Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, April 28, 2012

Operasi BERSIH

28 April 2012, Pasir Gudang, Johor - Seng Kang, Singapore.

Semalam (Jumaat) ibu selamat sampai ke Pasir Gudang setelah 5 hari ber'perah' otak di Kluang untuk MOS. Alhamdulillah, ibu lulus exam Microsoft dengan jayanya, 933/1000. Harap-harap, ibu terpilih untuk masuk exam Ms Word Expert pulak.

Suka juga sebenarnya menguji kemahiran dan kemampuan diri. Walaupun pengguna Ms Word yang tegar tapi sangat rugi kalau tools yang disediakan untuk menyenangkan kerja kita bertukar menjadi sesuatu yang tak berguna.

Semalam juga, di awal pagi 28 April, ibu memulakan operasi bersih ibu. Maklumlah, 5 hari rumah ditinggal pada ayah dan nenek. Lantai sudah bertompok-tompok dengan susu tumpah, melekit rasanya saat menjejakkan kaki ke lantai.

Ayah dan anak-anak dah beradu di bilik atas siap dengan aircond. Ibu ditemani kakak memulakan operasi. Sapu dan mop seluruh ruang bawah dan tangga. Baru tapak kaki rasa lega. Kering segala peluh, ibu mandi dan naik ke atas untuk beradu.

Singgap urut kepala dan belakang nenek bila ibu nampak nenek tak boleh tidur. Nenek kena 'berak-berak' dan mual-mual sejak 4 hari lalu. Dengan pesanan "ada apa-apa, nenek call tau" (walaupun bilik jaraknya sekangkang kera), ibu masuk tido menyertai ayah dan kembar yang dah lama nyenyak.

Pukul 9.30, ibu, ayah, kakak dan kembar ke sekolah kakak untuk sesi parent meet. Bersempena dengan tarikh 28 April 2012, seisi keluarga berpakaian mengikut tema. Prestasi kakak, alhamdulillah. Kalau ibu rajin, akan ibu catatkan perkembangan yang dilaporkan oleh teacher-nya.

Habis sesi, balik ke rumah dan teruskan operasi bersih sebelum tinggalkan Pasir Gudang. Siap segala, ibu sekeluarga teruskan perjalanan balik ke Singapura. Kali ni tak terus balik ke rumah. Singgah di A&E Khoo Teak Puat Hospital, Yishun untuk hantar nenek jumpa doktor.

Bukan tak nak bawak nenek ke klinik di Johor tapi nenek ni tengah ambik warfarin, ubat untuk cair darah. Dan nenek jugak tak boleh ambik sebarang-sebarang ubat sebab ada alergi. Jadi, terbaiknya bawa nenek ke hospital tempat nenek selalu dapatkan rawatan. Semua rekod nenek ada kat situ. Senang. Lagipun, nenek ada kad pencen dan dapat rawatan percuma kat situ.

MO yang check nenek bagitau nenek perlu dimasukkan ke observation room. Sebab observation ni mengambil 3-4 ja, maka ibu dan ayah pun balik ke Seng Kang dulu. Tengah sedap baring, ayah dapat call dari hospital yang nenek akan warded for a couple of day! Tak lama lagi lepas tu, hospital sms ayah bagitau no bilik dan katil serta waktu melawat, 530 sampai 800 malam.

Tadi ayah dah pi melawat nenek. Ibu tak ikut. Dok rumah jaga anak-anak. Ibu cuma bercakap melalui telefon saja dengan nenek. Harap nenek dapat tidur lena malam ni. Doktor kata nenek "low blood pressure". Pelik jugak ibu sebab nenek ni ada darah tinggi. Errrmmm..

Now, ibu sekeluarga tengah berehat-rehat sementara menanti waktu lena. Kakak dan kembaq dan selamat. Tinggal ibu dan ayah dok mengadap tv dan ipad!

Sekian, kisah ibu pada 28 April 2012. Harap kisah anda pada hari ini menari, dan ceria-ceria saja adnya!

Opppsss.....inilah team ibu pada hari yang penuh ceria!!

cool tak???

Monday, April 23, 2012

Kursus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


2-3 hari ibu tak sempat nak update blog. Sedikit busy dengan kerja-kerja di tempat kerja. Sabtu lepas, ibu terlibat dengan sukan yang mana opis ibu menjadi tuan rumah. Ibu terlibat melatih dan me'letih'kan diri bersama team netball. Alhamdulillah, berkat latihan dan perlawanan persahabatan sampai ke hari Jumaat (Sabtu game), team ibu menjadi johan buat kali ke 4 berturut-turut.


Lepas ni rasa macam nak pencen dah kot jadi coach. Ibu tengok kawan-kawan ibu dari kolej lain dan berehat dan muka-muka baru pulak yang bawa team, ibu pun rasanya nak ikut jejak depa. Main takat suka-suka dah laa....


Hari ni hari pertama ibu berkursus di INTAN, Kluang. Patutnya berdua dengan Wizni, tapi malam tadi dia bagitau tak dapat ikut sebab anak dan suaminya tak sihat. So, pagi tadi berdesup lah ibu seorang diri ke sini.


