Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, September 27, 2012

Ingatan buat diri sendiri.


Assalamualaikum.

Seminggu dua ini, ibu banyak menerima berita kematian. Ada yang tua dan ada yang muda. Ada yang memang sudah lama sakitnya, dan ada yang tiba-tiba saja dijemput malaikat Izrail, tanpa sebarang tanda!

Jumaat lepas, ibu terkejut membaca post di FB adik ibu yang belajar di Mesir. Rakan sekolah rendah beliau meninggal dunia dengan begitu mudah. Baru pulang solat Jumaat dan sedang berborak-borak dengan ahli keluarga, tiba-tiba beliau rebah ke lantai dan akhirnya meninggal dunia. 

Usianya baru 29 tahun. Lebih menyayat hati, beliau baru tiba ke kampung dan akan bercuti 2 minggu untuk menguruskan isteri yang akan bersalin. Dan lebih menyedihkan lagi, jangkaan bersalin isterinya adalah hari Sabtu (esoknya) dan dia meninggal dunia pada petang Jumaatnya. Moga Allah memberikan ketabahan kepada isterinya.

Hari yang sama, ibu mendapat berita yang ex housemate ibu masa praktikal dulu juga kehilangan ayah setelah 3 hari bertarung  nyawa selepas kemalangan jalanraya. Kawan ibu pasrah dan bersyukur kerana dia dapat berada di sisi ayahnya ketika beliau dihujung nyawa.

Ibu tak tanya cederanya parah atau tak. Ibu biarkan dia bertenang dulu. Minggu ini juga ibu masih belum nampak apa-apa update di wall FB-nya. Mungkin dia masih dalam tempoh bertenang.

Dan Ahad lepas, ayah kepada rakan baik ibu, Angah juga dijemput Allah. Ibu memang akrab dengan ibu dan ayahnya. Kena pulak keluarga ibu sebelah abah memang mengenali keluarga Angah kerana tanah sawah mereka bersebelahan.

Angah juga adalah 'tukang jahit' baju ibu sejak sekian lama. Sanggup ibu kumpulkan kain pasang berhelai-helai dan akan tempah dengan Angah bila ibu balik ke Kedah.

Ayah Angah sudah lama sakit kencing manis. Tapi orang tua-tua ni, walaupun sakit dan kronik, dia masih degil dan bertahan tak mahu ke hospital. Ibu masih ingat, Angah lah orang yang akan mencuci luka dikaki ayahnya yang sudah bernanah dan busuk sebelum ayahnya mahu ke hospital mendapatkan rawatan.

Lama ibu tak jumpa ayah angah sejak ibu berpindah ke Johor ni. Kalau balik kampung pun, tak sempat nak ke mana-mana, sibuk menghabiskan masa dengan keluarga saja. Kalau dulu, rumah Angah adalah salah satu destinasi lepak yang terbaik. Rumahnya seperti pulau, dikelilingi sawah padi. Lepak kat atas pankin sambil cicah garam belacan dan minum ayaq nira, ditemani angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Bila yang dah tua dan memang sakit 'pergi', kehilangannya mungkin boleh diterima tapi bila yang muda dan 'pergi' tanpa disangka-sangka, agak sukar sebenarnya. Tapi semua itu ketentuan Allah. Bersedia atau tidak, kita wajib menerimanya kerana itu adalah Qada dan Qadar.

KITA AKAN DIJEMPUT


Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyulubungi
Kitapun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang
Terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang di miliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti
Harus di hati

Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi di saat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita

Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang
  
Foto by Cikgu Own (suami Angah)
Lagu by Ukays.

Saturday, September 22, 2012

Makan time

Jangan terkejut kalau hari ni ada banyak entri. Tengah dok kongsi application yang boleh digunakan untuk update entry thru handphone, jumpa blogger.com.

Sebelum ni ibu update blog kot handphone atau ipad guna Blogspace. Kalau dah ada mobile Blogger harap lagi smooth sebab ni sama 'keturun'.

Masih dalam proses godak-godak! Cuba upload gambar kembar makan spegeti semalam. Buruk lantak bebenau anak kembar ibu ni kalau makan hehehe

Errrmmm... Tak dak function preview atau mungkin ibu tak habih explore lagi.

Ok. Test.. Test... Test.. 123

Kursus Blog Peribadi

Hari ni ibu jadi penyelaras kursus pendek. Kawan ibu, Sharifah yang jadi cikgunya, ibu cuma tolong kutip duit dan buat sijil.

Petang, lepas Zohor baru ibu masuk kelas tolong kawan ibu. Nampaknya anak murid ibu semua ni sungguh-sungguh belajar. Sunyi sepi kelas dok pulun nak cantikkan dan masuk entry serta gambar-gambar yang menarik.

Kawan ibu mintak tolong ibu terangkan beberapa fungsi dalam blog sebab student keliru. Oklah, sebagai blogger yang tegar ( mengaku sendiri hehe) ibu pun tolong la.

