Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, December 4, 2013

#Cinta Seumur Hidup

Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi sebuah kisah yang ibu baca di FB.

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga. Beliau meminta seorang peserta datang ke hadapan.

Penceramah : Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda.

Lalu lelaki itu pun menulis 10 nama yang dekat dengan dirinya. Ada nama jiran, orang tuanya, teman sekerja, sahabat, anak-anak dan juga isterinya.

Penceramah : Sekarang silakan pilih 7 di antara mereka yang sekiranya anda ingin terus hidup bersamanya.

Lalu, lelaki itu pun menghapuskan 3 nama yang ditulisnya tadi.

Penceramah : Hapuskan 2 nama lagi sehingga tinggal 5 sahaja.

Lelaki itu menuruti arahan penceramah itu tadi.

Penceramah : Hapuskan 2 nama lagi.

Lelaki itu memadam. Dan hanya tinggal 3 nama iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening. Mereka berfikir semua sudah selesai dan tiada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba penceramah berkata, "Sila padam 1 nama lagi". 

Lelaki itu mula kelihatan sulit membuat pilihan namun akhirnya perlahan-lahan dia memilih menghapuskan nama orang tuanya.

Penceramah : Silakan pilih 1 nama lagi!

Lelaki itu menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat menghapuskan nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang, penceramah bertanya kepada lelaki itu.

Penceramah : Kenapa kamu tidak memilih orang tua yang melahirkan dan membesarkan kamu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi.

Semua orang di dalam dewan terpaku menunggun jawapan dari lelaki itu. Lalu, lelaki itu pun memberikan jawapan.

Lelaki : Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya. Sedangkan anak, jika sudah dewasa akan berkahwin. Setelah itu juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup adalah isteri saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan isteri, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.




Sekian....

Friday, November 29, 2013

#Gebunya rindu ini

Assalamualaikum.

Bila rindu menggebu dan membuak-buak, kita akan bercerita apa yang kita rindukan?! Syukur, ada blog kesayangan tempat ibu meluah rasa. Kalau bercerita pada manusia, mungkin dia acuh tak acuh saja melayan kerenah ibu yang mengada-ngada.

Selain Allah tempat mengadu yang paling agung, blog picisan ibu inilah tempat yang paling sesuai adanya ;)

Kalian yang sudi membacanyalah yang menjadi tempat ibu menyampaikan rasa yang ada. Meluahkan kesakitan yang jika dibiarkan, boleh bernanah di jiwa.

Andai sampai detik kalian merasa jemu, pangkah saja blog ini. Tidak sedikit pun ibu berkecil hati...


Rindu meng'gebu' untuk ke sini lagi!


--------------------------------------------------------------

Di dalam sebuah riwayat, ada dinyatakan sebuah kisah. Ketika itu baginda Rasullullah sedang duduk berkumpul dengan sahabat-sahabat baginda. Ada Saidina Umar, Abu Bakar, Uthman, Ali dan lain-lain.

Seketika Rasullullah SAW bertanya kepada sahabat.

"Tahukan kalian siapakah hamba Allah yang paling mulia di sisi-Nya?".

"Para malaikat ya Rasullullah!", jawah salah seorang sahabat.

"Ya, sudah tentu mereka mulis. Mereka utusan Allah. Bagaimana mungkin mereka tidak mulia. Tapi ada lagi yang lebih mulia", baginda SAW menjawab.

Para sahabat terdiam, lalu berkata " Sudah tentu para nabi ya Rasullullah".

Baginda menjawab, " Ya..sudah tentu mereka mulia. Mereka utusan Allah. Bagaimana mungkin mereka tidak mulis. Tapi ada lagi yang lebih mulia".

Para sahabat kembali terdiam. Lalu ada di antara mereka berkata, " Adakah kami ya Rasullullah? Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"

Baginda memandang wajah sahabat satu persatu lalu baginda tersenyum.

"Sudah tentu kalian semua mulia. Kalian dekat denganku. Kalian membantu perjuanganku. Bagaimana mungkin kalian tidak mulia. Sudah tentu kalian mulia. Tapi ada lagi yang lebih mulia ", kata Rasulullah.

Para sahabat terdiam dan tidak berkata apa-apa. Tiba-tiba, Rasulullah SAW menangis di hadapan para sahabat.

Baginda SAW mengangkat wajahnya, sambil air mata berlinangan. Baginda bersabda, 

"Mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah kewafatanku".

"Mereka mencintai Allah. Mereka tidak pernah melihat wajahku. Mereka tidak pernah memandangku dan mereka tidak pernah melihat wajahku seperti kalian, tetapi mereka sangat mencintaiku".

