamu, sudah ku kenal siapa ayahmu". Hebatkan kuasa nama?!


Thursday, March 8, 2012

Tahniah buat semua wanita!

Selamat Hari Wanita.

Dan....
"Sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita yang solehah"

Tuesday, March 6, 2012

Ni anak auntie ke?

Setakat hari ni, without fail, ibu hantar dan jemput kakak setiap hari.
Paling muda kat sekolah kakak adalah 4 tahun dan yang tua, 6 tahun.
Kakak 5 tahun.
Dalam kelas dia tak salah ada 12 ke 13 orang saja.

Time ibu jemput kakak, ibu akan tunggu sekejap sebab kakak nak main kat depan sekolah dia.
Habis main, ibu akan panggil kakak.
"Sayang...jom balik".
Kalau tak dak masalah, kakak akan datang dan ibu akan pakaikan kakak kasut.
Kalau kakak tak puas main, dia akan cakap " ibu, lagi 3 kali ok", sambil tunjuk 5 jarinya!
Ibu ok saja.


Namum tiap kali ibu sampai ke sekolah, ibu akan didekati seorang anak kecil ni.
Nama ibu tak ingat walaupun ibu dah tanya namanya hehehehe
Dia akan duduk sebelah ibu sementara ibu tunggu kakak.
Dia akan pandang dan tenung muka ibu.
Ibu senyum, lepas tu dia senyum malu-malu dan larikan pandangan dari ibu.
Dari ekor mata, ibu nampak dia merenung lagi muka ibu.

Dan, sudah beberapa kali ibu terima aduan dari anak kecil ini.

Kali pertama :

"Auntie, tu anak autie ke?"
"Ya...", ibu jawab.
"Dia suka buat orang. Tadi dia tumbuk budak tu, dia cubit", adu si anak tadi.
"Ye ke? Dia ada buat awak tak?".
"Ada, dia tolak sini", tambah budak tu lagi.

Kakak dah tarik muka. Terus menangis atas pangku ibu.
Takut la tu, kang ibu naik hantu.
Ibu tanya kakak dia buat kawan ke? Kakak tak jawab dan nangis tertahan-tahan sebab teacher ada kat depan.

"Teacher, Faaqihah ada buat kawan-kawan tak?", tanya ibu bila teacher dah nampak kakak menagis.
"Laaa....napa nangis ni. Tak la..dia baik hari ni. Dia sorang je dapat sticker sebab dia salam semua teachers".


Kali ke dua.

"Auntie, tu anak auntie ke?", tegur anak yang sama sambil duduk di sebelah ibu.
"Yer, awak sekelas dengan dia ke?", tanya ibu.
"Dia..dia kan...balik nanti, autie marah sikit dia. Dia tak mau baca bila teacher suruh baca. Dia main-main".


Kali ke 3.

"Auntie, dia kan suka tidur. Teacher suruh baca dia tidur".
Ibu senyum sambil ambil buku Pre-Reading, tunjuk dan tanya anak kecil tu.
"Anutie tanya la dia", sambil anak tu cuba elak tak nak baca apa yang ibu tunjukkan.


Kali ke 4.

"Auntie, dia kan naik atas meja tadi. Teacher suruh buat kerja, dia tak nak", adu anak yang sama.
Ibu senyum saja.

Sudah berberapa siri aduan yang ibu terima ini, ibu terfikir sendiri.
Apa ekk masalah anak kecil ni?
Pandai pulak tu dia mengadu hal kakak pada ibu.
Prestasi bacaan kakak dan laporan guru berbeza dengan aduan anak kecil ini.
Tapi, anak kecil tak menipu kan?
Tapi, mungkinkah anak kecil ini sedang mencari perhatian ibu?
Adakah anak kecil ini kurang perhatian dan kasih sayang?
Errrmm....

Kisah babi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah 3 hari jugak tak update blog, tetiba buat entry kisah babi.
Niat ibu hanyalah sekadar berkongsi maklumat yang ibu dapat masa blogwalking.
Benda yang elok, baik dan berguna, eloklah kita sebar-sebar kan, iya dak?
Apatah lagi kalau untuk kepentingan umat islam.

