Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, July 29, 2012

Masak-masak 10 Ramadhan

Sekejap saja dah nak berlalu pun 10 hari Ramadhan. Tahun ni memang aktiviti memasak ibu sempena bulan puasa agak berkurangan disebabkan ayah banyak kena kerja shift petang. Mood memasak memang ke laut kalau takat sorang diri nak makan!

Ibu memasak pun untuk time sahur saja. Dah 10 hari berpuasa ni, baru beberapa menu yang berjaya ibu masak time ayah ada. Yang lain ibu beli saja hehehehe

Menu pertama ibu masak yang agak special sikit adalah PARPU TELOQ!


Sapa pernah makan masakan ni? Menu ni simple dan mudah sangat disediakan. Adaka yang nak resepi? Tapi tu la, ibu ni jenis memasak tak dak sukatan, main agak-agak saja perasaan dan rasa :p

Ibu masak ni masa ayah offday. Lepas tu ayah kembali kerja shift petang, sahur masak gitu-gitu saja, nasi dan lauk-lauk yang simple. Bila ayah dah cakap, dah jelak sahur nasi, ibu pun mula la pikiaq menu yang seterusnya.

Peningkan jadi tukang masak ni? Dah tak tau nak masak apa memenuhi permintaan suami terchenta. Kalau bagitau menu senang, ni cakap tak nak makan nasi, kang masak meggi kang, habis cerita :p

Ada satu hari tu kakak request nak makan spegeti. Disebabkan kakak berpuasa, ibu masaklah untuk kakak walaupun dia makan se'coet' saja. Saja ibu buat kuah bagi banyak sebab nak masak menu yang lain untuk sahur dengan kuah spegeti.

Esoknya, pukul 11 malam ibu mula prepare untuk masak lasagna buat bersahur. Pukul 1 pagi baru lasagna ibu siap dibakar. Lepas padamkan suis oven, baru lah ibu lelapkan mata.


Taraaaa.....kelas kau kiah!! Sahur dengan lasagna! Panas lagi sebab ibu biarkan saja lasagna tu kat dalam oven, berselera ayah makan!

Lepas tu, balik ke Singapore, nenek pulak request nak makan roti jala. Ibu kan menantu yang mithali (hahahahaha), so dengan penuh kasih sayang ibu pun mulalah men'jala' untuk nenek.


Suka ibu tengok nenek makan dengan penuh selera sebab nenek pun makan ala-ala jer time berbuka sepanjang weekdays, maklumla berbuka sorang-sorang jugak!

Itu sajalah hasil masakan ibu yang agak special pada ibu hehehehe. Orang malas, masak macam gini pun nak masuk blog! hahahaha tapi suka hati la kan, ni kan blog i hehehehe

Jangan maraa aaaa, nanti kena jual! :p

Friday, July 27, 2012

Kisah Renungan : ANDA DI MATA ORANG

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”. Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk. Lalu bertanya lagi, “Siapa yang masih mahu duit ini?” Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya, “Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”. Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga.

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti. Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, berTAUBAT jika membuat dosa, terus berUSAHA jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Kata ibu :

Well, apa sangat nak ambik 'pot' dengan layanan dan kata-kita hinaan dari manusia lain kalau kita tahu kita dilandasan yang benar. Berusahalah untuk menjadi yang lebih bernilai dan mulia di sisi Allah!


Takbir!!
Allahuakbar!!!!

Thursday, July 26, 2012

Asuh Solat : Solat dan Tubuh Manusia


Cantik tak orang lidi kat atas ni? Gambar ini ibu jumpa kat FB dan ibu nak kongsikan dengan pembaca blog ibu sekalian. Bunyi macam ramai je pembaca blog ibu ni :P

Kisah ini adalah pengalaman 'seseorang' (ibu tak kenal) yang telah dididik oleh ayahnya tentang solat dan diibaratkan pada tubuh badan manusia, yakni kita.

Mungkin perkongsian ilmu ini dapat kita gunakan untuk mendidik anak kita tentang kepentingan solat dan mengaitkannya dengan kesempurnaan menjadi manusia jika cukup solat. Anak-anak zaman sekarang ni, kalau cakap kena ada fakta dan bukti. Baru depa akan yakin.

Begini kisahnya :

Ilmu ni saya berlajar masa umur 6tahun, ayah saiko saya suruh solat jika nak jadi manusia.. asuhan mengunakan batang mancis 17 batang bersamaan 17 rakaat ;)

caranya seperti gambar diatas :

1- jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala..hihi

2- jika tidak solat zohor buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan ;D

3- jika tidak solat asar buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalo tidak solat asar jalan tiada dada. ;D

4- jika tidak solat maghrib buang 3 batang mancis bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah..haha ;D

5- jika tidak solat isyak buang 4 batang pada kaki..haha jalan tiada kaki..haha cacat molek terrr..haha

kesimpulannya :

ayah saya cakap kalo saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia.

Diri saya tidak sempurna jika tidak solat contoh maghrib dengan subuh. Lain2 solat selalu. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala tiada perut..haha orang tengok pun lari hantu ke syaitan budok ni..

So saya kongsi pada kawan2 semua, renung2kanlah jika solat kita tidak sempurna maka cacatlah kita ni.. wallahualam ;)))

Oleh: Mohamad Majdan Abdul Ghani

Wednesday, July 25, 2012

Kisah Renungan


Dia adalah penarik beca selama 20 tahun yang telah menderma sebanyak 150,000 ringgit untuk membantu 300 pelajar yang amat miskin.