Ibu gunakan blog ibu sebagai contoh untuk terangkan apa yang patut. Blog yang ibu buat untuk mengajar kurang sesuai sebab banyak contoh dan fungsi yang ada dalam blog tak dapat ditunjukkan kalau blog tu kurang entry. Terpaksalah guna blog glemer ni!

So, kalau tetiba nampak ada entry tang sekejap ada sekejap hilang, jangan pelik. Tu semua tengah kelas, kena tunjukla secara praktikal.

Lepas tu, ibu bagitau pelajar ibu yang blog ni boleh di update menerusi handphone. Punya excited masing-masing berpossing nak masuk dalam blog ibu sebab ibu nak tunjukkan cara update thru handphone!

Inilah anak-anak murid ibu hari ni walaupun ada yang lebih tua dari ibu.

Dari kiri Hasniza, Zainora, Nadiah, Siti Fatimah, Kak Ina, Kak Samiah, Hafiz,Shida (baju belang) dan Miza (duduk)

Thursday, September 20, 2012

Telekung Project


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ibu nak share sesuatu kat sini. Tapi ibu nak jelaskan dulu, bukan untuk ibu menunjuk-nunjuk yang diri ibu ni baik. Ibu cuma berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik dan membantu orang lain, sedaya yang boleh. 

Ibu pegang pesan mak ibu, kalau kita tak kaya nak tolong orang, kita tolong dengan tenaga!

Kalian pernah dengan TELEKUNG PROJECT (TP)? Ini komuniti baru (baru nak masuk setahun) dan baru-baru ni pengasasnya Puan Azila telah mendaftarkannya sebagai sebuah NGO. Kalau nak tau tentang TP dengan lebih detail dan mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dianjurkan, boleh la search Telekung Project di FB masing-masing.

Uniknya, TP hanya berkomunikasi melalui FB. Dana dan sumbangan dikumpulkan atas dasar kepercayaan yang ukhuwah. Kebanyakkannya memang tak pernah bersua muka namun atas dasar percaya, wang ringgit dihulurkan untuk disumbangkan berdasarkan kempen-kempen yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

Kerana batasan jarak dan keluarga, ibu sangat cemburu pada mereka-mereka yang berpeluang mengikuti program TP secara langsung yang selalunya diadakan di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor kerana founder-nya berada di sana. 

Ibu sangat-sangat 'dengki'!  Dengki dengan kekuatan dan kelapangan yang volunteers lain perolehi. Walaupun sibuk dengan anak dan keluarga, namun masih punya kekuatan untuk bersama-sama program TP.  Moga Allah memberikan kelapangan  pada ibu untuk mengikuti aktiviti TP tanpa mengabaikan tanggungjawab ibu kepada keluarga dan kerja. 

Ramadhan lepas, adik-adik UTM ada membuat program Kit Syawal iaitu mengagihkan sumbangan raya untuk keluarga-keluarga terpilih di sekitar Taman Universiti, Skudai. Ibu mencuri masa untuk hadir walaupun ibu berada di Kota Singapura. 

 Team 79 - Shila, Zarina, Azila (pengasas) dan  ibu! Rupanya kami sebaya.

Alhamdulillah, memang terasa sangat seronok dapat membantu kawan-kawan TP yang lain mengagihkan sumbangan yang telah dikumpulkan kepada keluarga-keluarga tersebut. Walaupun penat tapi nikmat menolong orang tu satu kepuasan yang tak dapat digambarkan.

Dan terkini, TP sedang merancang untuk melebarkan langkahnya mengadakan sebuah CLUB HOUSE untuk dijadikan markas bagi aktiviti utama mencuci telekung. Selain itu Azila mempunyai pelbagai idea untuk menjadikan Club House sebagai pusat berkumpulnya volunteers bagi mengadakan usrah dan lain-lain aktiviti yang sesuai (banyak dalam perancangan)

Sempena dengan itu, kempen RM1 FOR ACCORD telah dilancarkan. Mudah, jika anda prihatin dan memahami perjuangan TP, sumbangan RM1 sahaja diperlukan. Kalau nak bagi lebih, adalah sangat-sangat dialu-alukan.


Kalau ada yang sudi, boleh bank-in ke akaun Azila dan yang penting emailkan butiran transaksi anda kepada Azila untuk tujuan audit kerana TP adalah NGO yang berdaftar.

Moga perkongsian ibu pada hari ini memberikan peluang dan ruang kepada semua untuk mengumpul saham akhirat. Semoga Allah merahmati hidup anda dan menggandakan rezeki kita. 

Amin

Wednesday, September 19, 2012

Dulu dan Kini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tetiba ibu nak tulis topik yang sedikit serius. Ibu adalah seorang IBU. Ibu juga adalah seorang GURU dan ibu pernah menjadi seorang MURID. Bukan tujuan ibu dan kondem sesiapa, tapi just nak share apa yang ibu rasa dan lalui sepanjang ibu menjadi MURID, GURU dan juga IBU.