"Mereka yang mulia, merekalah UMMATKU!"

---------------------------------------------------

Apakah rasa yang hadir takala membaca kisah dia atas? Moga ada getaran yang singgah di hati kita semua.

Perbanyakkanlah sholawat dan salam ke atas baginda!

InsyaAllah.....

Thursday, November 28, 2013

#E9 - Madinah yang dirindui

Assalamualaikum.


AllahuAkhbar! 

Saat mula mengetik papan kekunci, menaik tajuk entry saja, hati ibu sudah mula bergetar. Jantung terasa berdebar-debar. Mata mula terasa panas...

Apakah ini nikmat kerinduan yang kau berikan pada hambaMu yang hina ini? 

Ada seorang sahabat ibu pernah bercerita kepada ibu. Ada saudara terdekatnya yang setiap tahun mengerjakan umrah. Katanya, kadang-kadang dia nampak seperti menunjuk-nunjuk. 

Setiap tahun nak ke sana! Ada duit saja nak ke sana! Tak habis-habis bercerita tentang Mekah dan Madinah!

Saat sahabat ibu bercerita, ibu hanya tersenyum. Ketika itu, ibu pun masih belum mendapat undangan Allah Taala. Masih belum merasai perasaan mereka yang telah sampai di sana. Sekadar mendengar pengalaman orang lain sahaja.

Kini, ibu sudah mengerti rasa yang ibu hanya dengar ceritanya dulu. 

Mungkin ada pembaca blog ibu juga berfikiran seperti sahabat ibu tadi. Mungkin! Maaf, pada yang tiada berperasaan begitu ;)

Bila ibu asyik-asyik bercerita tentang Mekah dan Madinah. Padahal peristiwa umrah ibu sudah hampir 6 bulan berlalu. Ibu masih galak bercerita tentang seronoknya suasana mengerjakan umrah. Tentang rindu untuk ke sana. 

Iya! Mungkin bila benda diulang cerita, ianya akan nampak seperti menunjuk-nunjuk (jika disalahh ertikan). 

Tapi, itulah salah satu cara untuk melepaskan kerinduan yang terpendam selain berulang-ulang melihat koleksi gambar yang ada.

Sama seperti saat bercinta. Asyik nak cerita kisah pasangan kita saja. Dia yang terbaik. Dia yang memahami. Dia yang romantik. Dia itu dan ini....

Macam dia sorang yang ada hahahaha...

Samalah seperti rasa cinta dan rindu pada Mekah dan Madinah. Bercerita seolah-olah baru semalam kita ke sana. Buat itu dan ini. Berulang kali nak ke sana lagi.

Kenapa?

Kerana cinta dan rindu! Sungguh ibu rindukan hiruk pikuk sibuk di tanah haramain, Mekah dan Madinah!

Dan sungguh, ibu tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.



Suasana depan pintu masuk ruang solat wanita. 


Ok, sambungan kisah ibu di sana.

Rombongan ibu tiba di Madinah takala malam sudah menginjak ke pagi. Hampir pukul 1, baru kami semua selesai masuk bilik dan mengangkut barang-barang. 


Tips: Jangan lupa ambik gambar hotel sebagai langkah beringat. 
Berguna jika sesat!


Adalah nikmat yang tak terungkap bila dapat berbaring di atas tilam empuk setelah menempuh perjalanan hampir 12 jam. Apalagi diuji sedikit oleh Allah di pertengahan jalan tadi.

Lebih kurang 3 jam berehat dan lelapkan mata, maktok mengejutkan ibu untuk solat subuh. Alhamdulillah, hari pertama tiba di bumi Madinah adalah hari Jumaat. Ibu berpeluang bersujud sejadah di sini. 



Bilik ibu - berkongsi 4 orang! Yang selerak tu, katil ibu la ;)


Pengalaman hidup di asrama banyak membantu. Ibu telah biasa dengan sujud sejadah sewaktu solat subuh di pagi Jumaat. Ramai juga jemaah yang tersilap saat melakukan sujud sejadah kerana mereka rukuk sedangkan sepatutnya terus sujud. 

Pada yang tidak biasa, belajar-belajarlah sedikit tentang sujud sejadah. Semasa di MasjidilHaram, tiada sujud sejadah dilakukan walaupun ibu berpeluang solat subuh di pagi Jumaat juga. Mungkin, bukan rezek ibu, atau mungkin sujud sejadah tidak dijadikan amalam di sana, wallahualam!