Pada satu musim salji, beliau telah memberi 250 ringgit terakhirnya untuk cikgu-cikgu pelajar tersebut dan berkata, "Ini adalah derma terakhir saya kerana saya sudah tua dan tidak dapat bekerja lagi".

Beliau meninggal dunia pada umur 93. Namanya Bai Fan Li
.

Anda tidak perlu menjadi kaya sebelum anda menolong orang yang susah.

P/S : Bagaimana kita sebagai umat Islam yang tahu besarnya pahala sedekah? bagaimana kita di bulan ramadhan pahala yang berlipat ganda ?


Sumber : Facebook

Tuesday, July 24, 2012

Kisah tauladan : Harga Segelas Susu

Assaamualaikum.

Bulan Ramadhan dah masuk hari yang ke 4. Alhamdulillah, ibu masih diberi keizinan Allah untuk menjalaninya dengan sempurna (harapnya). Cuma saat berbuka ibu masih belum sempurna, bayangkan ibu berbuka sambil ber'perang' dengan anak-anak. Walaupun dah suap makan awal-awal, time ibu nak berbuka saja, depa dah penuh kat depan ibu. Ibu berbuka sambil berdiri. Kalau duduk, habis depa cekau makanan dalam pinggan :P

Oklah, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ibu nak kongsikan satu kisah tauladan buat semua pembaca blog ibu. Ibu jumpa kisah ini di FB dan ibu nak sharekan pada semua. Kisahnya bertajuk HARGA SEGELAS SUSU ;)


Pada suatu masa dahulu (gaya bercerita macam masuk pertandingan bercerita masa sekolah rendah dulu), ada ......


Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.


“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”

Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan terima kasih.”

“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut., dengan kelolaan doctor pakar.

Rupa-rupanya doctor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doctor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”


Pengajaran ::

Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita.

Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.



Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41

Friday, July 20, 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum..

Semalam ibu dapat mc, selsema teruk bersama batuk-batuk yang mula menyerang. Suara ibu dah serak kadang-kadang langsung hilang. Hari ni, suara ibu dah kembali separuh tapi masih rock gitu.

MC semalam, ibu bukan rehat pun. Lepas makan ubat, ibu mula mendobi rumah. Dah nak masuk Ramadhan, rumah mesti nampak cantik dan bersih, baru seronok kan!?

Masa pengumuman tarikh mula puasa kat tv, ibu rasa kembang hati dengar pengumuman tu. Rasa, yeeaaaahhhh..rumah ibu dah kemas dan bersih... Suka... Suka...

Hari ni kat opis, ibu dan kawan-kawan ada jamuan makan Kelab Kebajikan menyambut Ramadhan. Ibu lah yang terpaksa jadi kepala penganjur lepas kawan-kawan ibu yang dilantik sebagai Pengerusi Kelab dan Ajk tertinggi lain berpindah sebab ibu Naib Pengerusi.

Dengan bantuan kawan-kawan AJK yang lain, kami bergerak buat itu dan ini bahagikan kerja. Order makan, tukang siapkan tempat, beli hadiah birthday, hadiah kahwin dan bersalin. Ada hadiah hutang tahun 2011 dan sikit hadiah tahun 2012.


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Dengan suara rock ibu kena bagi ucapan. Majlis ringkas dan dicepat-cepatkan sebab hari Jumaat kan. Lepas tu terus acara bagi hadiah.


Sebahagian hadiah-hadiah 'hutang' yang dijelaskan kepada ahli-ahli kelab. Hadiah basikal untuk kelahiran anak pertama di kolej. Bagi hadiah basikal walaupun ada anak yang masih baby. Hehehe...tahan lamakan!


Basikal ada mata tu untuk baby girl, yang satu jenis lagi tu untuk baby boy. Hadiah ni dapat murah dan memenuhi peruntukan disebabkan beli banyak-banyak. Jimatttt....


Hadiah yang dalam kotak tu hadiah kahwin. Dalam paperbeg tu pulak adalah hadiah birthday. Orang laki dapat kain pelekat, yang pompuan dapat tudung. Yang dalam paperbeg kecik tu adalah hadiah pindah.


Habis bagi hadiah mestilah ada acara makan-makan. Menu kampung saja bersama puding coktail dan kuih buat pembasuh mulut.

Kek besar tu ibu yang tempahkan. Tolong tempah je tau, sponsornya adalah dari kelab jugak. Tempah khas kat Kedai Rahsia untuk 3 resepi...

Jadi, sempena Ramadhan yang akan bermula maghrib ini, ibu mengambil kesempatan ini kepada semua pembaca blog ibu (samada yang mengenali ibu secara langsung atau tak), Memohon ampun dan maaf di atas salah silap dan keterlanjuran ibu samada secara sengaja atau tidak. Dan seperti biasa juga, ibu memaafkan 'anda' semua! ;-)

Moga kehadiran Ramadhan ini dapat digunakan sepenuhnya untuk merebut segala macam keistimewaan pahala dan ganjran yang Allah telah janjikan pada bulan ini.

Thursday, July 19, 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang

19 Julai 2010


Beberapa jam selepas kelahiran.

Dan hari ni ulang tahun twin ibu yang ke - 2.


Taraaaa.....


Gambar bulan 5 kot, di Desaru!

