Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, December 31, 2012

HOT : Terima kasih atas komen ini

Assalamualaikum.

Apa khabar semua pembaca blog ibu? Tak kiralah anda baru singgah atau selalu singgah ke sini, terima kasih ibu ucapkan. Moga Allah memelihara kita semua hendaknya.

Sesungguhnya, ibu tidak berniat nak update blog hari ini. Asalnya ibu nak habiskan kerja-kerja ibu yang masih berbaki. Dasar suka tangguh kerja kan, ginilah adanya. Padahal, kalau buat dah boleh siap pun, saja nak tunggu saat-saat akhir. Kadang-kadang kerja last minutes ni buatkan kita jadi lebih kreatif. Walaupun masa singkat, ilham datang mencurah-curah. Ok tak alasan?

Niat tak nak update blog tapi tetiba update jugak. Kisahnya, ibu saja menyelusuri kembali entry-entry yang telah ibu tulis sebelum ini. Mengimbau kembali kenangan sepanjang tahun sebelum berakhirnya 2012 ini.

Sampai di entry yang ada banyak komen, ibu akan bukan dan baca komen-komen yang diberikan. Ada yang ibu balas, dan ada yang ibu tak reply sebab komen yang diberikan pada entry yang dah lama ibu tulis. Lepas ni mungkin ibu akan buat approval dulu kot, so ibu akan dapat notification dalam email.

Sampai pada satu entry ibu ang bertajuk CAH KETING, ibu baca semula. Teringat suka duka ibu nak mohon naik pangkat dulu. Mula keluar result, ibu tak berjaya. Mujur KSU suruh buat penilaian semula, dan alhamdulillah, akhirnya ibu dapat keputusan yang memihak pada ibu.

Entry CAH KETING itu adalah sebahagian pengalaman dan pemerhatian ibu selepas kewujudan sistem naik pangkat yang sebegini. Itu adalah penilaian ibu sendiri. Dari pemerhatian sendiri, ibu boleh kenalpasti siapa yang boleh jadi kawan dan siapa gunting dalam lipatan.

Ada 9 komen yang ibu terima. Ibu buka kembali. Dan ada satu komen yang terkini yang menggunakan gelaran Anonymous yang singgah pada 27 Disember 2012 baru-baru ini. Seadanya, ibu akan melayan sesiapa saja walaupun pembaca ibu yang takut mendedahkan identiti sendiri. Masing-masing punya reason yang tersendiri barangkali termasuklah pengecut, penakut atau tidak ada keyakinan diri.

Komen terkini yang ibu terima mungkin termasuk dalam golongan mereka yang ibu sebutkan tadi. Mungkin penulis itu kenal ibu tapi takut dan berdepan dengan ibu sendiri hehehehe. Kesian kan?



Tersenyum sendiri membaca komen ini.

Tetiba, ibu rasa glemer pulak. Blog picisan macam ni pun ditakuti orang ekk. Tak sangka ibu berjaya menyemaikan aura-aura negetif pada pembaca blog ibu. Jangan jadi bodoh ok.  Sapa-sapa yang terpedaya dengan dakyah jahat ibu ni, sila sedar kembali :)

Dan ibu terfikir-fikir, adakah kawan-kawan yang sedang berkawan dengan ibu kini hanya berpura-pura baik dengan ibu sedangkan mereka tahu ibu ini 'jahat', penghasut dan 'ketagih' menikam dari belakang? Berapa ramai dan orang yang ibu 'tikam' selama ni ek. Lupa :P sebab terlalu banyak ;)

Well, ibu tahu siapa anda! Ibu tetap berprasangka baik terhadap anda, Jangan risau tentang ibu. Cuma hal ini menambahkan lagi kebenaran akan pemerhatian dan pesanan yang selama ini ibu terima terhadap anda untuk ibu berhati-hati...

Pada kawan-kawan semua yang tengah bekerja keras untuk permohonan kenaikan pangkat, sila buat dengan penuh tanggungjawab. Jangan jadi jahat macam ibu yang suka cah keting orang. Pada yang failnya ibu tolong susunkan, sila semak semula sebab ibu sengaja susun bagi salah sebab tak mau anda berjaya :P. Nanti, kalau korang berjaya naik pangkat dan gaji sama macam itu, gaji ibu kena potong sebab nak bagi kat korang sama. Itu tidak aciiiiii......!