Ibu lulusan IT. Berzaman guna MS Word, tapi mai kursus lagi. Tapi itulah namanya ilmu, lagi kita belajaq, lagi banyak rupanya yang kita tak tau. Ingatkan dah terror, maklumlah dah bertahun-tahun guna. Rupanyaa....hahahahaha


Pada sesiapa yang nak tahu dirinya selama ini pakar atau tak, mai la kursus MOS ni. Ada exam. Nak hadir kursus pun ada pre-test dulu. Lulus baru dapat masuk kursus ni.


Kalau kat luar, mau beribu bayarannya. Tapi sebab ibu kerja gomen, bayaran cuma RM30 dan yuran lain semuanya ditanggung kerajaan.


Yang mana kerja gomen tu, sila jangan lepaskan peluang untuk ikuti kursus dan exam MOS (Word, PP, Excel, Access, Outlook, Tips & Trick) dengan bayaran yang murah. Kalau fail exam, nak repeat kena bayar sendiri.

Cuba-cubalah belek website INTAN untuk lihat kursus-kursus yang menarik macam ni....

Thursday, April 19, 2012

Wudhuk


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini ibu nak kongsi sesuatu tentang wudhuk. Sebenarnya, apa yang ibu nak kongsikan ini di sampaikan oleh Allahyarhamah ustazah ibu masa ibu belajar kat kelas Fardhu Ain masa sekolah rendah dulu.

Dah lama dah. Tapi, insyaAllah, harapnya ianya menjadi satu ilmu yang bermanafaat dan dapatlah pahala pada allahyarhamah Ustazah Fatiah atau lebih mesra dengan nama 'Kak Fatiah'.

Maktok pun pernah ingatkan ibu tentang hal yang sama (ibu dan maktok menuntut dengan tok guru yang sama) bila maktok tengok ibu ambik wudhuk laju sangat! Padahal dah belajar, tapi bila nak cepat, lupa semua ilmu yang ada tidak di amalkan. Astagfirullahhalazim.....

Wudhuk! Rasanya semua tahu tentang wudhuk dan tatacara mengangkat wudhuk. Kalau tak tau, maknanya anda tak solat. Masih belum terlambat untuk belajar kan. Tak pa, better late than never. Tapi jangan pulak bertangguh-tangguh ya!



Selalunya, sebelum mengangkat wudhuk, kita akan membaca lafaznya dahulu (yang dalam bahasa arab tu) :
Dan selepas itu, sambil menyapu air ke seluruh anggota muka, kita akan niatkan di dalam hati ;

"Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala"

Kebiasaannya, kita akan ratakan air ke anggota muka, diikuti, tangan hingga ke siku, ubun-ubun, telinga (sunat) dan akhirnya kaki hingga be buku lali.

Tetapi, semasa kita meratakan air ke seluruh bahagian itu apa yang kita niatkan dalam hati kita?

Allahyarhamah ustazah ibu bagitau (dipesan lagi oleh maktok), setiap kali kita menyucikan bahagian anggota wudhuk itu, ada niat-niat yang boleh di'niat'kan dalam hati kita. Dan inilah yang ibu nak sharekan pada kali ini ;

Ketika membasuh muka (selepas niat wudhuk), niat lah di dalam hati kita ;
"Ya Allah, putihkanlah muka ku ini di akhirat kelak"

Ketika membasuh tangan kanan, niatlah ;
"Ya Allah, sampaikan lah hisab amalan tangan kananku ini"

Ketika membasuh tangan kiri, niatlah ;
" Ya Allah, janganlah kau berikan hisab tangan kiriku ini"

Ketika membasuh ubun-ubun, niatlah ;
" Ya Allah, lindungilah daku dari panas terik di padang mahsyar kelak"

Ketika membasuh telinga, niatlah ;
"Ya Allah, dengarkan lah telinga ku ini dengan zikir mu"

Ketika membasuh kaki kanan, niatlah ;
"Ya Allah, tetapkan lah kaki ku ini ketika melintasi titian sirat nanti"

Ketika membasuh kaki kiri, niatkan lah ;
" Ya Allah, janganlah engkau gelincirkan kaki ku ini "

Apa yang ibu share-kan ini adalah yang ibu ingat-ingat masa ibu belajar kecik-kecik dulu. Dan hari ini, ibu ada terbaca di sebuah blog tentang niat-niat ini. Walaupun sedikit berbeza, tapi niat dan hajat yang kita pohon pada Allah semasa mengambil wudhuk tetap sama dan ke arah kebaikan. Pada yang nak tau boleh lah membacanya di sini.

Adalah diharapkan dengan perkongsian ini, dapatlah kita memperbaiki ibadah kita supaya lebih sempurna dalam mencari dan mengejar keredhaan Allah Taala sebagai bekalan untuk hidup di akhirat sana.

Segala yang baik datangnya dari Allah Taala, dan segala yang buruk adalah dari kelemahan diri ibu sendiri.

Wednesday, April 18, 2012

Tuesday, April 17, 2012

100 hari


100 hari. Bukan tajuk propa. Bukan janji-janji yang akan dilaksanakan selepas 100 hari memerintah, okay! 100 hari yang lain.