Tahun lepas punya birthday, dua-dua kena jangkitan kulat ditelinga dan diishtiharkan bebas kulat pada hari lahir.

Tahun ni, dua-dua selsema dan batuk. Malam tadi pakat lawan batuk dan muntah sampai ke pagi!

Hebat betui hadiah birthday yang ibu dapat. Alhamdulillah.....

Tuesday, July 17, 2012

Denai Kenangan : Kisah Baju


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu lepas stok baju raya ibu dah sampai dari Kedah. Sekotak kau! Ada 8 pasang semuanya. Actually, baju-baju ni dijahit oleh kawan ibu kat Kedah. Dah terbiasa dengan potongan dan jahitan dia, upah kat orang lain, tak sedap pulak bila dipakai nanti.


Semua baju yang ibu tempah adalah baju kurung. Kain-kain ni ada himpunan dan koleksi tahun 2010, masa ibu mengandungkan kembar dulu. Masa tu, tengah boyot so ibu tak tempah dulu. Simpan semua kain yang di beli. Ibu beli 3 pasang saja kot. Selebihnya, nenek yang bagi dan Nadia hadiahkan as souvinier masa dia pi Jepun dulu.

Memang dah jadi kebiasaan ibu akan kumpul dulu kain-kain pasang yang ada. Cukup haul dan nisab, ibu akan angkut balik Kedah masa ibu balik cuti raya haji (kebiasaannya). Siap pesan kat kawan ibu, bukan nak segera.

Kawan ibu ni dah faham pe'el ibu ni. Dia akan siapkan menjelang raya tahun depannya. Ibu pun jimatlah masa nak cari baju raya. Tahun ni, kena buat operasi cari tudung raya saja!

Bila sebut pasal baju ni, ibu teringat kenangan ibu masa dulu-dulu, masa ibu duduk di asrama. Macam yang ibu selalu katanya, ibu ni anak orang kampung yang sedang-sedang saja hidupnya. Cukup la makan dan pakai tapi takdak lah sampai tahap kaya atau mewah.

Dulu masa ibu kat asrama, boleh kira dengan jari berapa pasang baju kurung ibu. Tu pun siap campoq dengan baju kurung mak dan mak sedara yang dah lama-lama, ibu masih pakai. Kalau ingat balik, sayu sangat rasa hati. Locker orang lain, bersusun-susun baju baru dan warna warni bermacam fesyen. Locker ibu, heheheheh..ada la 5 pasang kot!

Tapi mujur la masa tu, kawan-kawan dan kakak-kakak sebilik ibu baik-baik belaka. Dah jadi macam tradisi, kami akan pinjam meminjam baju antara satu sama lain. Ibu la yang seronok, dapat pakai baju yang cantik-cantik. Baju ibu, jarang ada yang nak pinjam sebab tak cantik dan saiz pun kecik hehehehe


Geng 12 beradik masa kat asrama


Maktok selalu marah kat ibu. Asal dalam gambar je, ibu akan pakai baju orang. Ada satu istilah yang maktok suka gunakan buat ibu, tapi ibu dah lupa hehehe :D

Masa dah form3 kot, baru lah maktok buatkan ibu baju yang cantik-cantik, siap bersulam lagi. Masa tu, rezeki dah makin bertambah. Time tu barulah baju ibu turut menjadi koleksi untuk dipakai beramai-ramai tapi oleh orang yang sama saiz saja hehehehe

Sekarang ni, haaa...ambik kau! Dapat pulak mak mertua yang suka membeli baju-baju ni, syukur sangat-sangat! Seingat ibu, sejak bertunang lagi, nenek dah mula belikan ibu baju yang cantik-cantik. Sampai la sekarang ni....

Syukur dengan nikmat yang Allah berikan ni!

Friday, July 13, 2012

Rindu RASA itu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jumaat sudah menjelma. Sekejap kan masa berlalu. Tahun 2012 ni, ibu rasa tahun yang paling laju. Tapi tahun-tahun dulu pun, rasa sama jugak. Tengok-tengok dah masuk tahun baru. Tambah lagi umur, makin dekat pulak kita dengan .........(sendiri mau ingat la ekkk!)

Minggu ni ayah kerja shift petang, 4 petang. Kena pulak ayah jaga flight Quantas. Tiap-tiap hari, pukul 4 pagi baru ayah sampai rumah. Dan setiap hari, lepas kerja memang terpaksalah ibu ber'perang' sorang diri dengan anak-anak ibu yang macam-macam akai adanya ni.

Depa punya main la ni, memang payah nak lena. Ibu ni yang dah letih nak tidoq, tapi depa dok cergas lagi. Acana tu? Dah tutup lampu, tak de maknanya! Dulu, boleh usik ada lipas. La ni lipas pun dah depa berani pegang. Susu mau 4-5 botol tapi tak lena jugak!

Tapi limit depa pukul 12 saja, setakat la ni la! Pulun main macamana pun, sebelum pukul 12 depa dah terkulai dengan sendirinya. Kadang-kadang, memang ibu dah tidoq dulu pun. Bila ibu buka mata, sorang kat hujung kaki, sorang kat atas perut ibu dan sorang lagi kat celah ketiak ibu hehehehe

Lepas tu, ibu pun mula la susun depa sorang demi sorang. Adik kat hujung, abang kat tengah dan kakak kat hujung sana. Baru la ibu ambik port ibu, tidur melintang depa. Hujung kepala ibu ada adik, kat tengah ibu ada abang dan kat hujung kaki ibu ada kakak. Senang, kalau depa cari ibu tengah-tengah malam.

