Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, November 14, 2012

Setahun sudah berlalu...


Assalamualaikum

"Setahun akan berlalu, Muharram datang kembali. Bersama kehangatan semalam. Tanpa ku sedari, kupetik mawar merah, ku tulis sebuah puisi." - Lirik sekuntum mawar merah yang ubah. :D

Esok bermulalah tahun yang baru, 1434H. Masih terasa lagi saat mengaminkan doa awal tahun dan akhir tahun, petang ni akan berulang kembali. Masa oh masa.... 

Seperti biasa, ibu sejak entah bila, bukanlah orang yang suka meletakkan azam setiap kali tahun baru. Dulu-duluuuuuuuuu, ya pernah. Tapi disebabkan ibu sudah kenal diri ibu, baik tak payah tetapkan target. Selalunya, lain ibu plan, lain yang ibu akan buat hahaha. Buat penat kan!

Tapi itu tidak bermakna ibu tidak meletakkan sebarang harapan atau perubahan dalam hidup. Ada, tetapi biarlah hanya ibu dan mereka yang terlibat saja tahu. Yang lebih penting, ibu mengharapkan kehidupan ibu sekeluarga mendapat keredhaan dan keampunan Allah Taala. Sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan kasih sayang! Amin...

Pada sesiapa yang ada kelapangan, bolehlah hadirkan diri di masjid-masjid yang berdekatan dengan kediaman anda. Pasti ada majlis punya! Selalunya, sampai lepas Isyak dan akan ada ceramah segala bagai.

Ibu seperti biasa, hanya duduk di depan tv mengaminkan doa dari tv saja. Allah masih belum memberikan kelapangan buat ibu atau mungkin ibu yang tidak berusaha  mencari kelapangan itu, barangkali?

Apapun, ini doa awal tahun dan akhir tahun yang akan di baca nanti. Moga berguna pada mereka yang sedang mencari.


Doa Awal tahun dan Akhir tahun

Semoga Allah memelihara kita semua!

Salam Maal Hijrah 1434!

Friday, November 9, 2012

Tips CINTA

Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat. Malam tadi malam Jumaat, malam yang digemari oleh pasangan suami isteri. Iye ke? hehehehe

Ibu, seperti biasa. Tiada beza malam Jumaat dengan malam-malam yang lainnya. Berperang dengan anak-anak adalah perkara utama. Ayah bekerja!

Sempena hari Jumaat yang mulia ni ibu nak share sesuatu kat blog ibu ni. Tips cinta untuk pasangan suami isteri yang sah sahaja. Ibu dapat tips ni pun kat FB. Meh kita semak tengok, adakah kita (suami dan isteri) mengamalkan tips-tips cinta ni setelah berkahwin. 

Ayah, jom kita semak!

Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing 
Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.  

Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. 

Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. 

Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. 

Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 

Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. 

Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. 

Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 

Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 

Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. 

Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. 


Thursday, November 8, 2012

Once Upon A Time

Assalamualaikum.

Semalam ibu menonton tv seperti biasa. Tapi sedikit luar biasa sebab semalam ibu layan siri baru di Channel 5 (TV Singapura). Dah lama tak layan cerita bersiri omputeh, tapi semalam tersangkut balik sebab ceritanya cerita fantasi.

Ceritanya bertajuk Once Upon A Time. Watak fantasi macam Snow White, Prince Charming, Rumplestiltskin dan Evil Queen yang jahat dah ada. Bila ibu google rupanya akan ada banyak lagi watak yang akan muncul, Red Riding Hood dan Pinochio pun ada. Syok-syok! Yang lagi best sebab kat Channel5, siri ni back 2 back, yakni 2 siri terus menerus!

Dan yang paling penting, sebenarnya siri semalam yang ibu tengok adalah season 1 yang released on October last year. Seoson 2 dah main September 2012. Tak tau la kat TV8 dah ada ke belum cerita ni! Ibu memang selalu tertinggal kapal rasanya.. hehehehe

Suasana cerita ni bercampur antara dunia fantasi dengan 'real world' di sebuah pekan yang bernama Storybrooke. Pekan tersebut asalnya adalah 'fairy tale world' yang telah disumpah oleh Evil Queen yang berdendam dengan Snow White dan Prince Charming yang bahagia menjadi suami isteri. Kira macam Evil Queen ni nak balas dendam la sebab Prince Charming tak kahwin dengan dia sebaliknya memilih Snow White. Kerana chenta jugak kan!

Evil Queen telah menyerang istana mereka semasa Snow White sedang melahirkan anak mereka tapi Prince Charming sempat menghantar anaknya melalui sebuah almari keluar dari dunia fantasi. Prince Charming telah koma dalam serangan itu.

Lepas Evil Queen lancarkan sumpahan dia, semua penduduk dunia fantasi ke dunia nyata dan mempunyai watak yang lain pulak dan tak ingat apa-apa  lagi tentang dunia lama. Evil Queen jadi Regina - Datuk Bandar Storybrooke. Snow White jadi Mary, cikgu sekolah. Prince Charming koma kat hospital! 

Evil Queen di Fairy Tale Land

Regina di Storybrooke

Di Pekan Storybrooke, Regina ada seorang anak angkat, Henry yang sangat mempercayai sebuah buku fantasi yang diberikan oleh guru sekolah (Snow White). Dia mencari anak Snow White yang telah disembunyikan ke dunia sebenar yang juga ibu kandungnya, Emma berdasarkan buku tersebut.