Setiap Jumaat di TV1, jam 11.00 pagi menerusi slot Nurani akan ditayangkan drama-drama yang menarik. Ibu kata menarik sebab nenek akan mintak ibu record-kan drama yang ditayangkan pada slot itu setiap minggu.

Macamana ibu tau yang drama-drama tu menarik? Sebab ibulah tukang (selain ayah) copy-kan drama-drama tersebut ke dvd. Sambil copy, ibu pun ambil kesempatan untuk menonton. Yerlah, drama tu hari Jumaat, pukul 11 pulak tu. Time kerja ok! Jadi jangan pulak salah sangka yang ibu dok mengadap tv time kerja ya...

Weekend lepas, masa di Singapura, ibu menjalankan tugas macam biasa. Dan tu ibu pun 'ter'layan drama tersebut macam biasa. Tajuknya 100 Hari. Rupanya drama tu menceritakan tanda-tanda kematian yang boleh dirasai 100 hari sebelum kematian.

Dalam dua watak yang berbeza, antara pemandu dan bos yang mengalami tanda-tanda kematian. Namun seorang dapat merasainya dan seorang lagi tidak menyedari yang dia akan mati. Bertuahlah kita kan kalau dapat menyedari yang tanda-tanda yang kita alami itu adalah tanda-tanda kematian yang sedang menghampiri.

Antara tanda-tanda yang boleh kita rasai (jika kita sedar):

100 hari : Seluruh badan akan rasa bergetar/bergegar dan ianya akan dirasai selepas waktu Asar.

40 hari :Akan terasa denyutan pada pusat.

7 hari : Mempunyai selera makan yang bertambah-tambah secara tiba-tiba, padahal sebelumnya makan biasa-biasa sahaja.

3 hari : Bahagian tengah dahi akan bergerak/berdenyut. Hidung dan telinga akan sedikit terjatuh dari kedudukan asal. Mata hitamnya seperti hilang sinarnya.

1 hari : bahagian ubun-ubunnya akan bergetar/berdenyut. Ianya akan berlaku selepas asar dan memberi tanda seolah-olah kita tidak akan bertemu lagi dengan asar keesokkannya, dan itu lah asar yang terakhir padanya.

Beruntunglah mereka yang sedar akan tanda-tanda kematian yang menghampiri. Moga Allah memberikan kita peluang untuk merasainya dan bersedia untuk menghadapinya.

Berdebar rasanya sebab ibu pernah jadi 'jenazah' semasa ibu mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah suatu masa dulu.

Sesungguhnya mati itu adalah benarrrr - tetiba terngiang-ngiang bacaan talkin yang pernah ibu dengar.

Bersediakah kita?? Gulp!

Saturday, April 14, 2012

Cah keting


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ibu di Kota Singapura sekarang dan masih dalam mood gembira dengan keputusan kenaikan pangkat yang ibu terima. Siapa yang tak gembira jika berjaya dan siapa yang tak berduka jika keputusan adalah sebaliknya?

Ibu telah merasai kedua-duanya dalam tahun ini. Ibu sangat sedih semasa keputusan awal di umumkan. Siapa yang suka akan kegagalan kan? Namun kerana semangat dari keluarga dan kawan-kawan serta yakin dengan kerja yang telah ibu curahkan, ibu mencuba untuk membuat rayuan.

Tiada sokongan dari sebarang orang yang bertaraf VVIP, ibu hanya mengikut prosedur biasa di jabatan sebagai orang yang biasa-biasa. Dan alhamdulillah, Allah mengizinkan hal ini berlaku pada ibu.

Ibu dalam sistem yang memerlukan seseorang itu membuktikan dirinya benar-benar membuat kerja jika mahu memohon kenaikan pangkat. Pernah ibu berfikir untuk tidak mengejar semua itu kerana pembuktian kerja di dalam bentuk dokumen yang akan memuaskan hati validator adalah sesuatu yang sangat subjektif.

Ibu tak nafikan, sistem ini ada bagusnya. Jika seseorang yang rajin dan tekun bekerja, 3 tahun sah dalam perkhidmatan pun sudah melayakkan dirinya untuk memohon (naik pangkat). Namun sistem ini mampu membuatkan berlakunya kes 'tikam kawan' hanya semata-mata untuk menunjukkan diri kita yang membuat segala kerja dan lebih baik dari orang lain.

Ibu memang sangat 'pantang' dengan sikap 'tikam kawan' dari belakang. Masa buat kerja, kita bersama-sama tapi bila nak berjaya, mengapa perlu kita tidakkan sumbangan yang diberikan kawan kita. Apakah dengan menidakkan kerja orang itu dapat menaikkan peluang anda untu berjaya?

Ibu bukan semulia umat. Cemburu pada kejayaan orang tetap ada. Tapi ibu masih berjaya mengawal nafsu untuk tidak berbuat aniaya kepada orang lain untuk berjaya dan kaya. Tidak akan ibu buat sebegitu. Moga Allah pelihara hati ibu dan anda semua.