Pasti ibu akan merindui saat-saat ni bila depa dah besaq nanti. Malam-malam, ibu akan tenung muka depa sorang-sorang. Ibu mohon pada Allah, moga anak-anak ibu ni sentiasa sihat dan membesar sebagai hamba Allah yang beriman dan jadi orang yang baik-baik serta berjaya di dunia dan akhirat.

Lepas tu, mula la teringat masa depa baby-baby dulu. Terasa teringin pulak nak ada anak kecik! Dulu, ibu tak percaya bila kawan ibu dok bercerita tentang perasaan nak ada anak kecik lagi walaupun dia asyik dok bercerita tentang 'letih'nya menjaga anak kecil. Kini, ibu dah faham rasa itu.


Abang Faaiq - masa ni baru 4-5 hari kot!

Betul! Ada anak kecil, tidur tak akan cukup dan nyenyak apatah lagi kalau anak kita demam. Fuhhh...esok kat opis, mata memang dah macam panda. Masa tu memang rasa macam dah bertaubat tak nak ada anak kecik lagi. Tapi, bila depa dah masuk 2 tahun, mula la 'rasa' tu datang balik.


Adik Faaid - sama umur dengan gambar abang kat atas!

Ibu ni, bab nak menjaga anak kecil rasanya ok lagi kot. Masih mampu bertahan. Yang ibu tak tahan dan tak sanggup lagi nak lalui adalah 'mabuk' masa mengandung. Itu yang buat ibu serik. Tapi macamana nak ada baby kalau tak mengandung, terpaksalah harung jugak hehehehe

Tengok kawan-kawan ofis ibu mengandung, rasa sat saja, dah nak bersalin dah. Baru saja dengar positif mengandung, tengok-tengok perut dah 7 bulan. Ibu ni, dia punya dugaan, perrghhhh.. Allah saja yang memahami apa yang ibu rasa. Tak terungkap dengan kata-kata!

Moment yang paling ibu suka, bila perut dah 7 bulan ke atas. Bila baby dalam perut mula aktif menendang dan menumbuk (barangkali). Walaupun senak, tapi sukaaaaaa sangat rasa tu.

Pengalaman mengandungkan kembar, memang priceless lahhh! Dia punya mengeliat, memang 'nikmat' dunia. Maktok yang tengok perut ibu masa ibu mengandungkan twin dulu, suruh ibu pi hospital hari tu jugak.

Berombak perut ibu kiri kanan. Perut sempit, sorang pusing, sorang lagi tersepit. Dah tu, dua-dua adjust cari posisi dalam ruang perut ibu yang kecik comey ni. Cuba bayangkan!

Kiri, abang. Kanan, adik.

Apapun, ibu kena tunggu abang dan adik 'matang' dulu. Kakak dapat adik masa dia umur 3 tahun. Tu pun masih tebal dengan rasa manja, even sampai la ni pun. Kalau abang dan adik dapat adik umur 3 tahun, serabut jugak tuh! Kena ibu mengandung kembaq (kot-kot Allah mahkbul) lagi haaaaaa... lagi!!

Mau i cuti tanpa gaji 1 tahun!

Wajah-wajah kakak dari 0 hari - 7 bulan!

Dan wajah kakak kini - menghampiri 5 tahun pada 8 September ini.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ibu, kakak cantik tak?
***pengsan ibu nak layan nanti!

Thursday, July 12, 2012

Lawatan mengejut Pakcik PI

Kuliah bagi semester Julai 2012 bagi pengajian di Kolej Komuniti seluruh Malaysia bermula minggu ini. Ibu kembali bergelut dan kalut meng'adjust'kan diri kembali. Masa students cuti sem hari tu, dah selesa relax dan tak terkejar-kejar ke sana sini.

Isnin, kelas pun bermula. As usual, ibu lambat masuk kelas! hahahahaha mujur partner ibu, mak buyung Khalis dan bersedia dan faham dengan situasi ibu. Dia dah awal-awal masuk ke kelas.

Lepas lapor diri di kelas, ibu turun ke bawah untuk mengambil barang yang tertinggal. Tiba-tiba ibu dimaklumkan ada panggilan telefon untuk ibu dan kebetulan ibu ada di situ. Kawan ibu maklumkan ada seseorang nak jumpa ibu, lelaki dari Butterworth.

Oh! Pusing sat kepala ibu dok cari, siapa pulak yang nak jumpa ibu pepagi gini. Sikit-sikit ada rasa macam glemer hahahaha. Ibu pun bergerak ke lobi tempat 'seseorang' yang sedang menunggu ibu.

Ibu pun masuk ke lobi. Kawan ibu di kaunter tersenyum dan menunjukkan 'seseorang' yang nak berjumpa dengan ibu. Terkejut besaq ibu!

"Ya Allah!!! Pakcikkk".

Menjerit ibu terkejut melihat pakcik PI yang ibu kenali masa zaman aktif dengan Fotopages dulu ada kat ofis ibu.

Pakcik Hussin atau lebih mesra dikalangan kawan-kawan fotopages sebagai 'Pakcik PI' sebab url fotopages pakcik adalah 'pemancingikan'. Dan singkatan PemancingIkan telah menghasilkan gelaran Pakcik PI buat kami.