Mary di Storybrooke
Snow White di Fantasy Land!
Henry dalam rawatan sakit jiwa sebab terlalu obses dengan watak dalam buku yang dia baca. Dia yakin ibu angkatnya adalah Evil Queen dan hanya Emma saja yang boleh musnahkan sumpahan Evil Queen! Orang lain kat Storybrooke tu semua dah macam kaku dan takut dengan Regina yang sangat berkuasa kat situ.

Penceritaannya sekejap dunia fantasi, sekejap kat Storybrooke. Baru 2 siri dah rasa menarik. Kalau lambat sangat nak habis dan menunggu, terpaksalah meminta jasa baik kekasih hati ku untuk meng'download' siri ini. Boleh kanda? hehehehe

Season 1


Ibu suka cerita fantasi macam ni. Selalu tunjukkan orang baik-baik kalah dulu dan kena buli. Pengajarannya mudah - Kita tak perlu beria-ia melawan pun. Biar saja yang jahat terus berdendam dan menghentam. Akhirnya diri sendiri mereka yang terkorban dalam dendam yang mereka ciptakan!

Peace,no war!

Monday, November 5, 2012

Cuti-cuti Malaysia


 Assalamualaikum.

2 minggu tak update blog adalah satu pencapaian. Walaupun jari jemari ibu yang main montel ni boleh memicit keyboard iphone atau ipad sambil baring, tapi ibu masih tak berdaya nak update entry baru. Apa saja alasan yang diberikan, tetap alasan walaupun betapa banyak kemudahan yang ada di depan mata. Malas adalah faktor utama :P

Kisahnya, ibu sekeluarga balik ke Kedah. Katanya nak ber- Aidiladha di sana. Tapi sepanjang hari raya, kami sekeluarga di dalam kereta menuju ke Utara. Dah terbiasa begitu dengan kehidupan pasangan  ibu yang biasanya akan last day kerja pada pagi raya.

Pukul 1145 pagi, ibu sekeluarga memulakan perjalanan ke Utara. Alhamdulillah, perjalanan lancar walaupun ada sedikit jammed di hiway (masih di Johor). Cuaca sedang-sedang, tak hujan dan tak terlalu panas.

Pukul 3, singgah di RNR Seremban, makan bekalan nasi himpit dan kari daging yang ibu masak di malam hari sebagai bekalan berjalan di hari raya kan. Lepas solat dan lenguh kaki dan pinggang sedikit hilang, enjin kereta kembali dihidupkan untuk menuju ke destinasi yang telah ditetapkan.

Pukul 5, berhenti di RNR Tapah bila kakak mengadu lapaq. Biasalah kalau berjalan dengan anak-anak kecik ni, banyak kali berhenti adalah kemestian. Kata lapaq, tapi makanan ibu yang kena habiskan. Mula masuk kereta pukul 6 petang, hujan rahmat telah mencurah-curah turun. Cabaran memandu di dalam hujan ketika waktu hampir malam dan akan melalui jalan yang berpusing-pusing selepas terowong Menora membuatkan ibu scary. Cabaran perjalanan kini bermula!

Dek kerana hujan yang terlaku lebat dan suasana malam yang bertambah kelam dengan hujan, pemanduan hanya di paras 50km/j. Lepas terowong Menora, lagi la ibu rasa drive macam siput! Dengan lampu jalan tak dak, lampu kecik-kecik kat atas tar pun takdak, jalan pulak pusing-pusing menurun bukit, anak-anak pulak tereyak dalam kereta sebab takut hujan dan kelam.. Oh! Sungguh terasa hebat memandu dalam keadaan yang menekan-nekan. 

Maktok telefon, kalau dah lewat singgah la rumah abang. Ibu pun memangd ari awal terasa nak buat macam tu. Bila maktok bagitau yang abang ibu tak balik kampung lagi, ibu pun terus hello-hello la dia bagitau nak singgah.

Berehat semalaman, esok meneruskan lagi perjalanan ke kampung halaman. 2 jam dari Parit Buntar, sampailah ibu di laman rumah yang dirindui. Masa sampai, mak tok tengah sapu laman rumah. Saja ibu picit horn bagi jiran-jiran kampung tau yang ibu dah sampai, terutamanya jiran sebelah rumah! hehehehe

Lepas peluk cium, maktok bagitau yang nenek (tok) sakit. Ada kat rumah paksu. Terus ke sana tengok tok dulu. Tok kalau dah sakit, ibu dapat bayangkan keadaan dia macamana. Tanpa gigi palsu, wajah tua tok akan kelihatan sungguh uzur dan kendur.

Aktiviti di kampung adalah meronda-ronda rumah saudara mara. Setahun sekali balik, kena la pi ziarah kenai adik beradik. Tu pun ada yang tak sempat nak pi. Kakak dan kembaq yang paling gembira, dapat berlari ke sana sini tanpa sekatan. Masuk pintu depan, keluar pintu sisi, lari naik tangga. Masuk pintu dapor, keluar pintu depan!


Nanti sambung lagi, banyak kerja yang perlu di'teliti' balik. Baru cuti seminggu, rasa macam baru naik cuti bersalin 3 bulan! 

Otak rasa kosong!






Related Posts with Thumbnails