Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, June 28, 2012

Ketenangan jiwa

Pesanan : Tulisan ini adalah sekadar perkongsian. Tiada niat untuk menunjuk baik atau berlagak alim. Apa yang baik datang dari Allah, apa yang buruk dari kelemahan diri ibu sendiri.

Begini kisahnya!

Hidup ibu 2 tahun kebelakangan ini agak kalut. Kalau tak diuruskan dengan betul, memang akan terasa stress.

Perasaan serabut, benci, marah, meluat atau senang kata semua perasaan jahat itu ada di dalam kepala dan jiwa ibu. Iblis dan syaitan memang suka. Memang terasa hasutan dan bisikannya untuk ibu 'meroyan' terhadap apa yang berlaku.

Namun ibu bersyukur. Bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang ada didikan agama yang sempurna.

Walaupun ibu yang paling 'rock' dalam keluarga, tempias amalan dan ilmu adik beradik yang lain dapat ibu serap sikit-sikit buat bekalan dan panduan.

Ibu bukanlah orang yang alim, tasbih sentiasa bergerak di tangan, dahi hitam lebam akibat sujud yang berlebihan.

Dulu masa remaja, kalau naik kereta abang dia selalu buka tape atau cd bacaan quran. Ibu pernah bersungut dalam hati, bosan. Astagfirullah hal'azim. Ampun dosa ku ya Allah!

Asyik-asyik ulang benda yang sama. Dalam rumah dah la baca quran, ni dalam kereta pun sama. Tak kasik chance nak dengar lagu!

Rupanya bila dah makin bertambah umur dan beranak pinak ni, ibu sedar sedar. Itulah terapi jiwa yang terbaik di dunia.

Masa Pesta Buku 2010 (tak salah), ibu beli CD zikir-zikir ni. Dan hingga kini ianya sangat membantu ibu berada dalam aura positif, minda pada alpha 0.8! Hehehe


CD ni dipasang di dalam kereta setiap hari sepanjang perjalanan pergi-balik kerja atau ke mana-mana. Alhamdulillah, kakak dan kembar pun dah boleh ikut zikir-zikir yang ada di dalamnya walaupun hanya ambik yang hujung-hujung!

Selain bacaan quran, dengar zikir-zikir yang merdu macam ni memang dapat menghilangkan perasaan-perasaan jahat tadi.

Ianya membuatkan timbul satu rasa 'redha' dan berserah pada Allah dengan apa jua masalah yang mendatang. Hilang rasa nak balas dendam pada orang itu, nak berdengki pada orang ni. 'Rasa' itu tetap ada, tapi syukur redha dan pasrah lebih kuat menekannnya!

Rasa yang ada - biarlah, biar depa buat sepuas hati selagi mereka mampu. Sehingga mereka puas hati.

Terasa dorongan dan jalan yang Allah berikan dalam menyelesaikan masalah yang mendatang. Terasa lebih kuat dan gagah. Kerana kita berasa yakin, Allah sentiasa ada bersama!

Minggu lepas, baru ibu belek-belek kotak CD ni dan membaca tulisan di belakangnya:

Infiniti % betul!

Wednesday, June 27, 2012

Rabu tanpa kata


Moga kita semua mampu menjadi orang yang HEBAT!

Tuesday, June 26, 2012

Ber'uang' atau tak?


Minggu ini adalah minggu-minggu terakhir untuk ibu relax sepuas-puasnya Lepas ni kelas dah nak bermula. Dah tak boleh duduk 'melengung' lagi depan pc mengadap FB dan membaca blog dengan senang hati.

Kaunter HEP kat kolej mula busy dikunjungi oleh waris dan bakal pelajar, bertanyakan itu dan ini. Ibu bukan penyelaras HEP atau Pengambilan Pelajar tapi ruangan tersebut adalah tempat ibu melepak dan berehat.

Pagi tadi, semasa ibu sedang membaca blog, kaunter HEP dikunjungi seorang ibu dan anak. Mereka di layan oleh kawan ibu. Ibu yang duduk tidak jauh dari situ mendengar perbualan mereka.