Manusia memang mudah gelap mata dengan pangkat dan wang ringgit. Ibu memang pelik dengan sikap manusia yang dengki untuk berjaya bersama-sama. Burukkan rakan sendiri, mengaku hasil kerja sendiri padahal berkongsi kerja di awalnya, menyekat peluang orang lain untuk diberikan pada orang-orang tertentu saja, gunakan kuasa untuk mengurangkan persaingan dan memberikan peluang pada diri dan kroni...Apa ini?? Layakkah orang sebegini untuk naik pangkat?? Amanah kah orang sebegini jika diberi pangkat dan tanggungjawab?

Agak-agak, kalau insan-insan yang macam ni berjaya naik pangkat dan naik gaji, berkatkah rezeki yang diperolehi??hhmmmmm......

Inilah antara kisah-kisah yang berlaku di sekeliling ibu, di dalam sedar tak sedar. Namun insan sebegini memang bertuah kerana di anugerahkan Allah dengan rupa yang sedikit indah. Sukar untuk mempercayai mereka memiliki sekeping hati yang sangat busuk dan keji.

Tapi, sesama manusia, dapatlah kebusukkan hatinya dilindungi. Sedarlah, Allah Maha Mengetahui walau sebesar zarah sekali pun niat busuk di hati kita.



Ibu berdoa, jika ada di antara pembaca blog ibu yang bersikap sebegini atau terlintas di hati untuk berbuat aniaya kepada orang lain, marilah kita sama-sama beristifar dan bertaubat (pesanan untuk diri sendiri juga). Tidak akan berkat rezeki dan hidup di atas penderitaan orang lain.

Kita mungkin akan nampak kaya, mewah dan selesa dengan pangkat dan harta yang dimiliki, tapi kita tak boleh tipu diri sendiri bila kita sentiasa rasa tak tenang dan gundah gulana takut orang lain akan kenakan kita, macamana kita kenakan orang lain. Tak tenangkan hidup kita?

Apapun, ibu bersyukur dikelilingi insan-insan yang ikhlas dan jujur!

Thursday, April 12, 2012

Alhamdulillah

Pertama sekali, syukur ke hadrat Allah Taala yang telah memberikan ibu rezeki ini. Walaupun jalannya sedikit berliku, tapi kejayaan di hujungnya memberikan nikmat yang tidak terkata. Hanya sujud syukur yang mampu ibu lakukan setiap kali selepas solat setelah kejayaan ini ibu perolehi. Alhamdulillah....

Keduanya, terima kasih kepada kawan-kawan sepejabat ibu yang banyak memberikan kata-kata semangat, dorongan dan bantuan pada ibu hingga memberikan ibu kekuatan untuk membuat rayuan setelah ibu mendapat keputusan yang mendukacitakan awal Januari dulu.

Dan terima kasih untuk ucapan tahniah yang kalian berikan pada ibu. Terima kasih untuk doa-doa yang dilontarkan dari mulut kalian buat ibu. Ibu sangat menghargainya. InsyaAllah, kegembiraan ini pasti akan kita kongsikan bersama nanti.

Setelah ibu menyemak keputusan melalui Iphone, ayah terus ibu khabarkan berita gembira ini. Tersenyum ayah yang takala itu sedang menyapu lantai yang bersepah dengan nasi hasil kerja abang dan asik (baru lepas dinner). Lepas tu, ibu telefon khabarkan berita ini pada maktok. Maktok kata kena syukur banyak-banyak. Yer bonda, anakanda terasa sangat bersyukur sampai dah tak tau nak action lagu mana :D

Jika khabar duka dulu ibu kongsikan di sini, khabar gembira pun ibu nak kongsikan juga. Moga permulaan yang baik ini(walaupun berliku di awalnya) dapat mengembalikan semangat untuk membuktikan kemampuan ibu.

Doakan moga ibu tidak lupa diri, angkuh dan bongkak dengan nikmat dunia yang Allah beri ni. Setakat waras akal ibu yang ada sekarang, insyaAllah, ibu masih seperti CHEKIYAH yang kalian kenali.

Monday, April 9, 2012

Di mana kita?


Orang yang PALING PANDAI adalah mereka yang bercakap tentang mati.
Orang yang PANDAI adalah mereka yang bercakap tentang ilmu.
Orang yang BIASA adalah mereka yang bercakap tentang peristiwa.
Orang yang BODOH adalah mereka yang bercakap tentang kelemahan orang lain.
Orang yang PALING BODOH adalah mereka yang bercakap tentang kehebatan diri sendiri.


"Apabila seseorang itu memuji dirinya, maka hilanglah cahayanya".
(Imam Malik)


hehehehehe...

Sunday, April 8, 2012

Homo sapiens

Ibu masih di Kota Singa. Malam nanti atau lebih tepat di awal pagi, baru ibu akan pulang ke Johor. Ayah habis kerja pukul 1 pagi tapi selalunya ayah akan ambik last break pada hari Ahad, pukul 11.30 malam ayah akan habis kerja.

Boring pulak rasa. Blog yang selalu ibu singgah tidak berupdate. Disebabkan ada 'langau-langau' yang kurang kasih sayang berak sana-sini, tuan tanah merajuk kot. Harap, bila dah sejuk nanti adalah entry terkini.