Usai solat subuh, maktok ada menegur seorang jemaah di sebelahnya yang juga tersilap semasa sujud sejadah tadi. Dia rukuk terlebih dahulu dan kemudian sujud semasa sujud sejadah.  Akhirnya kelihatan dia meneruskan solat subuhnya mengikut imam seperti biasa. 

Maktok menasihatkannya untuk solat subuh semula, dikhuatiri tidak sah dan dia mengikutinya. Katanya, dia tak pernah solat subuh yang ada sujud sejadah. Ini pengalaman pertamanya. 

Kalau di MasjidilHaram, kita boleh solat sunat pada bila-bila sahaja. Tiada waktu yang diharamkan seperti selepas Subuh dan Asar. Tapi bila tiba di Madinah, ianya kembali kepada asal. Solat sunat selepas Subuh dan Asar tidak boleh di buat lagi. Hanya yang ada adalah solat jenazah sahaja.

Masih ibu ingat pagi itu, seusai solat jenazah, ibu yang masih dalam keadaan 'laloq' menggagahkan diri membaca Al-Quran di ruangan solat nisa' yang berkarpet di bahagian dalam. Baru separuh muka, ibu dihalau polis wanita arab yang berpurdah.



Maktok (sipi-sipi nampak), makndak dan maknjang. 
Yang berkain kuning di leher rasanya jemaah Indonesia


Bangun, dan ubah tempat lain yang agak jauh, tapi masih di dalam ruangan yang sama. Kena halau lagi! Lahaiii....apa kena polis ni! Dah la ibu tak faham apa dia cakapkan, last-last maktok ajak balik selepas 3 kali ubah tempat.

Rupanya, ruangan itu adalah tempat yang digunakan untuk menyusun jemaah wanita mengikut negara yang hendak masuk menziarahi makan Rasullullah! Esoknya baru ibu tahu bila nak masuk ke raudah.

Di hadapan pagar Masjid Nabawi (laluan perempuan) sudah bersedia para peniaga dengan jualan mereka. Terpandang buah epal yang merah menyala. Ibu beli 2 kilo epal, sekilo delima, sekilo anggur dan sekotak buah aprikot. Terus teringat pada anak-anak ibu yang sangat gemarkan buah! 

Kalaulah mereka ada sekali......



Pintu masuk ruangan solat nisa' (wanita)


Hari pertama di Madinah diisi dengan mengamati suasana dan persekitaran. Sambil berjalan balik ke hotel, kedai-kedai di kiri dan kanan dijengah terutamanya kedai yang menjual kurma dan buah-buah kering selain kedai jubah! (^_^).

Balik ke hotel, sambung tidur sekejap. Maktok sibuk merancang dan mengingati masa-masa yang dibenarkan untuk jemaah wanita masuk ziarah ke Makan Rasullullah SAW. 

Berdebar ibu nak tunggu saat itu!

Tuesday, November 26, 2013

#Cuti tahunan keluarga

Assalamualaikum.

Menjadi kebiasaan ibu sejak menjadi orang Johor, Aidiladha adalah cuti panjang ibu untuk balik ke Kedah. Lepas ni mungkin ada perubahan dalam giliran balik Kedah. Tahun depan kakak dah mula sekolah rendah. 

Kalau masa tadika, ponteng seminggu ibu tak rasa bersalah. Dah sekolah kebangsaan nanti, kena buat pindaan nampak gayanya!

Peluang balik ke Kedah selalu ibu dan ayah akan ambil peluang 'itu' sebagai percutian keluarga. Jimat belanja. Banyak tempat yang boleh disinggah sepanjang pergi-balik ke Kedah. 

Tahun lepas, ibu bawa anak-anak singgah ke Cameron Highlands. Walaupun 2 hari 1 malam saja, cukup untuk kami bergembira dan bersukaria bersama. Mengikut acuan dan kemampuan ibu dan ayah yang biasa-biasa saja.

Tahun ini, ayah sound awal lagi ajak ke Langkawi. As ayah wish, ibu pun buat la kerja ibu. Cari kereta, hotel dan buat bajet. Tambah seronok, balik kampung kali ini, ibu dapat duit 'kut' family...muahahahahaha..

Raya ke 3, kami berangkat ke Langkawi. Ibu ajak mak dan abah join sekali. Abah menolak, katanya tak larat nak jalan sana sini. Mak dan 3 adik perempuan ibu ikut sekali. Bersembilan kami bila campur dengan ibu berlima.

Ibu sewa Innova, RM110/day. Penginapan ibu sewa apartment RM120/day. Ada 3 bilik aircond, 2 toilet dan lengkap berdapur. Sebelah dengan kompleks Haji Ismail Group yang baru! Yang paling penting, kena ada swimming pool...

