Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, August 28, 2012

Part 1 - AidilFitri 2012


Assalamualaikum.

Fuhhh! 2 minggu ibu tak update blog, paling hebat rasanya! Rasa malas yang meng'gomoli' diri ibu sejak bermula Ramadhan hingga kekalutan berhari raya menyebabkan blog ini terabai. Bila buka blog sendiri, ibu lebih memilih untuk berjalan-jalan membaca entri terbaru kawan-kawan dari menaip sesuatu di blog sendiri! Dasar pemalaskan! :P

Aidilfitri tahun ni, rasanya sama seperti tahun-tahun yang lalu. Sejak dah berusia 'kertu' ni (hehehehe), gelora menyambut Aidilfitri biasa-biasa saja. Kerana mungkin ibu kini lebih memahami nilai dan makna Ramadhan yang ditinggalkan bila tibanya Syawal.

Pemahaman biasa antara ibu dan ayah tentang destinasi Aidilfitri adalah mudah. Raya Puasa di Singapura/Melaka, tapi Aidiladha seboleh-bolehnya ibu nak balik Kedah kerana sambutan di sana lebih meriah. Tapi Aidilfitri pun sebenarnya meriah jugak di sana :P

Tapi sejak kahwin ni sebenarnya, ada juga Aidilfitri yang disambut di Kedah sebab ibu melahirkan dan balik berpantang di kampung. Jadi kesempatan itu dapatlah ibu beraya bersama-sama keluarga di sana.

Tahun ni, ibu sekeluarga balik ke Melaka beraya di rumah yang nenek bina untuk anak cucu dan saudara-mara berkumpul. Biras ibu tetap setia mendiami rumah itu menanti kepulangan sanak-saudara.

Sebagai usaha nak ambik 'feel' pulang beraya (kononnya), ibu memulakan perjalanan pulang pada hari Sabtu seawal jam 430 pagi! Tapi ok jugak bertolak awal pagi ni, sebab time tu jalan tak jem lagi.

Pukul 730 pagi, kereta ibu dah masuk pagar rumah kat kampung. Terkejut nenek dan Siti (biras ibu) serta anak-anak buah melihat ketibaan ibu sekeluarga di awal pagi. Memang ibu tak bagitau nenek, bila ibu akan balik. Itu pun agak lewat tiba sebab ibu berhenti tidur di hentian (lupa hentian mana sebab tersangat mengantuk) dan solat Subuh di RnR Machap.

Lepas lelapkan mata sekejap, ibu mula membantu Siti mengemaskan rumah. Rumah memang time tu lintang pukang lagi sebab Siti sibuk buat kuih raya sambil menjaga Pak Asin (ayahnya) yang sakit. Mujur ibu sampai awal pagi, dapatlah tolong macam-macam. Dari cuci rumah sampailah ke persiapan memasak sambal goreng untuk di'belasah' masa berbuka dan pagi raya.


Farhan (anak buah), adik, kakak, abnag dan DikNa (anak buah) di pagi raya!

Baju raya kakak dan kembar 'lain mak-ayah', ibu belikan. Sejak dah pandai melaram ni, anak dara berdua ni pun nak pakai sama dari atas sampai ke bawah. Sampaikan di hari raya terpaksa pi shoping kasut raya sebelum pi berjalan raya sebab kasut kakak tak sama dengan Dik Na. Itu yang namanya kembar 'lain mak-ayah' tu.

Abang dengan adik, ibu pakaikan baju raya tahun lepas yang memang tak dipakai lagi pun sebab size yang besar. Tahun lepas ibu lipat kaki seluar dan tangan baju. Tahun ni, baru ngam-ngam soi dipakainya. Tahun depan bukak jahitan, boleh pakai lagi :P hehehehe

Pagi raya, ayah dan anak-anak buah ke masjid untuk solat raya. Ibu mula sedar, sejak beranak-pinak ni, ibu dah tak berpeluang lagi nak solat hari raya di masjid macam zaman anak dara dulu. Kalau ibu nak pi masjid, sapa nak jaga anak-anak ibu yang tengah lasak tu. Tak sabar nak tunggu abang dan adik 'faham bahasa', boleh angkut depa ke masjid sama-sama. Itu pun kalau ibu tak beranak kecik lagi! :P

Lepas solat, berkumpul lah semua yang ada kat hall. Seperti kebiasaan, sesi bersalam-salaman pun bermula. Gambar memang takdak time bermaaf-maafan ni sebab semua dok tunggu turn nak salam, tak dak sapa pun yang teringat nak ambik gambar.

Rasa rugi jugak sebab tak pernah ada pun gambar time bermaaf-maafan ni. Tapi malas nak posing balik semata-mata nak bergambar time bersalam hehehehe sebab dah tengahari. Masing-masing nak berkejar ke kubur pulak!