Sebagai umat islam, kita patut peka dengan produk zaman sekarang ni.
Dari hal barangan yang digunakan hinggalah makanan yang menjadi darah daging.
Mungkin sebab hal-hal yang macam inilah, menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat zaman kini.
Wallahualam..

Oklah, cukup dulu ceramah ibu.
Ini info yang nak ibu kongsi. Pada wanita yang ber'make up', nak membeli berus nak sapu blusher atau loose powder, sila berhati-hati.
Tapi bulu babi ni bukan untuk make up saja, banyak lagi untuk benda lain.

Kenali bulu babi seperti gambar di bawah.

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu babi.
Ciri utamanya adalah hujung bulunya bercabang.
Ciri-ciri khas yang terdapat pada bulu babi menyebabkan ianya popular dijadikan berus mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Antara ciri-cirinya :
1. Bulu yang nampak rimbun di hujung @ bercabang.
2. Susah tertanggal/jatuh atau cepat rosak. Tahan lama!

Bulu babi ni senang diubahsuai untuk menjadi keras atau lembut hanya dengan menggunakan bahan kimia tertentu.

Sedikit info tentang istilah yang digunakan pada babi :

1. Pork : daging babi dalam masakan.

2. Swine : keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : istilah untuk seekor babi muda yang beratnya tidak lebih 50kg.

4. Hog : istilah untuk babi dewasa yang berat melebihi 50kg.

5. Porcine : istilah yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang berkaitan atau berasal dari unsur babi dan sering digunakan dalam perubatan.

6. Boar : babi liar.

7. Sow : istilah untuk babi betina dewasa.

8. Sow milk : susu babi.

9. Lard : minyak yang berasaskan lemak babi.

10. Ham : daging bahagian peha babi.

11. Bacon : daging yang diperap dengan garam.

Berhati-hatilah yer....

Friday, March 2, 2012

Perkongsian di hari Jumaat : Di mana kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik, dah masuk bulan mac 2012. Sekejap kan masa berlalu?

Ya Allah, setiap detik dan waktu berjalan, maka semakin dekatlah kita dengan kematian.
Takut sangat rasanya...

Kita semua adalah pemimpin walaupun sekurang-kurangnya memimpin diri dan keluarga.
Setiap perbuatan, tindakan, perkataan dan segala-galanya akan dipersoalkan kelak di hadapan Allah.

Amanah kan kita dalam menjalankan tugas yang diberi?
Mencurikan kita semasa bekerja?
Halalkah pendapatan yang kita perolehi?

Sekadar renungan dan ingatan, marilah kita bersama-sama menjadi pemimpin yang baik untuk diri kita dan orang sekeliling kita.
Sekian, perkongsian pendek di hari Jumaat.
Sekadar ingatan buat diri sendiri dan orang-orang yang sudi diingatkan.

Thursday, March 1, 2012

Simsimi oh simsimi

Ayah download macam-macam dalam iphone dan ipad dia. Iphone ibu penuh semua games dan apps bila sync sebab guna akaun yang sama.

Ibu cuba main Simsimi. Sembang-sembang kosong dengan dia. Macam-macam jawapan dia...
As example :



Malu i....

Tak perlu kata apa-apa!

Hari ni ibu EL. Terpaksa cuti sebab mama ada hal. Makcik papa meninggal dunia. So dengan paksa rela ibu terpaksa cuti.

Pagi tadi, kakak tetap ke sekolah. Ayah kerja petang, ada orang tengokkan twin while ibu sending kakak to school.

Singgah opis ajak kawan-kawan sarapan kat Lina Dollah. Ibu tapau nasi goreng untuk ayah dan soto untu baby. Balik bagi twin makan dan mandi. Mula aktiviti bibik. Sementara dapat cuti ni, mop lantai. Dah melekit rasanya!

Tengahari, ibu jemput kakak. Adik dah sleep. Terpaksa usung jugak masuk kereta. Tak sampai hati nak tinggalkan kat rumah. Ayah dah pi keja.

Bagi makan anak-anak. Paksa depa tido tapi tak nak. Adik dah bangun sebab abang dok kacau dia. Pukul 4 baru abang tido. Adik, dok ikut ibu ke sana sini lagi nih.

Panas sebenarnya nih! Baru lepas goreng kentang untuk teatime..eceehhh!
Related Posts with Thumbnails