Lepas dapat kereta, masuk apartment sat untuk letak beg dan solat. 

Destinasi pertama adalah Cable Car. On the way ke sana, singgah makan kat kedai makan yang ada. Lapik perut yang dah berkeroncong. Time dah pukul 3 masa tu.

Maktok tak nak naik cable car. Dah naik katanya, gayat. Tinggallah maktok kat bawah sorang-sorang menunggu kami yang dah tergedik-gedik nak naik atas sana. 

Nak bagi anak-anak ibu rasa naik cable car dan tau - ini lah tempat dating pertama ayah dan ibu depa! hahahahaha




Ayah yang tetap 'cuak' tapi cover baik punya, sama masa first date (^_^)




Makcik (adik ke 3) bersama abang dan adik!


Naik terus ke stesen atas. Tak singgah sebab nak cepat. Hari dah petang kan. Lagipun stesen 1 tu tak dak apa sangat pun. Ibu lagi suka naik yang kat atas, boleh tengok view puas-puas. 

Nak mendaki dengan kaki dah tak dak peluang, naik dengan cable car pun dah dapat hilangkan rindu dendam pada hutan, awan dan gunung ganang!



Ibu, kakak, makcik dan maklang.




Makcik (adik ke 4 - bongsu) dan maklang (adik no 1).


Kembar dan kakak berguling-guling kat atas sana. Gambar semua dalam camera haahaha.. yang ada ni ibu snap guna iphone ibu. Tu yang picture ala-ala sendu... boleh la kan!

Menghayati keindahan alam dan merasai dingin kabus dan awan, hilang seketika stress ibu dengan kehidupan. Sambil lepak dalam kedinginan petang, ayah belanja makan aiskrim. Kat atas tu, makanan memang agak terhad dan sedikit mahal. Atas gunung la katakan!

Turun gunung, hari dah maghrib. Kat bawah kedai dah tutup dan lengang. Kesian maktok tinggal sorang-sorang. 

Sebelum balik ke apartment, kami singgah di HIG complex yang baru. Borong coklat dan survey harga barang untuk kawan-kawan. Ibu beli baju tidur dan seluar. Ibu ke Langkawi bawak napsack saja, penuh dengan baju anak-anak saja. Barang-barang ibu, yang penting saja ibu bawa.

Ibu plan nak ambik pakej Mangrove Tour. Harga memang murah gila kalau banding dengan masa cuti sekolah. Sewa sebiji bot memang murah dan cun dengan kekuatan ahli rombongan ibu.

Tapi, tu lah. Anak-anak ibu lagi suka mandi kat kolam renang dari naik bot yang depa tak boleh nak berendam. Bawak la depa turun berendam dalam kolam yang kosong, tak dak orang!



Muka kepuasan dapat terjun kolam.

Adik dan kakak enjoy habis. Abang pula macam mimpi ngeri. 3 kali dia terjun, kepala tenggelam dalam ayaq. Lepas tu terus tak nak masuk dah, main basuh-basuh baju dan kasut kat tepi kolam saja.



Our bonding time.

Alhamdulillah, walaupun percutian yang singkat sambil-sambil balik kampung saja, tapi quality time dengan keluarga tu yang paling berharga. Percutian ringkas yang tak semewah mana, berkadar dengan kemampuan kewangan dan masa yang ada.

Check-out apartment pukul 12 tghari. Sebelum hantar kereta, ibu bawa ahli rombongan pusing-pusing ke Pantai Cenang. Tengok pelancong naik belon yang di tarik boat. Tak dapat nak lepak dan singgah banyak tempat sebab hujan turun tiba-tiba dengan lebatnya.

Sebelum balik, singgah lagi beli barang di HIG complex. Borong barang-barang tambahan yang dipesan. Barang sendiri langsung tak di beli ;). Tak tau nak beli apa :P



Budak letih mandi kolam. Baju pun dah tak sama!

Sekian, percutian kami yang ada-ada saja untuk tahun 2013! Ayah sound nak pi tempat Atuk Din pulak next year. Kena simpan duit lebih banyak-banyak ni kalau ayah jadi bawak ibu dan anak-anak ke sana :P

Tak rugi kan kalau berangan-angan!

Tuesday, November 19, 2013

#Main-main

Assalamualaikum.

Cuti sekolah dah bermula. Kakak seperti biasa dah di 'culik' nenek jadi temannya di kota singa. Tinggallah abang dan adik buat teman ibu!

Bangun pagi, abang terus tanya "Mana kakak?".

"Kakak dengan nenek kat Singapore". Dah berulang kali ibu bagitau abang dan adik, soalan yang sama tetap diulang tanya. 

