Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, January 6, 2013

Cerita kakak dan sekolahnya

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad, ibu masih lagi di Singapura. Mungkin petang atau malam nanti, ibu sekeluarga akan pulang ke Pasir Gudang. Isnin ibu dah kerja dan kelas untuk semester baru akan bermula.

Kakak sekarang dah 6 tahun. Masih di sekolah yang lama, Tadika Khalifah Mulia yang menggunapakai silibus Little Caliph yang diasaskan oleh Teacher Faridah.

Alhamdulillah, sepanjang setahun di sana ( umur 5 tahun), kakak dah boleh menghafal doa-doa dan surah-surah pendek. Bacaan dan perbuatan dalam solat juga kakak dapat kuasai. Adala sikit-sikit ayat yang dia masih keliru terutamanya bacaan dalam tahiyat akhir.



Tahun lepas, sekolah kakak sama macam sekolah lain juga ada menganjurkan ihtifal untuk pelajar-pelajarnya. Mujur ayah masih ada balance cuti 'child care' 1 hari lagi. Dapatlah ayah join sekali tengok persembahan kakak masa tu.



Mula tengok kakak line up kat atas stage nak buat persembahan, ibu macam tak percaya yang anak ibu dah makin dewasa. Cepat sungguh masa berlalu. Walau sebesar mana pun anak-anak ibu nanti, mereka tetap anak kecil di hati ibu! Mungkin inilah perasaan yang ada pada maktok dan semua ibu-ibu di dunia ini terhadap anak sendiri.



2 minggu sebelum majlis ihtifal, sekolah kakak ada buat Sports Day. Sebab hari sukan kakak ni la, ibu terpaksa balik awal bercuti di Kedah. Tak sampai hati ibu nak terus pontengkan kakak untuk program sekolah dia selepas seminggu ibu kidnap kakak dari kelas untuk bercuti raya di kampung.



Ibu pun ambik bahagian juga untuk acara ibubapa. Ayah pun kena paksa dengan ibu hahaha ibu isi nama ayah untuk join acara bapa. Ayah kena lari dukung anak dan ibu kena lari dalam kain batik dengan anak. Menang kalah tak penting. Kenangan indah itu yang dicari. Hal-hal macam ni berlaku hanya sekali. Lagipun ada 2 group saja untuk setiap acara dan kedua-dua team dapat hadiahnya!



Tahun depan abang dan adik dah 4 tahun. Ibu memang berhajat dah nak sekolahkan mereka sama macam kakak dulu. Maka makin bertambah kalutlah hidup ibu. Kakak dah darjah 1 dan abang dan adik pun akan sekolah juga. Kena tarik nafas panjang-panjang nih. Kena persediaan rapi dari segi mental, fizikal dan juga money!

Moga Allah murahkan rezeki anak-anak ibu nih! Aminnnn...

No comments:

Related Posts with Thumbnails