Allah itu ada. Allah maha mengetahui segalanya.
Moga Allah merahmati kita semua. 

Terima kasih.

Wednesday, December 26, 2012

Doa Za tetap ada buat wan..

Assalamualaikum.

Ibu sudah mengalaminya. Rasa pedih dan seksa bila berjauhan dengan keluarga, dengan ibu dan abah serta sanak saudara. Namun ibu harus akur dengan ketentuan masa yang merubah segalanya. Ibu juga sudah punya keluarga sendiri dan tanggungjawab ke atas mereka - ayah dan anak-anak ibu -kakak, abang dan adik dan mungkin akan bertambah lagi!

Semalam 25 Disember 2012, wan (datuk) sebelah abah telah menghembuskan nafas di Hospital Sultana Bahiyah, Alor Setar Kedah. Lebih kurang jam 450 petang, ibu mendapat panggilan telefon dari maktok memaklumkan berita ketiadaan wan. Sekali lagi ibu terkedu dan fikiran terus menjadi kosong.

Ibu cuma mampu bertanya pada maktok, "dah tu macamana ni?". Sungguh, ibu jadi blank. Bila berhadapan dengan situasi macam tu, hati ibu terus rasa 'gayat', macam sedang terjun dari bangunan yang tinggi.

Maktok memahami situasi ibu yang jauh. Jawapan  maktok mudah. 

"Takpa, tok sah la balik. Kalau balik pun tak dan tengok. Abang kata nak kebumi malam ni jugak. Mak bagitau saja".

Ibu mengiyakan kata-kata maktok. Tapi lepas tu, ibu mula menggodek telefon. Berusaha juga mancari jalan, kalau-kalau ada peluang untuk pulang! Kalaulah saat itu ibu ada kapal terbang! Alangkah...alangkah kan?!

AirAsia (AA) diterjah, flight malam tak dak. MAS pun sama, mungkin dah penuh barangkali. Esoknya ada, tapi RM400++/person untuk AA. Kalau balik, ibu kena bawa anak-anak. Ibu berbuat kira-kira. Itu bukan solusi yang terbaik rasanya. AA akan turun di Penang. Siapa pula yang nak menjemput nanti? Sanak saudara pasti dalam keadaan kelam kabut, jangan ibu pula menambah kusut nanti.

Keputusannya, ibu diam di rumah dengan anak-anak. Lagipun ayah tengah kerja. Ditambah lagi dengan jadual kerja ayah di bulan Disember yang sangat 'gila'. Tinggalkan rumah pukul 1 petang, pukul 6 pagi esoknya baru sampai ke rumah. Maka dengan berat hati, ibu tidak pulang menziarah arwah, satu keadaan yang sukar rasanya.

2 hari sebelum itu, adik ibu ada meng'upload' gambar wan di hospital. Nampak wan dalam keadaan yang lemah. Kata adik, wan kurang darah putih dan ada thyroid. Sukar untuk makan dan minum ditambah pula dengan pendarahan di dalam usus yang sudah sekian lama wan alami.

Abah menemani wan di hospital.

Sabtu, 23 Disember 2012, sepupu ibu di Kedah melangsungkan perkahwinan. Kebanyakkan saudara-mara memang ada di kampung lagi. Masa wan warded, penuh bilik wan dengan anak menantu yang berkampung dan menunggu. Malamnya, sanak saudara berkumpul mengadakan bacaan yassin, memohon Allah memberikan yang terbaik buat wan.

Saudara mara berkumpul di hospital
Pagi tadi, sebelum ke pejabat, ibu  ada menelefon maktok bertanyakan kisah di sana. Kata maktok, wan dikebumikan malam tadi jugak selepas Isyak. Rezeki wan barangkali, meninggal pukul 430 petang, pukul 9 malam sudah selesai diuruskan jenazahnya. Syukur, Allah memudahkan perjalanan terakhirnya.

Ibu dapat membayangkan suasana yang maktok ceritakan. Urusan jenazah semuanya diuruskan oleh anak cucu. Kata maktok, bilik air penuh dengan anak cucu yang berebut nak mandikan wan.
 