Loghat Sabah si emak menarik perhatian ibu. Beliau memohon untuk daftar lewat sedikit dari tarikh yang ditetapkan iaitu 3 Julai 2012.

Kawan ibu bertanya, mengapa?

Jawapan yang diberikan membuatkan ibu sedikit terkedu. Ringkasnya, beliau tidak mempunyai duit lagi (sehingga gaji) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memenuhi Borang Pemeriksaan Kesihatan yang perlu dibawa semasa hari pendaftaran.

Bila kawan ibu menjelaskan yang pendaftaran boleh dilakukan tanpa pemeriksaan kesihatan (boleh dibuat kemudian), si ibu menarik nafas lega.

Kemudian si emak bertanya lagi itu dan ini, tentang beberapa pembayaran yang perlu di buat dan cara-cara pembayaran yang perlu dilakukan. Ada yang perlu dibayar tunai, kena beli Wang Pos atau Money Order dan ada yang perlu di bank-in ke akaun tertentu.

Tak lama kemudian, ibu terdengar lagi si emak meminta tangguh bagi bayaran tertentu. Katanya masa pendaftaran berlangsung, beliau masih belum gaji. Katanya, kalau bayaran RM30 (tak salah ibu), mampu dibayar ketika pendaftaran. Jumlah yang banyak tu, dia masih belum ada wang.

Mendengar itu, ibu berasa sayu sendiri. Perasaan 'kesian' muncul dalam hati. Ya Allah, masih ramai lagi rakyat Malaysia ini yang hidup miskin dalam negara yang kaya.

Pada ibu, yuran pengajian di Kolej Komuniti adalah yang paling murah. Sejak sistem pengajian Modular di perkenalkan, yuran pengajian hanya RM10/sebulan. Ini bermakna, jika program yang dipilih mengambil masa 5 bulan, yuran pengajian yang perlu dijelaskan semasa hari pendaftaran adalah RM50.

Terdapat juga yuran pelbagai yang perlu dibayar, dan tak salah ibu lebih kurang RM160 saja kot. Dan kalau di jumlahkan pun, yuran yang perlu dijelaskan semasa hari pendaftaran di bawah RM500 ( RM300 pun tak sampai!).

Murahkan? Yuran bulanan tadika kakak pun cecah RM200/bulan! Maaf, tiada niat ibu nak menunjuk-nunjuk, cuma ibu nak bagitau betapa murahnya yuran pengajian di kolej komuniti di Malaysia ni.

Walaupun begitu murah, masih ada rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk menjelaskannya. Bagi yang bergaji agak 'mewah' dan tetap seperti ibu, jumlah yang diperlukan memang nampak kecik saja. Tapi, pada yang tidak ber'ada', jumlah itu dirasakan sangat besar nilainya.

Masa makan pagi bersama kawan-kawan ibu tadi, isu ini ibu timbulkan. Kebetulan, kawan ibu yang melayan emak dan anak tadi ada bersama ibu ketika itu. Beliau pun meluahkan saya kasihannya terhadap ibu tadi.

Alhamdulillah, tindakan penyelesaian telah dibincangkan oleh unit HEP dan Pengambilan untuk membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan seperti ini. Cadangan itu pun keluar masa ibu dan kawan-kawan tengah minum tu.

Tinggikan harapan mak ayah? Walaupun tak berduit, tetap nakkan yang terbaik buat anak-anak. Tetap diusahakan untuk pastikan anak masing-masing mendapat peluang belajar yang secukupnya.

Tapi yang ibu kesalkan pada anak-anak ni, bila dah belajar ada yang tak kenang pun pengorbanan dan kesusahan mak ayah masing-masing.

Belajar main-main, ponteng kelas, buat 'itu dan ini' yang tak sepatutnya sebagai pelajar. Clubbing, ber'tenet', keluar malam, ter'lanjur' dan bermacam-macam masalah sosial yang dibuat.

Jadi, kenang-kenangkan lah kesusahan dan kepayahan mak ayah kita cari duit nak besarkan kita selama ni. Kalau ada nak buat sesuatu yang boleh memalukan mak ayah kita, sila bayangkan muka mak ayah kita.

