Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, January 4, 2013

Acara meng'hasut' yang berjaya

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, Allah masih memberikan rahmatnya buat ibu. Masih mengizinkan ibu menghidup udara di bumi Allah ini. Memberikan ibu kesihatan yang baik, anak-anak yang sihat, keluarga yang bahagia, kerjaya yang mulia dan jiwa yang bahagia.

Sempena tahun baru 2013 yang baru menjelma, ibu telah berjaya menganjurkan acara  mengacau bubur asyura versi Kedah. Ada niat nak meng'Kedah'kan Johor dengan makanan-makanan utara. Kata 1Malaysia kan...

Ibu plan benda ni dah agak lama dengan seorang kawan ibu yang sama-sama menjadi AJK Biro Kerohanian Kelak Kebajikan di opis ibu ni. Mulanya masa Muharram hari tu lagi. Tapi asyik tertangguh dengan hal sendiri, akhirnya ibu main petik saja tarikh dengan kawan ibu tu 2 hari sebelum majlis bermula.

Hari Isnin ibu bagitau dia - kita kacau hari Rabu. Itu pun setelah berbincang dengan kawan-kawan masa lepak-lepak (nampak lepak tapi bincang masalah negara tau!), mana yang ada memberikan kesanggupan untuk membantu menjayakan program ini. Alhamdulillah!

Cabaran pasti ada. Selasa, ibu ada kursus. Otak bekerja keras, badan dalam dewan, akal dok cari jalan nak uruskan program ibu agar berjalan dengan sempurna nanti. Petang Selasa baru berpeluang ke pasar membeli bahan-bahan. 

Gula 3 kg.
Tepung beras 5kg
Pisang 4 sikat.
Ubi keledek 3kg
Kacang hijau 2kg
Santan 3kg
Bekas plastik 100 pieces.
Kulit kayu manis
Daun pandan
Garam

Jagung?? Pusing satu pasar tak dak yang jual. Cabaran betui. Buat bubur asyura versi Kedah ni, kalau tak dak jagung memang kekurangan yang paling nyata. Malamnya, call kawan ibu kot-kot dia ke pasar malam, tinjau-tinjau kalau ada jagung kat sana. Allah Maha Besar. Rupanya dia ada jagung yang dibeli di Cameron Highlands masa bercuti baru-baru ni. Rejeki...rejeki....

Rabu, awal pagi lagi hujan turun dengan lebat sekali. Cabaran! Orang hebat memang Allah akan sentiasa berikan cabaran. Ibu semaikan fikiran yang positif. Ibu putuskan untuk mengacau di koridor saja. Bukan pakai dapur kayu pun!

Pukul 10, hujan reda. Langit kembali biru, nampak bersih dan damai dengan awan-awan yang memutih. Kawan-kawan ibu memang pantas bekerja. Khemah di pasang, dapur dan kawah dah bersedia. Bahan mentah siap dikerjakan mereka. Ibu mula meng'hasut'. SMS dihantar menjemput rakan-rakan yang ada kelapangan untuk turun.

Antara orang kuat yang memang kerja kuat dari awal sampai habis.

Api dihidupkan, kuali besar ambil tempat. 
Didihkan santan dan garam bersama jagung. 
Tepung beras bersama 1kg beras (dihancurkan) siap dibancuh dengan air, dimasukkan dalam kuali. 
Kacau dan adjust air supaya tidak terlalu pekat dan cair.
Masukkan ubi keledek. Kacau dan kacau. Adjust tahap kepekatan.
Nampak mendidih, masukkan kacang hijau yang direbus terlebih dahulu.
Kacau..dan kacau...
Masukkan gula dan adjust rasa lemak dengan garam.
Last sekali baru masukkan pisang!

Taraaaa.....mujur tukang kacau ada ramai!

Pertama kali ibu buat dari mula hingga akhir. Selalu kat kampung, maktok yang buat semua. Ibu tukang kacau saja. Tu pun tak sampai habis hahahaha..kalau penat lari masuk duduk dalam rumah :P

Percubaan pertama ini, boleh ibu katakan berjaya. Lebih kurang 330petang, bubur ini berjaya di'pack'. Kuali dan peralatan siap dibasuh dan disimpan ke tempat asal. Acara memasak begini memang seronok.

Antara tukang kacau yang memeriahkan acara.


Terima kasih pada semua kawan-kawan yang sudi turun padang. Pada yang tak sempat datang, jangan ada rasa bersalah. Ini bukan kerja wajib, hanya suka-suka untuk merapatkan ukhuwah kita. 

Pada anda yang bekerja dari awal hingga akhir, berjuta rasa kasih ingin ibu ucapkan atas kerja keras kalian dari memotong bahan hingga mencuci kawah dan kembali menyimpan khemah. Tak perlu ibu nyatakan siapa. Anda tahu siapa anda! Jasa kalian tak terbalas pun dengan sebungkus nasi ayam penyet yang dibekalkan. Terima kasih untuk itu!

Yes!! Ibu telah berjaya menghasut ramai orang.....!

Kau hado!?

Hehehehe... Peace, no war ;-)


2 comments:

azieazah said...

Bila ada kerja gotong royong camni, kita boleh tahu sapa rajin, saya yang berkira bab kerja. hehehe Tahniah!

Zakiyah Zainon said...

hehehe biasala kak! tapi ni kerja sukarela, sapa rajin mai la bersusah sama-sama.

Related Posts with Thumbnails