Terus ibu sms partner ibu, minta dia uruskan kelas dulu. Ibu borak-borak dengan pakcik dan bawa dia pergi minum dulu. Rasa sangat bersalah kalau ibu tak layan orang yang berbesar hati datang menziarahi ibu. Tetamu kan, mesti kita kena layan dengan sebaiknya.

Ayah kerja shift petang. Ibu call ayah suruh siap-siap, nanti ibu balik jemput ayah kat rumah dan bawa pi minum sama-sama dengan Pakcik PI.

Malu bila bawak pakcik PI ke rumah sebab rumah memang sangat lintang-pukang. Toto dan bantal bergelimpangan kat hall. Tapi sebab dah rasa pakcik ni macam ayah, hehehehe apa nak malukan! Ayah mesti faham anak-anak yang kalut dengan anak kecik sampai tak berapa nak dan kemas rumah kan..kan... :P

Pakcik sekarang sedikit berbeza dari dulu. Rupanya pakcik aktif dengan kumpulan tabligh sejak dia dah pencen penuh ni. Alhamdulillah, pakcik pun berkongsi pengalaman dia sepanjang 1 tahun lebih di dalam pergerakan ini.

Pakcik telah melakukan beberapa pencerahan pada ibu tentang pergerakkan tabligh kini. Kalau dulu, memang ada orang yang aktif di dalam tabligh ini keluar berdakwah hingga mengabaikan keluarga. Namun kini kata pakcik, semua itu telah dipantau oleh 'HQ' agar jika ada ahli yang hendak keluar berdakwah, beberapa kriteria mesti dipenuhi supaya ianya tidak menyusahkan diri, keluarga dan orang lain.

Contoh yang pakcik jelaskan seperti pelajar yang ikut group dakwah ini. Kalau dulu, ada pelajar yang sampai mengabaikan pelajaran, tinggal kuliah dan kelas sebab nak memburu agama dan berdakwah. Tapi kini, keadaan itu dipantau. Pelajar hanya dibenarkan ikut berdakwah dari satu tempat ke tempat lain semasa cuti semester supaya ianya tidak mengganggu pelajaran. Keluar berdakwah ni bukan sekejap-sekejap. Kata pakcik ada yang 10 hari dan ada yang membawa hingga 40 hari.


Pakcik turut berkongsi pengalamannya menghadiri himpunan ahli-ahli tabligh peringkat antarabangsa yang beliau hadiri baru-baru ini di Bangladesh. Kata pakcik, dulu dia memang mengelak bila diajak kawannnya seorang pensyarah USM untuk join gerakan ni, tapi bila dah sekali terjebak, seronok pulak kata pakcik.

Pakcik menjelaskan pada ibu tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa orang-orang tabligh ni berada di sesebuah masjid/surau. Mereka ada aktiviti tersusun dari pagi hinggalah ke malam sepanjang berada di sesebuah masjid itu.

Sejak pakcik join dakwah ni, dia gembira sebab sekurang-kurangnya dia dah dapat hafal beberapa surah, dapat solat berjemaah dan selalu berada di dalam majlis ilmu berbanding dulu - duduk di rumah, solat sorang diri saja.

Kata pakcik, hanya 3% (kalau tak salah) masjid yang ada di Malaysia ni yang benarkan gerakan tabligh ni tinggal di sana. Kata pakcik lagi, kalau gerakan tabligh di negara lain sangat kuat berbanding Malaysia kerana mereka bersatu pada satu gerakan saja. Dan masjid-masjid di luar negara sangat terbuka dan mengalu-alukan aktiviti dakwah di masjid mereka.

Pertama kali ibu jumpa pakcik PI di pada Oktober 2009 kalau tak salah ibu. Masa tu pakcik datang ke Singapore berjumpa seorang lagi rakan kami iaitu Wak Kumis. Wak Kumis anjurkan gathering di Sembawang Park dan di sana lah ibu bertemu dengan pakcik dan isteri, Kak Aidah dan Mayang Sari (adik wak) selain berkenalan dengan ahli keluarga wak.



Lepas pertemuan tu, ibu pun dah tak aktif fotopages bila dah mula terjebak dengan blogspot. Walaupun dah tak dak entry dalam fotopages, rupanya Pakcik PI masih mengikuti kisah ibu di blog. Terima kasih pakcik!

Ibu sangat terharu dan berbesar hati dengan kunjungan pakcik. Pakcik masih ingat di mana ibu bekerja, ingat kakak dan ayah, ingat kembar seolah-olah kita dekat saja selama ni. InsyaAllah, kalau ada kesempatan, ibu akan buat kunjungan balas ke rumah pakcik di Penaga masa ibu balik raya haji nanti.

Pakcik ada plan nak ke Singapura berjumpa Wak Kumis, tapi sayangnya nombor telefon wak yang ibu dan pakcik simpan sudah tidak aktif lagi. Jadi pakcik bercadang meneruskan kembaranya ke Kuala Lumpur menziarahi anak-anaknya yang tinggal di sana.

Ibu offer nak hantar pakcik ke JB Sentral sebab pakcik nak ke KL naik keretapi. Tapi pakcik menolak dan nak naik bas. Katanya, nak tengok keindahan alam, nak luaskan pandangan. Sebelum ibu hantar pakcik ke stesen bas Masai, ibu penuhi permintaan pakcik untuk ambik gambar Masjid Jamek Pasir Gudang sebagai bahan entry untuk Fotopages pakcik yang akan upload gambar masjid setiap hari Jumaat.