Singgah pulak kat blog kawan ibu yang di private-kan. Terkedu ibu membacanya bila dia nyatakan keluarganya cuba di sihirkan! Kesian kawan ibu yang sakit-sakit dan anak-anak yang selalu bergaduh, rupanya di sihir rakan baik sendiri, hanya kerana wang, pangkat dan harta.

Doakanlah Moga Allah terus pelihara keluarga kawan ibu itu dari khianat manusia dan fitnah dunia...amin!

Jenguk ke blog adik-adik ibu yang tidak ber'update' sekian lama. Terjumpa satu tulisan adik ibu yang pasal homo sapiens a.k.a manusia.

Memang banyak benarnya!

------------------------------------------------

manusia memang begitu...
pantang ditegur, mulalah mencari salah orang semula
untuk menutup salah sendiri.

manusia memang begini..
salah orang sentiasa di mata
salah sendiri seolah-olah tak pernah ada.

selagi bergelar manusia begitulah perangainya
selagi bergelar homo sapiens beginilah sikapnya

rasa terhina mungkin andai kelemahan dia diketahui
mungkin juga tercabar bila salah dia ditegur

abaikan saja manusia sebegini
salah dia ditegur tapi salah kita pula dicari..
supaya kita terdiam tak menegur dia lagi
juga mungkin supaya kita kelihatan bersalah seperti dia juga
mungkin bagi dia malaikat saja yg layak menegur menasihat dia
kerana manusia semuanya pernah membuat salah
jadi, selagi malaikat tak turun menegur dia,
biarkan saja dia begitu.

tapi ingatkan diri kita supaya jangan jadi seperti si HOMO SAPIENS itu!!!

--------------------------------------------

Pesanan ibu pada diri ibu sendiri dan sesiapa yang sudi diingati - supaya jangan jadi seperti HOMO SAPIENS itu....

Amin!

Saturday, April 7, 2012

Kanak-kanak strawberi

Assalamualaikum. Ibu bersiaran dari Kota Singapura. Biasalah hujung minggu macam ni, kalau tak dak urusan kerja, ibu sekeluarga akan pulang ke Singapura menziarahi nenek.

Petang-petang macam ni, ibu layan tv sambil melepak seisi keluarga. Ayah saja yang tak dak bersama. Biasalah ayah, kerja yang tak tentu masa.

Anak-anak ibu - kakak, abang dan adik baru lepas 'belasah' buah kegemaran depa, strawberi.



Rasanya anak-anak ibu ni 'terkenan' masa ibu mengandungkan depa dulu. Ibu memang suka makan starwberi masa mengandung!

Masa mengandungkan kakak, tiap kali ayah balik Kedah mesti pesan belikan strawberi. Mau 2-3 kotak ayah angkut dari Singapore ke Kedah.

Masa mengandungkan kembar, ibu tetap meneruskan kegemaran makan strawberi. Cuma tak banyak macam masa mengandungkan kakak sebab ibu kena hati-hati dengan tahap glucose.



Adik Faaid sedang kira kot strawberinya hehehehe..



Abang Faaiq dulu kurang gemar, makan sebiji dua je. Sekarang dah mula cekau dalam bekas adik atau kakak bila dalam bekas dia habis!



Kakak yang memang ratu strawberi sedari dalam perut ibu hingga kini!

Nak tahu apa khasiat strawberi. Meh ibu nak kongsikan dengan anda semua.

1. Strawberi kaya dengan antioksida, serat, rendah kalori, dan mengandung vitamin C, folat, potassium, serta asam ellagic.

2. Strawberi mampu mengurangkan kadar kolestrol.

3. Strawberi dapat membantu melumpuhkan kerja aktif cancer kerana
asam ellagic yang dikandungnya tersebut.

4. Strawberi dapat mengurangkan gejala stroke.

5. Strawberi mengandungi zat anti alergi dan anti radang.

6. Antioksida yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain, sehingga strawberi merupakan buah yang efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh (Oksidasi ialah hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidasi juga bertanggung jawab pada proses
penuaan) - awet muda!

7. Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan anak.

8. Strawberi yang hanya sedikit mengandung gula juga baik untuk diet bagi pengidap diabetes.

9. Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti penuaan!

10. Strawberi dapat memutihkan atau membersihkan permukaan gigi.

11. Keperluan vitamin C di kalangan orang dewasa dalam sehari dapat dicukupi oleh 8 buah strawberry (98 mg). Keperluan serat juga sekaligus terpenuhi.

Banyak lagi kalau nak list. Kang jadi ahli nutrisi pulak, iye dak? hehehe

So, sekali sekala boleh le makan strawberi. kalau hari-hari mau garu kepala jugak :p...

Kalau ada ladang strawberi kan best! Fuhhhh.....tak terbayang main petik-petik je kalau rasa nak makan. Cer bayangkan!

Friday, April 6, 2012

Bodigad kakak


As ibu mentioned before, kakak dah sekolah. Kakak hanya ada homework masa weekend saja. Hari-hari biasa, memang kakak tak dak homework. Lega ibu! hahahahaha

Masa seminar Ibubapa dengan pengasas Program Little Caliph, memang dia (nama lupa pulak!) ada sebut yang Little Caliph tak dak homework. Kalau nak anak ada homework, jangan masuk Little Caliph. Tapi memang ada tadika yang silibusnya...mak aiiii! Macam sekolah darjah 3! Hebat anak-anak zaman sekarang ni kan?