Abah dan paktam membantu wan membuang kahak

1 April yang lalu, tok (isteri wan) telah pergi di kala subuh yang hening. Walaupun ibu tidak sempat melihat wajah tok buat kali terakhir, tapi ibu masih berpeluang pulang ke sana. Masa tu, ayah tengah cuti dan ibu ada di Melaka. Anak-anak ada tempat untuk ditinggalkan dan ibu masih boleh berusaha untuk terbang ke kampung.

Hidup jauh dengan keluarga ada indahnya. Bila sekali-sekala pulang, kita akan diraikan. Minta apa saja nak makan, keluarga pasti akan tunaikan. Tapi bila ada hal yang mendukacitakan begini, itulah detik yang sangat menghibakan bila kita tak berupaya untuk berbuat apa-apa...

Al-fatihah untuk wan. Walaupun Za jauh, tapi doa Za tetap ada untuk wan. Moga wan tenang di sana, bersama dengan mereka yang beriman.


Tuesday, December 25, 2012

Happy holiday!

Assalamualaikum.

Cuti sekolah dah hampir ke penghujung. Sempena cuti krismas hari ni, mesti ramai lagi yang ambil kesempatan untuk bercutikan? Tak payah ambik contoh jauh-jauhla. Sejak minggu lepas lagi, opis ibu dah macam diserang garuda. Sunyi sepi. 

Sejak Jumaat lagi dah mula lengang sebab Khamis, Johor cuti Hari Hol. Ramai yang ambik kesempatan bercuti panjang bermula Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan bersambung hari ni Selasa! Mungkin sampai habis minggu ni pun ada rasanya!

Kawan-kawan ibu ramai jugak yang bercuti di saat-saat akhir ni. Ada yang ke Perak, ke Kedah dan ramai jugak yang naik Cameron Highland (CH). Mujur ibu dah singgah CH masa balik Kedah cuti raya haji hari tu walaupun sekolah belum mula cuti. Kira dah holiday la tu kan?!

Time cuti sekolah gini, CH memang akan sesak dan padat dengan manusia. Kalau dulu, ibu pernah naik CH masa hari-hari biasa, hanya sibuk dengan lori pick-up bawak sayur saja. Masa tu ibu naik dengan kawan-kawan gunung.

Ada sekali tu, ibu mendaki bermula dari Ulu Kinta, naik ke Gunung Korbu, terus ke Gunung Gayong dan akhir di Gunung Yong Belar. Lebih kurang 10 hari di hutan merentas banjaran Titiwangsa dan akhirnya kami turun di BlueValley, Cameron Highland. Gamble bermalam di BlueValley mengharapkan ada lori pick-up yang akan masuk ke situ (kawasan tadahan air) untuk kami bersembilan orang tumpang ke Kampung Raja. Mujur ada! Kalau tak, tido lagi satu malam hahaha

Team Bandit x-trail expidition. Kenangan di BlueValley
Masa ibu ke CH baru-baru ni, keadaan kat sana dah banyak sangat berubah. Rasanya jalan kat sana dah makin sesak dengan kenderaan, apatah lagi kala cuti sekolah ni. Hutan pun dah makin kurang. Banyak kawasan yang dah kena tarah untuk dijadikan kebun sayur dan  kebun buah-buahan. Masa ibu mendaki dulu, boleh nampak kawasan kebun sayur di CH ni dari Triangle Peak. Kalau sekarang ni, mesti nampak lagi luas kan?

Pada kawan-kawan ibu yang ke sana, selamat bercuti. Hati-hati di jalan raya. Baik-baik memandu naik dan turun di sana. Jalan naik dan turun ke CH tu agak merbahaya. Kalau naik ikut Tapah, banyak kawasan tanah runtuh, jalan yang bengkang bengkok di tambah pulak dengan jalan yang sempit. Kalau nak selesa sikit, naik ikut Simpang Pulai. Jalan agak besar namun sedikit jauh. Kena tempuh pulak kawasan-kawasan yang sesak dengan pickup orang sana. Sedikit jem bila sampai ke Sungai Terla dan Kampung Raja.

Monsun dah mula tiba sejak semalam. Masa ibu singgah CH hari tu pun, asyik hujan saja kat sana. Dah la sejuk, pastu hujan pulak. Ayah sampai tak sanggup nak mandi sebab sejuk sangat walaupun ada water heater! Ambik bilik yang tak dak aircon pun takpa, tidur tetap kena bungkus dengan selimut jugak...