Perasaan 'besar hati' atas kunjungan pakcik masih ada sampai hari ni! Terima kasih buat pakcik atas ukhuwah yang indah ini.

Wednesday, July 11, 2012

Hadiah 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik sah 4 hari ibu tak update blog. Sedikit kalut (buat-buat kalut) sebab pelajar dah mula daftar minggu lepas. Minggu ni dah mula kelas. Dan tambah kalut bila ibu pulak kena jadi pensyarah kelas. Dah lama rileks, tetiba kena jadi pensyarah kelas, jenuh nak kena belajar balik.

Sebelum apa-apa, ibu nak bagitau. Bukanlah tujuan ibu menulis entry ni nak bermegah-megah atau dan riak dengan apa yang ibu ada. Cuma ibu nak tulis sebagai ingatan dan kenangan pada diri ibu.

Birthday ibu pada 22 Jun. Sejak dah ada teman hidup ni, hadiah daripada partner lah yang ibu akan 'tuntut' setiap tahun hahahaha Dah 3 tahun ibu relakan ayah beli hadiah yang berupa barangan yang boleh digunakan untuk seisi rumah sebab masa tu ibu dan keluarga baru pindah ke rumah baru.

Mula dapat mesin basuh, lepas tu TV, dan tahun lepas ayah hadiah aircond dan water heater. Jadi tahun ni, ibu demand nak hadiah untuk diri sendiri pulak. Yang best lagi, ayah tanya nak hadiah apa? Wahhh..ini sudah bagusssss...

Sebelum ibu dapat hadiah dari ayah, ibu dapat sebuah parcel dari kawan baik ibu, Nadia yang rupanya dah 21 tahun kami berkawan dan kenal. Tahun lepas dia hadiahkan ibu set make up Clinique. Ibu guna ala-ala saja, yang melebihnya kakak yang pulun!

Tahun ni kawan ibu hadiahkan perfume pulak. ckin2u dari CK sesuai untuk ibu yang bernama ck hahahaha dan-dan kan! Tapi memang masa sekolah dulu kawan-kawan ibu panggil ck. Selain singkatan nama untuk 'Che Kiyah', ck jugak bermakna Clark Kent! Sebab masa form 5 dulu, ibu lah yang kepoh jadi tukang cerita Superman kat dalam kelas. Orang lain dah tak tengok tv, buat homework dan baca buku, ibu tak kisah layan Superman. Sib baik SPM lulus hehehehe


Sangat wangi ok! Yang tak tahan, geng-geng kat opis mengutuk hadiah ibu. Katanya bau 'bacin'. Hahahaha..depa tu jeles sebenarnya sebab ibu dapat hadiah. Lepas tu pulak ada yang nak jadi kawan dengan bestfren ibu ni, boleh dapat hadiah macam ibu hehehehe..

Nadia ni kawan ibu sejak form 1. Sekelas sampai ke uni. Dia dan family dia banyak bantu ibu masa zaman belajar dulu. Ibu anak orang susah tapi Nadia ni anak orang senang. Masa sekolah dulu, arwah ayah dia selalu tolong ibu dari segi kewangan dan tenaga, itu dan ini. Sampaikan ibu ni dah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

Kawan-kawan ibu yang close masa tu Nadia, Lin dan Ijan. Depa ni semua anak orang senang. Nadia anak taukeh kilang beras :P, Ijan anak cikgu-cikgi, Lin pulak anak pompuan tunggal (2 beradik saja).

Ibu pulak anak kedua dan mak abah hanya kerja kampung. Mujurlah kawan-kawan ibu ni jenis tak lokek dan langsung tak berkira dengan ibu. Dapatlah ibu tumpang tuah dan rezeki depa. Kalau keluar makan KFC ka, Pizza ke, McD ka atau ronda-ronda sampai ke Penang, depa ni lah yang sponsor ibu.

TQ buat kawan-kawanku yang tersayang!

Setelah ayah tanya ibu nak hadiah apa, ibu pun berfikir-fikir. Apa yang ibu nak demand. Punya la tenung, last-last ibu nak jam baru lah! Jam yang sedia ada ibu pakai pun adalah hadiah birthday dari ayah masa ibu tengah mengandungkan kakak dulu. Oklah tuh, dah 5 tahun pun!

Jalan-jalan pusing kat Pasir Gudang, ada yang berkenan jugak. Tapi ibu kata, kita cari kat Singapore la. Kot-kot ada yang lebih menarik dan kadang-kadang harga di sana lebih murah.

Setelah 2 hari berulang-aling ke Mall yang berhampiran dengan rumah, ibu pun bertemulah dengan jam yang berkenan di hati. Mula ibu nak pilih jam yang ada diamonds, biar nampak lebih ayu dan ladies kononnya.

Tetiba tersedar diri yang ibu ni jenis 'ganas'. Kang hilang semua batu-batu tu pulak. Maka ibu kembali kepada jam-jam yang sesuai untuk orang lasak namun nakkan rekaan yang sedikit matang. Eceehhh...

Maka, inilah pilihan ibu. Harganya biasa-biasa saja. Tak lah sampai 5 jari pun. Cukuplah buat ibu yang sempoi ni.