Bila ada homework, memang sedikit kalut bila kakak mula buka buku. Twin, abang dan adik akan serbu nak tulis dan kacau kakak. Kakak pun ada lagi. Menjerit marah adik-adik dia.

Kat rumah nenek ada satu patung kucing yang nenek beli kat Sarawak. Twin takut dengan patung tu. Patung lain pun twin takut jugak sebenarnya. Oleh kerana patung tu menjadi ketakutan twin, masa kakak buat homework, ibu letak patung tu atas meja. Menjadi!!!


See! Tenang saja kakak tulis 'g'. Tak dak sapa pun kacau. Abang dengan adik fikir banyak kali nak pi kat meja tempat kakak menulis tu.


Kakak bersama bodigad yang sedia menjaga keamanan kakak semasa buat homeworknya!Kalau kat Pasir Gudang, memang terpaksa berperang!

Thursday, April 5, 2012

Dikala rajin menjengah!


Blog ibu ni tak tau ibu nak kategorikan blog apa. Nak kata blog masak memasak, tak jugak. Bab nak tulis resepi memang paling malas sebab ibu masak tak dak sukatan, main campak ikut gerak hati. Blog parenting, jauh sekali kot. Ibadah, gossip artis, lai la tak. Sebab asal utama ibu menulis di blog ini adalah untuk bercerita dan berkongsi suka duka kisah ibu. Tu yang jadi caca merba.

Ibu ni nak kata diri pandai memasak, kang ada pulak yang kata 'masuk bakul naik lift'. Tapi kawan-kawan ibu tak pernah lagi kutuk masakan ibu selain maktok yang komplen jugak la bila tak kena dengan tekak dia.

Masa zaman camping dulu-dulu, apa saja yang ibu masak, alhamdulillah menjadi favourite kawan-kawan, licin dan siap ada yang request lagi. Tak tau la kot depa tu yang jenis melantak baik punya. Sedap tak sedap, depa bedal. hahahahahaha. Paling ibu ingat masa kat tasik kenyir, ibu masak sambal ikan toman. Depa punya serbu, ibu tak dapat rasa pun!

Dengan bakat yang Allah bagi ni, boleh la ibu masak untuk ayah dan anak-anak. Kalau hebat macamana pun, tapi bila mood M yang menguasai diri, heheehehe makan kat kedai la jawabnya. Tapi bila rajin, tumih-tumih apa yang ada pun, kenyang jugak perut keluarga!

Ni masak sayoq kobis + karot bersama fish ball. Tumih bawang, buh ayaq, masuk fish ball, 1/4 kiub ikan bilis dan karot. Mendidih saja, ibu masukkan kubis. Adjust garam dan tambah gula, done!

Ni resepi keluarga. Ibu panggil masak cabai ikan temenung. Sudah menjadi kegemaran nenek, sebab dia kata macam asam pedas melaka rasanya.

Bahan mudah saja, tumis bawang merah dan sedikit halba, masukkan cili giling, biarkan sampai cili masak. Tambah sikit air, masukkan asam keping dan garam. Lepas tu masukkan ikan. Kuah adjust la ikut anda. Gula, tak masuk tau!! Itu rahsianya. Adjust bagi masam sikit, baru umpppphhh!


Kat atas ni gulai ikan. Dah lama tak masak gulai. Kalau kat Johor ni depa panggil kari kan. Ibu suka guna ikan kembung atau lebih glemer pada ibu - ikan temenung. Ibu memang dibesarkan dengan ikan kembung. Kalau maktok beli ikan lain, memang tak laku. Jadi sampai dah ada dapur sendiri pun, ibu beli ikan yang sama. Resepi nak ka? Korang lagi terror kot. hehehehehe

Bila story bab ikan ni, ibu mula makan ikan besaq-besaq ni sejak kahwin dengan ayah. Dulu, nenek memang tak layan ikan kembung. Paling kecik ikan nenek adalah ikan cencaru. Siakap, ikan merah, kepala ikan merah, tenggiri, terubuk adalah makanan nenek.

Tapi, sejak ibu masak cabai ikan temenung ni, nenek dah jadi peminat ikan temenung jugak. Sampaikan biras ibu kat Melaka pun dah suka makan ikan temenung! Goreng garing-garing, sedappp, goreng basah-basah pun sedaapppp.....cubalah!

Wednesday, April 4, 2012

Assistant Ibu


Sambil anda membaca entry ini, sila abaikan keselerakkan yang anda nampak, okay! Buat-buat la nampak semuanya kemas, tersusun dan teratur ngeh..ngeh..ngeh.. :D

Lately, kakak memang dah mula rajin nak tolong ibu kat dapur. Ibu bimbang jugak, takut terjadi kemalangan di dapur. Tapi ibu nak halang, rasanya tak patut kot. Kang terus terbantut semangat dia, sampai ke besaq jadi 'balog liat' ke dapur, susah jugak kan?