Di Strawberry Park  Hotel, kakak yang ambikkan gambar!
Kalau ke CH, lawatan wajib mestilah ke ladang teh, ladang strawberi dan kebun bunga. Kalau nak jimat masa. masuk dulu MARDI di Tanah Rata. Semua ada kat situ. Parking pun senang, anak-anak pun selamat nak berlari kat dalam tu. Kalau cuaca mengizinkan, boleh la ke ladang teh tempat shooting Ombak Rindu di Sungai Palas. Alang-alang dah ke situ, boleh terus ke Gunung Brinchang, tengok view dari menara kat sana. Ada lagi ka menara tu ekk?

Kenangan di atas menara Puncak Brinchang
Sebab utama ibu singgah CH adalah nak tunjukkan kakak pokok strawberi. Anak-anak ibu memang penggemar strawberi yang tegar. Mungkin sebab dari mengandung lagi, ibu tersangatlah suka makan strawberi, hinggalah anak-anak dah besar pun, depa mudah makan buah yang masam manis ni!

Strawberry Farm!
Sejuk-sejuk pun melantak icecream
Makan strawberi sepuas hati!
Tahniah pada anda yang dapat menghadiahkan diri dan keluarga akan sebuah percutian. Walaupun percutian itu serba bajet dan serba sederhana, biarlah. Asalkan sumber yang menampungnya adalah dari usaha kita yang halal, bukan dari duit 'bawah meja' atau dalam usaha menghabiskan peruntukkan yang ada. Dah la banyak berjoli dari kerja, balik claim lagi atas urusan rasmi. Wujud tak ekk manusia yang macam ni?

Jangan marah aaaa... kalau terasa pedas, anda mungkin orangnya! 

Peace, no war!

Ibu dan bunga. Kumbang (abang) nak interprem jugak!

Tuesday, December 18, 2012

Allah itu ada!

Assalamualaikum.

Tahun 2o12 adalah tahun yang penuh cabaran buat ibu. Kesabaran dan kekuatan mental ibu diuji dengan kuat sekali. Serangan yang datang dari serata penjuru. Mungkin, inilah hadiah terbaik buat ibu sempena 10 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam - ilmu untuk mengatasi tekanan!

Serangan dan tekanan ibu harungi saban hari. Senang kata, pejam mata dan jalan saja! Telan apa yang ada depan mata. Apa lagi yang mampu ibu buat. Ibu mesti berlagak tabah, agar nampak kuat dan gagah. Setiap hari, asal buka mata, otak mula berfikir - apa lagi yang akan aku terima hari ni?

Sungguh, bila kita diuji dengan tekanan yang kuat, secara sendiri kita akan berubah menjadi lebih kuat dan berani walaupun sebenarnya kita langsung tidak memiliki peluru atau senjata untuk menyerang kembali. Itu lah yang ibu rasai.

Ibu tidak mahu mencari pokok-pokok untuk ibu menumpang teduh kerana ibu tidak mahu mereka kering dengan bahang yang mengelilingi ibu. Selalu ibu ingatkan mereka. Tapi, pokok-pokok itu sendiri datang mendampingi dan memayungi ibu. Dan dalam diam, ada yang hujan yang datang menyiram ibu tanpa ibu sedari.

Ibu bukan sesiapa. Umpana timum saja. Kalau durian yang menggolek atas timun, dia tetap terluka. Atau timun jatuh di atas durian, timun akan mengalami hal yang sama. Itulah situasi ibu. 

Ibu terus merangkak, bangun berdiri dan mengorak langkah sendiri. Membina kekuatan dan keyakinan dengan memohon doa dan petunjuk Allah. Pada Dia sesungguhnya ibu meyerah! Saban malam ibu bangun bermunajat pada sang Pencipta, mohon agar Dia memberikan petunjuk dan menghadirkan bantuan untuk melepas lilitan yang mengikat seluruh anggota ibu. Ibu yakin akan doa orang yang dizalimi dan teraniya akan sampai pada Allah tanpa hijab!
 
Usaha dan tawakal, Allah akan membantu kita!

Sekian lama tertindas dan dizalimi, akhirnya Allah hadirkan bantuan yang langsung tak terjangka. Mungkin inilah jawapan Allah pada munajat ibu yang saban malam berdoa tanpa jemu.