Tahun depan, ibu dah plan. Ingat nak demand handbag pulak laaa....hehehehehe boleh kan ayah!?

Hadiah-hadiah ini mungkin berharga dan bernilai dari sudut kewangan. Tapi ratusan ucapan dan doa yang diucapkan pada ibu melalui FB, call dan sms lebih bermakna buat ibu. Sedaya upaya ibu membalas semua ucapan yang diberikan sebagai tanda ibu menghargainya. Ratusan ucapan yang memenuhi wall membuatkan ibu merasai yang diri ibu masih diingati ramai orang.

Terima kasih pada semua yang mendoakan ibu. Moga Allah memelihara dan merahmati kita semua, insyaAllah....

Friday, July 6, 2012

Jawapan dari Allah

Hari ini ibu nak kongsi satu kisah benar buat semua pembaca blog ibu. Sempena Jumaat yang mulia ini, ibu harapkan kisah ini dapat menjadi ikhtibar dalam membuat keputusan hidup.

Begini kisah yang dikongsikan pada ibu oleh Puan ck.

Puan ck (bukan nama sebenar) hendak bercuti bersama suami dan anak-anak ada hari Khamis dan Jumaat (hari bekerja). Dia sudah merancangnya 2 minggu yang lalu.

Pada hari Isnin, minggu yang dia rancang untuk bercuti, Puan ck mendapat arahan untuk menghadiri satu kursus pada hari Khamis, hari yang sama Puan ck rancang untuk mula bercuti.

Atas nama seorang pekerja yang baik (hahaha) beliau agak berat hati untuk bercuti setelah mendapat arahan yang tiba-tiba tu. Tapi beliau konfius now, kesian kat suami dan anak-anak yang telah bergembira sebab Puan ck dah berjanji akan cuti bersama dan tanggungjawabnya sebagai pekerja.

Puan ck tak bagitau suami dan anak-anak akan hal ini tapi dalam diam dia tetap memohon cuti dari majikan - tawakal!

Puan ck ni kadang-kadang memang unpredictable. Kalau pening nak buat keputusan, dia akan ikut gerak hati saja pada saat-saat keputusan perlu diputuskan. Berani mati!!!

Pada hari rabu jam 2 ptg, puan ck masih ragu-ragu, nak teruskan niat bercuti atau tak?

Cuti dah janji dengan suami dan anak-anak!

Arahan kerja dah tulis, WAJIB!

Pukul 4 petang, puan ck dapat sms dari pengasuh anak-anak minta dia call semula. Puan ck pun dail nombor pengasuh dan jeng...jeng...jeng......

Pengasuh nak minta cuti Khamis dan Jumaat sebab dia nak balik kampung di sebelah pantai timur. Katanya, ibunya di kampung di ICU tidak sedarkan diri selepas jatuh di bilik air hospital (warded sebab darah tinggi).

MasyaAllah...Allah sangat memahami apa yang tersurat di hati Puan ck. Allah telah memudahkan segala-galanya.

Mau tidak mau, Puan ck terpaksa bercuti kerana pengasuh tiada. Takkan puan ck nak bawa anak-anak ke tempat kerja demi memenuhi kerja WAJIB yang ditetapkan manusia.

Puan ck terasa sangat bersyukur dan gembira. Apatah lagi puan ck mendapat tahu dari suaminya yang saudara (saudara rapat tapi dah lama tak jumpa) akan datang ke tempat yang mereka hendak pergi semasa cuti. Kegembiraan berganda kan!!?

Kemudian Puan ck termenung dan merenung kembali, Allah selalu memudahkan perjalanan hidupnya,

Alhamdulillah, syukur Ya Allahh..Kau sentiasa ada dan membantu hambaMu yang lemah ini - ucapan yang selalu puan ck lahirkan di dalam hatinya.

Sudah kerap terbukti. Bila saja puan ck berada dipersimpangan untuk memilih, Allah akan berikan satu situasi yang tidak boleh tidak, Puan ck terpaksa memilih 'itu' dan memang pilihan 'itu' adalah pilihannya sebelum ini, tapi dia tidak yakin.

Atau, apabila puan ck di dalam situasi genting dan memerlukan bantuan, tiba-tiba ada saja hal yang berlaku yang terus meringankan dan membantu menyelesaikan situasi tersebut.

Jadi, bila Allah mentakdirkan situasi yang memaksa puan ck memilih 'itu', maka puan ck pun merasakan yang pilihan 'itu' adalah yang terbaik dan direstui Allah.

Maka, puan ck pun yakin meneruskan pilihan 'itu' dengan tenang dan tanpa ragu-ragu kerana dia yakin pada perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh Qada dan Qadar Allah!


Gambar kat atas bukan nak memuji Puan ck kononnya dia suka memudahkan kerja orang, sekadar nak berkongsi. Orang 'perasan' saja yang suka puji-puji diri hebat dan baik, nauzubillahhh...

Sapa yang kenal puan ck, nilailah sendiri sama ada puan ck ni suka memudahkan atau menyusahkan orang hehehehe..

Cuma puan ck nak berkongsi sesuatu. Puan ck berasa yakin Allah telah memudahkan perjalanan hidupnya seperti yang selalu didoakannya sejak duluuuuuu lagi.

Ini doanya :


Doa ni mak Puan ck yang bagi suruh amalkan masa nak jawab periksa. Mak puan ck dapat ni masa kursus nak pi haji (tak salah), mohon Allah mudahkan kerja ibadah di sana. Puan ck pun terus amalkan dari saat itu hinggalah kini.