Kalau kakak nampak ibu pegang periuk nasi saja, dia dah siap-siap sound "kakak nak tolong ibu". Mula dulu, ibu bagi dia tugas ambik barang dalam peti ais. Tolong ambik telur, kiub ikan bilis, cili. Lepas tu dia mula minta izin nak potong sayur.

Then up sikit, ibu bagi dia potong kacang. Tapi takut saja ibu tengok cara dia potong hehehehe macam nak potong jari sendiri! Lepas tu, ibu suruh dia kopek bawang merah dan putih. Boleh laaa....

Sekali tu ibu nak masak spageti, ibu potong bawang holland, dia pun sibuk nak tolong. Ibu suruh dia ambik bawang yang ibu dah potong masuk dalam bekas. Tak habis sebiji pun, dah lari sebab mata dah pedih! Hahahahaha



Ni koleksi lama kat dalam iphone ibu. Masa ni hari Sabtu/Ahad, ibu pun dah tak ingat. Bangun pagi, blank nak masak apa untuk sarapan. Lepas audit stok yang ada, ibu pilih untuk buat roti jala. Sebelah, tumis rempah buat kari ayam, suruh kakak kacau-kacau. Ibu kat sebelah menjala rotinya....

Ada sapa-sapa nak tempah roti jala? hahahahah..tetiba!!!

Tuesday, April 3, 2012

Tak lelap mata


Entry ini mula ditaip jam 255AM. Mata tak boleh lelap. Pelik pulak ibu rasa. Seharian ibu dari Kedah-KLIA-Melaka-Pasir Gudang, tapi boleh tak penat pulak bila malamnya.

Lepas taip entry pasal 1 April 2012:Kembara Utara-Selatan, ibu godek-godek pc ayah ni. Jumpa gambaq tok chah. Hilang jugak rindu. Dapatlah ibu bayangkan wajah tok yang putih dan tenang berbalut kain kapan...

Dan bila baca komen adik ibu pasal duit raya 5 kupang, hehehehe..nak gelak pun ada! Tok memang suka bagi duit raya 5 kupang pada cucu-cucu dia, dari kecik sampai dah tua.

kenangan tok chah bersama kakak faaqihah.


Perkara ke dua yang buat ibu tak boleh lelap adalah pasai ini. Malu ibu nak sebut sebab ibu ni bukan sesiapa pun dengan dia. Tapi macam yang ibu pernah tulis sebelum ni, disebabkan abang dan adik ibu adalah anak murid beliau, Tuan Guru Ustaz Harun (TGUH) telah menjadi orang yang dekat dengan ibu, walaupun hanya sekadar nama sahaja.

Walaupun ibu bukan sesiapa dengan dia, tapi ibu berbangga sebab ibu pernah jugak solat berimamkan dia masa ibu di UUM dulu. Ibu tak ingat tahun bila dan occasion apa, tapi ada sesi ceramah dan TGUH telah mengajar cara-cara nak beramal untuk penerang hati. Jadilah kan.

TGUH sedang melalui pembedahan jantung yang 'besar' di San Fransisco (SF). Ibu dok ikuti update kisah beliau di sana. Masa di SF (saat ibu menaip ni) nak masuk 12 tengahari bersamaan pukul 3 pagi waktu Malaysia.

Moga Allah mempermudahkan segala-galanya dan memberikan kesembuhan pada TGUH serta memberikan kekuatan dan ketabahan pada seluruh ahli keluarganya.

Siapa yang hendak mengikuti perkembangan tokoh ulama ini, klik pada gambar beliau di bawah bersama doktor yang merawat beliau.

Entry siap taip pukul 3.15AM, saja nak publish pukul 8 pagi.

1 April 2012 : Kembara Utara - Selatan


Alhamdulillah, tika entry ini ditaip, ibu sudah berada di Pasir Gudang. Sudah berbaring seketika hilangkan lenguh sambil tidurkan baby adik yang terus cari bola bila sampai tadi. Semua sudah lena. Ayah kat bawah layan tv, ibu kat atas, buat new entry!

April Fool tahun ini sungguh berbeza buat ibu. Ibu tidak merayakannya pun. Harap maklum!

1 April 2012 bermula dengan berita kematian tok ibu (mak kepada abah). Seawal 6 pagi, handphone ibu berbunyi dan tertera nama 'Abah'. Hati dah tak sedap. Panggilan diwaktu-waktu manusia sedang nyenyak tidur biasanya akan mengkhabarkan sesuatu yang tidak menyeronokkan.

"Tok dah tak dak", kata abah.
"Hah! Innalillah...Tok mana?", tanya ibu sebab ibu masih ada 2 tok, sebelah mak dan abah.
"Tok chah".
"Bila? Sakit apa?".
"Tak sat. Pukul 530".
"hmmm....nak buat lagu mana ni?". Ibu mula buntu.
"Takpa...abah bagitau saja".

Dengg!!! Ini situasi yang ibu tak suka. Situasi yang ibu minta sangat untuk tidak berlaku. Tapi apa yang kita tak nak, selalunya itu yang akan kita dapat.

Ibu pejam mata mencari idea. Buntu! Ibu terus bangun dan ke toilet, 'memerut' dan terus angkat wudhuk. Lepas solat subuh, ibu duduk di atas sejadah sambil belek handphone sambil menyusun strategi. Terus on 3G!