"oooOooo..rumah nenek". Abang cakap dalam slang nya. Adik pun macam tu jugak jawapannya. Kembar la katakan!

Teringatla tu. Maklumla, tetiap malam, mesti ada permainan depa yang mula dengan baik dan akhirnya habis dengan berebut dan bergaduh. Ibu jadi 'tarzan', baru diam. Tu pun sampai tido, masih berendam air mata.

Ni permainan depa pada suatu malam. Nak gelak pun ada. Mana depa dapat ilham pun ibu tak tau. Mungkin tengok tv kot. Atau mungkin sebab ibu dok sebut-sebut kot..

Mauahahahaha...

Nak tengok apa jenis permainan yang depa main?

.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.




 Main mengandung-mengandung..boleh???
Perli ibu ke apa ni?




Abang yang nampak sarat hahahaha.. 
excited pulak bila ibu ambik gambar!



Adik, mengandung Patrick!
Dah nampak bontot dah tu...



Ayah kata nak lagi sorang 
Amacam? Nak sahut ke tak cabaran anak-anak  ibu ni?!

Best jugak cuti 3 bulan kan???

Tuesday, November 12, 2013

#Serangan kelkatu

8 Muharram 1435H

Assalamualaikum wbt.

Dah lama ibu tak memasak. Rasanya 2-3 minggu sebelum raya haji, mood memasak ibu memang hancur. Semuanya pasal saluran sinki ibu kembali tersumbat. Dok bertangguh-tangguh nak buat maintainace (garam dan air panas), akhirnya tersumbat balik saluran bawah tanah tu.

Mujur kali ni tak teruk sangat. Tapi proses nak hilangkan keladak tu ambik masa jugak la. Keras jugak rasanya sampaikan ibu terpaksa guna asid. Curah asid, biar sehari semalam, esoknya curah air panas, masuk garam. Setel!

Lari tajuk dah ni!

Maka kisah malas masak ni berlarurtanlah sehingga kini. Selalu beli atau makan di kedai sajor. Kalau masak pun takat nasi goreng, bihun goreng atau bubur nasi. Malas nak kecah-kecah sangat dapur tu sebab takut saluran sinki tu sakit balik.

Minggu lepas, ibu masih meneruskan sifat malas yang sama. Tapau dan  makan di rumah. Siap bagi anak-anak makan, ibu bawak la pinggan mangkuk ke sinki untuk dicuci.

Ibu spot something yang pelik. Frame grill tingkat dapur ibu sebelah bawah tu macam ada sesuatu. Nampak macam tanah merah yang berjuntai-juntai. Sepanjang frame tu, penuh dengan juntaian tanah-tanah yang nampak sipi-sipi saja.

Arrrghhh... ini memang anai-anai la ni. Sebelum ni dah serang rumah ibu masa sibuk dengan pilihanraya dan umrah hari tu (Bulan Mei - Jun). Dah panggil Pest Control pun, masih sama jugak.

Ibu terus capai DIY ubat anai-anai yang ibu beli dah lama, tapi simpan sebab panggil syarikat pest control tu mai rumah. Nampaknya terpaksalah ibu guna dulukan. Tampal 3 kotak.

Siap basuh pinggan, mood rajin tetiba mai la pulak. Rasa macam nak sapu sampah, nak mop lantai sebab tapak kaki dah tak lalu nak pijak. Bergetah sangat rasanya. Mata pun dah sakit tengok debu dan rambut berselerak.

Ok, lepas solat la buat! Padam lampu dapur, ambik wudhuk dan solat. Keluar bilik, ambik penyapu dan ibu pun keluarkan arahan.

"Ibu nak sapu sampah, nak mop lantai. Cepat kemas mainan dan botol susu. Nanti ibu sapu semua!". Arahan seorang ibu yang sedikit kejam bunyinya.

Maka bertebaranlah anak-anak ibu mengutip mainan. Ibu halau depa duduk atas tangga supaya senang kerja ibu nak menyapu. Sambil buat kerja, sambil mulut potpet-potpet kat anak-anak. Pesan jangan dok buat sepah lagi. Sapa yang suka sepah-sepahkan rumah ni, tak sayang ibu belaka.

Siap sapu, ibu pun mop lantai sekali. Tak sampai 30 minit pun, dah selesai sebenarnya menyapu dan mop satu hall tu. Dah boleh hampar tikar dan toto kembali!

Tetiba, lampu hall ada kelkatu! Aduuhhhh....ni mesti dia dah keluar dari celah frame grill tingkap dapur tadi tu...