Selama mana kita dapat hidup menongkat langit, berlagak seakan kita tidak akan mati atau bertindak seolah-olah Allah itu tidak mengetahui. Larilah sehingga ke hujung dunia selagi mampu. Mungkin kita boleh terlepas di dunia, tapi ingat - mati tetap meburu kita!

Kalau di dunia pun tak boleh terlepas, apalagi di akhirat nanti!

Monday, December 17, 2012

Mahap ekkk...


Bila terlalu banyak benda yang kita nak luahkan, kita akan jadi hilang fokus bila  mula mengarang. Semua rasanya nak diceritakan. Semua kisah rasa penting dan berebut-rebut jari ni menaip itu dan ini. Taip sebaris, padam. Tapi seperenggan, delete! Bila nak siap mengarang entry baru hahahaha

Tulis yang simple dan baru berlaku dulu la ekkk....
 
Oklah. Tadi pagi ibu ter'lepas' cakap dengan seorang kawan. Ibu berharap dia tidak berkecik hati dengan soalan dan butir bicara ibu yang tiba-tiba terkeluar. Ibu dah lama pelik dengan apa yang ibu perhatikan selama ini. Kenapa apa yang dimiliki lain dari yang lain, padahal semua dapat dari sumber yang sama. Dasar 'kepochi' kan...!

Ibu pun dengan ramah mesranya bertanya pada yang empunya diri. Baik bertanya dari ibu buat spekulasi sendiri. Dan sosok tuan badannya pun dengan penuh gembira dan mesra menerangkan jawapan pada persoalan ibu tadi. Bila dapat jawapan dari  mulut tuan badan, ibu pun meluahkan ayat dengan lancar sekali.

"Lahaiii..patutla i pelik, pasal singkat sangat. Rasanya yang lain tutup b*nt*t. U pulak pi potong pendek bagi nampak". Balas ibu sambil kami melayan gelak ketawa disaksikan beberapa kawan yang sama-sama nak pi makan.

Kemudian ibu pun berlalu untuk bersarapan. Bila bersembang balik dengan kawan-kawan tadi, ibu mula terfikir, harap dia tak 'sentap' dengan ayat ibu tadi. Ibu pulak bercakap di depan kawan-kawan yang lain, takut sahabat ibu tu 'terasa' malu pulak.

Cumanya, ibu berpendapat pakaian kawan ibu tu tak kena dengan tempat kot. Ibu kan bekerja di jabatan kerajaan dan telah ditetapkan tatacara berpakaian yang sepatutnya sebagai penjawat awam. Kalau kerja dalam bidang korporat atau swasta memang cun seh! Nampak outstanding.

Ni bukan tatacara berpakaian penjawat awam tau!



Pada rakan ibu tersebut, kalau anda terbaca (atau ada yang bagitau suruh you baca) blog ini dan terperasan anda dalam situasi yang ibu tuliskan ini, ibu dengan rendah hati mintak maaf ekk.

Sesungguhnya yang terkeluar dari mulut tadi adalah ikhlas dari hati yang memang you tau outspoken ni. Pada mata I, nampak kurang manis you berpakaian macam tu walaupun dasarnya nampak cantik dan 'gojes'.

Tapi kalau you nak teruskan hal yang sama, silakan. I tak kecik hati ;). I pun bukannya baik sangat. Kadang-kadang terculas juga tanpa sedar!

Pada kawan-kawan opis lain yang baca blog ni (ibu tau ramai sebenarnya), tak payah la nak sibuk-sibuk tanya, siapakan gerangan orang yang ibu ceritakan di atas. Pada yang ada bersama-sama ibu tadi, korang diam-diamkan lah ekk... jangan pulak nanti ada yang tambah garam dan lada! Hehehehe..

Bahaya, kalau kisah seinci kang jadi sedepa....

Friday, December 14, 2012

14122012 M bersamaan 1234H

Assalamualaikum dan selamat pagi.

6 tahun yang lalu pada tarikh ini, saya telah selamat bertukar status menjadi isteri. Bertemu hanya 4 kali termasuk hari kami dinikahkan setelah hampir 2 tahun bersembang dan bergurau senda tanpa kenal wajah. Senang kata, kami betul-betul berkenalan dan bercinta selepas ijab kabul. Cinta selepas kahwin!

Dalam tempoh 6 tahun ini, sesungguhnya kami masih lagi saling kenal mengenali. Masih banyak lagi kehendak dalaman jiwa masing-masing yang belum terungkap dan dikeluarkan, termasuklah diri ibu yang sememangnya mudah bertukar mood dan perasaan hahaha. 