Letakkan perasaan belas dan kasihan pada mak ayah kita. Teruk bekerja, penat dan berpanas mencari rezeki untuk memenuhi impian anak-anak. Yang anak-anak ni, hidup berlagak macam orang kaya!

Satu masa nanti, tiba pula saat kita menjadi mak dan ayah. Kena kerja keras pula untuk anak-anak kita. What goes around, must comes around!

Peringatan ini untuk diri sendiri juga!

.

.

.

.

p/s:
Ibu ada banyak koleksi wang kertas dan syiling lama!


syiling ni pun ibu ada. Tapi ni gambar hasil google!

Monday, June 25, 2012

Drama Korea

Cerita korea yang bikin ibu meletup dulu adalah Winter Sonata. Ibu yakin, semua yang minat drama korea yang seusia ibu mesti layan Winter Sonata.

Lepas tu cerita yang ibu layan jugak Autumn in My Heart, Stairways to Heaven dan Full House. Lepas tu dah tak layan lagi sebab malas nak sedih-sedih.

Winter Sonata keluar tahun 2002 tak salah ibu. Kawan ibu siap beli cd harga RM 100++ rasanya. Ada yang siap order rantai bintang polaris yang Euo Jin (betuika ejaan tu?) heroin tu pakai pun ada. Dasyat kan?

Kini, setelah 10 tahun berlalu, Winter Sonata bergema kembali di telinga ibu. Dan mungkin akan diikuti oleh siri-siri yang lain.

Now ayah dah kemaruk Winter Sonata. 20 siri (1jam ++ setiap siri) telah dihabiskan dalam masa beberapa hari.

Siap dengan sound track segala bagai semua ada. Ada lagu kegemaran lagi tu. Dan yang best, ayah buat pengakuan yang dia pun tangkap 'leleh' tengok drama tu..hehehe

Tengah download pulak Stairways to Heaven pulak. Tu pun syahdu jugak tu!

Ok, kata-kata tanpa bukti tak boleh dipercayai. Nah, bukti ayah dah jatuh cinta dengan korea.

Sebahagian siri drama Winter Sonata yang ada dalam ipad ayah! 20 siri semuanya.

Dan, inilah tempias korea yang ada dalam family ibu!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Kisah 33 tahun

Alhamdulillah, 22 Jun 2012 bersamaan 2 Syaaban yang jatuh pada hari Jumaat yang lalu adalah hari ulang tahun kelahiran ibu yang ke 33.

Kebetulan, 33 tahun lalu, maktok melahirkan ibu pada hari Jumaat jugak! Terima kasih buat maktok dan wan yang bersusah payah membesarkan ibu yang serba men'cabar' nih!

Adik beradik ibu yang lain semua senang bela. Ibu sorang yang payah sikit tapi hat payah tu la yang paling baik sekali! hahahaha sori naaa....kasik chance nak perasan!

Bila dah jadi ibu beranak 3 ni, sambutan hari lahir tidak semeriah dulu. Actually, dulu pun tak meriah mana, tak dak party pun tapi ada kawan-kawan yang suka buat suprise celebration.

Cute sangat rasanya, bila tengah malam bilik ibu diserbu kawan-kawan dengan kek dan makanan ringan dan juga hadiah untuk wish dan celebrate birthday ibu hehehe dulu la...zaman-zaman kat uni dulu!

Now, bila dah beranak 3, makin bertambah umur makin berdebar rasa. Resolusi hidup kini adalah untuk mempertingkatkan amal ibadah.

Umur dah makin bertambah, takkan tak mau tambah dan pertingkatkan amal ibadah sebagai persediaan kot. Maaf, bukan ibu nak berlagak alim atau bagus tapi itulah hakikat hidup.


Kisah 33 tahun ibu ringkasnya macam ni la (nak jugak kepoh bagitau hahaha) :

1. Solat sunat syukur dan bacaan Yassin. Berdoa moga ibu dipanjangkan umur dalam kebajikan.

2. Berjaya 'paksa' Awa buat service rambut terbaik buat ibu sebagai hadiah. Potong, siap cuci dan treatment lagi. Percuma sempena birthday. TQ Awa!