Check kat sinki. Dari dalam gelap, boleh nampak banyaaakkkkkkkkkk kelkatu sudah memenuhi sinki ibu. Ada yang baru keluar dari celah frame tu sedang kibarkan sayap dia. Dengai anai-anai yang tergolek jatuh ke lantai, mungkin di tolak kelkatu yang nak meloloskan diri.




Kecewa sangat hati tau! Terus panggil anak-anak tengok. Ibu pun buat la cerita.

"Ini la anai-anai. Tengok, dia dah jadi kelkatu. Dia dah serang rumah kita sebab rumah kita tak bersih, banyak sampah. Sapa yang suka buat sampah?".

Tercengang budak bertiga tu. Muka kakak dah cuak. Ibu buka paip dan percikkan air bagi sayap dia basah dan tak dapat terbang. Bergelimpangan depa dalam sinki.

"Nanti, kelkatu ni penuh dalam rumah kita. Kalau rumah kita tak kemas, nanti lagi banyak dia datang".

"Ibu..ibu...adik buang sampah dalam plastik!". Adik memang cepat respons selamatkan diri. 

"Kakak nak tolong ibu kemas rumah la. Kakak tak nak sepah-sepah lagi".

"Ibu..ibu, abang tak buat sepah. Adik yang buat sepah". 

Hahahahha..masing-masing dah takut. Ibu tutup semua lampu dan padamkan tv sekali. Ibu cuma nyalakan lampu tandas bawah saja. Maka berkumpullah kelkatu di situ. Penuh dalam tandas.

Baju yang dibasuh paginya pun belum bersidai. Maka, ibu pun ambik la kesempatan yang ada untuk sidai baju di depan. Tutup pintu dan biarkan kelkatu tu buat hal dia sendiri.

Habis sidai baju, ibu bawa anak-anak melawat tandas. Memang penuh kelkatu sedang bermain dengan cahaya lampu. Terfikir, berapa besar koloni anai-anai kat bawah rumah ibu ni, kalau macam ni punya banyak kelkatu dewasa yang dah keluar ni.

Ibu ambik spray Fumakilla dan sembur dalam tandas. Lepas tu tutup pintu. Biar dalam 15 minit, ibu terjah kembali. Hahahahahah..habis bergelimpangan mati kena gas beracun!


Sebelum tidur, terpaksalah ibu bersihkan semua kelkatu tu. Kalau biarkan, lepas ni semut pulak akan serang mengangkut sayap dan badan kelkatu yang bersepah-sepah tu. Mujur malam tu ibu dah siap-siap cuci pinggan. Selalu, esok pagi baru cuci.

Naik geli seram sejuk jugak bila dah kumpulkan kelkatu yang terkorban tu. Sekali dengan sayap dan badannya yang lembik-lembik tu, eerrrkkk.... ibu pejam mata saja time 'jemput' semua tu dan masukkan dalam plastik sampah!




Masa kecik-kecik, mak kata kalau banyak kelkatu masuk rumah tandanya hari nak hujan. Memang sekarang ni musim hujan saja. Tanah lembab kot, tu yang dia lari keluar tu.

Sepanjang malam, ibu google pasal kelkatu. Bertambahlah info ibu pasal kelkatu ni. Ibu memang tau yang kelkatu ni berasal dari anai-anai. Tapi ibu tak tau, bahawa kelkatu yang bertebangan itu, bila bertemu jantan dan betina, mereka akan membina koloni anai-anai yang baru!

Bayangkan kalau ribuan yang terbang malam tu, bertemu jodoh jantan dan betinanya. Tak payah banyak la, 10 pasang saja dah cukup untuk depa porak-perandakan harta benda manusia!

Maklumat lanjut, boleh baca di sini.




Rupanya, malam tu korang cuba buat pesta seks ya! Mujur ibu dah awal-awal gagalkan pesta korang!


Friday, November 8, 2013

#Kisah Cinta

4 Muharram 1435H

Assalamualaikum.

Perasaan kasih sayang tu memang subjektif. Allah limpahkan rasa tu secara semulajadi dalam diri. Kadar pertumbuhan dalam diri adalah bergantung kepada keadaan sekelilingnya. 

Kalau sedari kecil kehidupan penuh dengan kasih sayang, maka membesarlah seseorang itu sebagai seorang yang pengasih. Begitu juga sebaliknya. Atau mungkin juga tidak!

Ini kisah kakak.

Sikit masa dulu, ibu dan kakak berbual seperti biasa di dalam kereta selepas menjemputnya dari taska. Sepanjang 2km menuju ke rumah mama (pengasuh kembar), kakak akan becok bercerita kisah yang terjadi sepanjang harinya di sekolah dan taska.