Oklah, stop dulu. Asalnya nak karang panjang-panjang, tetiba rasa nak buat episod-episod pulak. Malas ke rajin ke tak tau la ni. Tengok la berapa episod yang mampu! hahahahaha

Apapun, ibu sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata-kata sepanjang berblog ini yang tidak disenangi ramai.

Ibu adalah seorang yang 'out spoken' dan bercakap terus terang apa yang ibu rasai demi kebaikan bersama. Namun jika ada kata-kata ibu yang mengguris hati dan tidak dapat diterima, ibu mohon ampun dan maaf. Sesungguhnya Allah mengetahui niat di hati ibu walaupun ianya tidak 'sampai' dengan maksud yang betul di jiwa manusia. Rasanya ibu perlu belajar lagi tentang itu!

Till now....chow!

Monday, August 13, 2012

Masak-masak lagi

Assalamualaikum.

Seminggu jugak blog ini terabai. Mood untuk menulis di bulan Ramadhan ini selalu ke laut. Banyak yang hendak dikongsikan, tapi perasaan M yang menguasai diri membuatkan tangan ini terasa berat sekali untuk mengetuk papan kekunci, apatah lagi untuk menekan keyboard iphone yang kecik molek itu.

Riuh rendah suara anak-anak yang sekejap ketawa dan banyaknya menangis membuatkan ibu kalut, sangat-sangat kalut. Mana nak memasak untuk ber'sahur', abang dan adik pulak dapat habit yang baru- suka menggigit. Silap-silap, ibu boleh dituduh mendera anak. Kesan luka akibat gigitan merata-rata ditubuh abang dan adik.

Pening ibu! Tepis kot sini, sekejap lagi sambil lalu saja abang gigit adik. Waarrrrghhhh.....riuh satu rumah. Diam selepas dipujuk. Sekejap lagi, adik pulak membalas dendam pada abang. Warrghhhhhh....riuh kembali! Begitulah saban masa sampailah kesemuanya lena, termasuklah ibu sama!

Dihujung-hujung Ramadhan ini, ibu masih dapat memasak, memenuhi permintaan ayah yang tak nak nasi. Tapi, Khamis lepas ibu masak jugak nasi untuk bila dah buntu nak masak apa untuk ayah. Saja ibu banyakkan nasi tu biar lebih. Dan esoknya Jumaat, ibu buat nasi goreng beserta murtabak dan roti john yang diborong di PARAM. Malamnya ibu sekeluarga balik ke Singapura!

Kakak ada minta ibu masakkan spegeti. Jadi ibu masak untuk kakak dan ayah memang layan saja spegeti ni sejak berkahwin dengan ibu. Masak untuk sahur, juga menjadi hidangan untuk berbuka dan untuk sahur kakak untuk esoknya jugak. Hebat kan!! hehehehe


Sebelum itu, ibu masak mee kari. Sayangnya, mee kari ibu tak dak kerang. Ibu banyakkan fishcake dan fish ball untuk anak-anak bersama isi ayam. Alhamdulillah, licin! Cubaan pertama ni sebenarnya sebab mee kari bukanlah kegemaran ibu pun.



Ada satu hari tu, ibu terasa nak makan benda ber'sup'. Nak masak soto macam malaaaaaaaaaasss sangat! Cari ilham yang mudah skit, teringat bakso. Bihun memang ada kat rumah. Daun sup ada. Petang terus ke KipMart beli tulang dan meatball. Tulang pun sekilo 11 hengget! ibu beli setengah kilo saja sebab meatball ada kan.

Balik terus rebus, campak 3 batang sudu dalam rebusan. Katanya, untuk cepat lembutkan isi-isi yang melekat pada tulang tu. Alhamdulillah, makan masa bersahur, memang mudah je isi-isi kat tulang tu terlucut bila digigit!


Pepagi buta, blend cili dan bawang putih buat sambal kicap! Mujur sedap... (sori naaa.. puji diri sendiri pulak!)

Sedih sangat rasanya bila masuk 10 hari terakhir Ramadhan, ibu tak dapat berpuasa. Normal kan, bila dah nama wanita. Memang ibu dah bajet pun akan cuti time-time gini. Hajat nak khatamkan quran di bulan mulia ni tergendala lah nampkanya. Baru kat juzuk 24. Lepas raya la ibu akan habiskan. InsyaAllah....

Jadi dikesempatan ini, ibu ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya pada semua pembaca blog ibu ni (kot-kot ibu tak sempat nak update blog lagi hehehee). Maaf zahir dan batin jika ada tulisan ibu yang membuatkan anda tidak selesa dan suka ;).