Ibu bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Padang Perahu (SKPP). Sebuah sekolah kampung yang masa tu setiap darjah hanya ada 2 kelas, iaitu kelas A dan B kemudian ditukar kepada Mawar dan Melati. Itu pun tak sampai 30 orang sekelas. Pelajar hanya dari kawasan kampung sekitar sahaja.

Cikgu-cikgu pun sangat penyayang dan bersungguh-sungguh mendidik ibu dan kawan-kawan. Sampaikan cikgu English ibu masa darjah 6, Cikgu Khadijah sanggup bawak balik ibu dan beberapa rakan-rakan untuk tidur di rumahnya dan mengajar extra untuk kami sebelum berlangsung UPSR. Alhamdulillah, English ibu dapat A walaupun seminggu sebelum UPSR ibu demam teruk tempias bahang gunung berapi Pinatubo meletup!

Masa di SKPP, ibu boleh rasakan cikgu-cikgu yang sangat sayang pada ibu dan ada juga cikgu yang so-so saja. Tak kisah lah kan. Tapi tukang kebun pun baik dengan ibu. Sampai ibu dah beranak pinak ni, Abang Wahid tukang kebun masa ibu di SKPP dulu masih kenal ibu dan menegur ibu hehehehe...

Cikgu SKPP lah yang mula membentuk karektor ibu. Cikgu Mat Said mencungkil bakat ibu sebagai penyajak dan pendebat. Cikgu Maznah mencungkil bakat ibu di dalam sukan bola jaring dengan asas yang kukuh. Allahyarhamah Ustazah Aminah mengasah bakat ibu dalam bidang hafazan dan quran.

Itu cikgu sekolah pagi, tak lupa juga untuk guru-guru agama ibu yang memberikan asas fardhu ain yang sempurna buat ibu. Bermula dengan Mak Nah, Allahyarhamah Ustazah Faridah, Allahyarhamah Ustazah Fatiah, Ustaz Ibrahim dan Ustaz Radhi. Salah baca, terus kena rotan saja!

Cikgu-cikgu dulu memang garang. Cikgu Mat Said pernah mengajar ibu matematik masa darjah 5. Setiap kali habis kelas, dia akan suruh semua berdiri dan dia akan mula menyoal sifir secara random dan mesti jawab dengan cepat. Siapa yang salah, hulurkan tapak tangan dan satu sebatan rotan akan singgah. Gagal lagi, sebat lagi. Sampai berjaya baru boleh duduk.

Berbekalkan UPSR 3A1B, ibu melangkah ke Sekolah Menengah Jitra, lebih kurang 9km dari rumah. Disebabkan pengangkutan awam yang tidak cekap, mak dan abah memutuskan untuk ibu tinggal di asrama.

Hidup di asrama penuh dengan peraturan. Makan ada masa, lewat kena denda. Prep lepas Isyak, kalau bising kena denda. Tak boleh keluar kawasan sekolah sesuka hati, kalau buat dan tertangkap, tanggunglah sendiri. Katil kena kemas, baju tak boleh sidai rata-rata, loker mesti tersusun, kasut, baldi dan segala-galanya ada peraturan yang tersendiri.

Ibu mula nakal di asrama. Pernah kena denda sebab solat di bilik, bising di kelas prep malam, lewat ke dewan makan, tak hadir kelas prep petang, lewat kelas tuition dan macam-macam salah laku.

Denda untuk murid perempuan macam ibu masih boleh tahan. Selain bebelan cikgu, takat jemur tengah panas, tawaf court tenis dan bola keranjang atau ketuk ketampi saja.

Tapi kawan-kawan lelaki ibu ada yang kena penampar hanya bila lambat masuk kelas tuition. Ada yang kena sebat dengan getah paip dan macam-macam lagi denda yang hebat. Tapi ibu memang salute dengan kawan-kawan lelaki ibu ni.

Depa langsung tak melawan walaupun berkali-kali "makan penampaq". Berkali-kali ok! Kat sekolah kena, kat asrama pun kena! Sepanjang 5 tahun, berkali-kali kena. Memang tabah kawan-kawan ibu ni.

Dan yang paling bestnya, cikgu yang paling garang itulah yang menjadi cikgu kesayangan ramai hingga kini. La ni, dah beberapa anak murid yang kena penampar dan denda dengan cikgu tu dulu, sama-sama jadi cikgu dan mengajar di sekolah yang sama menghadapi kerenah anak murid yang macam-macam zaman kini.

Ibu tak tahu orang lain, tapi ibu tak pernah mengadu lagi pada mak dan abah bila kena denda atau marah selepas 2-3 kali mengadu dan diri sendiri kena marah lagi. Dan ibu yakin, kawan-kawan ibu pun tak mengadu sebab tak pernah ada kes parents datang 'serang' warden atau cikgu sekolah sepanjang ibu kat situ.

Mula-mula ibu mengadu, mak akan kata "Padan muka. Takkan cikgu tu bodo nak buat kita tak tentu pasai!!". Kena marah lagi dengan mak. Lepas tu terus diam dan simpan sendiri bila kena denda lagi walaupun kadang-kadang ibu rasa ibu langsung tak bersalah dalam hal tu.