Kakak : Ibu! Ibu tahu tak, Uwais, anak teacher Maziah tu, dia suka kat Iman yang five years tu. Iman pun suka kat Uwais.

Kakak gelak kesukaan sambil geleng-geleng kepala. Tangan kiri dan kanannya bergerak sama ala-ala gaya Karam Singh Walia.

Ibu : Ya ka?! Iman yang kecik tu. Mana kakak tahu?

Kakak : Kakak tahu laaa.... Uwais cakap dia suka Iman.

Pandai anak ibu bergosip. Kakak sambung lagi bercerita selepas diam seketika.

Kakak : Ibu tahu tak, kakak cinta Faisal. Faisal pun cinta kakak.

Hahhh! Ibu terkasima sekejap! Uiikkkk...anak ibu dah pandai guna istilah CINTA! 

Ibu : Haaiiii...pandainya anak ibu! Macamana kakak cinta Faisal tu?

Kakak : Yer lah, Faisal tu suka main-main dengan kakak, dia asyik nak kawan dengan kakak saja.

Oohhh! Ok, ibu faham istilah CINTA kakak tu. 

Ibu : Hensem tak Faisal tu?

Kakak : errrr....boleh laaa.... (hahahahaha...memang ibu gelak besaq masa kakak jawab tu)


Ibu, kakak, maksu dan maklang!


Lama kisah tu berlalu, ibu pun tak pernah lagi cakap soal cinta dengan kakak. Ibu pun dah kenal yang mana satu Faisal yang kakak maksudkan. Petang semalam, seperti biasa ibu jemput kembar di rumah mama. Anak jiran sebelah rumah mama, Ubai ( nama glemer) satu kelas dengan kakak. 

Ubai : cikgu...cikgu...Faaqihah kan 'awek' dia nama Faisal! Faisalkan,  dia suka kat Faaqihah.

Cikgu adalah panggilan untuk ibu di kejiranan lama. Sampai sekarang, melekat panggilan tu!

Ibu : Ya ka!

Kakak : Alaaa...Ubai tu awek dia Fatihah.

Ubai : Oiiii... mana ada. Aku suka gaduh la dengan dia! 

Ubai menjerit tak puas hati. Muka dah nampak blushing walaupun kulitnya sedikit gelap. 

Kakak : Iyerr...dia suka Fatihah ibu.

Ubai menjerit tak puas hati. Ada pulak kakak dia yang darjah 4 kat sebelah. Lagi la bertambah malu bila kakak dia pun turut gelakkannya.

Dalam kereta, ibu tanya pada kakak.

Ibu : Kakak, Faisal tu memang suka kat kakak ke?

Kakak : Yerlah...dia memang suka kakak. Kakak tahuu..... (jawab dengan  penuh keyakinan!)

Ibu : Faisal buat macamana yang kakak tahu dia suka kakak?

Kakak : Yerla...ibu tahu tak. Faisal tu kan, kalau nak main, asyik nak main dengan kakak jer. Kalau nak buat homework pun, nak buat dengan kakak. Lepas tu, kalau dia nak pergi doodles class tu, dia datang kat kakak cakap Assalamualaikum.

Ibu : ooOooOoo..ya ka!

Kakak : Tadi pun dia nak tulis jawi dengan kakak. Esok kakak nak tolong dialah. Dia tak pandai lgi tulis jawi.

Hahahahahaa.....ok! Tahun depan, Faisal dan kakak sekolah sama. Kakak dan seronok, Faisal pun ibu nampak suka masa jumpa Faaqihah waktu orientasi baru-baru ni.

Ibu kena awasi kakak agar istilah CINTA mereka dilandasan yang betul.

Sumpah! Ibu sangat nervous bila anak dah makin dewasa!


Monday, November 4, 2013

#Hijrah

Assalamualaikum.

Makin bersawang blog kesayangan hamba ini. Banyak benda yang berlaku. Banyak yang hendak dicatatkan buat kenangan sementara ingatan masih kental, tapi kemalasan yang melanda menghalang. 

Sejak akhir-akhir ini, penyakit malas dan tak produktif sungguh menjadi-jadi! 

Klimaks yang tetap dan tak turun-turun lagi, barangkali...(*_*)

Hari ini hari terakhir dalam tahun 1434H. Esok akan bermula tahun baru. Alhamdulillah, beberapa keinginan yang terdetik di hati kecil ini telah berjaya ditunaikan sepanjang tahun ini dengan izin Allah Taala.