Dan setelah sekian lama, puan ck tersedar yang amalan doa itu telah memudahkan segala urusan perjalanan hidupnya hingga kini.

Pakat-pakatlah kita amalkan supaya hidup kita sentiasa dipermudahkan dalam segala-galanya, insyaAllah...

Moga kisah puan ck ni dapat menjadi inspirasi dalam meneruskan perjalanan hidup yang belum tahu bila akhirnya, sehingga dijemput Allah!

Sekian, kisah yang ingin dikongsikan oleh puan ck(bukan nama sebenar) dengan pembaca blog ibu.

Salam penuh kasih sayang di hari Jumaat.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri ibu sendiri.

Wassalam.....

Wednesday, July 4, 2012

Bengkel bersama Dr OT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pejam celik, dah masuk bulan Julai. Tahun 2012 dah melangkau setengah tahun. Pada yang ada menetapkan azam tahun baru, agak-agak dah berapa percent tercapai ni? hehehehehehe

Ibu memang tiada perancangan yang specifik. Semua perancangan berjalan seiring dengan masa atau lebih mudahnya, main redah saja! Peluang yang ada depan mata, ibu grab saja. Ibu bukan jenis menangis 3 hari 3 malam kalau tak dapat apa yang dirancangkan. Kalau ada rezeki, dapat. Kalau tak cuba lagi...

Eh? Apa gua bebel ni? hehehehe

Ok lah, sempena setengah tahun 2012 yang berlalu, ibu telah menghadiri satu bengkel penulisan thesis cara cepat dan mudah. Bengkel ni di adakan di UTM, Skudai bersama Dr OT dari UPM.

Di sini berlangsungnya bengkel tu!

Ibu ada perancangan nak sambung belajar tapi tak tau bila. Abang dengan adik lelaki ibu dah sambung master katanya! Tapi depa tu bukanboleh kira, tu lagi main redah! hahahaha

Last year ibu dah dapat tempat untuk sambung belajar, tapi ibu tak dapat biasiswa. Tahun ni ibu malas nak apply sebab ibu ingat nak buat persediaan dulu. Lagipun ada unsur-unsur lain lagi yang menghalang perjalanan ibu. So, kita relax dulu...

Kawan ibu kata, buat la by research. Best!! Tapi, ibu dok terfikir, mampukah diri ini?! Persediaan mesti mantop! Maklumlah, dah 11 tahun tinggalkan zaman berhempas pulas (hempas pulas la sangat!!)

Sebagai langkah awal, ibu mesti buat sesuatu untuk meman'top'kan diri. Berjalan dari blog ke blog, terjumpalah blog Dr OT. Terus jatuh cinta dengan penerangannya tentang penulisan thesis. Sebagai seorang yang bergelumang dengan dunia penulisan thesis yang sebenar, inilah tempat terbaik untuk menimba ilmu.

Allah memudahkan perjalanan ibu. Kena pulak Dr OT dijemput ke UTM pada tarikh yang terdekat. Ibu terus sms urusetia dan dapatkan maklumat. Dengan status '5s' yang ibu ada sekarang, ini memang memudahkan pergerakkan ibu ke sana. Ibu ajak member ibu join sama, Kak Yani.



Best sangat dapat join bengkel ni. Dapat jumpa dengan kawan-kawan baru. Walaupun terasa kerdil dan kecikkk sangat dikalangan depa. Mostly yang hadir tu adalah mereka-mereka yang tengah buat master dan Phd. Sedangkan ibu ni, hehehehehe zero!

Bila Dr OT tanya, sapa yang tak sambung belajar lagi? Terus ibu angkat tangan tinggi-tinggi dan ibu sorang saja yang mengaku rasanya hahahaha. Dr OT kata, bagus, sebab lepas ni boleh tulis proposal dengan cepat dan mudah melalui teknik yang beliau kongsikan ;).

Ibu sangat bertuah sebab ibu telah menghadiri Microsoft Office Specialist untuk Ms Word kat INTAN baru-baru ni. Kebanyakkan perkongsian penulisan thesis cara cepat dan mudah dalam Word tu ibu dah belajar masa di sana.

Apa yang Dr OT kongsikan pun adalah sebahagian yang ibu dah belajar di INTAN. Ada beberapa perkara tambahan yang Dr OT perkenalkan seperti Mendeley yang sangat memudahkan dalam penyediaan bibliografi dan citation!



Paling tak sangka, bengkel ni berjalan 100% paperless. Dr OT tak bagi ada kertas dan pen di atas meja (tapi boleh ada mee/nasi lemak) dan tak boleh menulis. Semua ditaip di dalam laptop masing-masing. Hebatkan?! Awak boleh??

Ibu rasa bertuah dapat berguru dengan orang yang hebat macam ni. Sudahlah hebat, sangat merendah diri pulak tu. Walaupun ibu yang zero di bengkel tu, langsung ibu tak terasa terasing. Dr OT sangat humble dan semua peserta enjoy dengan beliau. Itu yang pasti!!

Kalau nak join kelas Dr OT, boleh layari blog beliau yang cukup sempoi di sini. See, doktor pun ada blog! Orang rendah mentaliti saja yang tak suka blog...hehehehehe

Gambar dari blog Dr OT.
Related Posts with Thumbnails