Mak dan abah memang langsung tak pernah salahkan cikgu. Kalau dapat markah rendah, mak atau abah akan marah kan ibu. "Awat orang lain boleh, pasai apa kita kata payah!". "Pasai apa kita tak reti, awat orang lain boleh jawab". Ada hati nak mengadu lagi pasal cikgu, boleh blah!

Bila zaman dan berubah, segala hal pun berubah. Kadang-kadang ibu kesal dengan sikap anak murid dan ibubapa kini. Kesal dengan pandangan depa terhadap profesion guru. Betul, bukan semua guru tu baik, tapi kita kena ingat, anak kita pun bukannya baik.


Banyak kes yang ibu hadapi bilamana ibubapa menyalahkan orang sekeliling bila anaknya tertangkap melakukan kesalahan. Macam-macam! Panjang kalau nak cerita, tapi dipendekkan kata, ibubapa tetap tak boleh terima kesalahan anak masing-masing dan tetap berpendirian anak saya tak pernah buat macam ni, ni semua pengaruh kawan-kawan!

Berdasarkan pengalaman, anak-anak zaman kini memang pandai manipulate cerita. Cikgu kata macam ni, depa cerita macam tu. Cikgu tegur, depa kata cikgu benci dan suka marah-marah. Cikgu bagi nasihat ingat penat lelah mak ayah, depa kata cikgu hina mak bapak depa!

Bila berlaku kes-kes melawan cikgu dan pukul cikgu, ibu tak tau sapa yang patut dipertanggungjawabkan. Ibubapa nak mengaku salah ka? Ibu pun takut sebenarnya, takut kalau-kalau ibu pun sama macam ibu bapa yang kerap meletakkan kesalahan di bahu cikgu. Ibu tahu rasanya menjadi cikgu dan ibu tahu rasa menjadi seorang ibu.

Tapi ada ibubapa yang tak merasa menjadi cikgu melontarkan kata-kata yang membuatkan hilang mood nak jadik cikgu walaupun bukan mengajar anak dia. Cikgu tak buat kerja, cikgu tak reti mengajar, cikgu kurang ajar. cikgu itu, cikgu ini. Semua yang busuk-busuk saja.


Tapi kata orang, "what goes around must come around". Anak-anak adalah cermin kita. Macamana sikap anak, itulah sikap kita sebenarnya yang kita tak sedar.

Moga ibu dan ibubapa diluar sana dapat mendidik anak-anak menjadi tahu hormatkan orang dan keadaan sekeliling. Biar mengaji tak pandai, tapi pandai bawak diri dan disayangi ramai. Tapi kalau semua pandai, alhamdulillah, syukur pada Allah Taala.

Jom, sama-sama muhasabah diri sendiri!

Monday, September 17, 2012

GARAM - Jangan pandang rendah!

Assalamualaikum.

Sempena cuti hari ni, ibu nak kongsi kisah garam! Ini kisah benar...


Masa kecik-kecik dulu (zaman sekolah rendah), ibu ada baca sebuah buku yang tajuknya Hikmat Semangkuk Garam tapi jalan ceritanya ibu dah lupa langsung. Cuma yang ibu pasti, buku tu berkisahkan garam. Ok, abaikan!

Lepas tu, bila dah makin besaq sikit, ibu tonton cerita P. Ramlee pasal garam. Filem Ahmad Albab. Syawal bawa hadiah birthday berupa garam untuk bapa mertuanya yang materialistik bagi menunjukkan betapa garam tu penting dalam hidup sebagaimana pentingnya bapa mertua dalam hidup mereka. Last-last kena marah sebab bagi garam yang murah!


Bila lagi besaq, ibu berpeluang tengok pengamal perubatan tradisional dan islam menggunakan garam dalam rawatan.

Tok sah ambik contoh jauh-jauhla, masa masuk rumah ni dulu, adik ibu ada buat bahan berupa garam dicampur lada hitam yang dibaca beberapa potong ayat al-Quran. Lalu sebelum Maghrib selama 3 hari berturut-turut, garam bercampur lada hitam di'hempas' di hadapan rumah beserta air yang juga sudah dibaca ayat-ayat suci, dipercikkan pada dinding rumah. Garam juga bahan utamanya kan!

Ok, itu kegunaan garam yang 'lain daripada lain' yang ibu tahu selain dari untuk memasak.

Baru-baru ni, sempena meraikan kedatangan Syawal, ibu adakan jamuan makan kat rumah. Ibu masak laksa sebagai main course dan adalah chemil-chemilan sikit sebagai side dishes. Ewahhh....

Bila buat makan-makan ni, memang dapur akan digunakan sepenuhnya terutamanya sinki. Alhamdulillah, jamuan ibu selesai hampir pukul 10 malam dengan Kak Is dan keluarga sebagai tetamu terakhir.

