Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, January 5, 2013

Bagai anjing dan kucing - sudah tidak releven lagi.

Assalamualaikum.

Pagi ini ibu di Singapura. Lawatan pertama keluar negara di awal tahun 2013 dan akan berlaku sepanjang tahun juga. Saja nak buat statement berlagak dapat pi oversea hahaha. Saja! kadang-kadang rasa nak juga rasa perasaan ber'lagak' tu macamana :p

Astagfirullah halazhim!

Pagi-pagi ni tak dak banyak benda yang ibu buat. Ibu duduk depan tv melayan anak-anak main dan nenek sibuk kat dapur buat sarapan. Dasar menantu hantu kan! Begini la hahahaha... Nenek tu la, paksa ibu duduk depan jaga anak-anak. Bestkan dapat mak mertua macam gini Pagi-pagi ni tak banyak sangat cerita yang ada. Kebanyakkannya ulangan drama malam tadi. Ibu tekan tengok NatGeoWild. Dokumentari macam ni walaupun berulang, ibu suka. Anak-anak pun layan tengok binatang.

Dokumentari menarik! Unlikely animal friends. Kisah binatang yang berkawan dengan binatang yang lain spesis. Contohnya Tiger kawan baik dengan khinzir dan leopard kawan baik dengan anjing, lembu dengan singa, anjing kawan baik dengan kucing dan macam-macam lagi.

ayam dan tucenggg!!!

leopard dan rusa kot! anak rusa!









Sepanjang menonton dokumentari tu, ibu pun terfikir.Kalau anjing pun dah boleh kawan baik dengan kucing, peribahasa bagai anjing dan kucing yang menggambarkan orang yang tak boleh berjumpa asyik nak brgaduh dah tak boleh diguna pakai lagi. Mungkin dulu-dulu, sesuai la kot.



Zaman dah berubah. Binatang yang dulunya musuh pun dah berubah jadi kawan baik. Itu binatang yang tidak berakal. Terbalik pulak dengan manusia ni kan. Walaupun Allah berikan dengan akal, suka sangat mencari musuh dan lawan. Mungkin sebab terlebih akal kot!



Lagi parah bila ada manusia yang terlebih akal ni punya hobi suka cucuk mencucuk. Cerita yang seinci diolah menjadi sedepa. Kisah yang bermula dengan rasa simpati diolah seperti mencaci. Yang lagi parah, si tukang cucuk yang memang bermuka-muka sampaikan cerita simpati yang telah diolah kepada tuan punya body. Lebih parah lagi, saat tuan punya body mendengar kisah simpati-caci itu terlebih hormon!


Booommmmm!!


Well, itulah dunia manusia. Yang asal berkawan baik, boleh jadi lawan dan musuh hanya kerana percaya akan sesuatu cerita tanpa usul periksa dan membabi buta. Berbeza pula dengan dunia haiwan. Dulu digunakan sebagai bidalan kepada permusuhan tapi akhirnya bertukar menjadi kawan. Mungkin sebab akal haiwan ni terbatas kot, mudah dibentuk. Paling penting, mungkin dalam dunia haiwan tak dak tukang cucuk. hehehehe


Oklah...nak sambung menonton! Happy Saturday uollsss!






3 comments:

Anonymous said...

betul-betul..saya pun pernah salah paham dgn idol saya gara2 percaya cerita simpati orang..saya xda masalah pun dgn orang tu..tp krn sayangkan kawan..turut menyokong..tp alhamdulilah..Allah swt buka mata saya dgn menjadikan saya mgsa cacian kawan saya tu sendiri..akhirnya saya sedar tiada kawan yg benar2 kawan..jadi jglah mulut sendiri dan usah peduli hal orang kecuali tntang kebaikan sahaja..Allah itu Hebat..peace no war

azieazah said...

Binatang yang takda akal tu pun tahu hendak berbaik-baik, kan?

Zakiyah Zainon said...

anon : berhati-hatilah. Dlm hidup ni kena ada prinsip DENGAR BOLEH, PERCAYA JANGAN LAGI.


Kak AA : tu lah kan....

Related Posts with Thumbnails