Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, January 29, 2013

Bila terkenang kisah lama

Assalamualaikum.

Ibu ni berjiwa lama. Kalau radio ibu layan sinar fm. Sebab lagu-lagu yang evergreen jugak yang masuk dengan jiwa. Nak kata 'karat' sangat pun tak, kasar sangat pun tak jugak. Sedap-sedap dengan telinga adanya.

Ntah apa kena, dalam dok layan Abby Fana ni, boleh pulak ibu terkenang zaman-zaman sekolah dulu. Teringat la kisah zaman remaja ibu yang penuh dengan suka duka, tangis dan ketawa. Zaman duduk asrama yang selalu kena denda! Zaman sekolah yang muka tak lawa (sampai la pun) hehehehe

Masa remaja, ibu bukanlah pelajar 'hot' kat sekolah. Tingkatan 1-3, ibu aliran agama. Naik form 4, ibu masuk aliran sains. Nak kata bijak sangat pun tak, tak pandai sangat pun tak jugak. Sedang-sedang la kan. Muka pun tak lawa. Pakai baju pun lusuh, tudung pun senget hahaha. Yang pasti, ibu adalah student yang suka lena dalam kelas! ^_^

Adat remaja, pasti ada orang yang kita suka, tak terkecuali ibu. Masa umur baru-baru nak naik tu, ada la sorang budak lelaki yang ibu suka usha. Budak ni bolehlah dikategorikan antara budak-budak nakal kat sekolah.

Bila ibu mula suka tengok dia, ibu pun tak ingat dah. Dia pernah duduk asrama, tapi tak lama. Masa sekolah dulu, setiap geng ibu ada jejaka idaman masing-masing. Kawan-kawan ibu yang cun dan lawa, ada sampai bercouple dengan pilihan mereka. 

Yang tak cantik macam ibu ni, syok sendiri sajalah, mencari persamaan masing-masing dalam diam. Macam ibu, dia main sukan sama dengan ibu, bola tampar. Posisi pun sama, setter! 

Semua pemain volleyball ni,tapi bercampur-campur. Masa ni kami tingkatan 4 kot.

Adoii...sebenarnya, sambil ibu taip entry ni, ibu dok gelak sendiri:P hahahahaha. Ok, ibu teruskan.

Ibu tau, dia tau yang ibu sukakan dia. Dia tau ibu selalu tengok dia. Dia tau, ibu ambik tahu hal dia. Tapi, saja dia buat tak layan. Ya lah kan, awek muka tak cun. Sapa nak kan? Masa tingkatan 3, siap bagi pensil ukir nama dia untuk exam PMR. Bukan ibu yang bagi sendiri, tapi melalui ustazah yang mengajar kelas ibu dan kelas dia. Ustazah pun melayan perangai anak-anak buahnya yang baru nak kenal dunia hehehehe

Naik tingkatan 4, ibu sekelas dengan sorang pompuan yang digosipkan dengan dia. Awek  ni putih lagi cun. Kelas ibu tingkat 3, kelas dia di bawah kelas ibu. Tiap-tiap pagi sebelum masuk kelas, ibu akan jengukkan kepala ke bawah cari dia. Nampak jam pun dah tau tu dia. Hahahaha Ya Allah, teruknyaaaa!

Naik tingkatan 5, dia makin nakal.  Ke sekolah dengan motor. Tiap-tiap pagi ibu akan tunggu dia dan geng-gengnya lalu. Awek yang digosipkan dengan dia ni duduk kat depan ibu. Selalu, time rehat dia akan lepak kat kelas ibu, duduk kat tempat ibu sambil bersembang dengan awek ni. Mungkin dia nak bagi ibu jeles kot. Tapi sayang, ibu tak dak pun perasaan tu. Ibu cuma suka saja tengok dia, suka! Bukan cinta.

Geng kelas masa tingkatan 5.
Macam-macamlah kisah ibu dengan dia. Ada senior yang tolong ambikkan gambar dia untuk ibu. Bila dia dapat tau, dia mintak balik. Ibu pun bagi, tapi ada banyak lagi copy hahahaha. Lepas tu bila masuk universiti, dia ke Shah Alam. Ibu kat Sintok saja, uni kampung halaman.

Ada sekali tu, kami berjumpa kat sebuah kedai makan ditemani kawan baik ibu. Confront konon! Hahahahaha Dia cakap, dia tak suka ibu minat dia. Ibu kata tu hak ibu nak suka dia, ibu bukan nak bercinta dengan dia. Saja suka. Buat semangat bagi rajin ke sekolah! Sampai berhempas-hempas botol minuman kat atas meja. Last kami berpisah macam tu saja. Ibu cakap sori dan selamat maju jaya.

Kawan baik ibu tau kisah ni. Sebab kami bersama dari tingkatan 1 hingga ke universiti. Masa confront kat kedai makan ni pun dia ada sekali. Masa jumpa dok, rasa macam nak luruh jantung. Yerlah, nak berdepan dengan orang yang kita suka. Dan ibu selalu sedarkan diri ibu yang tak punya rupa. Memang inferior sangat kalau sembang bab rupa dan harta, sampai kini pun!

Saja ibu google nama dia. Jumpa! Ibu masih boleh ingat no ic dia. Masih ingat nombor plat motor dia masa sekolah dulu. Psiko sangat kan!? Sampai macam tu sekali minat kat orang? Hehehehe

Alhamdulillah, dia dah ada kerja yang stabil. Isteri cantik, putih berseri. Anak dah 2 dan badan dah berisi. Muka tetap crook macam dulu. Mesti mak dia seronok sebab dulu mak dia sikit risau bila dia ponteng kelas melepak dengan kawan-kawan. 

Kenangan lama ni memang maniskan bila di kenang? Nak gelak saja bila diingat.

6 comments:

Nurul said...

ahaha..memang sonok oo zaman sekolah dulu..kira hang hebat sampai leh confront walaupun dah abih sekolah :p Aku dok belek2 gambar2 tuh, dok teka2 mana satu yang hang minat dulu tuh lip..eheheh..

Zakiyah Zainon said...

hehehe..aku ni kadang2 jenis berani tak tentu hala hehehe saja nak uji diri!
hang teka la yang mana satu hahahaha...
adooiiii....lawak sungguh kisah zaman dulu2

mama najjah said...

haha nk jugak komen boleh..sapa la agaknya bdk laki tu..mcm aku la xhot pun zaman sekolah, anak org miskin..

Zakiyah Zainon said...

Nisah ka ni?
Aku mmg x hot, dah la muka tak penah putih. Asyik dok tengah padang berlatih sukan saja hehe
Ya ka hg tak hot? Hehe kita sedaq diri tak pa, jgn kita lupa asal usul kita bila dah kaya dan berjaya

mama najjah said...

aku nisah la, lama dah aku baca blog hang.hehe

Anonymous said...

pergh...berani sungguh aih ang cik kiah...sapa la jejaka bertuah ni...
~rina~

Related Posts with Thumbnails