3. Pukul 3 petang, mula diserang muntah-muntah selepas pekena McD masa lunch.

4. Pukul 6, acara cir-bir turut mengiringi muntah-muntah yang dah sampai tahap muntah hijau.

5. Pukul 8 malam, ke klinik jumpa Dr Zamil dan sah kena food poisoning. Dapat mc tapi esoknya tetap kena kerja sebab ibu kena mengajar kursus pendek.

6. Berjaya paksa ayah tak pi kerja (shift pukul 1 am) sebab ibu dah lembik dan dah tak mampu nak handle 3 anak sorang diri.

7. Potong kek birthday yang ayah beli tapi tak makan sebab takut muntah lagi. Tengok saja ayah dan anak-anak makan..

8. 23 Jun, mengajar kursus pendek dalam keadaan ketaq lutut dan sakit kepala migrain sampai ada peserta yang tegur " Puan sakit mata ke?" bila tengok mata ibu merah kot. Agak-agak, boleh dapat APC dak? hahahaha

9. Memandu dengan jayanya ke Singapura dalam keadaan migrain. Kena pulak, passport twin ada masalah rekod sebab pegawai immigration confuse nama hampir sama dan rekod semua sama! Sampai sana, telan painkiller.

Alhamdulillah, esok pagi bangun migrain dah hilang. Muntah pun dah ok. Walaupun sehingga ke hari ini, rasa pusing-pusing di perut masih ada, ibu sudah mampu menguruskan anak-anak dan keluarga macam biasa.

Itulah rentetan sambutan ulang tahun ibu kali ini. Orang lain happy go lucky. Ibu tahan sakit sendiri. Apapun, syukur atas nikmat yang Allah beri. Sakit maupun sihat adalah ingatan dari Allah buat kita.

Jadi, sempena umur yang ke 33 tahun ini, ibu ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang mengucapkannya pada ibu samada melalui bersemuka, FB, sms dan call ibu sendiri. Terima kasih pada yang mendoakan ibu.

Ibu juga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog ibu ini, samada ahli keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja, sahabat, dan tentunya terutama kepada yang menganggap ibu sebagai lawan.

Jika ada tindakan atau kata-kata yang mengguris hati kalian, sesungguhnya tiadalah niat ibu hendak berbuat begitu. Mungkin kerana tafsiran yang berbeza berserta hasutan iblis yang suka akan pertelingkahan dan permusuhan menyebabkan kita bersalah sangka.

Seperti yang pernah ibu katakan dulu, ibu memaafkan apa saja yang dilakukan pada ibu kerana itu sangat menenangkan hati ibu! Moga kita semua dirahmati Allah selamnya.
.

.

.

.


Hadiah birthday dari ayah tak dapat lagi ni! Hadiah ibu jenis untuk kegunaan ramai. Mesin basuh dah dapat, tv dah, aircon dah, iphone dah, tahun ni nak demand apa ekkk...?!

Hehehe....

Wednesday, June 20, 2012

Rabu tanpa kata...



Amin ya rabbala'lamin

Tuesday, June 19, 2012

Kisah Netbook


Ibu ada netbook yang dibeli awal tahun 2011. Sejak ada iphone, ibu jarang-jarang sekali mnggunakan netbook tersebut. Hinggalah pada saat ibu sudah tidak layak mempunyai pc sendiri di ofis, ibu angkut netbook tersebut ke ofis sebagai kegunaan.


Malangnya, disebabkan jarang menggunakannya (barangkali), keyboard netbook ibu ada masalah. Key Capslock, A, S, Z dan X tidak berfungsi dengan baik. Kena tekan kuat-kuat baru hurufnya akan muncul di skrin. Lama-lama, terus tak keluar. Damn!

Warranty dah tamat (setahun saja). Ibu call service center Samsung. Ada di Taman Molek. Tak la jauh sangat dari ofis. Ibu pun ke sana. Disebabkan warranty dah habis, ibu kenalah bayar atas servis yang dibuat. Ok lah, janji netbook ibu baik.