Konsep jemputan ibu mudah, bermula jam 2 petang sampai habis makanan! Itu yang sampai malam masih ada yang sudi bertandang, alhamdulilllah.

Lepas tetamu balik, ibu mula mengemas rumah. Anak-anak dah tidur awal keletihan. Senang ibu nak buat kerja. Tengah sedap basuh mop kat sinki, tetiba air melimpahkan keluar dari lantai kabinet dapur! Dia buat daahhhhhh!!!

Sebelum ni dah pernah jadi macam ni. Saluran sinki ke main hole tersumbat. Otak ibu memang terus jammed kalau benda ni jadi.

Wak yang pernah baiki sinki ibu dulu berjaya dihubungi dan mai ke rumah cuba selesaikan masalah tapi tak dapat. Puas wak godak-godak, tapi gagal.

Wak cadangkan buat saluran baru sebab katanya mungkin bahan yang block tu dah keras. Mungkin juga ada pasir dan batu. Kalau selesai pun hari ni, nanti akan jadi lagi hal yang sama. Ibu setuju!

Seminggu ibu hilang mood masak. Dapur berbau sekali badan ibu pun berbau bila cuba godak-godak lubang yang penuh air kumbahan! Perrghhhhh. Masa tu rasa berapa pun quatation yang wak mintak nanti ibu sanggup bagi asalkan sinki ku kembali normal.

Sementara tunggu wak nak bagi harga untuk buat saluran baru, ibu gogel pasal cara atasi singki tersumbat ni. Ada yang suggest beli kat kedai hardware satu benda alah macam spring. Ibu pun beli tapi fail. Sekali spring tu lunyai dikerjakan ayah.


Ada yang suggest beli asid tapi ayah tak berapa setuju guna tu. Ibu pun cuak jugak dengan asid-asid ni bila ada anak kecik. Sembang dengan rakan opis yang jugak jiran setaman, dia suruh ibu curah air panas disamping jadi 'minah gyver'! Seluk dalam lubang tu untuk buang clog yang ada! OMG!!!!!

Gamak ke nak seluk ni?? Gambar google.

Ibu terbaca ada yang guna garam dan air panas tapi ibu buat dunno. Kata hati ibu, cara tu mungkin untuk sinki tersumbat tahap 1 kot sedangkan masalah sinki ibu ni dah macam kanser tahap 4.

Rasa murung sangat bila sinki ni buat hal. Dah habis ilham nak buat apa. Sementara tunggu wak yang kata nak call tapi tak kunjung tiba, ibu ikut la cara yang mudah dan murah iaitu tuang garam dan air panas dalam lubang. Dari tak buat apa-apa baik ibu cuba saja walaupun hati ibu berkata-kata - takkan berjaya!

Malamnya, ibu tuang 2 paket garam kasar dan air panas. Air tak boleh tuang banyak pun sebab air dalam lubang tu tak surut-surut, penuh! Lepas tuang garam, ibu godak-godak lubang tu dengai dawai. Baunya... Fuh!

Tengah malam, ibu bangun tuang lagi air panas dalam lubang. Masih tak boleh habis air dalam cerek tu. Tido malam pun tak lena mengharapkan keajaiban berlaku!

Esok pagi, celik je mata jerang air. Lepas tu tuang 2 paket lagi garam kasar dan curah lagi air panas. Habis satu cerek. Uikkkk! Oh! Mungkin semalaman sinki tak digunakan, sebab tu air surut.

Balik kerja beli lagi 5 pek garam kasar. Ibu curah lagi 1 paket garam dan secerek air mendidih. Ibu jerang lagi secerek, tuang lagi. Aikkkk!!! Tak penuh! Ibu suluh dalam lubang.... OMG!!!!! Kosonggg!!!!!

Hohohoho! Hati terus gembira tapi masih takut-takut nak guna sinki. Takut "yang terindah itu hanya sementara". Hahaha...

Alhamdulillah, sampai hari ni sinki ibu sudah fully recoverd. Bila wak telefon nak bawak orang nak buat saluran baru, ibu bagitau yang sinki dah ok. Punya la kuat wak gelak bila ibu kata ibu guna garam dan air panas saja dan mimpi ngeri ibu selesai. Dia kata, kalau air dan sampai ke bawah, maknanya dah ok lah tu!

Syukur sangat-sangat! Mula hati dan kecewa macam putus chenta! Tu la, pandang rendah lagi kat garam. Yang mahal tak semestinya bagus, yang murah tak semestinya tak ok kan!?

Last-last hanya berkoskan tak sampai RM10, masalah selesai. Kalau kena buat saluran baru tu, silap-silap mau makan ratus-ratus jugak tu!

Moralnya, jangan mudah pandang rendah pada sesuatu walaupun ianya nampak remeh dan tak logik kan!!??

Garam, boleh selesaikan masalah sinki tersumat yang teruk. Plumber pun surrender. Siapa sangka, garam boleh selesaikannya, dengan izin dari-Nya jugak ;-)

So, pada surirumah sekalian, sebelum sinki anda separah sinki ibu, eloklah diamalkan garam kasar dan air panas sebagai maintenance bulanan. Murah sajakan.