Sejujurnya, kami tidak pernah berperang besar (mintak dijauhkan). Kalau setakat berselisih pendapat, itu memang adat dan selalu sangat berlaku. Ibu dan ayah dari dua kehidupan yang jauh berbeza. Seorang anak kampung yang survival dan lasak jiwa berkongsi hidup dengan seorang anak metropolitan yang hidup dengan jagaan rapi dari keluarga. Bila hidup bersama pasti akan timbul banyak perkara yang akan menjadi isu.

Banyak perkara yang kami masih tidak sama. Sorang suka buat macam ni, seorang lagi suka tak ambil peduli.  Kadang-kadang, ayah yang terlebih ikut prosedur bercanggah dengan ibu asal boleh saja. Ada perkara yang ayah 'asal boleh saja' tapi ibu pula kata kena ikut langkah-langkahnya. Hahahaha..memang haru.

Ibulah yang kerap bercakap, membebel, meluahkan perasaan itu dan ini. Ayah seorang yang diam, sunyi sepi kalau ibu membebel. Kadang-kadang tension jugak, rasa macam bercakap dengan dinding sebab tak dak respon. Tapi cuba bayangkan kalau kami berdua saling bercakap, saling membebel?



Buat kanda ku sayang,

Masih jauh lagi perjalanan hidup kita sekeluarga (andai dipanjangkan umur). Walau macamana kuatnya leteran adinda, sesungguhnya hati dinda penuh dengan kasih sayang dan inginkan yang terbaik buat kita. Hidup kita sudah tidak sama seperti dulu (masa berdua) dengan amanah yang telah Allah berikan pada kita - kakak, abang dan adik dan mungkin akan ada lagi selepas ini (ops!)

Bertuahlah kanda kerana memiliki dinda yang gagah menjaga anak-anak sendirian takala kanda sibuk berkerja siang dan malam tak kira masa. Dinda tak minta intan permata (tapi kalau nak bagi, dinda ambik saja) atau kemewahan yang melampau-lampau sebagai balasan. Cukuplah sekadar kanda menjadi suami dan ayah yang prihatin pada setiap bebelan dinda dan bertindak agar dinda tidak membebel lagi. hehehehe

Kanda, 
Dinda minta ampun dan maaf. Dinda sedar, dinda bukanlah isteri yang baik tapi dinda sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat kanda dan anak-anak kita hinggakan kadang-kadang dinda terpaksa bertukar menjadi 'singa' (hehehehe). Dan dinda juga berharap agar kanda juga selari dengan dinda, berusaha menjadi yang terbaik buat keluarga kita, tapi kanda tak perlu la jadi singa! :P

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke 6. Maaf tiada sambutan atau hadiah yang istimewa malah kanda terpaksa pulak tidur di bawah lantaran abang dan adik dah berkepit di bawah ketiak dinda. Terima kasih sebab menerima dinda yang penuh dengan bom-bom jangka!

Di hari Jumaat, 1.2.1434 Hijrah, buat yang membaca, doakan moga kami terus bersama dalam ketidaksamaan yang kami ada. Doakan kami terus bahagia walaupun kami punya cara yang berbeza!

Wednesday, December 5, 2012

Korang ada ego tak?


Assalamualaikum dan selamat pagi.




Hehehehe...setuju?

Tuesday, December 4, 2012

Buat yang bernama suami...



Buat Suami
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kau membiarkannya pergi
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu
Dia akan menurunkan rasa egonya.

Wahai suami-suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian,
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu
disaat kau terperuk terlalu dalam....

Wahai suami-suami,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu
Lhatlah jauh ke dalam matanya.
Dapatkan kau lihat dan kau rasakan sakit yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik kelembutannya dia memiliki kekuatan yang begitu dasyat
tutur katanya merupakan kebenaran
senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya
pelukan dan ciumannya bisa memberikan kehangatan bagi anak-anaknya..

Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa..
Dia terharu, menangis bila melihat kesengsaraan pada orang-orang yang dikasihinya
Dia mampu tersenyum dibalik kesedihannya
Dia sangat gembira melihat kelahiran
Dia begitu sedih melihat kematian
Titisan air matanya biasa membawa perdamaian.

sumber : FB

Related Posts with Thumbnails