Katanya kena tukar keyboard baru. Harganya hampir RM250 jugak la. Oklah. Order dulu nanti dah sampai barang kami akan call.

Seminggu, tak call. 2 minggu, tak call. Now dah lebih 2 bulan.

Semalam, borak-borak dengan kawan ofis ibu, tau yang dia boleh baiki laptop. Apa lagi, ibu pung mengorder lah suruh dia tengok apa yang tak kena dengan netbook ibu. Tengahari ibu bagi, petang dia dah call bagitau netbook ibu dah ok. Erkkk....hebat tak?! hehehehe

Ibu mintak dia install Ms Office sebab yang ada dalam netbook ibu ni hanya ada Ms Word dan Ms Excel Starter. Kawan ibu kata, tak dak hal!

Pagi, sampai ofis dia dok tekan-tekan netbook ibu. heheheheh. Masalah dah setel. Ms Office dah siap install.

Ibu tanya, berapa nal bayar ni? Berdebar tunggu jawapan sebab kawan ibu ni memang cool orangnya.

"Masalah ko lebih sikit sebab aku kena buka dalam. Biasa aku tak bukak murah sikit". Suspen je kan bunyik.

"Tak pe, ni sekali dengan install ni. Bagitau je berapa?". Tetap cool walalupun berdebar nak tunggu jawapan hahahaha.

"Ermm....RM50 boleh? Biasa aku ambik RM40?".

"Hah!". Nak jatuh rahang ibu terkejut :P

"Ni install semua ni?".

"Tak pe..free.".

Moga Allah murahkan rezeki kawan ibu ni yang sangat suka membantu kawan-kawan. Memang dia kawan yang istimewa hehehehe... ini lah kawan yang ibu tulis dalam entry La Tahzan dulu.

Bak kata ibu dulu, kalau permata, campak kat mana tetap berharga!

Monday, June 18, 2012

Harta

Ibu bukanlah orang yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya. Hanya orang kampung biasa yang hidup serba sederhana.

Pernah maktok berkata pada ibu :
Mak dengan abah bukan orang kaya, tak dak harta nak tinggai, nak bagi. Mak pulun buat kerja cari duit bagi semua mengaji, ada ilmu, nanti cari harta sendiri.

Sekarang pun, ibu tak kaya. Alhamdulillah, dengan rezeki anak-anak yang Allah berikan pada ibu, ibu tumpang saja. Ada lebih, kongsi ramai-ramai. Kalau kurang, hidup dengan apa yang ada.

Masa belajar di uni dulu, ibu dapat JPA scholarship. Alhamdulillah, tak payah pikiaq nak bayaq hutang bila habis belajaq. Dengan duit tu, selain buat beli buku, ibu beli harversack ni buat penuhi minat ibu pada aktiviti 'luar pintu' ibu. Ni lah harta nombor satu dan masih ada bersama ibu sampai la ni.


Kerja pertama ibu adalah sebagai programmer di sebuah software house. Gaji hanya RM700, buat semua kerja. Dari coding program sampailah ke cuci tandas. Teringat zaman tu, ibu dan kawan ibu (yang kini dah jadi cikgu) berkongsi suka duka dengan kerja kami time tu.

Ibu ingat lagi, gaji pertama ibu dengan kerja tu ibu beli handphone Nokia 3310. Masa tu 3310 adalah handphone yang paling canggih di dunia rasanya hahahaha tapi handphone ni dicuri masa rumah ibu di kampung dimasuki penyangak! Sedih sangat...


Ibu quit kerja programmer sebab tak tahan dengan hidup yang 24/7 mengadap komputer. Boss ibu tak bagi ibu quit tapi ibu dah nekad dan bagi alasan kononnya nak sambung belajaq!

Boss ibu naikkan gaji kawan ibu kepada RM1k, mungkin sebab nak tarik perhatian ibu tapi ibu tetap nekad nak berhenti walaupun ibu tak cari kerja lain lagi pun.

3 bulan ibu menganggur kat kampung tolong maktok buat cucoq. Masa ibu pi interview nak kerja pensyarah ni, interviewer gelak bila ibu kata ibu tak kerja dan tolong mak buat cucoq juey.