Cegah sebelum parah! Kang kalau dah tersumbat teruk, apa pun tak gunaa....

Friday, September 14, 2012

Tidur anak-anak

Jumaat
14 September 2012

Assalamualaikum. Hari ini adalah Jumaat terakhir di bulan Syawal. Lepas ni masuk bulan Zulkaedah, orang dah mula sibuk dengan kisah nak pi haji pulak. Cepatnya masa berlalu. Moga makin bertambahlah amalan kita hendaknya.

Dah lama ibu tak share kisah kakak dan kembar kat blog ni. Ada selit pun sikit-sikit saja. Mula Ramadhan, sibuk dengan menu berbuka dan bersahur. Lupa nak bagitau, kakak berjaya puasa 15 hari (kalau tak salah perkiraan ibu).

Hari last Ramadhan, kakak puasa pada awalnya. Tapi, di kampung sepupu kembarnya DikNa tak puasa dan makan depan kakak. Mula makan mee, kakak masih boleh bertahan. Kesian ibu tengok kakak dok telan air liur, lepas tu dia lari masuk dalam bilik.

Dah petang sikit dalam pukul 430 gitu, ibu nampak DikNa bawak bekas kokokruch masuk ke bilik. Ibu sengaja jenguk cari kakak. Sekali, ibu nampak kakak tengah kunyah kokokrunch kat bawah almari solek dengan jayanya! Dah tak tahan sangatla tuh. Nak marah pun masih budak!

Eh! Back to tajuk lah ekk. Kisah tidur hahaha. Tidur pun ko nak cerita ekkk chekiyah oii! Bajet artis gitu, semua kisah nak tulis hehehehe.

Sejak beranakan kembar ni, jarang sekali ibu tidur di bilik tidur ibu. Ibu lebih selesa bergelimpangan dengan anak-anak kat hall bawah di atas toto. Bagi memudahkan urusan dan kerja ibu, sakit badan pun ibu abaikan.

Faktor ayah yang kerja shift malam (selalunya) yang membuatkan ibu perlu menguruskan anak-anak seorang diri, maka tidur di aras bawah yang hampir dengan pintu keluar dan dapur adalah solusi terbaik buat ibu.

  • Pintu keluar - untuk memudahkan ibu mengangkut kembar (selalu tidur lagi masa keluar rumah) dan barang ke kereta di pagi hari.
  • Dapur - memudahkan ibu nak bangun buat susu dan basuh botol serta berak kencing anak-anak di malam hari.
Selalunya, masa nak tidur tu anak-anak mesti nak ambik bau ketiak/badan ibu hahahaha. Kalau abang ketiak kanan, adik ketiak kiri dan kakak akan ambik port kat celah kaki ibu (sebab tu saja yang boleh ibu kepitkan dia heehehe). Bila semua dah nyenyak, ibu akan susun depa sorang-sorang. Ibu akan tidur kat hujung kaki depa.


Cantikkan susunan depa tidur!
Masing-masing keletihan lepas penat layan tetamu masa open house.
Adik tertidur sampai tak sempat basuh kaki dan tukar baju.


Kalau depa tak jaga tengah malam, maka lena lah ibu dengan nyenyaknya. Kalau tak, ibu akan berubah-ubah tempat mengikut siapa yang jaga. Kalau abang, nanti terpaksa lah ibu bangun dah menyelit kat celah abang. Tepuk-tepuk dan garu-garau belakang dia, nanti beradulah kembali abang dengan nyenyaknya. Ibu pun lena sama.

Tak lama lepas tu, ibu rasa berat semacam atas dada. Buka mata, rupanya adik dah bangun cari ibu dan landing atas ibu. Kena lah angkat dan susun balik depa. Begitulah gayanya tidur ibu dan anak-anak tidur di malam hari.

Susun punya susun, nanti bangun pagi, gini lah gaya depa!


Gambar di subuh hari! Sila tenung lebih sikit!

Wednesday, September 12, 2012

Part 3 - Aidil Fitri 2012

Assalamualaikum.

Cepat sungguh masa berlalu. Ibu rasa macam baru semalam update blog, rupanya dah nak masuk seminggu. Dah bulan September pun. Dah penghujung Syawal pun. Ya Allah..... cepatnya putaran bumi sekarang ni.

Ok. sambung sikit lagi kisah raya ibu yang tak seberapa ni. Rasanya ni last episod kot! hehehe

Walaupun ibu seperti tak kisah beraya dimana-mana, namun sebenarnya jauh di sudut hati ibu, ibu tetap berharap untuk beraya bersama mak dan abah serta sanak saudara di Kedah. Tapi bila sudah berkongsi hidup ni, ada hal yang perlu kita beri tolak ansur dan jangan ambik 'pot' sangat.

Ibu bersyukur sangat-sangat, sebab perjalanan hidup ibu ni memang terasa berjalan lancar dan diatur oleh Allah dengan mudah akan apa yang ibu hajati dalam setiap hal walaupun banyak rintangan dan dugaan yang perlu ibu hadapi pada awalnya.