Sunday, August 5, 2012

Masak-masak Ramadhan seterusnya

5 hari jugak ibu tak update blog. Memang rasa macam malas sangat nak tekan keyboard iphone walaupun banyak benda nak di story.

Balik rumah lepas kerja, dah kalut dengan anak-anak. Lepas berbuka, mata pun dan stim. Apalagi, terpaksalah layan mata dulu!

Last entry ibu update pasal masak-masak. Hari ni pun nak sambung pasal acara masak-masak ibu sempena Ramadhan ni.

Ibu sungguh-sungguh masak untuk sahur sebab ayah ada. Tapi ayah tak nak makan nasi. Itu yang pening dibuatnya, sampai menu sahur dan macam menu hari raya pun ada :p

"Ayah, duit raya lebih sikit arrrr...."

Berbuka, ibu makan je apa yang ada. Beli murtabak, dah cukup! Selalu ibu ikut selera kakak waktu berbuka sebab kakak puasa. Nak bagi dia rasa seronok, itu yang ibu layan je kehendak dia time berbuka. Mujur kakak tak demand yang pelik-pelik hehehehe


Kakak bersama kutiew sup dan air oren yang diingininya.


Ini ibu punya. Menu yang sama untuk bersahur sebab ayah tak makan lagi. Senang kan :p

Tetiba teringin nak makan laksam. Ok jugak buat bersahur. Tapi disebabkan malas nak buat laksamnya, ibu gantikan dengan laksa namum masih mengekalkan kuah lemaknya..ewahhhh

Petang balik kerja singgah kat kedai nak beli ikan. Sekali ikan dah tinggai yang "medak" dan pecah-pecah perut. Tapi sebab nak makan punya pasal, ibu beli la jugak! Kat pasar ada, tapi malas nak ke sanaa...


Lepas tu dok cari ilham nak masak apa lagi nih bagi memenuhi kehendak ayah yang tak nak makan nasi. Terbayang lontong! Petang balik kerja, terus rebus nasi himpit. Murah rezeki, kawan ibu hantar puding jagung dan kek birthdaynya. Oklah tu buat berbuka!


Pepagi buta, sahur dengan lontong kau! Gigih ibu, pukul 230 pagi bangun masak kuah lodeh!

Ayahhh...sila lebihkan lagi duit raya untuk ibu atas kegigihan isterimu ini ya! :p

Pening dah nak masak apa! Khamis ayah off. Nak kena masak sungguh-sungguh untuk berbuka jugak ni. Ilham tak dak. Dah tak tau nak makan apa.

Kakak kata nak nasi goreng. Disebabkan ayah ada, ibu tanya ayah nak makan apa. As usual, ayah akan tanya ibu balik nak masak apa!? Dengg!!!

Punya lama ayah pikir, dia kata bihun goreng pun boleh. Bahan semua dah ada kat rumah, oklah tuh!

Balik, terus senteng lengan baju mula masak. Masak kena cepat-cepat hari tu sebab nak tengok Dejavu Kinabalu, last episod!

Terajin lebih pulak. Dari bihun goreng dah jadi mee siam ngeh..ngeh...ngeh. Sampai ke sahur makan menu yang sama!


Mee Siam Finale DK. Kat Siam mesti tak dak menu ni kan? hehehe

Esoknya baru buat nasi goreng untuk kakak. Kakak nak apam titik-titik. Maka, inilah rezeki kakak berbuka Jumaat lepas.


Bila masak untuk anak-anak ni, terpaksalah ibu berkorban selera sendiri. Kalau dulu, buat nasi goreng mesti kena ada cili padi. Dah jadi ibu ni, tak boleh la selfish ikut selera kita kan. Selera anak jadi keutamaan.

Terpaksalah ibu cari alternatif lain untuk memenuhi selera ibu sendiri. Nak masak 2 kali? Ohh! Sungguh nahee. Maka, inilah hasilnya bagi memenuhi rasa yang lidah ibu nak.


Kalau nasi goreng kakak ditemani apam titik-titik (polkodot), nasi goreng ibu dihiasi cabai melaka a.k.a cili padi! Terbakoooor!

Sahur pagi Sabtu baru ibu masak nasi berlauk. Ada ayam lebih masak kutiew sup utk hari Isnin, ibu masak ayam goreng kunyit. Buat sayur lemak kubis, setel!

Sabtu - Ahad kat rumah nenek. Senang hati sebab ikut je selera nenek nak makan apa hehe nenek pun dok tanya ibu nak masak apa! Inilah masalah terbesar surirumah time bulan posa - tak tau nak masak apa?! Kalau pi bazar ramadhan pun sama - tak tau nak beli apa!

Nak makan pun masalah kan? Manusia... manusia!

Eh! Ayah, jangan lupa duit raya ibu! Kasik extra ok. lalalalaala.....
Related Posts with Thumbnails