Mungkin sebab kesian kat ibu kot, ibu dapat post pensyarah kontrak dan terus di sambung hingga menjadi pensyarah tetap hingga kini.

Gaji pertama yang ibu dapat sebagai pensyarah, ibu buat kenduri kat kampung. Kenduri kesyukuran, jemput adik beradik dan jiran-jiran terdekat.

Lepas tu ibu beli tv dan pasang astro. Nak jadi cerita, sepupu maktok (pak sedara sepupu ibu) nak jual kereta kancil dia. Ibu pun sambunglah bayar kereta kancil 660 tu sampai habis.


Kancil 660 tu lag jadi teman susah senang ibu. Walaupun ibu pernah di 'bahan'kan oleh driver kat opis lama ibu suruh ibu tukar kereta baru sebab dah ramai pensyarah beli kereta besaq-besaq tapi ibu senyum saja dan berkata "biaq pi la kat depa. Saya tak mampu nak pakai kereta baru".

Kancil 660 tu masih ada di kampung. Ibu tinggalkan untuk keluarga di kampung guna. Ibu dah habih bayar pun.

Pindah ke Johor, ibu beli pulak MyV yang comel lotey ni untuk kegunaan ibu. Ramai yang komplen "awat ibu beli kereta kecik", jawapan ibu masih macam dulu, saya tak mampu...

Harta seterusnya yang ibu beli dan hutang adalah rumah yang kini menjadi syurga ibu sekeluarga. Bukanlah rumah mewah pun, rumah teres biasa-biasa saja.

Mujur ibu beli time tu, la ni jangan harap nak dapat harga yang macam ibu beli dulu. Dalam masa 2 tahun saja, beza harga dah RM100k....


Seingat ibu, itu saja harta yang ibu mampu beli. Biaqla orang nak berkereta mewah segala bagai, berumah indah macam istana, bergelang rantai emas bermanik koran, ibu hanya mampu hidup macam ni.

Syukur alhamdulillah asalkan hidup ibu tenang dan bahagia, anak-anak ada depan mata. Mungkin bunyi macam ibu ni malas nak 'upgrade'kan diri macam orang lain, buat MLM, buat bisnes online, buat itu ini untuk tambah pendapatan.

Mungkin, mungkin satu masa nanti kalau ibu dah berahi nak kaya macam orang-orang lain. hehehe

Prinsip ibu mudah - rumah besaq, kereta mewah, emas melabuh, masuk kubur bukan boleh bawak pun. Kain putih saja....

Tapi harta ibu yang paling tak ternilai hingga kini adalah :
.

.

.

.

.

.

.


Moga Allah berikan ibu kekuatan untuk menjaga harta dan amanah Allah ini dengan jayanya hingga menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat.

Sunday, June 17, 2012

Hari Bapa + Hari Ibu = Haram

Tajuk macam cikgu matematik pun ada, macam ustazah nak bagi ceramah pun ada, sangat tak boleh blah heheheh

Gelak, gelak jugak. Bab serius, kena ambik serius.

Ibu dengar clip ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan baca beberapa soalan berkaitan dengan sambutan hari ibu dan hari bapa.

Kata UAI, hukum meraikan Hari Ibu atau Hari Bapa adalah HARAM jika diraikan pada tarikh-tarikh yang tertentu, apatah lagi jika tarikh tersebut adalah tarikh yang diperkenalkan atau diraikan oleh mereka yang bukan beragama Islam.


Maknanya, macam sambutan hari ibu yang ditetapkan pada Ahad minggu kedua bulan Mei (kalau tak salah), dan hari bapa yang jatuh pada Ahad minggu ketiga bulan Jun (rasanya la).

Kata UAI, kalau nak raikan hari ibu atau bapa, boleh pada bila-bila masa. Tak perlu kita ikut apa yang diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Kalau nak tau sejarah sambutan hari ibu dan hari bapa ni, sila lah tanya pakcik Google. Pasti banyak jawaan yang boleh diberikan.