Banyak lagi keinginan yang ada. Manusia namanya. Mana pernah puas dengan apa yang dimiliki. Ingin itu dan ini. Nak lagi, dan lagi, dan lagi. InsyaAllah, keinginan yang ibu mahukan bukan lah yang mengada-ngada. Cukup buat kepuasan diri sendiri dan keluarga saja.

Hampir 2 tahun kehidupan kerjaya ibu dibelenggu dengan kisah hitam. Bermula kisah 'hantu raya' yang di sensasikan, hinggalah membawa kepada keadaan  ibu yang kini - kerja goyang kaki. 

Pada mula kisah 'perit' itu melanda, ibu agak gusar dengan kehidupan kerja yang cukup banyak masa 'senggang'. Hingga ibu berfikir akan status imbuhan yang saban bulan ibu terima.

Alhamdulillah, ibu berjaya positifkan diri. Apa yang berlaku bukan pilihan ibu. Banyak hikmah bila di'sejuk beku'. Pada saat ibu beranak kembar yang masih bayi, itu adalah pemberian/pilihan yang Allah beri pada ibu. 

Setiap yang berlaku, ada hikmahnya!

Saat orang lain pening memikirkan urusan anak yang masih bayi jika perlu ke sana sini, ibu tak perlu runsing kerana ibu di'diam'kan dari sehari ke sehari. Mungkin dari segi penonjolan diri dan nama ibu dalam kerjaya agak keterbelakang, tapi ibu yakin Allah sedang menyusun perjalanan hidup ibu yang terbaik.

Dengan kedatangan 1435H ini, kehidupan ibu sekeluarga terus dirahmati Allah. Moga ibu sentiasa dilimpahi hidayah Allah untuk menjadi manusia yang lebih baik untuk kehidupan di dunia dan di akhirat sana.

Andai ada yang terguris rasa, ampun dan maaf dipinta. 

Salam Maal Hijrah buat semua!

Wednesday, October 9, 2013

#Adik yang banyak idea

Assalamualaikum.

Adik sangat petah. Kemajuan bercakapnya sama seperti kakak dulu, fasih dan tiada pelat. Berbeza sedikit dengan abang yang sangat pelat namun petahnya sama naik. Nangesss ibu nak faham apa abang cakap. Adakalanya, kakak akan jadi penterjemah ayat abang untuk ibu lebih faham.

Rumah mama (pengasuh) ada sebuah akuarium. Dalamnya ada ikan haruan dan ikan puyu yang 'tembun-tembun' (montel dan besar). Maklumla, ikan liar yang dibela dalam akuarium, memang makan cukup!

Geram saja ibu bila tengok ikan puyu yang saiz hampir sebesar tapak tangan. Kalau dibuat kari pekat bersama ubi keledek, makan dengan nasi panas dan kicap..perrgghhhh! 

Setiap pagi turun saja dari kereta ibu, akuarium itu akan menjadi tempat singgah adik. Dia akan berdiri lama di depan kotak kaca itu merenung ikan yang ada kalanya diam di dasar dan ada masanya berenang-renang ke sana sini.

Adik memang seorang pemerhati. Dia akan diam lama, memerhati sesuatu itu dengan teliti. Kalau main kereta, dia lebih menghargai pusingan tayar dari rupa kereta itu sendiri.

Masa melambai ibu selepas meninggalkan mereka di rumah mama, adik bukan pandang muka ibu. Walaupun tangannya melambai dan mulutnya mengucapkan 'babai", tapi matanya akan tertumpu pada tayar kereta ibu yang sedang berpusing.

Ligat otak adik dengan akal yang macam-macam sama seperti ligatnya pusingan tayar kereta ibu barangkali. Dan yang ibu pasti adik adalah seorang pemerhati yang baik.


Ada satu pagi, ikan di dalam akuarium mama diam di dasar air yang keruh. Hampir semua tidak bergerak dan kaku seperti sedang tidur di dalam air yang berkeladak dengan warna hijau lumut.


Adik : Ibu, fish tengah buat apa tu? Napa dia tak gerak?.

Ibu : OooOoooo...fish tidur tu. Dia penat.

Adik : OooooooOooo...adik tahu.

Adik terus tegak di depan cermin akuarium memerhati. Selepas bersalam dan bercium, ibu pun bergerak.

Ibu :ok..ibu pergi keja dulu. Jangan noti tau duduk dengan mama!

Abang dan adik : Ok...


Tiba-tiba,

Adik : Ibu...ibu....fish tu tidur dalam air la ibu! Hebat laaa.....


Ibu : errrrkkkk!!

Teruslah adik mencari ilmu!


Adik yang 'utti' (kata abang) tapi baik hati dan sensitif macam ibu!

Related Posts with Thumbnails