Dan tahun ini, walaupun ibu sambut AidilFitri bersama keluarga di Melaka namun ibu masih dapat beraya dan bersalaman dengan maktok dan adik beradik ibu dari Kedah. Alhamdulillah, Allah menyusun segala-galanya dengan indah sekali.

Aidilfitri hari tu, sepupu ibu Adik Afiq telah selamat bernikah dengan gadis pilihan yang berasal dari Kundang Ulu, Tangkak. Dan rombongan dari Kedah telah turun beramai-ramai ke Johor untuk majlis akad nikah dan kenduri di sebelah pengantin perempuan.

Dikesempatan yang Allah aturkan ini, ibu pun ambik la peluang untuk hadir sama-sama meramaikan rombongan pengantin lelaki. Rombongan Kedah diketuai oleh abang ibu sekeluarga, bersama makndak dan pakndak serta Adik Azhar anak beranak (keluarga pengatin lelaki).

Turut serta dalam rombongan adalah maktok, njang dan Adik Ikram, Adik Pami, Adik Zahir serta paklang dan maklang. Depa berkampung di Pusat Latihan Polis, Bakri kat rumah sepupu ibu Adik Pozi (anak maklang).

Ibu suruh Adik Pozi cari homestay kat taman yang tak berapa jauh dari pusat latihan polis tu sebab tak nak menyesakkan rumah sepupu ibu yang masih solo. Dah la dia bujang, ramai-ramai pi serbu rumah dia. Ibu dok pikiaq, mana dia nak cekau bantal, tilam, selimut, cadar dan segala bagai untuk ramai-ramai tu kalau ramai-ramai dok rumah dia.

Akhirnya ibu adik beradik (family ibu, family abang dan adik Zahir - tak dak famili lagi hahahaha) duduk rumah yang ibu cari tu. Sewa. tong-tong ibu dan abang hehehehe

Hari Jumaat pertama di bulan Syawal, sepupu ibu selamat bergelar suami. Selamat datang ke Keluarga ManTeh diucapkan pada Adik Kasmah. Majlis berjalan lancar walaupun adat Kedah dan Johor berbeza.

Adik Afiq dan isteri.

Ahli keluarga ManTeh yang muda-muda ni memang pandai bawak diri walau di mana-mana saja. Hat yang tua-tua sikit tu jenis berprotokol kalau nak banding dengan geng-geng muda ni, memang belasah habis! Harap keluarga pihak pengantin perempuan tak terkejut dengan tingkah laku kami.

Ibu memang gemar sangat dengan suasana kampung adik sepupu ibu yang baru ni. Hijau dan mendamaikan. Jalan nak ke rumah dia tu, tahap cerun 35darjah jugak la. Dapatla ibu lepaskan gian mendaki gunung walaupun tahap ketinggian hanya taraf 'gon' .

Adik (belakang) dan abang (dengan ayah) steady saja naik gon. Tak sia-sia dapat ibu macam i tau...hahahaha. Abang nampak macam pelik tengok ibu "pasal la teruk benau ibu naik bukit ni?"

Hari Jumaat akad nikah. Esoknya Sabtu, kenduri pulak. Berulang alik kami 2 hari berturut-turut dari Bakri ke Daerah Kundang Ulu, Tangkak. Kereta abang, kereta pakndak, adik Azhar, kereta ibu dan kereta Adik Pozi.

Ibu ada plan nak bawak orang-orang Kedah makan mee bandung Muar tapi tak terlaksana. Dan masuk rumah, masing-masing dah malas nak keluar. Last-last, malam Sabtu (lepas kenduri) kami beramai-ramai ke Sabak Awor makan ikan bakar. Adik Zahir yang baru bergaji belanja. Tocheyy... Nanti belanja lagi naaa.... Tak dak anak bini lagi nak dibagi, belanja la adik beradik dan anak-anak buah ni :P

Walaupun hanya 3 hari 2 malam dapat berkumpul bersama-sama saudara mara dari Kedah tapi rasa macam lama sangat. Dapat la hilangkan rasa rindu. Riuh rendah homestay yang ibu adik beradik duduk dengan tangis dan tawa anak-anak sendiri dan anak-anak buah.

Pagi Ahad yang damai, kami masing-masing berpisah dengan haluan yang berbeza. Kontigen Kedah akan meneruskan perjalanan ke agenda yang berikutnya iaitu acara meminang anak dara Bahau buat sepupu ibu, Adik Pozi.

Lepas ibu kahwin dengan orang jauh, adik-adik sepupu ibu ni ramai pulak yang bertemu jodoh dengan orang-orang jauh. Baguih laaa, berkembang sanak-saudara kita. Ada ajakan untuk ikut sama rombongan ke Bahau tapi ibu menolak sebab jauh nak berpatah balik ke Johor. Lagipun Isnin ibu dah mula kerja dan rumah pun dah lebih seminggu ditinggalkan sejak raya.