Dulu, ibu pun pernah meraikan hari ibu dan hari bapa. Beli kek dan makan beramai-ramai sekeluarga. Ibu pernah dengar yang katanya amalan sambut hari ibu/bapa ni, amalan orang Kristian tapi ibu macam malas nak cari kebenarannya.

Pada ibu, asalkan ianya tidak melibatkan ritual macam 'mereka', kira oklah. Yang baik kita ikut - gitulah lebih kurang prinsip ibu dulu.

Rupanya, bila dah google, ianya adalah hari Mothers of Church dan Fathers of Church. Gulp! Ampunkan kejahilan hambaMu ini, ya Allahhhh...


Pada yang masih menyambutnya, marilah kita bersama-sama menginsafinya. Walaupun benda macam ni nampak kecil dan lekeh (kata orang Kedah), tapi jangan ambil mudah bila ianya melibatkan hal akidah.

Jom berubah!!

Saturday, June 16, 2012

Kisah bulan JUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sorry, ibu bercuti lama lagi dari menulis entry. Entahlah, masa untuk menulis agak terbatas. Ada saja kerja yang perlu diselesaikan. Bila dah free, kepala pulak 'pusing', mata sakit nak mengadap pc. Ubat yang terbaek - tido!

Actually, bulan JUN ni ada beberapa benda yang menarik terjadi pada ibu. Antaranya :

1. 3 Jun 2002 - ibu melapor diri sebagai penjawat awam hingga kini. Dah 10 tahun rupanya. Lambat lagi nak pencen!

2. 10 Jun 2006 - ibu bertunang dengan ayah. Tunggu kot-kot ayah nak bagi cincin tunang lagi sekali hahaha...boleh tunggu je lah. Kena mintak baru dapat!

3. 22 Jun 1979 (soon) - hari lahir ibu yang akan jatuh pada hari Jumaat tahun 2012, sama hari ibu di lahirkan 33 tahun dulu. Ibu nak demand hadiah apa ekk tahun ni dari ayah? cer bagi idea skit.

Moga Allah terus panjangkan umur ibu dalam rahmat dan peliharaan-Nya.



Aksi ayah dan anak-anak di bulan Jun. Bukan senang nak dapat possing macam gini.


Ni pulak aksi ibu dengan anak-anak di bulan Jun. Masa ni ibu sekeluarga ke Desaru, jalan-jalan di petang hari sempena off day ayah yang jatuh pada hari Ahad. Kalau tak, jangan harap dapat jalan-jalan sekeluarga!


Ok, stop dulu. Ibu nak tengok cerita hantu.....

Saturday, June 9, 2012

Cuti berentri dan renew passport kakak!

Assalamualaikum.

Ibu bercuti lama lagi lepas dah lama cuti. 5 hari dah rupanya. Bukan cuti kerja, cuti update blog yer!

Isnin ibu masuk kerja, sibuk habiskan marking paper exam. Dah settle semua markah, dah key in pun dalam sistem, alhamdulillah.

Khamis, ibu bawa kakak renew passport antarabangsa kakak. Passport kakak dah tinggal 1 mukasurat. Expired bulan 10. Elok sangatlah ibu buat baru. Mula ibu mohon keluar 4 jam tapi rupanya makan satu hari
buat passport time cuti sekolah ni. Terpaksalah mohon cuti rehat!

Pukul 8, lepas hantar twin, ibu gerak ke KDN. Orang beratuq macam ulaq kena pukui. Ibu orang yang ke 608. Ibu dapat nombor pukul 930. Staff yang jaga kaunter tu bagitau, pukul 1230 baru datang. Errkkk....

2 jam free, ibu balik rumah dulu. Boleh sapu sampah dan mop lantai lagi, baring-baring pun sempat. Pukul 11.30 ibu gerak balik ke KDN di Setia Tropika. Pukul 12 ibu dah terpacak kat dalam opis imigresen. Baru nombor 400++! Mak aiiiii.....

Sebab dah sampai, ibu tunggu la jugak sampai terlentok-lentok. Pukul 1.30 ibu settle serah dokumen. Tunggu lagi untuk buat bayaran. Pukul 2.30 petang baru dapat buat bayaran dan diberitau pukul 4 untuk datang collect passport yang dah siap! Errkk...tunggu lagi!