AirAsia, malam nanti baru ada.
MAS, paling cepat 1.55 petang, sampai di Alor Setar 2.55 petang. Boleh la!

Telefon mak nak tanya pendapat - tak angkat.
Adik Zahir, tak berjawab.
Call abang, Kak Yang yang jawab (abang ke masjid bagi kuliah subuh).
Call Juzz minta tolong 'simpan' kereta. OK, lepas.

Klik sana, klik sini kat handphone, tiket flight return dah di beli. Baru bagitau ayah, ibu nak balik Kedah pagi ni dan akan balik esok hari. Bukan nak mintak izin dulu! Belasah... Minta ayah tolong jaga anak-anak. Ayah okay!

Memang percaturan Allah memudahkan ibu seperti yang selalu ibu doakan. Ibu dan keluarga berada di Melaka, jadi ibu tak bimbang tinggalkan anak-anak pada keluarga. Dan terkena pulak, ayah off 3 hari, mula Sabtu hingga Isnin.

Kejutkan Siti, biras ibu dan pinjam baru kurung dia. First time ibu berbaju kurung dari KL-Kedah, sehelai sepinggang.

Bertolak dari Pengkalan Balak jam 8.30 pagi. MOreless pukul 10, ibu dah masuk parking KLIA. Tak lama lepas tu, Juzz pun sampai. Lepas serah kunci dan token parking, deal apa yang patut untuk jumpa balik esok pagi, Juzz berangkat ke KL sebab ada urusan lain dengan kawan-kawannya.

Ibu layan wifi free KLIA sambil tunggu time. Flight berlepas on time. Masa nak boarding, ibu sms bagitau adik Zahir yang akan jemput ibu. Adik ibu reply - "tok dah bawa pi masjid". Memang ibu dah tau, ibu tak kan sempat menatap wajah tok buat kali terakhir.

Sampai di Alor Setar, adik ibu dah siap tunggu. Terus ke rumah tok. Muka first ibu nampak, Pakndak Jat. Pi salam dengan abah, masuk jumpa mak, salam dengan wa, teh, lang, makcik, chu, makndak, sepupu sepapat, semua dah ada. Dari KL, Penang, Selangor, Pahang semua dah sampai. Yang paling selatan, ibu lah. Haruslah yang paling lambat sekali sampai.

3 hari sebelum April, mata kanan ibu berkedip sakan. Ibu ada bagitau kawan-kawan, depa kata - 'nak jumpa orang jauh tu!'.
Hari Sabtu, ibu bagitau nenek dan Siti, jawapan yang sama diberi. Ibu senyum!

Memang betul pun. Ibu jumpa ramai sangat orang jauh. Dari Pasir Gudang, ke Melaka jumpa orang sana. Dari Melaka ke KLIA, jumpa Juzz. Terus ke Kedah jumpa semua saudara mara. Sepupu yang last jumpa time ibu kahwin dulu, dapat juga bertemu peluk cium dan tukaq cerita.

Kembara kali ni adalah yang terbaik buat ibu. Dalam masa 3 hari, ibu sampai ke Kedah dan kembali ke Johor dan dapat bertemu dengan ramai saudara mara. Cuma kembara ini sedikit tawar bila tak dapat menaburkan jasa pada tok buat kali terakhirnya.

Tapi tok pasti berbangga dan gembira. Semua urusan akhirnya di uruskan oleh anak menantu dan cucu-cucunya, dari memandikan, kafan, mengusung, di kuburan dan talkin - bergilir-gilir anak cucu menguruskannya buat kali terakhir.

Tok pasti tenang dan aman di sana. Kerana tok seorang yang taat pada perintah Allah dan suaminya. Solat tok tetap terjaga walaupun dalam keadaan yang tidak sihat. Wan kata, hayat tok habis dengan mudah sekali. Penat, pejam mata dan terus senyap, habis nyawa.

Dan tika ini, ibu terkenangkan kegemaran tok yang ibu selalu 'kutuk-kutuk manja' - tonyoh curut! Tiap kali ibu kata pasai curut dan sireh dia, tok akan kata "apa diaaaa".

Al-Fatihah buat tok chah...

Sunday, April 1, 2012

Apa yang penting???


Apa yang penting??
Kerjasama!
Apa yang penting??
Kerjasama!

Sangat bekerjasama dua beradik kembar ni. Dulu, almari tempat simpan stok barang kering ibu ni tak pernah pun depa usik. Tapi sejak dan besaq ni, inilah tempat kegemaran depa. Depa punggah, ibu susun balik. Depa punggah, ibu bawak masuk balik. Sampai dah tak tersusun dah. Ibu main letak saja. Mujur la stok barang pun dah kurang. Kalau tak jenuh ibu!



Cuba skodeng apa saja stok yang masih ada dalam almari ibu ni? Hahahahaha


Kat bawah tu dah main ibu sumbat saja. Tu yang pek bihun lintang pukang. Tepung dah bocor, garam dah gula pun dah bocor juga. La ni almari ni pun ibu dah ikat pintunya. Kalau idak.......
Related Posts with Thumbnails