Sekian, siri kembara raya ibu untuk tahun 2012.

Eh! Wordless Wednesday ekkk....wordless la sangat!

Thursday, September 6, 2012

Part 2 - Aidil Fitri 2012

Ok! Dah seminggu blog tidak berupdate. Tapi dalam hati ibu ni, tetap ada hajat nak buat entry raya berpart-part hehehehe

Eh! Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah masuk Syawal ke 19 kan hari ni. Ke 18? Tapi dah belas-belas dah kan. Dah berjaya ke masing-masing habiskan puasa 6? InsyaAllah, hari ini hari terakhir ibu untuk puasa di bulan Syawal. Esok boleh raya dulu, lepas tu sambung lagi 4 hari baki puasa yang perlu diganti.

Sambung kisah raya ibu di kampung. Lepas salam-salam dan makan-makan, ayah, Siti dan anak-anak buah ibu bergeges ke kubur untuk ziarah kubur adik ipar ibu yang meninggal 3 tahun lalu. Dia meninggal pada tarikh 08.08.09 bersamaan 16 Syaaban. Tak berapa hari lagi nak sambut Ramadhan. Raya tahun ini adalah raya ke empat tanpa allahyarham.

Al Fatihah.

Ibu dengan nenek tak ikut. Nenek dah kena pening kepala. Ibu pulak tak nak ikut sama sebab tak dak sapa nak jaga kembar. Nak bawak ke kubur sama, keadaan pulak rasanya tak sesuai. Terlalu panas!

Lepas balik dari kubur, makan lagi. Lepas tu, bertolak ke rumah keluarga Siti di Paya Luboh. Seharian kat sana sampai la malam. Ibu memang dah biasa beraya kat sana. Lagipun saudara Siti semua dah kenal ibu. Sebab tu ibu tak rasa kekok dan boleh saja lepak lama-lama kat situ.

Tengah malam, keluarga Mak Teh dari Putrajaya sampai. Sebelum ke chalet, depa singgah dulu kat rumah serentak pulak dengan ketibaan keluarga Kak Chik, anak MakLong. Riuh rendah sat rumah! Entah pukul berapa family mak teh balik ke chalet pun ibu tak tau, sebab ibu dah tertidur masa menidurkan baby!

Esoknya, ada pesta makan strawberry-coklat kat rumah nenek. Nawwar (anak makteh) bisnes starwberi-coklat kat KL. Dah cuti raya, stok buah masih banyak. Memang rezeki kakak dan kembar la dapat makan strawberi macam makan nasi. Setalam! Makan puas-puas.


Ayah yang tak layan strawberi pun layan sama sebab ada coklat. Zul (suami Nawwar) rajin pulak melayan rakyat-rakyat yang suka makan strawberi ni, tukang cairkan coklat. Hari raya orang makan kuih raya, kami makan strawberi coklat, macam cicah mempelam dengan garam belacan.

Tak tau la berapa puluh biji twin dan kakak makan buah. Mujur tak 'cir-bir'. Mungkin sebab cicah dengan coklat kot kan, ada kelat-kelat sikit hehehehehe

Abang dengan kakak tengah gigih nak cucuk strawberi!

Malam baru kami berjalan raya. Rumah wajib yang mesti di singgah kalau balik beraya di Melaka adalah rumah Mak Midah, sepupu nenek. Kadang-kadang, ibu ni dah rasa macam orang kampung situ. Sebabnya, ibu dah macam kenai semua sedara-mara yang rapat dan rasa dah close sungguh, padahal baru 6 tahun kot kahwin dengan ayah :P

Hari ke 3 kot, kami keKampung Balik Batu, Tanjung Bidara, sebelah kampung ayah, Kampung Padang Kemunting, Pengkalan Balak menziarahi rumah sepupu nenek. First time ibu beraya kat rumak Pakcik Micik ni. Rumah dia betul2 tepi pantai. Memang tak payah pasang kipas angin, menderu angin laut masuk ke rumah. Syurgaaaa...

Tengah lepak kat rumah pakcik Michik, Makndak sekeluarga dari Ipoh pulak sampai. Terus ke rumah Pakcik Michik sebab rumah dah kunci. Lepas makan-makan, terus jalan ke Paya Luboh lagi (ibu memang dah macam orang Paya Luboh, tetiap hari ke sana). Sebelum tu ke rumah mentua Kak Ati (kakak Siti) sebab family Siti semua kat sana. Mak mentua Kak Ati buat open house. Makan lagi!

Makan! Makan! Makan!

Lewat petang baru singgah rumah kampung Siti. Lepas maghrib, baru ibu bertolak balik ke Padang Kemunting. Memang beraya dan berjalan sungguh-sungguh kalau balik ke Melaka ni. Orang sini, memang suka jalan-jalan time raya, kunjung mengunjung. Sekali datang, penuh rumah! Happening habis!

Oklah, lepas ni kalau rajin ibu sambung tulis lagi hehehehe

Daaa....
Related Posts with Thumbnails