Zohor ibu dah solat masa dok menunggu nak buat bayaran. Kalau ke KDN Setia Tropika, surau kat tingkat 7. Suraunya kecik saja tapi, ruang tingkat 7 tu yang best. Macam banquet hall siap berkarpet dan of course ada aircond.

Disebabkan karpet yang bersih dan aircon yang sejuk, ibu siap cari sudut kat hujung-hujung yang gelap-gelap sikit. Hehehehe... apa lagi! Buat taik mata arrr...:p

Pukul 4, ibu turun balik ke tingkat 3. Kakak pun dah tangkap lentok, letih menunggu passportnya siap. 430 petang dah dapat. Alhamdulillah, ikut hati macam dah give up nak renew passport kakak hari tu. Ramai bebenau manusia. Tapi dok pikiaq pulak, bila pulak nak mai buat lagi?


Ini passport baru kakak. Mata kakak nampak sepet sebab masa ambik gambaq tu, mata kakak bengkak nak jadi ketumbit @ tembel. Tambah lagi, pagi baru bangun tidoq. Lagi la sepet.

Masa imigresen opis tu, baru tau yang renew international passport boleh buat online! Takpa, 3 tahun lagi, sangat sesuai untuk ibu menggunakan kemudahan online tu untuk renew passport twin.

Nak bawak twin pi KDN macam ibu bawak kakak ni, kena pikiaq 40 kali. Berpeluh dalam aircond ibu nak kepung depa dua di celah ratusan orang yang ada.


Abang - kakak - adik.

Monday, June 4, 2012

Kembali selepas lama bercuti.


Assalamualaikum...

Fuh...lama rasanya ibu tak menulis apa-apa kat blog kuning ni. Minggu lepas, family dari Kedah bertandang ke rumah. Masa yang ada memang dok melepak bersama keluarga, selain makan dan makan, tidoq dan jalan-jalan.

Tak sempat nak mengarang kot Iphone pun, sebab si kembar yang makin mengada-ngada manjanya, dok berkepit tarik kain ibu sepanjang masa.

Ibu ambil cuti 5 hari bermula cuti sekolah minggu lepas. Mama (pengasuh anak-anak) bercuti seminggu, nak balik kampung kat Pahang. Ada kenduri dan ziarah ayahnya yang tak berapa sihat. Ibu pun kenala faham kan! Time cuti sekolah lah mama nak cuti balik kampung. Ibu pun terpaksalah bercuti jugak.

Percaturan Allah itu memang terbaik, ibu apply cuti, geng Kedah pun mai sini. Asalnya, maktok nak mai tolong jaga twin. Boleh la ibu ni pi kerja, tak payah nak cuti lama-lama. Baik tak i? hehehehe

Tapi, twin ni buat 'pherak', dok pegang kain ibu sepanjang masa. Ibu pun teruskanlah cuti yang telah ibu pohon tu. Tinggai depa nak pi kedai sat pun, me'lalak' bukan main. Macamana ibu nak tinggai kat mak tok, kalau ibu nak pi kerja.

Ni ibu kat rumah. Larik balik time rehat. Sidai baju yang dibasuh pembantu rumah Jepun tadi. Jap lagi nak masuk opis balik. Kerja banyak menanti. Story panjang-panjang, lambat sikit ibu tulis ok!

Sebagai hiasan, ini lah gamba1 twin ibu yang lastes. Masa ni pi jalan-jalan kat Desaru. Tengok lah muka depa yang makin notti. Rasa nak 'bam-bam' bontot depa sepanjang masa. Geraammmmm....hehehehehe

Kiri, Adik Faaid. Kanan, Abang Faaiq.
Tak samakan?!

Dan kakak, bersama paknjangnya.
Paknjang kakak bujang lagi ni!
Cukup lengkap untuk jadi suami mithali.
Ilmu dunia akhirat ada, insyaAllah. Sapa nak jadi calon adik ipar i, inbox ok!
larikkksss....

hahahahahaha

Ok, nak balik opis! Kang tak berkat pulak gaji i!

Related Posts with Thumbnails