Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, January 7, 2013

Abang dan Adik - kembar yang tak berapa nak sama

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya ibu tak tulis kisah abang dan adik kat blog kesayangan ibu ni. Rugi kalau ibu tak catatkan kisah twin kat sini. Walaupun ibu masih ingat apa yang berlaku, tapi tak mustahil 10 tahun akan datang ibu dah lupa. Harap nanti, bila dah tua bolehlah ibu godek-godek kembali blog ini mengimbau suka duka hidup masa muda.

Twin ibu dah nak masuk 2 tahun setengah. Bila dah umur 2 tahun ni, karektor masing-masing makin terserlah dan yang nyatanya berbeza.


Hujung tahun 2012, berat abang 13.++kg dan adik 12.++ kg. Sekarang ni mungkin dah makin bertambah kot. Ibu dah tak mampu nak kendong abang dan adik sebelah tangan lagi.


Abang ni pendiam tapi nampak sifat tanggungjawab sebagai abang. Kalau ibu buat susu, dia susah payah nak botol susu adik dan terkedek-kedek lari hantar kat adik yang dan standby baring. Adik pula nampak tegas dan banyak cakap. Adik memang dah petah. Kadang-kadang, terkeluar ayat yang tak disangka-sangka contohnya "terkejut adik" sambil urut dada! Extra lagi, adik kuat mengusik. Abang pulak sangat tak tahan kena usik.

Abang manja. Tidur masti nak bawah ketiak ibu. Kalau dapat peluk ibu lagi dia suka. Kalau dia jaga nampak ibu tak dak, sayu dengar suara abang menagis cari ibu. Adik lebih berdikari. Tidur bawah ketiak kakak pun takpa. Tapi adik jenis sayu sikit walaupun nampak keras hati. Kalau ibu cubit dia tanpa ibu tinggikan suara pun, dia dah tercebek-cebek menahan tangis.


Abang lebih menunjukkan kasih sayang berbanding adik. Sebelum dia tidur, mesti dia akan kiss adik dan kakak dulu. Adik nampak sedikit keras dan tak peduli apatah lagi kalau dia dah ada mainan beroda! Kalau takdak, ikan pun dia buat macam kereta..


Abang nampak tamak tapi kalau dipujuk dia mudah memberi. Ni ibu risau jugak. Kalau ada benda/mainan dia, semua dia nak angkut termasuk yang adik punya. Penuh tangan dia pegang. Adik pula jenis kenal harta dia. Kalau dah yang satu tu dia pegang, jangan orang lain ambik. Kang ada yang kena tumbuk. Jangan nanti komer berebut awek sudah!

Adik lebih lasak berbanding abang. Larian adik laju dan steady. Abang punya lari hahahaha nampak berat bontot tertinggal kat belakang. Abang kalau lari, tak sampai 5 langkah mesti dah tergolek terebah! Kalau bab main, sepak bola, melompat dan apa saja yang lasak, adik memang menang setakat ni.

Adik banyak akal. Kalau dia ada buat salah, cepat-cepat dia datang minta nak 'amin' (bersalam). Lepas tu dia lari. Kalau dia nampak ibu nak marah, dia tersengeh-sengeh sumbing sebut "ibu...ibu...tenyum-tenyum" dan dia senyum sampai sepet mata ikut nada iklan susu Everyday. Abang pun sama banyak idea. Kalau dia nak buat sesuatu yang ibu halang, nampak kembang kempis hidung dia cari jalan nak buat macamana. Mula la dia pusing sana sini nak jugak sampaikan hajat dia.

Alhamdulillah, sejak masuk umur 2 tahun, abang dan adik dah tak demam yang serius lagi. Dulu, hanya Allah sajalah yang tau. Kalau adik selsema, ibu dah mula cuak. 2 hari lepas tu mesti adik kena batuk-batuk yang teruk dan perlu ambik gas. Abang dah pandai buang hingus!


Moga ibu dan ayah terus sihat dan kuat untuk membesarkan amanah Allah yang tak ternilai ni.



No comments:

Related Posts with Thumbnails